
selamat hari guru untuk semua yg bergelar guru...x kira la guru sekolah, guru masak , guru jahitan , guru ngaji, guru.....guru bagi saya adalah seorang yang memberikan apa sahaja ilmu kepada kita tak kira secara formal di sekolah atau secara tidak formal..apa2 pon terima kasih cikgu..tanpa didikan cikgu...sapalah saya sekarang ini...jasamu akan sentiasa terpahat di hati saya..moga cikgu2 semua sentiasa tabah menghadapi setiap cabaran dan kritikan insan2 yang pedah dari insan2 yang tidak memahami nilai ilmu yang kalian semua berikan kepada anak bangsa tanpa rasa jemu dan tanpa mengira masa...kalian adalah jurutera yang membina generasi masa hadapan..teruskan berbakti cikgu..wp kadangkala kita rasa diri kita kurang dihargai..hanya sesama kita yang memahami sesama kita..
tema hari guru
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
apa yang bermain di fikiran saya...sama ke dengan apa yang difikirkn oleh sahabat2..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan