Rabu, Oktober 27

Awas! cemburu boleh sebabkan mata buta

Awas! cemburu boleh sebabkan mata buta

beberapa minggu lepas, saya baca bahagian Jurnal Metro, dilaporkan baru-baru ini dalam satu kajian oleh pakar psikologi di Universiti Delaware, Amerika Syarikat mendapati cemburu boleh menyebabkan masalah penglihatan. Kumpulan pengkaji tersebut menyimpulkan pandangan wanita yang memiliki api cemburu mudah terganggu disebabkan kecelaruan minda sekaligus sukar untuk focus kepada apa yang sedang dilihat mahupun dicari.

ermm padanlah orang perempuan selalu lupa. Mereka kuat cemburu rupanya. hehe. opsss!!!

Dr. Lihanna Borhan, Pensyarah Jabatan psikologi, UIAM dipetik berkata:

“Kajian ini ada benarnya. Pernah berlaku di Barat, seorang lelaki yang baru bergelar bapa mendakwa dia buta selepas melihat isterinya menyusukan bayinya yang baru lahir. Dia mempunyai masalah penglihatan yang teruk. Selepas sesi kaunseling, pakar psikologi mendapati lelaki itu terlalu cemburu dengan anaknya yang sedang disusukan oleh isterinya...”

“Namun selepas lelaki itu dapat mengikis perasaan cemburunya, penglihatannya kembali beransur pulih…”

Alamak biar betul ni? begitu sekali kesannya bila diri dikuasai perasaan cemburu yang melampau. Sampaikan matapun boleh menjadi buta. Tapi bagi akulah, kes lelaki atas tu rasanya bukan saja dah melampau tapi terlampau-lampau gilerrrr cemburunya. Ada juga rupanya manusia sebegitu ya. Aduhai kasihan baby tu.

Aku tertanya-tanya, jika benarlah cemburu boleh sebabkan mata menjadi buta, maka benarlah selama ini, ungkapan yang sering digunakan iaitu “cemburu buta”. Cemburu boleh menyebabkan buta!!

Oleh itu, kepada rakan-rakan pembaca.. AWAS!!! JANGAN CEMBURU BUTA OKEY! bahaya ni… cemburu celik okey je. hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan