Rabu, Ogos 19
Kasih seorg bapa
Bercerita mengenai Seorang ayah, tersentuh juga ati aku. Aku mempunyai pengalaman tersendiri bersama seorang ‘bapa’ yang akan membuatkan air mata aku bergenang setiap kali mengenang pengorbanan seorang bapa. Tetapi bukan cerita bapa aku yang ingin ditulis di sini.
Baru-baru ini, menonton cerita yang ditayangkan di Astro Prima ‘Beca Usang’. Cerita ini membuatkan aku berfikir panjang. Cerita yang agak klise, mengisahkan seorang bapa yang lumpuh (bekas penarik beca) tidak dapat menyara keluarga, lalu memujuk anak perempuannya agar berhenti sekolah bagi memberi laluan kepada adik lelakinya untuk meneruskan pelajaran. Kononnya anak lelaki akan membela nasib keluarga. Maka dengan beca usang bapanyalah si anak perempuan berhempas pulas mencari rezeki bagi menanggung pembelajaran adik lelakinya. Namun, si adik yang diharapkan, leka dengan permainan cinta. Akhirnya lupa tujuan dan hanya tahu meminta wang. Duit yang diterimanya dihabiskan untuk berpoya-poya.
Berdasarkan cerita ini, perkara utama yang ingin aku sentuh di sini ialah sikap ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa seharusnya melihat setiap orang anak memiliki kebolehan tersendiri baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Peranan kedua-dua ibu dan bapa adalah sama penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Anak-anak itu ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Majusi dan Nasrani…’
Kali ini aku tidak ingin membicarakan tentang peranan ibu sebagai ‘Madrasatul Ula’ (sekolah yang pertama) dan aku juga tidak menafikan keupayaan wanita yang diibaratkan ‘tangan lembut yang bisa menggoncang dunia’ tetapi kali ini aku ingin menjentik minda para bapa tentang sensitiviti dan tanggungjawab bapa sebagai nakhoda dalam melayari bahtera rumahtangga. Juga soal anak lelaki yang perlu dipandang serius oleh seorang bapa. Kenapa bapa? Kerana mereka adalah kaum lelaki. Justeru, logiknya hanya lelaki yang akan lebih memahami dunia lelaki. Yang paling utamanya adalah kerana Allah telah menyebut dalam Al-Quran lelaki itu sebagai “qawwam” yakni pemimpin atau pelindung.
Ada dua perkara yang ingin aku ketengahkan di sini. Pertama, kebiasaan seorang bapa tidak percaya pada kemampuan anak perempuan untuk membela nasib keluarga. Masih ada lagi pada zaman moden ini kaum bapa yang melihat kepada jantina untuk menentukan nasib dan masa depan keluarga, sedangkan beberapa kali kita dengar pelajar-pelajar yang cemerlang yang memperolehi 17A dan 20A semuanya terdiri dari kalangan perempuan. Bukankah cemerlang dalam pelajaran menandakan jaminan kerja yang bagus? Seterusnya jaminan hidup yang lebih senang?
Kedua, kebiasaan seorang bapa mengambil mudah tentang anak lelaki dan terlalu mempercayai mereka. Kebanyakan kaum bapa dan juga ibu mengambil mudah soal anak lelaki. Kalau anak lelaki balik lewat malam, ungkapan yang biasa kita dengar ‘tak apalah anak lelaki, tahulah dia menjaga dirinya …’ kalau anak lelaki bangun lewat, kalau anak lelaki malas “Biasalah anak lelaki…” itulah ungkapan yang biasa kita dengar. Memang tidak dinafikan anak perempuan lebih banyak terdedah kepada fitnah dan gejala sosial dan lebih perlu diberi perhatian sewajarnya, tapi tidak terlepas juga anak lelaki.
Namun, persoalan yang ingin aku tekankan di sini ialah, betulkah anak lelaki pandai menjaga diri? Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan. Jadi, agaknya ke manakah anak-anak lelaki kita setiap pagi setelah kita menghantarnya ke sekolah? Adakah kita pasti mereka benar-benar ada di sekolah sepanjang waktu persekolahan setiap hari?
Anak-anak lelaki yang kita kata ‘mereka tahu menjaga diri’ inilah yang banyak terlibat dengan masalah merempit, menagih dadah, gejala vandalisme, berpeleseran, buli dan sebagainya. Oleh yang demikian kepada kaum bapa janganlah mengambil mudah soal anak lelaki. Sepatutnya seorang bapalah yang akan lebih memahami sikap dan kemahuan anak lelaki. Bahkan, sepatutnya seorang bapalah yang boleh menjadi teman yang paling akrab untuk anak lelakinya berkongsi masalah dan meminta pandangan.
Saranan Rasulullah s.a.w juga agar kita mempamerkan kasih akung terhadap keluarga sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda apabila baginda Rasulullah s.a.w dilihat mencium cucunya Hasan dan Husin. Oleh itu aku menyeru kepada kaum bapa agar menunjukkan keperihatinan dan kasih akung kepada anak-anak. Sebolehnya, serlahkanlah naluri kebapaan anda melalui perhatian dan keperihatinan dari pelbagai sudut.
Mungkin kasih seorang bapa sangat mahal dan sukar untuk dilafazkan apatah lagi untuk dizahirkan. Namun, atas nama tanggungjawab sebagai bapa dan atas nama anak sebagai amanah dari Allah, aku ingin menyeru kaum bapa sekalian…sentuhlah anak-anak kita ini dengan segala sentuhan kasih yang tulus demi mengharap redha Allah semata-mata sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." (At-Tahrim : 6)
Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung…
Labels:
adakah aku sehebat ayahku?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MEMBENTUK TEAMWORK
LAGUKU UNTUKMU
NAMA-NAMA ALLAH
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
SELAMAT DATANG SEMUA
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami..moga anda semua dapat sesuatu daripada bahan atau sisipan yang kami sediakan...selamat berkarya dan membaca..
DAH SOLAT KE?
MERSING INFO CUACA
!-end>!-weather>
Hamster Ku Yang Lapooo
UTUSAN ONLINE
BERITA HARIAN ONLINE
SITE'S COMMUNITY
TARBIAH PEWARIS
PALESTIN SENTIASA DLM DOAKU
!-end>!-currency>
Messenger Pingbox
RUANGAN CHAT
!-end>!-currency>
COMELNYA DIA..
PERMATA HATIKU
bodyguard
Blog Pilihan Saya
Pengikut
biasakan yang betul...perbetulkan kebiasaan yang salah
Dalam kehidupan kita seharian...sedar atau tidak terdapat juga kebiasaan yang kita biasa buat...sebenarnya perlu diperbetulkan...dan ada juga sikap yang baik..rasa macam janggal pulak nak diamalkan kerana budaya yang diamalkan orang kita sekarang ni ......rasa malu nak buat perkara yang baik..tapi selamba je kalu buat perkara yang tak baik..apa pendapat rakan-rakan..
Arkib Blog
-
▼
2009
(380)
-
▼
Ogos
(66)
- SERONOK KE BERISTERI 4
- SELAMAT KEMBALI BERTUGAS..CIKGU
- APA PERASAAN KITA ?
- CUBA FAHAMI..DAN CUBA HAYATI..APA YANG YANG TERSUR...
- SYURGA ITU ADALAH RUMAHKU
- PUNCA TIDAK BAHAGIA DI DALAM HATI
- KERANA SETITIK MADU
- SEKADAR RENUNGAN BERSAMA
- Kawan? Siapa yang dikatakan kawan bagi kita?
- ADAKAH KAU LUPA
- 11 KEPERCAYAAN SAYA
- INI BETUL-BETUL KE KEBETULAN JE....
- SEDAR LE DIRI SIKIT OOI....
- SALAH KE PUNYA TULANG RUSUK LEBIH DARI SATU?
- TOLONG INGATKAN SAYA ANDAI SAYA JAUH TERPESONG, TE...
- DAH SEDIAKAH KITA....?
- TIP MENAWAN HATI ANAK-ANAK
- khas buat sahabatku Riza
- ADAKAH DIRIMU HANYA KAWAN ATAUPUN SABABAT SEJATIKU
- MUHASABAH DIRI...
- CUMA SESEKALI JE..TOKLEH KE
- Empat punca hidup manusia tidak tenteram
- CINTA TAK BERERTI KITA MEMILIKI
- Pastikan Hari ini milik anda
- .:: HIKMAH BERDIAM DIRI ::.
- Sukar untuk menerima kegagalan?
- APA PENDAPAT ANDA TENTANG PANDAI DAN TIDAK PANDAI
- CINTA ITU MEMATIKAN ATAU MEMBERI NYAWA?
- Dalam Cinta Harus Saling Percaya, Dalam Cinta Haru...
- YANG MANA SATU?
- BERITA BAIK....SEMUANYA BENAR..TIADA YANG TIDAK BE...
- RENUNGAN UTK SEMUA SAHABAT2
- TIP MEMILIH PASANGAN
- JUST FOR FUN
- Speak Good, or Remain Silent.Carta Top 10
- PUKUL BERAPA BUKA?
- JIKA KAU MELIHAT SESUATU....
- Kalau Allah Tu Baik Kenapa Bina Neraka?
- Tanda Anak Bijak
- JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
- Azam mendidik anak
- SAHABAT…BAGAIMANA SIFAT SAHABAT YANG BAIK?
- Semahal Mana Harga Diri Kita?
- Kasih seorg bapa
- LOGIK KE KISAH ORANG KAYA NGAN PEMANDU NI
- MASIH MENCARI CINTA SEJATI?
- Petua Berjaya Yang Luar Biasa
- Memoir Seorang Guru
- ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
- SYUKUR YA ALLAH KERANA MASIH MEMINJAMKAN SEGALA MI...
- INSAN YANG KAYA HATI...
- INFO RINGKAS AWAL PAGI JUMAAT
- Sejauhmana Ssejatinya Kita Sebagai Seorang Lelaki?
- KISAH PENDAYUNG SAMPAN
- 10 Sikap Peribadi Yang Harus Dipupuk Dalam Diri Kita
- ADAKAH SESIAPA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KITA?
- EGO DAN TIDAK BERTOLAK ANSUR KELEMAHAN YANG PERLU ...
- Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?
- Mulakan Hari Anda Dengan Senyum dan Senyum
- AMALKAN SIKAP MEMBELAI PASANGAN
- SEJAUHMANA MALAS MENGUASAI DIRI KITA?
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- SEGERA ATASI SIKAP ANAK YANG SUKA MENIPU
- PUNCA KANAK-KANAK KERAP BERTANYA
- MALU ...SEJAUHMANA KEBAIKAN DAN KEBURUKANNYA PADA ...
- Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang y...
-
▼
Ogos
(66)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan