Ahad, Mac 7

BAGAIMANA PERSEPSI KITA..TENTANG SESUATU PERKARA


Ada seorang ayah yang menjelang ajalnya,

di hadapan si isteri beliau berpesan 2 hal kepada
dua orang anaknya,
Pesanan pertama
Jangan menagih hutang kepada orang yang
berhutang kepadamu.

Pesanan kedua
Jika pergi ke kedai berniaga jangan sampai mukamu terkena sinar matahari.

Maka tiba waktunya…ayah yang dikasihi meninggal dunia...Beberapa tahun kemudiannya,
Anak yang sulung berjaya menguruskan perniagaan dan menjadi jutawan Manakala anak yang bongsu tidak berjaya dalam perniagaan dan hidup tanpa kemewahan

Pada suatu hari si ibu bertanyakan hal kehidupan anak-anaknya tentang pencapaian hidup mereka

Jawab anak yang bongsu :
“Ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadaku, akibatnya modalku susut kerana orang yang berhutang kepadaku tidak membayar sementara aku tidak boleh menagih”.
“Ayah juga berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari rumah ke kedai dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari. Akibatnya saya harus naik teksi, padahal sebetulnya saya boleh berjalan kaki saja, tetapi karena pesan ayah itu, akibatnya penggunaan wangku bertambah banyak”.

Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya,si ibu pun bertanya hal yang sama.
jawab anak sulung :“Ini semua adalah kerana saya mentaati pesan ayah.”“Kerana Ayah berpesan supaya saya tidak menagih kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah memberi hutang sehingga dengan demikian modal tidak susut”.
“Ayah juga berpesan agar supaya jika saya berangkat ke kedai atau pulang dari kedai tidak boleh terkena sinar matahari, maka saya pergi ke kedai sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam.Oleh kerana kedai saya buka dibuka lebih awal dan ditutup lebih lewat berbanding kedai yang lain. Menyebabkan kedaiku menjadi laris kerana beroperasi lebih lama.

Kisah tadi menunjukkan bagaimana sebuah pesanan difahami dengan persepsi yang berbeza.Jika kita fikir dengan fikiran yang positif

MORAL CERITA
maka segala kesulitan menjadi batu lonjatan untuk kita berjaya tetapi jika kita berfikir dengan fikiran yang negatif (sempit) maka kesulitan itu menjadi halangan…
pilihan ada di tangan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan