Isnin, Mei 4
BENDA YANG PALING MAHAL DI DUNIA
Suasana kelas agak lengang. Ustaz Wan masih mencatat sesuatu di papan hitam."Tajuk pelajaran kita pada pagi ini ialah Benda yang paling mahal di dunia" Kata ustaz Wan."Ustaz macam teka teki jer". terdengar suara menyapa dari belakang kelas.
Kelas mulai riuh. Ada yang tersenyum, ada yang tersengih, ada yang tertawa. Masing-masing tertanya mengapa tajuk ini yang dipilih sedangkan tajuk ini tiada langsung dalam senarai matapelajaran untuk tahun ini. Ustaz Wan tersenyum lantas bertanya satu soalan kepada pelajar yang berada dihadapan beliau.
"Apakah agaknya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini?"
"Emas kot"Pelajar tersebut menjawab.
"Rasanya Permata berlian" .Pelajar disebelahnya pula menambah.
"Kereta Ferrari".Teriak pelajar yang lain pula.
Ustaz Wan hanya tersenyum. Semua mata pelajar tertumpu kepadanya, yang pasti semuanya menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut ustaz Wan.
"Benda yang paling mahal dalam dunia ini ialah Hati yang tenang". lancar sahaja jawapan dari mulut ustaz Wan. Semuanya terdiam dan ada yang mengangguk tanda setuju.
Ya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini adalah hati yang tenang.Tanyalah sesiapa pun dari penarik beca sampailah kepada raja yang memerintah negara. semua orang ingin memiliki hati yang tenang dan damai. Mengapakah hati yang tenang menjadi benda yang paling mahal sekali di dunia?.
Jawapannya kerana manusia terpaksa berbelanja besar untuk menenangkan hati mereka. Mereka tidak kisah untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk menenangkan dan mengembirakan hati. Dalam masa yang sama pelbagai cara yang dilakukan untuk mereka menenangkan hati. Ada yang pergi menuntut ilmu, ada yang pergi ke masjid, ada yang pergi melancong dan pelbagai cara lagi. itu kira boleh di terima syariah namun yang sedihnya ada yang melakukan benda-benda yang menyalahi hukum seperti mereka yang pergi ke kelab-kelab malam, mengambil dadah, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ada sebab yang membolehkannya dan pelbagai gejala-gejala sosial yang berlaku hanya satu matlamat iaitu untuk menenangkan hati. walaupun adakalanya mereka tidak sedar tujuan mereka berbuat begitu. Alasan mudah mereka ialah mereka nak enjoy atau bersuka ria atau dengan erti kata lain mereka ingin mengembirakan hati mereka. Semuanya berkait dengan hati kerana hati lah punca segalanya.
Jawapan yang keduanya ialah kerana hati yang tenang juga bukan mudah untuk diperolehi. Kita mungkin mampu membeli rumah yang besar, memiliki kereta yang mahal atau mengahwini isteri yang cantik tapi belum tentu hati kita akan menjadi tenang setelah memiliki semua itu. silap-silap rumah yang kita miliki mungkin menjadi mini neraka jika kita tidak dapat mengendalikannya dengan baik.
Saya membangkitkan soal hati ini kerana ianya merupakan nikmat yang sangat berharga yang dikurniakan kepada kita selain nikmat iman dan islam. Jika kita ada kereta yang mahal sudah tentu kita akan menguncinya di dalam garaj dan kalau kita ke mana-mana sudah tentu kita akan memasang dengan sistem penggera yang canggih untuk mengelakkan dari di curi orang. Tetapi jarang kita jaga hati kita dengan sebaik-baiknya. Menjaga hati bukan seperti menjaga kereta. Hati kita tidak akan di curi secara fizikal tapi secara kita tidak sedar. Hati kita dicuri oleh nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan yang menjadi pencuri paling besar dalam diri kita dan kalau kita tidak menjaganya dengan betul-betul kita akan lihat mangsa-mangsa yang kena curi hatinya di kelab-kelab malam, di shopping-shoping complex, melepak tanpa arah tujuan dan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya orang yang bernama muslim berada.
Benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Labels:
motivasi diri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MEMBENTUK TEAMWORK
LAGUKU UNTUKMU
NAMA-NAMA ALLAH
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
SELAMAT DATANG SEMUA
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami..moga anda semua dapat sesuatu daripada bahan atau sisipan yang kami sediakan...selamat berkarya dan membaca..
DAH SOLAT KE?
MERSING INFO CUACA
!-end>!-weather>
Hamster Ku Yang Lapooo
UTUSAN ONLINE
BERITA HARIAN ONLINE
SITE'S COMMUNITY
TARBIAH PEWARIS
PALESTIN SENTIASA DLM DOAKU
!-end>!-currency>
Messenger Pingbox
RUANGAN CHAT
!-end>!-currency>
COMELNYA DIA..
PERMATA HATIKU
bodyguard
Blog Pilihan Saya
Pengikut
biasakan yang betul...perbetulkan kebiasaan yang salah
Dalam kehidupan kita seharian...sedar atau tidak terdapat juga kebiasaan yang kita biasa buat...sebenarnya perlu diperbetulkan...dan ada juga sikap yang baik..rasa macam janggal pulak nak diamalkan kerana budaya yang diamalkan orang kita sekarang ni ......rasa malu nak buat perkara yang baik..tapi selamba je kalu buat perkara yang tak baik..apa pendapat rakan-rakan..
Arkib Blog
-
▼
2009
(380)
-
▼
Mei
(67)
- Hebatnya Solat
- HAPPY FAMILY
- SIAPA AKU DI HATIMU..?
- BERANIKAH KITA BERMIMPI SETINGGI AWAN?
- 4 LILIN KEHIDUPAN
- Melayu Bangsaku
- hidup kita ni, ada ja yang tak kena..kan??
- Tidur Biar Berpada-pada..Jangan Terlepas Banyak Be...
- Lelaki Vs Perempuan Siapa Paling Hebat Memasak?
- AKU SENDIRI TAK TAU PUISI JENIS APA NI...CUMA AKU ...
- NIKMATI SETIAP SAAT KEHIDUPAN SECARA ISLAM
- Peranan Ibubapa Dalam Melahirkan Pelajar Cemerlang.
- 7 ASAS MEMUPUK FIKIRAN POSITIF
- SETABAH DAN SEKUAT SEMANGAT NIK NUR MARDIHAH
- ADAKAH STRESS ANDA DI TAHAP BAHAYA..?
- BEREHAT SEKETIKA...& NIKMATI KEHIDUPAN YANG INDAH
- 24 JAM SETIAP ORANG SEHARI ...ADILKAN?
- SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN...ANGKA SEMAKIN BANYA...
- MERAJUK...MESTI KE DIPUJUK?
- KITA MENENTUKAN JALAN HIDUP KITA
- BERSAHABAT ITU INDAH SEINDAH PELANGI
- MASALAH REMAJA....SALAH SIAPA?
- THE POWER OF LOVE
- CINTA SEJATI?....TERBUKTI KE?
- SEDARKAH KITA….ATAU BUAT2 TAK TAU JE
- MEMBINA PERHUBUNGAN DALAM PERSAHABATAN TANPA ADA S...
- SEKADAR RENUNGAN
- HADIAH HARI GURU ...Khas utk semua Jurutera Pembin...
- LAGU TEMA HARI GURU 2009
- SELAMAT PAGI CIKGU...TERIMA KASIH..CIKGU..
- TEMA HARI GURU
- HIDUP INI PENUH MISTERI TANG PERLU DITEROKAI
- KESEMPATAN ITU MEMANG MASIH ADA
- BAHASA CERMIN PERIBADI KITA
- Kamu Adalah Yang Kamu Fikirkan !!!....Apa yang sed...
- DENGARLAH....
- DI ANTARA KASIH SAYANG, KEJAYAAN DAN KEKAYAAN YANG...
- PENTING KE KEHADIRAN SAHABAT DALAM HIDUP KITA?
- GADISKU..DENGARLAH SUARA HATIKU...
- MENGAPA TERLALU SUKAR MEMOHON KEMAAFAN....
- SELAMAT HARI GURU 2009 BUAT SEMUA GURU, CIKGU, BEK...
- REHATKAN MINDA...BACALAH
- SENI KATA LAGU NASYID...
- TIAP HARI PUN HARI IBU
- Anda dan tabiat anda.
- KISAH PENJUAL TEMPE YANG JUJUR...
- ANDA CINTAKAN PEKERJAAN ANDA SEKARANG? SEJAUHMANA ...
- Hampir 100,000 mohon jadi guru
- PERINGATAN KEPADA SI PENCINTA...INSAN YANG SEDANG ...
- JANGAN JADI SEPERTI GELAS
- MESTIKAH KITA SALING MEMAKI BILA KITA TIDAK SEPEND...
- KONGSI CERITA..MENURUT PAKAR MOTIVASI
- SENYUM MUDAH BERJANGKIT..TAK CAYA CUBALAH..
- BUDAK-BUDAK PUNYA IMPIAN....
- JIWA ..MOGA KAU TENANG SELALU
- KEJAYAAN ADALAH HAK SEMUA ORANG. JADI NIKMATINYA S...
- PASTIKAN KUALITI TIDUR ANDA...
- ADAKAH KITA DARI BENIH YANG BERKUALITI?
- SATU KESILAPAN KITA AKAN MERUNTUHKAN 100 TINGKAT K...
- TIP KHAS UTK TERUNA DAN DARA..TENGAH CARI PASANGAN...
- BLOG OOO BLOG..
- BENDA YANG PALING MAHAL DI DUNIA
- BETUL KE SEMUA ORANG PENDIAM TU SOMBONG..
- ADAKAH RAKAN SEKERJA MEMBUAT ANDA STRESS
- MENGANTUK KETIKA BELAJAR? CUBA TIP INI...
- REALITI KEHIDUPAN
- INDAHNYA IMPIAN "CITAHZZ"
-
▼
Mei
(67)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan