Mungkin tidak pernah sekali terlintas di minda kita,akan mengalami
hari-hari penuh tekanan.
Setiap hari masalah datang dan pergi....Selesai 1 masalah datang pula
masalah yang lain....Kenapa perlu Allah ciptakan pelbagai masalah kepada
kita? Adakah untuk membuli kita, menjadikan kita insan yang malang
selalu...kenapa kadang2 terfikir di benak kita..kenapa Allah cuba
wujudkan masalah tu cuma untuk diri kita tidak kepada insan lain di
sekeliling kita.....Adakah kerana benci @ sememang kita ditakdirkan
bernasib malang sepanjang kehidupan ini...Jadi haruslah kita belajar dan
bersedia menghadapi masalah hidup sebagai satu persediaan di hari-hari
yang mendatang. Berapa nilai tolensani anda? Ini salah satu persoalan
yang harus kita tanyakan pada diri kita sendiri. Sejauh mana tekanan
diri anda dalam bertolak ansur sesama individu.
Begitu juga dengan tahap kesabaran diri anda,jangan terlalu mengambil
mudah dalam hal sedemikian. Kesabaran dalam menghadapi sesuatu perkara
perlu ada dalam keadaan yang sangat tinggi dalam seseorang. Jika tahap
kesabaran itu adalah dalam sukatan minima, maka buruk padahnya. Anda
akan dikenali dengan gelaran panas baran.
Tetapi berdasarkan pengalaman, penyakit panas baran ini masih boleh
dibendung dan boleh diperbaiki jika kita mnenyedari baik
buruknya.Bagaimana pula jika tahap atau nilai kesabaran individu
tersebut di tahap yang tinggi? Sehinggakan individu-individu lain cuba
mengambil kesempatan di atas kesabaran tersebut. Sehinggakan di mata
individu tersebut terlihat dirinya seperti tidak bermaruah.
Setiap perlakuan yang kita lakukan perlu ada toleransi iaitu bertolak
ansur dan menggunakan kesabaran yang tinggi dalam menangani sesuatu
masalah.Walaupun hanya bertolak ansur itu ada,tanpa menggunakan tahap
kesabaran yang berpada. Seperti burung unta yang mebenamkan kepalanya ke
dalam pasir, selama mana jika mampu menyembunyikan perasaan tersebut,
tekanan itu tetap ada ...
kita yang menentukan ke mana arah kita dan apa yang ingin kita capai dalam hidup kita....kita akan menjadi seperti mana apa yang kita cuba usahakan....
BalasPadam