Khamis, April 29

BILA DAPAT KETENANGAN YANG ABADI



Macam post aku yang sebelum ni tentang dugaan hidup aku ada ceritakan sedikit tentang dugaan ni.. Entri aku kali ni nak bercerita tentang ketenangan jiwa pulak.. Seprti yang kita tau hidup ni ibarat roda sekejap di atas dan kemudian di bawah balik.. Amat penting untuk kita mempunyai satu sifat tenang dimana sifat ini mampu membawa kita lebih jauh dalam hidup kita ni.. Untuk mencapai ketenangan jiwa ni bukan senang dan bukan susah.. Kadang2 bile masalah melanda hati kita akan mula gelabah dan kemudian kita xleh nak pikir camne nak keluar dari kemelut tersebut..

Maka kita perlu segera mencari ketenangan jiwa kita… Macam mana nak cari ketenangan jiwa ni.. Ok kita lihat dari sudut psikologi untuk mendapat ketenangan ni kita mule2 kena fikir benda lain selain masalah tersebut.. amat penting untuk melupakan seketika masalah tersebut.. Bile kita dah beralih tumpuan cuba kita cari aktiviti yang sihat.. Mudah saje seperti pergi bersenam ke atau tonton wayang.. Tapi tengok la cerita lawak jangan pulak cite gaduh2 ye.. Hahaha.. Lepas tu luahkan apa yang terbuku di hati tu kat sapa2 biar hilang sikit beban tu.. Tak ramai antara kita yang nak citekan masalah terutama lelaki kan.. Aku tau la sebab aku pon lelaki macho.. Cube luahakn nanti kita akan lega.. Disitu kita dah dapat sedikit ketenangan sebab kita sekarang dah berkongsi masalah tersebut dengan seseorang kan.. Haa dah hilang kusut tu boleh la kita berfikir dengan lebih rasional agar mudah kita nak selesaikan masalh tersebut ye kawan2..

Tapi bagi orang Islam yang penting sekali adalah dekatkan diri dengan Allah kerana hanya Dia yang mampu menolong kita.. Di situ la tempat kita nak mohon pertolongan kan kawan2 ku.. Banyakkan bersolat dan baca Quran InsyaAllah ketenangan itu akan diberikan kepada kita olehNya.. Semoga entri ni sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 sekalian ye.. Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan