Sabtu, Mei 16
SELAMAT PAGI CIKGU...TERIMA KASIH..CIKGU..
Bulan Mei banyak hari penting. Hari Buruh, Hari Ibu, Hari Jururawat, Hari Belia dan Hari Guru semuanya pada bulan Mei. Hari cuaca paling panas di Malaysia juga barangkali bulan Mei. Panas memanjang siang dan malam. Awan hitam di langit tetapi hujan setitis dua sahaja. Hujan seperti malu-malu nak turun, mungkin kerana banyak sangat hati penting.
Esok 16 Mei, Hari Guru.
Selamat Pagi, Cikgu! Satu ungkapan yang pendek tetapi di dalamnya terakam seribu kenangan. Selamat pagi cikgu diucapkan dan belum sempat duduk, cikgi minta sila berdiri. Siapa tak hantar buku latihan naik atas kerusi. Alamak. Selamnat pagi cikgu pagi ini bawa bencana. Pelajar lelaki di barisan belakang terkekeh-kekeh tahan ketawa. Pelajar perempuan terpingan-pinga. Dengan malas aku panjat juga kerusi kayu itu.
Selamat pagi cikgu dilafazkan setiap pagi sebagai pembuka pintu ilmu. Ilmu pengetahuan tidak masuk tanpa ucapan keramat ini. Semakin kerap selamat pagi cikgu diucapkan semakin banyak ilmu masuk kepala. Aku paling benci apabila hampir dengan waktu nak ucapkan selamat pagi cikgu kepada Cikgu Matematik. Bukan aku benci cikgu, tetapi aku tidak suka Matematik. Subjek paling meloyakan aku.
Apabila cikgu menulis soalan matematik aku mula mengantuk. Paling mengantuk apabila cikgu mula berkata: "Murid-murid, sila buku buku latihan, buat latihan dalam muka surat....!"
Ayat apa yang dimaksudkan purata, apakah kebarangkalian... Gatal kepala aku memikirkannya. Yang aku tahu dan selalu kena ialah "bangun dan berdiri" kerana tak buat latihan. Bangun membuat aku tak reti. Tidur membuat juga aku tak tahu. Bangun kena buat lagilah janggal. Kerana alahan aku pada matematik menyebabkan markah aku dalam subjek matematik sekadar cukup-cukup makan.
Namun,Walau bagaimanapun aku amat berterima kasih kepada guru bahasadan cikgu matematik aku yang selalu sekeh kepala aku dahulu. Jasa dialah aku mampu duduk menulis blog seperti sekarang. Subjek yang meloyakan aku bertukar menjadi subjek yang paling aku minati.
Selamat pagi, cikgu! Ucapan yang membawa dua pengertian yang berbeza; pengertian pada murid berbeza dengan pengertian yang ada pada guru. Namun, ucapan itu membawa pengertian yang besar kepada kedua-dua pihak.
Selamat pagi, Cikgu!
Apa yang patut kita lakukan pada Hari Guru? Sebagai guru kita harus berbangga dapat memberikan ilmu kepada anak bangsa di samping berazam akan jadi guru yang baik dan bertanggungjawab.
Guru harus bersabar dan mendekati muridnya dengan kaedah yang betul dan sesuai dengan sikap murid berkenaan. Setiap murid tidak sama. Oleh itu, guru juga mesti menggunakan pendekatan yang berbeza. Cara mendekati pelajar A mungkin tidak boleh diguna pakai kepada pelajar B dan sebaliknya. Salah menggunakan pendekatan bakal mencetuskan masalah. Pelajar nakal paling sukar didekati. Kalau guru menggunakan cara yang "nakal" juga nescaya haru-biru jadinya. Pelajar nakal semakin dihukum, semakin nakal. Pelajar yang baik tetapi tidak tahu membaca dan menulis apabila digunakan kaedah yang salah akan jadi pelajar nakal. Pelajar tidak tahu membaca dan menulis, sedangkan guru pula menekan mereka agar dapat membaca dan menulis. Sekiranya keadaan begini berlaku, kalau bukan pelajar, rasanya guru akan jadi gila.
Guru harus sedar bahawa pelajar mereka ialah manusia biasa yang tidak terlepas daripada segala kesilapan dan kesalahan. Pendekatan menghukum secara keterlaluan memberikan kesan yang tidak baik terhadap psikologi pelajar.
Bagaimana dengan pelajar? Selaku pelajar kita mesti menghormati dan menghargai jasa guru. Pada Hari Guru, guru tidak mengharapkan apa-apa hadiah daripada pelajarnya. Cukuplah kalau mereka dengar nasihat dan patuh kepada kata-kata guru. Itu sahaja. Patuh kepada kata-kata guru adalah hadiah paling mahal yang diidam-idamkan oleh semua guru. Tetapi idaman itu nampaknya semakin hari, semakin jauh dan hampir tinggal sebagai idaman kosong. Tidak mendengar nasihat guru satu hal, melawan cakap guru hal lain lagi. Malah melawan dan mencederakan guru tidak asing lagi di negara kita.
Ibu bapa dan masyarakat? Inilah golongan penting yang tidak boleh ditinggalkan apabila bercakap tentang guru dan murid. Aku kata penting kerana keluarga dan masyarakat berupaya menimbulkan suasana yang dingin atau hangat dalam iklim pendidikan negara. Sekiranya masyarakat memandang guru dan sekolah dari sudut positif maka positiflah hasilnya. Tetapi kalau masyarakat melihat guru dan sekolah dari sudut negatif maka negatiflah kesannya.
Dalam zaman manusia memuja duit, tidak ramai ibu bapa yang memandang guru sebagai guru. Mereka lebih gemar memandang guru sebagai "pengambil upah" yang dibayar oleh kerajaan untuk mengajar anak mereka. Oleh itu, mereka tidak berasa bersalah menyerbu ke sekolah untuk menengking atau memarahi guru di depan pelajar. "Peduli apa, guru hanya pengambil upah, sedangkan aku orang kaya dan dihormati masyarakat." Jadi, berikan penghormatan kepada guru sekiranya kita mahu anak-anak cemerlang. Anak-anak tidak akan cemerlang dalam pelajaran kalau ibu bapanya hari-hari mengutuk guru. Konsep berbincang dari hati ke hati dapat menbantu merungkaikan masalah antara guru, murid dan ibu bapa. PIBG tidak boleh kaku dan jadi perhiasan sahaja. Hari Guru tidak membawa sebarang makna kalau ibu bapa (masyarakat) "tidak kenal" siapa guru dan "tidak tahu" bagaimana kita patut melayannya dengan betul.
Hari Guru mesti diraikan oleh semua orang kerana jasa guru begitu besar. Siapa kita tanpa guru. Raja, Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar, Pegawai Tinggi, Jeneral, Ketua Polis, dan Ketua Masyarakat dapat jadi seperti sekarang kerana jasa guru.
Aku bernasib baik kerana pernah merasai dunia pelajar, dunia guru dan dunia ibu bapa yang ketiga-tiganya bersatu dalam melahirkan anak bangsa yang cemerlang!
Selamat pagi, Cikgu!
Labels:
terkenang semasa dulu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MEMBENTUK TEAMWORK
LAGUKU UNTUKMU
NAMA-NAMA ALLAH
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
SELAMAT DATANG SEMUA
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami..moga anda semua dapat sesuatu daripada bahan atau sisipan yang kami sediakan...selamat berkarya dan membaca..
DAH SOLAT KE?
MERSING INFO CUACA
!-end>!-weather>
Hamster Ku Yang Lapooo
UTUSAN ONLINE
BERITA HARIAN ONLINE
SITE'S COMMUNITY
TARBIAH PEWARIS
PALESTIN SENTIASA DLM DOAKU
!-end>!-currency>
Messenger Pingbox
RUANGAN CHAT
!-end>!-currency>
COMELNYA DIA..
PERMATA HATIKU
bodyguard
Blog Pilihan Saya
Pengikut
biasakan yang betul...perbetulkan kebiasaan yang salah
Dalam kehidupan kita seharian...sedar atau tidak terdapat juga kebiasaan yang kita biasa buat...sebenarnya perlu diperbetulkan...dan ada juga sikap yang baik..rasa macam janggal pulak nak diamalkan kerana budaya yang diamalkan orang kita sekarang ni ......rasa malu nak buat perkara yang baik..tapi selamba je kalu buat perkara yang tak baik..apa pendapat rakan-rakan..
Arkib Blog
-
▼
2009
(380)
-
▼
Mei
(67)
- Hebatnya Solat
- HAPPY FAMILY
- SIAPA AKU DI HATIMU..?
- BERANIKAH KITA BERMIMPI SETINGGI AWAN?
- 4 LILIN KEHIDUPAN
- Melayu Bangsaku
- hidup kita ni, ada ja yang tak kena..kan??
- Tidur Biar Berpada-pada..Jangan Terlepas Banyak Be...
- Lelaki Vs Perempuan Siapa Paling Hebat Memasak?
- AKU SENDIRI TAK TAU PUISI JENIS APA NI...CUMA AKU ...
- NIKMATI SETIAP SAAT KEHIDUPAN SECARA ISLAM
- Peranan Ibubapa Dalam Melahirkan Pelajar Cemerlang.
- 7 ASAS MEMUPUK FIKIRAN POSITIF
- SETABAH DAN SEKUAT SEMANGAT NIK NUR MARDIHAH
- ADAKAH STRESS ANDA DI TAHAP BAHAYA..?
- BEREHAT SEKETIKA...& NIKMATI KEHIDUPAN YANG INDAH
- 24 JAM SETIAP ORANG SEHARI ...ADILKAN?
- SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN...ANGKA SEMAKIN BANYA...
- MERAJUK...MESTI KE DIPUJUK?
- KITA MENENTUKAN JALAN HIDUP KITA
- BERSAHABAT ITU INDAH SEINDAH PELANGI
- MASALAH REMAJA....SALAH SIAPA?
- THE POWER OF LOVE
- CINTA SEJATI?....TERBUKTI KE?
- SEDARKAH KITA….ATAU BUAT2 TAK TAU JE
- MEMBINA PERHUBUNGAN DALAM PERSAHABATAN TANPA ADA S...
- SEKADAR RENUNGAN
- HADIAH HARI GURU ...Khas utk semua Jurutera Pembin...
- LAGU TEMA HARI GURU 2009
- SELAMAT PAGI CIKGU...TERIMA KASIH..CIKGU..
- TEMA HARI GURU
- HIDUP INI PENUH MISTERI TANG PERLU DITEROKAI
- KESEMPATAN ITU MEMANG MASIH ADA
- BAHASA CERMIN PERIBADI KITA
- Kamu Adalah Yang Kamu Fikirkan !!!....Apa yang sed...
- DENGARLAH....
- DI ANTARA KASIH SAYANG, KEJAYAAN DAN KEKAYAAN YANG...
- PENTING KE KEHADIRAN SAHABAT DALAM HIDUP KITA?
- GADISKU..DENGARLAH SUARA HATIKU...
- MENGAPA TERLALU SUKAR MEMOHON KEMAAFAN....
- SELAMAT HARI GURU 2009 BUAT SEMUA GURU, CIKGU, BEK...
- REHATKAN MINDA...BACALAH
- SENI KATA LAGU NASYID...
- TIAP HARI PUN HARI IBU
- Anda dan tabiat anda.
- KISAH PENJUAL TEMPE YANG JUJUR...
- ANDA CINTAKAN PEKERJAAN ANDA SEKARANG? SEJAUHMANA ...
- Hampir 100,000 mohon jadi guru
- PERINGATAN KEPADA SI PENCINTA...INSAN YANG SEDANG ...
- JANGAN JADI SEPERTI GELAS
- MESTIKAH KITA SALING MEMAKI BILA KITA TIDAK SEPEND...
- KONGSI CERITA..MENURUT PAKAR MOTIVASI
- SENYUM MUDAH BERJANGKIT..TAK CAYA CUBALAH..
- BUDAK-BUDAK PUNYA IMPIAN....
- JIWA ..MOGA KAU TENANG SELALU
- KEJAYAAN ADALAH HAK SEMUA ORANG. JADI NIKMATINYA S...
- PASTIKAN KUALITI TIDUR ANDA...
- ADAKAH KITA DARI BENIH YANG BERKUALITI?
- SATU KESILAPAN KITA AKAN MERUNTUHKAN 100 TINGKAT K...
- TIP KHAS UTK TERUNA DAN DARA..TENGAH CARI PASANGAN...
- BLOG OOO BLOG..
- BENDA YANG PALING MAHAL DI DUNIA
- BETUL KE SEMUA ORANG PENDIAM TU SOMBONG..
- ADAKAH RAKAN SEKERJA MEMBUAT ANDA STRESS
- MENGANTUK KETIKA BELAJAR? CUBA TIP INI...
- REALITI KEHIDUPAN
- INDAHNYA IMPIAN "CITAHZZ"
-
▼
Mei
(67)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan