Isnin, Mac 1

SELAGI KITA HIDUP...



TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi
yang tidak stabil seperti terlaluinginkan kemenangan,
bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak,
risau keterlaluan,tidak mahu menerima teguran,
berprasangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini,
kita perlu menanganinya dengan bijak.
Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu
kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya
banyak bergantung kepada ketahanan diri.
Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah
selagi kita bergelar manusia.

Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya
ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.
Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik,
tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain,
kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui
perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih,
kecewa, hampa, mudah mengamuk,prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

KITA KONGSIKAN BEGINI
Senyum...Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka.
Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian?

Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu.
Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda. Cubalah, pasti merasai kelainan.
Bersendirian Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. .Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf.

Peluk sesuatu
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

Kasih sayang
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.

Allah
Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang.
Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat.
Dekatkan diari terhadap-Nya.

Ceria
Janganlah bebankan fikiran dengan semua
perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi,
nikmatilah hari ini dengan seadanya.

RENUNGAN BERSAMA
proses kehidupan mana yang sempurna ada kala ketika kita tersenggol KENAPA PERLU DIFIKIRKAN benda yang tidak pasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan