Memaparkan catatan dengan label motivasi diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi diri. Papar semua catatan

Isnin, September 21

7 kata "UP" untuk membangkitkan motivasi dalam usaha kita memburu kejayaan dalam hidup

Wake Up (Bangun)
Tidak peduli berapa banyak kali Anda gagal, tetapi jika Anda lebih banyak bangun dan memulai lagi, maka Anda akan sukses.

Dress Up (Berhias)
Kecantikan dari dalam jauh lebih penting daripada hiasan luar yang sementara. Milikilah mentaliti tinggi, hasil dari harga diri dan rasa aman yang dalam. Mentalitas ini akan menghasilkan kesediaan untuk berbagi penghormatan, laba dan tanggung jawab.

Shut Up (Berhenti Berbicara)
Berhentilah berbicara tentang kejayaan masa lalu. Sudah saatnya memfokuskan diri untuk kejayaan masa depan.[...]

Stand Up (Berdiri)
Berdirilah teguh pada keyakinan awal bahwa pasti Anda berhasil.

Look Up (Pandanglah)
Saat peresmian Disney Land, seorang wartawan bertanya kepada istri mendiang Walt Disney, “Bagaimana perasaan encik kalau melihat impiannya telah menjadi kenyataan, dengan dibukanya Disney Land ini?” Lalu istri Walt Disney menjawab, “Ia telah melihat ini semua terjadi jauh sebelum projek ini terbentuk.” Lihatlah semua impian Anda dalam khayalan Anda seakan-akan semuanya telah terjadi.

Reach Up (Capailah)
Capailah sesuatu yang lebih tinggi dari prestasi sebelumnya karena menandakan bahwa Anda memang bertumbuh dan berkembang.

Lift Up (Naikkan)
Naikkan semua impian Anda dalam doa ucapan syukur seakan-akan semuanya telah terjadi.

Ahad, Jun 7

APAKAH YANG MEMBENTUK MOTIVASI DALAM DIRI KITA?



Andaikan ada dua remaja yang baru sahaja mendapat hadiah dari ibubapa mereka masing-masing sempena hari lahir.
Hadiah itu adalah permainan jigsaw puzzle.

Remaja yang pertama cukup bersemangat menyiapkan jigsaw puzzle itu. Dia cukup menghargai pemberian ibubapanya itu.

Hatinya tidak tenang selagi jigsaw puzzle itu tidak disiapkan. Selepas siap, gembiranya bukan kepalang. Rasa puasnya tidak dapat digambarkan apabila melihat permandangan yang indah terhasil daripada cantuman jigsaw puzzle itu.

Tiba-tiba datang si adik sambil berlari dan melompat-lompat meminjak cantuman jigsaw puzzle itu sehingga ia terpisah semula.

Walaupun sedih dan sesudah bergaduh dengan adiknya, remaja itu memulakan semula cantuman jigsaw puzzle.

Berbeza dengan remaja yang ke dua, sejak awal lagi dia tidak berminat menyiapkan jigsaw puzzle itu. Bagi memberi 'motivasi' dan dorongan, si ayah menawarkan ganjaran berupa wang seandainya remaja kedua itu dapat menyiapkan jigsaw puzzle itu.

Selepas menyiapkannya dan mendapat ganjaran yang dijanjikan, jigsaw puzzle itu dibiarkan begitu sahaja.

Walaupun si adik memisah-misahkan cantuman jigsaw puzzle itu, dia tidak perduli lagi. ganjaran sudah dia dapati, maka motivasinya terhenti di situ.

Terdapat dua faktor yang menentukan motivasi diri seseorang iaitu faktor dalaman dan luaran. Mungkin kita pernah melihat orang yag datang daripada keluarga yang miskin dan serba kekurangan berjaya mencapai matlamat mereka.

Kemiskinan dan kekurangan tidak langsung melemahkan semangat dan motivasi diri untuk berubah serta bergerak ke arah mencapai kecemerlangan.

Jadi apakah sebenarnya yang menentukan motivasi diri individu? Apakah yang mendorong individu itu membina motivasi diri?

Jumaat, Mei 8

JANGAN JADI SEPERTI GELAS





Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya yang sejak akhir2 ni kelihatan
selalu bersedih."Kenapa kau selalu bersedih, nak? Bukankah banyak perkara yang indah didunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" sang Guru bertanya.
"Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Susah bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sang
murid muda.Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.
Bawalah ke mari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu." Si murid pun bergerak perlahan seolah2 tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta."Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata Sang Guru. "Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit." Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini berkerut karena meminum air
masin."Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.

"Masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih
berkerut.Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis
kemasinan."Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat
tempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan balingkan ke danau." Si murid mencampakkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya.

"Sekarang, cuba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil mencari batu yang selesa untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya
kepadanya, "Bagaimana rasanya?"

"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan
punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber
air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.
Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang
tersisa di mulutnya."Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?" "Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah ditentukan oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun
demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengarkan."Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu
jadi sebesar danau."

* kita akan menjadi seperti dalam pemikiran kita..so fikirle yang hebat2 tentang diri kita..semoga diri kita menjadi insan yang benar2 hebat..

Isnin, Mei 4

BENDA YANG PALING MAHAL DI DUNIA



Suasana kelas agak lengang. Ustaz Wan masih mencatat sesuatu di papan hitam."Tajuk pelajaran kita pada pagi ini ialah Benda yang paling mahal di dunia" Kata ustaz Wan."Ustaz macam teka teki jer". terdengar suara menyapa dari belakang kelas.

Kelas mulai riuh. Ada yang tersenyum, ada yang tersengih, ada yang tertawa. Masing-masing tertanya mengapa tajuk ini yang dipilih sedangkan tajuk ini tiada langsung dalam senarai matapelajaran untuk tahun ini. Ustaz Wan tersenyum lantas bertanya satu soalan kepada pelajar yang berada dihadapan beliau.
"Apakah agaknya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini?"
"Emas kot"Pelajar tersebut menjawab.
"Rasanya Permata berlian" .Pelajar disebelahnya pula menambah.
"Kereta Ferrari".Teriak pelajar yang lain pula.
Ustaz Wan hanya tersenyum. Semua mata pelajar tertumpu kepadanya, yang pasti semuanya menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut ustaz Wan.

"Benda yang paling mahal dalam dunia ini ialah Hati yang tenang". lancar sahaja jawapan dari mulut ustaz Wan. Semuanya terdiam dan ada yang mengangguk tanda setuju.

Ya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini adalah hati yang tenang.Tanyalah sesiapa pun dari penarik beca sampailah kepada raja yang memerintah negara. semua orang ingin memiliki hati yang tenang dan damai. Mengapakah hati yang tenang menjadi benda yang paling mahal sekali di dunia?.

Jawapannya kerana manusia terpaksa berbelanja besar untuk menenangkan hati mereka. Mereka tidak kisah untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk menenangkan dan mengembirakan hati. Dalam masa yang sama pelbagai cara yang dilakukan untuk mereka menenangkan hati. Ada yang pergi menuntut ilmu, ada yang pergi ke masjid, ada yang pergi melancong dan pelbagai cara lagi. itu kira boleh di terima syariah namun yang sedihnya ada yang melakukan benda-benda yang menyalahi hukum seperti mereka yang pergi ke kelab-kelab malam, mengambil dadah, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ada sebab yang membolehkannya dan pelbagai gejala-gejala sosial yang berlaku hanya satu matlamat iaitu untuk menenangkan hati. walaupun adakalanya mereka tidak sedar tujuan mereka berbuat begitu. Alasan mudah mereka ialah mereka nak enjoy atau bersuka ria atau dengan erti kata lain mereka ingin mengembirakan hati mereka. Semuanya berkait dengan hati kerana hati lah punca segalanya.


Jawapan yang keduanya ialah kerana hati yang tenang juga bukan mudah untuk diperolehi. Kita mungkin mampu membeli rumah yang besar, memiliki kereta yang mahal atau mengahwini isteri yang cantik tapi belum tentu hati kita akan menjadi tenang setelah memiliki semua itu. silap-silap rumah yang kita miliki mungkin menjadi mini neraka jika kita tidak dapat mengendalikannya dengan baik.

Saya membangkitkan soal hati ini kerana ianya merupakan nikmat yang sangat berharga yang dikurniakan kepada kita selain nikmat iman dan islam. Jika kita ada kereta yang mahal sudah tentu kita akan menguncinya di dalam garaj dan kalau kita ke mana-mana sudah tentu kita akan memasang dengan sistem penggera yang canggih untuk mengelakkan dari di curi orang. Tetapi jarang kita jaga hati kita dengan sebaik-baiknya. Menjaga hati bukan seperti menjaga kereta. Hati kita tidak akan di curi secara fizikal tapi secara kita tidak sedar. Hati kita dicuri oleh nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan yang menjadi pencuri paling besar dalam diri kita dan kalau kita tidak menjaganya dengan betul-betul kita akan lihat mangsa-mangsa yang kena curi hatinya di kelab-kelab malam, di shopping-shoping complex, melepak tanpa arah tujuan dan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya orang yang bernama muslim berada.

Benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Rabu, April 22

BERAPA PERATUS MATLAMAT 2009 TELAH KITA CAPAI SETAKAT NI?



Pejam celik..pejam celik dah hampir 4bulan lebih kita meninggalkan tahun 2008..dah hampir 5 bulan kita melalui 2009..setakat ini bagaimana pencapaian kita dalam mencapai azam 2009..berapa peratus matlamat kita dah tercapai... Persoalannya, sejauh mana anda dah bergerak mencapai matlamat anda? Or, anda dah lupa matlamat anda.
Ketika saya merumuskan dan mencabar anda untuk tulis 50 impian anda semalam, berapa ramai daripada anda yang benar-benar melakukannya? Saya sendiri secara personal tidak pernah menulis 50 impian. Kadang-kadang kepayahan nak mendapatkan listing tersebut, saya baru dapat tulis 27 impian so far.
Tapi saya benar-benar nak pecahkan self-limiting-belief dalam diri saya tahun ini. Nak pecahkan jadi cracked pieces. Nak build up something new yang lebih berguna untuk diri sendiri. Jadi saya beranikan untuk pecahkan ice dalam diri saya, dengan menyenaraikan 50 impian saya so far.
Anda yakin atau tak anda boleh capai impian anda? ORang yang tak yakin, akan kata tak yakin. Orang separa yakin akan kata, boleh kot. Orang yakin akan kata, mesti boleh!Tapi saya yang sedar bahawa kejayaan adalah milik saya, saya akan kata, saya sedang berusaha, berdoa dan bertawakal. Tidak ada satu pun yang saya tak buat. InsyaALLAH, saya yakin akan mencapai kesemuanya!