Penilaian
Psikometrik Lima Aspek/Ciri Personaliti 'Si Kecil Kontemporari'
[diadaptasikan, diolah semula dan disesuaikan
sepenuhnya untuk kegunaan kanak-kanak Asia Tenggara berdasarkan California Child Q-Set untuk majalah
Pa&Ma (Karangkraf), hak cipta terpelihara Airil Haimi Adnan dan Pa&Ma, 2012]
PERINGATAN PENTING Berikut adalah inventori lapor kendiri MAKA tidak ada jawapan yang ‘salah’ atau pun ‘betul’. Yang dinilai dan diukur adalah kecenderungan personaliti kanak-kanak pada lewat usia praformal (sekitar 4-6 tahun).
Oleh sebab tidak ada jawapan yang ‘betul’ atau ‘salah’, sebagai penilai luar (emak, ayah atau guru) JANGAN berfikir terlalu lama sebelum memilih respons untuk kesemua pernyataan yang diberikan.
Anda boleh mengambil seberapa lama pun masa yang diperlukan untuk menyiapkan inventori ini, tetapi anda TIDAK DIBENARKAN membaca penjelasan yang saya berikan terlebih dahulu.
Anda juga TIDAK BOLEH meminta pendapat orang lain ketika mencuba inventori ini. Dapatkan pandangan orang lain hanya selepas menyiapkannya (misalnya: emak lengkapkan dahulu, kemudian ayah, akhir sekali baru boleh dibuat perbandingan).
Anda wajib JUJUR dalam menyiapkan inventori ini mengikut gerak hati semata-mata dan bukan mencari kejituan atau ketepatan (seperti dalam peperiksaan) atau mengikut aspirasi serta imaginasi (harapan anda) tentang si kecil di bawah jagaan anda.
#2. Fikirkan tentang seorang anak kecil khusus, berusia antara 4-6 tahun.
#3. Respons anda adalah relevan hanya untuk si kecil yang khusus itu.
#4. Pilih antara tiga respons yang diberikan untuk setiap pernyataan.
#5. Huraian pemarkahan akan diberikan (jangan baca terlebih dahulu).
RESPONS ANDA?
Saya tidak bersetuju dengan pernyataan yang diberikan [1]Saya tidak ada informasi yang cukup [0]
Saya amat bersetuju dengan pernyataan yang diberikan [2]
Saya amat bersetuju dengan pernyataan yang diberikan [2]
Item 25: Si kecil ini lazimnya kelihatan amat asyik dengan aktiviti-aktiviti atau usaha-usaha yang sedang dilakukan olehnya.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 26:
Jika diperhatikan betul-betul, si kecil ini adalah seorang individu
yang amat aktif dalam pemikiran dan pergerakan, malah daya reaksinya
juga agak cepat jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia
dengannya.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 27:
Jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya, si kecil
ini selalu berusaha keras untuk menyenangkan hati dan juga perasaan
semua orang yang berada di sekelilingnya.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 28:
Si kecil ini adalah seorang individu yang selalu membuat perancangan
jauh ke hadapan di dalam fikirannya, malah dia juga cenderung berfikir
dengan teliti sebelum dia membuat sesuatu keputusan atau melakukan
sesuatu perkara/usaha.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 29:
Si kecil ini agak kurang yakin dengan kebolehan dan kemampuan dirinya
sendiri, oleh sebab itu dia sentiasa memerlukan perhatian dan sokongan
orang lain agar dia boleh mendorong dirinya ke hadapan.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 30:
Kreativiti yang tinggi terlihat dalam diri si kecil ini, misalnya
apabila dia sedang memikirkan sesuatu hal atau masalah dan juga semasa
dia cuba melakukan sesuatu usaha atau semasa dia sedang bermain.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 31:
Jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, si
kecil ini adalah seorang individu yang suka bercakap dan dia kuat
bercakap tidak kira masa dan juga situasi.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 32:
Si kecil ini cenderung menunjukkan tingkah laku yang menawan hati orang
lain, lebih-lebih lagi jika dia mahu orang lain melakukan sesuatu hal
untuk dirinya atau memberikan sesuatu barang yang dia inginkan.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 33:
Walaupun usianya baru setahun jagung, si kecil ini adalah seorang
individu yang boleh dipercayai dan juga boleh diharap jika dibandingkan
dengan kanak-kanak lain.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 34:
Jika dia berhadapan dengan stres, keadaaan atau situasi yang tidak
menyenangkan, si kecil ini akan menunjukkan reaksi fizikal negatif
seperti mengadu pening kepala, sakit perut atau pun muntah secara
spontan.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 35:
Dunia fantasi si kecil ini agak hebat berbanding kanak-kanak lain dan
dia mampu membayangkan serta ‘menghidupkan’ segala yang dia inginkan di
dalam mindanya.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 36:
Di tadika, di rumah dan dalam situasi sosial lain, si kecil ini
cenderung menyendiri malah dia lebih suka melakukan sesuatu hal atau
bermain seorang diri berbanding dengan orang lain.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 37:
Si kecil ini adalah individu yang selalu bersikap melindungi terhadap
semua orang di sekelilingnya, malah dia sentiasa mahu menjaga dan
melindungi insan-insan yang dia sayang.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 38:
Jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya si
kecil ini adalah seorang yang mahir dalam banyak hal, malah kemahirannya
juga boleh dikatakan lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang lebih
tua.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 39:
Si kecil mudah berasa gemuruh, gugup dan gementar misalnya jika dia
berada dalam situasi yang baru dan agak aneh untuknya atau jika dia
tidak tahu hal atau perkara yang perlu dilakukannya.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 40:
Jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain si kecil ini adalah seorang
yang agak pemalu, malah agak sukar untuknya berkenalan dan menjalinkan
persahabatan dengan orang lain di sekelilingnya.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 41:
Si kecil ini agak unik kerana dia mudah mendekati orang lain yang lebih
dewasa berbanding dirinya dan mereka juga kelihatan agak senang untuk
bersosial dengan si kecil ini.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 42:
Jika diperhatikan, si kecil ini adalah seorang individu yang agak
kritis terhadap segala fikirannya dan perbuatannya, jelas dia agak
cenderung berfikir dengan berhati-hati sebelum mengucapkan atau
melakukan sesuatu.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 43:
Si kecil ini terlalu mudah merasakan bahawa dirinya tidak bernilai,
tidak berharga, atas sebab ini juga dia selalu memandang rendah terhadap
potensi dirinya yang sebenar.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 44:
Si kecil adalah seorang individu yang tidak seperti kanak-kanak lain,
dia seorang yang murah hati dan bersifat pemberi, dia juga tidak kedekut
dan selalu meminjamkan dan berkongsi barang-barang kepunyaannya dengan
semua orang.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 45:
Hati si kecil ini terlalu lembut dibandingkan dengan kanak-kanak lain,
oleh itu dia agak mudah berasa kecil hati lantas merajuk setiap kali dia
diusik atau ‘dikenakan’ oleh orang lain yang berada di sekelilingnya.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 46:
Si kecil ini boleh disifatkan sebagai seorang pengacau dan juga seorang
pengusik, sebagai contoh dia sering mengacau dan mengusik kanak-kanak
lain termasuk juga adik-beradiknya sendiri.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 47:
Si kecil ini adalah seorang individu yang sedikit degil dan keras
kepala, malah dia juga cenderung memulakan pertengkaran jika kemahuannya
tidak dituruti oleh semua orang yang berada di sekelilingnya.
Respons anda? [1] / [0] / [2]
Item 48:
Jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya si
kecil ini agak suka mengarah, malah dia juga gemar menguasai serta
mendominasi kawan-kawannya dan kanak-kanak yang lebih kecil dalam saiz
dan usia.
Respons anda? [1] / [0] / [2
cuba uji anak-anak kita baru kita dapat mengenalpasti ciri-ciri keperibadian anak-anak kita untuk kita atasi segera kelemahan yang ada sejak dari kecil lagi
BalasPadam