Jumaat, Disember 24

KECEWA..APA ERTINYA PADA DIRI ANDA...?

Pernahkah anda merasa kecewa?
Pernahkah anda merasa hampa?
Pasti, selagi kita bernama manusia,
selagi sampan kehidupan ini kita dayung di lautan

kehidupan di dunia yang penuh dengan dengan
ombak dugaan dan taufan ujian,
semestinya rasa yang menyakitkan itu
pernah hinggap di dalam hati kita,
Mengapa harus ada rasa kecewa?
Mengapa perlu ada airmata duka?
Dan bagaimana pula kecewa itu boleh lahir?
Bukan kah indah hidup ini seandainya tiada derita?

Pertanyaan-pertanyaan sedemikian
selalu benar mengetuk pintu benak kita,
di saat kita dilanda rasa kecewa.
Benar, bukan?
Dan memang benar juga,
bahawa tidak ada kecewa
yang menggembirakan atau diundang.

Kecewa berasal kegagalan
kemahuan ditunaikan.
Dengan adanya tuntutan, kemahuan ataupun kehendak
diri dan hati yang tidak dipenuhi ataupun tidak
dipenuhidengan sempurna.
Tuntutan, kemahuan ataupun kehendak
dalam diri manusia
adalah tidak ada batasnya.

Adakalanya, kita meletakkan harapan kita
pada sesuatu ataupun pada
sesama manusia, yang mana kemudiannya
kita dihempap rasa hampa kerana
harapan kita itu tidak terlaksana.

Maka dengan itu, sebaik-baik tempat untuk kita gantungkan
sejuta harapan adalah kepada Allah s. w. t. Kerana
Dia tidak pernah menghampakan kita hambaNya
yang lemah tak bermaya.

Sekalipun apa yang
diberinya tidak seiring dengan apa yang kita idamkan,
namun, bagi mereka yang telah tanamkan pohon taqwa
dan harapan kepada Allah s. w. t., akan menyedari
dan memahami bahawasanya, Allah itu, Maha Mengetahui....
tidak akan diberikan sesuatu, melainkan hanya untuk
kebaikan kita, hambaNya yang hina...

1 ulasan:

  1. kadang-kadang kekecewaan mengajar kita menjadi lebih matang dalam menyelesaikan permasalahan dalam hidup ini..saya ambil perenggan terakhir dalam artikel di atas"Sekalipun apa yang
    diberinya tidak seiring dengan apa yang kita idamkan,namun bagi mereka yang telah tanamkan pohon taqwa dan harapan kepada Allah s. w. t., akan menyedari dan memahami bahawasanya, Allah itu, Maha Mengetahui....
    tidak akan diberikan sesuatu, melainkan hanya untuk kebaikan kita, hambaNya yang hina..."
    Kita haruslah bersyukur kepada Allah dengan apa yang telah dikurniakan kepda kita....keluarga yang bahagia...kerjaya yang sempurna dan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan di dunia yang fana ini...Setiap orang tidak sama dugaan dan ujiannya...kita lihat di luar sana,ada lagi insan yang lebih hebat ujiannya..tetapi mengapa kita mesti berputus asa dengan kekecewaan?Telah banyak nikmat yang Allah berikan pada kita selama ini,tetapi kekecewaan menyebabkan kita terlalu sakit hati sehingga sanggup membenci,menghina,mencemuh dan berprasangka buruk pada orang lain?Ingatlah.segala dugaan hidup yang Allah berikan itu sebenarnya adalah di atas kemampuan kita sendiri...ada hikmah di sebalik kekecewaan itu...andainya kita bersabar pasti kebahagiaan akan menjadi milik kita walau dengan apa cara sekalipun,tanpa kita sedari.....apa yang kita rasakan sesuatu itu adalah yang terbaik untuk kita,tetapi sebenarnya ia adalah buruk bagi kita....tetapi sesuatu yang kita rasakan buruk untuk kita,mungkin ia adalah yang terbaik untuk kita...segalanya hanya Allah yang mengetahuinya...

    BalasPadam