Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.
Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.
Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.Pertandingan memanjat pokok pinang.
30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang. “Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.
“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.
Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat. Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.
Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli. Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.
“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung. “Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.
“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.
“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.
“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.Cicak terus mencanak.Batang pinang dipanjat tak kira orang.
Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.
Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua. Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.
Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.
PENGAJARAN
Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MEMBENTUK TEAMWORK
LAGUKU UNTUKMU
NAMA-NAMA ALLAH
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
SELAMAT DATANG SEMUA
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami..moga anda semua dapat sesuatu daripada bahan atau sisipan yang kami sediakan...selamat berkarya dan membaca..
DAH SOLAT KE?
MERSING INFO CUACA
!-end>!-weather>
Hamster Ku Yang Lapooo
UTUSAN ONLINE
BERITA HARIAN ONLINE
SITE'S COMMUNITY
TARBIAH PEWARIS
PALESTIN SENTIASA DLM DOAKU
!-end>!-currency>
Messenger Pingbox
RUANGAN CHAT
!-end>!-currency>
COMELNYA DIA..
PERMATA HATIKU
bodyguard
Blog Pilihan Saya
Pengikut
biasakan yang betul...perbetulkan kebiasaan yang salah
Dalam kehidupan kita seharian...sedar atau tidak terdapat juga kebiasaan yang kita biasa buat...sebenarnya perlu diperbetulkan...dan ada juga sikap yang baik..rasa macam janggal pulak nak diamalkan kerana budaya yang diamalkan orang kita sekarang ni ......rasa malu nak buat perkara yang baik..tapi selamba je kalu buat perkara yang tak baik..apa pendapat rakan-rakan..
Arkib Blog
-
▼
2009
(380)
-
▼
Ogos
(66)
- SERONOK KE BERISTERI 4
- SELAMAT KEMBALI BERTUGAS..CIKGU
- APA PERASAAN KITA ?
- CUBA FAHAMI..DAN CUBA HAYATI..APA YANG YANG TERSUR...
- SYURGA ITU ADALAH RUMAHKU
- PUNCA TIDAK BAHAGIA DI DALAM HATI
- KERANA SETITIK MADU
- SEKADAR RENUNGAN BERSAMA
- Kawan? Siapa yang dikatakan kawan bagi kita?
- ADAKAH KAU LUPA
- 11 KEPERCAYAAN SAYA
- INI BETUL-BETUL KE KEBETULAN JE....
- SEDAR LE DIRI SIKIT OOI....
- SALAH KE PUNYA TULANG RUSUK LEBIH DARI SATU?
- TOLONG INGATKAN SAYA ANDAI SAYA JAUH TERPESONG, TE...
- DAH SEDIAKAH KITA....?
- TIP MENAWAN HATI ANAK-ANAK
- khas buat sahabatku Riza
- ADAKAH DIRIMU HANYA KAWAN ATAUPUN SABABAT SEJATIKU
- MUHASABAH DIRI...
- CUMA SESEKALI JE..TOKLEH KE
- Empat punca hidup manusia tidak tenteram
- CINTA TAK BERERTI KITA MEMILIKI
- Pastikan Hari ini milik anda
- .:: HIKMAH BERDIAM DIRI ::.
- Sukar untuk menerima kegagalan?
- APA PENDAPAT ANDA TENTANG PANDAI DAN TIDAK PANDAI
- CINTA ITU MEMATIKAN ATAU MEMBERI NYAWA?
- Dalam Cinta Harus Saling Percaya, Dalam Cinta Haru...
- YANG MANA SATU?
- BERITA BAIK....SEMUANYA BENAR..TIADA YANG TIDAK BE...
- RENUNGAN UTK SEMUA SAHABAT2
- TIP MEMILIH PASANGAN
- JUST FOR FUN
- Speak Good, or Remain Silent.Carta Top 10
- PUKUL BERAPA BUKA?
- JIKA KAU MELIHAT SESUATU....
- Kalau Allah Tu Baik Kenapa Bina Neraka?
- Tanda Anak Bijak
- JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
- Azam mendidik anak
- SAHABAT…BAGAIMANA SIFAT SAHABAT YANG BAIK?
- Semahal Mana Harga Diri Kita?
- Kasih seorg bapa
- LOGIK KE KISAH ORANG KAYA NGAN PEMANDU NI
- MASIH MENCARI CINTA SEJATI?
- Petua Berjaya Yang Luar Biasa
- Memoir Seorang Guru
- ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
- SYUKUR YA ALLAH KERANA MASIH MEMINJAMKAN SEGALA MI...
- INSAN YANG KAYA HATI...
- INFO RINGKAS AWAL PAGI JUMAAT
- Sejauhmana Ssejatinya Kita Sebagai Seorang Lelaki?
- KISAH PENDAYUNG SAMPAN
- 10 Sikap Peribadi Yang Harus Dipupuk Dalam Diri Kita
- ADAKAH SESIAPA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KITA?
- EGO DAN TIDAK BERTOLAK ANSUR KELEMAHAN YANG PERLU ...
- Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?
- Mulakan Hari Anda Dengan Senyum dan Senyum
- AMALKAN SIKAP MEMBELAI PASANGAN
- SEJAUHMANA MALAS MENGUASAI DIRI KITA?
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- SEGERA ATASI SIKAP ANAK YANG SUKA MENIPU
- PUNCA KANAK-KANAK KERAP BERTANYA
- MALU ...SEJAUHMANA KEBAIKAN DAN KEBURUKANNYA PADA ...
- Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang y...
-
▼
Ogos
(66)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan