Khamis, Disember 31

6 panduan laksana azam tahun baru


ISLAM menggalakkan umatnya muhasabah atau menghisab diri bagi merenung kelemahan atau kesalahan dalam usaha memperbaiki akhlak serta prestasi untuk kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Manusia mempunyai sifat selalu lupa, sebab itulah kita di berikan peringatan dan harus memperingati.

Jika orang lain tidak mengingatkan diri kita, kita wajib mengingatkan diri untuk kemajuan, ketenangan hati dan kebahagiaan hidup kita sendiri.

Muhasabah mempunyai banyak peringkat iaitu muhasabah harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Membuat resolusi ibarat kita berjanji kepada diri sendiri dan jika itu tidak ditepati, kita perlu semak mengapa janji itu tidak dapat ditepati melalui bedah siasat minda yang ditulis di atas kertas.

Kita jadikan resolusi ini sebagai tempat kita menilai prestasi diri termasuk akhlak, amalan, ibadat, sumbangan kepada insan lain dan kerjaya selama setahun, adakah lebih baik atau sebaliknya.

Adakah kita membahagiakan insan lain atau menyebabkan mereka menderita? Kita boleh mengotakan janji kepada diri jika kita menyediakan mekanism dan tips untuk memenuhi janji itu.

Enam tips untuk menulis resolusi tahun baru:

# Senaraikan resolusi Tahun 2010

Sebagai permulaan, kita senaraikan semua resolusi yang kita buat, kemudian kita pilih mana-mana perkara yang lebih utama sebagai A1, A2 dan A3 dan kita tetapkan tarikh untuk memulakan resolusi itu dalam jangka masa katakan, 40 hari.

Kemudian tentukan ulangan yang akan kita lakukan, sekali atau dua kali dalam masa sebulan atau dua bulan. Buat sedikit demi sedikit mengikut kemampuan badan dan mental, kemudian tambahkan ikut kemampuan.

Apa yang penting, resolusi mestilah dilakukan secara ’istiqamah’ dan tekun.

Contohnya amalan yang boleh disenaraikan dalam amalan persendirian ialah memperbanyakkan amalan solat sunat, puasa sunat, membaca al-Quran, baca buku terbaru, meringankan beban ibu tunggal, anak yatim dan lain-lain.

# Cari resolusi yang memang ‘mampu’ kita lakukan.

Contohnya, datang ke pejabat jam 8.30 tepat kerana pada akhir tahun 2009 kita tidak dapat bonus berlipat ganda disebabkan selalu datang lewat.

Atau dalam masalah hati, kita tidak mahu bersifat prejudis kepada insan lain, hendak mencintai semua orang dan membahagiakan orang lain.

# Cari resolusi yang sudah kita lakukan atau yang memang kebiasaan kita

Contohnya, solat lima waktu kita memang lakukan tetapi adakah sempurna solat kita, adakah waktunya tepat? Azam kita ialah untuk mencantikkan amal yang dilakukan setiap hari.

# Pilih resolusi yang mudah.

Contohnya, bersedekah RM1 setiap Jumaat, atau paling mudah tersenyum dalam apa cara sekalipun kerana senyum adalah sedekah. Tahukah kita bahawa senyuman kita yang pertama di waktu pagi bagi seorang sedang murung boleh membahagiakannya sehari suntuk.

# Pilih resolusi yang tidak boleh diukur, tanpa unit dimensi dan abstrak

Contohnya, saya akan jadi orang yang lebih baik. Ini tidak boleh diukur kerana lebih baik boleh membawa pelbagai maksud iaitu, baik saja, lebih baik dan lebih baik lagi.

# Tuliskan resolusi di tempat mudah dilihat

Tampal resolusi di tempat mudah dilihat umpamanya dengan melekatkan di dinding, peti sejuk, cermin di bilik tidur, di telefon atau buku bacaan terkini. Jika kerja kita menggunakan komputer, buatkan ’pop up icon’ yang akan terpampang setiap kali kita menggunakan komputer.

Enam tips di atas untuk menulis resolusi tahun baru dan mudah-mudahan kita akan dapat menulis resolusi tahun baru yang canggih dan dapat dipenuhi di akhir tahun akan datang.

Rabu, Disember 30

KUASA CINTA

salam sejahtera dan salam pertemuan bt anda semua.....

cinta lahir dari hati.hati besih, penuh kemaafan dan penuh rasa memaafkan, akan dapat merasai kenikmatan cinta. cinta yang membahagiakan akan membuat kita bersemangat tinggi, penuh bermotivasi dalam berusaha mencapai apa yang kita cita-citakan..salurkan cinta dengan cara yang halal...

cinta berlandaskan agama menjadikan kita mengecap hidup bahagia, terasa ada orang tersayang menyokong usaha kita..cinta berlandaskan nafsu duniawi juga boleh menjadikan kita orang berjaya,bahagia dan ternama.tapi apa yang dikecapi seakan sekejap saja, penuh pelbagai masalah, pergolakan juga seribu satu musibah entah bila akhirnya..tp aku yakin ddan pasti...kalu tinakan kita tindakan kita xdirestui oleh Ilahi...kita akan lalai dari tanggungjawab dan kerjaya kita akan merundum...selagi kita tidak melanggar hukum dan sentiasa ingat dan sentiasa dekat serta tiak putus perhubungan ngan Ilahi..insyaAllah apa yang kita buat ddilinddungi Allah...

kawan-kawan,
cinta sifatnye positif. bila disalurkan dengan cara positif akan membuat kita sentiasa berada dalam arus tenaga positif, menjadikan emosi kita positif.kita terasa tenang ,bahagia, genbira. bebas dari stress, bebas dari tekanan.

kita akan mudah menarik situasi-situasi menggembirakan, kita akan ditemukan dengan orang-orang yang menggembirakan kita, kita akan ditemukan dengan perkara-perkara juga benda-benda yang akan menggembirakan kita..

hmmm..cinta adalah satu tanda kekuasaan Allah, menjadi pendorong dalaman ntuk kita beribadah dengan lebih rajin lagi. Allah maha pengasih lagi maha penyayang. sudah tentu dia menyayangi hamba-hambanye, maka sebab itulah dia mngurniakan rasa cinta di hati kita supaya kita semakin kenal siapa yang mencipta kita. lantas berusaha mendekatkan diri kepadanya..
biarlah cinta kita sesama manusia membawa kita kepada kerajinan beribadah untuk mengharapkan keredhaan allah dalam hidup kita...moga dengan itu kita diberkati....

ku petik dari kata-kata dr shueqry-

KALIAN SUMBER KEKUATANKU




ya allah hanya engkau yang maha mengetahui dan mengenali siapa diri ini,dan apa yang terpendam di dalam kamar hati ku..

salam pertemuan buat para pembaca yang aku sangat hargai...
para pembaca yang kukasihi,,

beberapa minit yang lalu aku terfikir tentang satu perkara yang membuatkan hati aku resah dan tertanya-tanya....adakah diri ini ddi tempat aku bekerja memberi hak yang sepatutnya kepada sahabat-sahabat di sekelilingku.??.adakah kehadiran ku menyenangkan dan menceriakan hari mereka?.dan adakah aku terlalu memilih kasih dalam persahabatan, kerjaya, dalam membuat keputusan2 penting dalam idup aku selama ini??...sejak beberapa hari ini, aku diselubungi oleh persoalan-persoalan sedemikian yang membuatkan aku terfikir dan termenung seketika untuk menilai dan memuhasabah diri ini...

post ini kutujukan khas buat insan bergelar -INSAN2 RAPAT SEKELILINGKU & SAHABAT ...aku harap insan itu membaca coretan saya buat kali ini..KALIAN SEMUA ingin kujelaskan dan ingin kuluahkan pada kalian,sebenarnya diri ini amat menghargai dan menyayangi kalian semua. cuma sukar untuk ku zahirkan secara langsung dan untukku lafazkan buat kalian..mungkin secara mata kasar aku melayan dirimu seperti biasa seolah-olah tidak ada apa-apa..tapi dengarlah duhai kalian kesayangan aku semua, jauh di dasar hatiku..hatiku berkata-kata bahawa kalian adalah insan yang sangat bermakna..

usahlah kalian khuatir tentang hati ini terhadapmu,sesungguhnya aku menyayangi semua insan disekelilingku, tidak kiralah ia is3,insan yang sangat kusayangi,teman,sahabat.kawan mahupun lawan...kasih ku tetap mengalir dalam ikatan ukhwah...i wanna 2 say "you are so precious"...usah kalian ragui tentang kasihkku pada kalian semua..mungkin hanya dengan cara coretan ini dapatku zahirkan segalanya..

adanya diriku,sebagai penatang dalam idup kalian pemberi ingtan,bkn untuk melalaikn,adanya diriku sbg teman penghambur semangat jihad,bkn penggoyah iman,namun andai kalian merasa kedatanganku ibarat embun,muncul di kala dinihari,hilang kala terbitnya matahari,maka ingatlah aku masih di sini...sentiasa berdoa agar terpelihara sepanjang hari.walau rembulan jauh mnyepi..ingatlah perjalanan kita tersangat jauh..moga ukhwah kite kekal hingga ke syurga....aminnn

KENALI SIAPA KAMI DEMI LEBIH FAHAMI APA KEHENDDAK KAMI.....




assalamualaikum kawan-kawan...apa khabar?semua sihat?...saya harap semuanye dalam keadaan baik-baik hendaknya.

kawan,
saya mahu kongsikan satu perkara dengan kalian iaitu tentang sifat lelaki.
dulu mase kecik-kecik,mse zaman berhingus lagi saya igt sifat lelaki sama sperti perempuan cuma bezanya jantina.bila saya masuk alam remaja baru saya tahu yang lelaki ada sifatnya yang tersendiri..walaupun saya lelaki...xsemestinya kami dari kaum yang sama perangai pun sama gak....so saya buat le sikit pemerhatian berdasarkan insan2 rapat dari kaum lelaki yang ada di sekeliling saya seperti abah, abang, pakcik2, rakan2, jiran tetangga dan insan2 lelaki yang saya kenal secara langsung atau tidak langsung

dalam diam saya suka memerhati dan mnganalisis orang di sekeliling saya....hehehe dalam diam ke dalam kecoh ek??..hehehehe..maklumlah saya ni suka bercakapah katakan..pok pek pok pek..susah tol nk tengok saya diam.wadoio vgawat..hehe..walaubagaimanapun saya kan cuba memperbaiki diri saya untuk jadi yang lebih baik.

sekarang saya mahu senaraikan sifat lelaki berdasarkan pemerhatian saya mungkin termasuk saya sendiri kot...jangan salah faham ye,saya bukan membuat kesimpulan tentang sifat lelaki tapi saya menyatakan sifat lelaki berdasar kan pemerhatian melalui kaca mata saya. saya tidak berani untuk membuat kesimpulan tentang mereka kerana kite tidak kenal hati budi mereka. saya hanya memandang dengan mata kasar sahaja..

jom kite lihat apa sifat mereka ini..hehehe..

pertama.
HIDUP LELAKI LEBIH MUDAH BERBANDING WANITA
kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disamapaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita..perempuan suka berkias ibarat dan berharap lelaki faham,tetapi lelaki lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara terus terang.

kedua.
BAHASA LELAKI ADALAH BERLAINAN
apa yang dikatakannya adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya.ini bukan bererti dia berbohong. maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya.lelaki tidak begitu pandai melahirkan rase hatinya dalam bentuk kata-kata.

ketiga
LELAKI SUKA MEMBISU
biasanya ,perempuan berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagi salah satu cara berhadapan dengan realiti,tetapi lelaki masih lebih suka untuk emnyembunyikan dan membisu...hmm penim2..

keempat.
LELAKI TIDAK KOMPLEKS
Haa..ini satu lagi masalah..secara rata-rata lah, perempuan suka sangat mengganggap lelaki .sebagai kompleks. tetapi sebenarnya..nk taw tak?..lelaki adalah mudah..simple,.am i right??ntah lah ini hnya sekadar berdasar pemerhatian je taw. lelaki xdelah gopoh dalam membuat keputusan dan tidak cepat panik dalam kebanyakan situasi walaupun sebenarnya gelabah gak tp mereka pandai mengawal keadaan.

kelima.
JANGAN PAKSA LELAKI
bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. maka saya syorkan adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sehingga ke akar umbi.lebih membaca bahasa badan mereka daripada bertanya..ok saya berikan contoh..jika dia pada kebiasaanya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau..terganggu atau aa masalah yang betul2 memusingkan kepalanya ..ye ke?ntahlah

keenam
LELAKI TIDAK SUKA DIKRITIK SECARA KETERLALUAN
ini juga salah satu sifat yang pernah saya perhatikan.kenapa ya??hmm..apa yang dapat saya katakan.jangan mengkritik melainkan jika anda bersedia untuk bertikam lidah dengannya.lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.saya rase lah kalo orang jenis ini cara yang baik untuk mengkritik ialah dengan jenaka dan lembut.mungkin elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian...ntah lah..


ketujuh
LELAKI DAN EGO
hmm..orang yang bersifat.no komen.xberani nk ulas..nanti menjerat leher an membuka pekung i aa senddiri..so pandai2 le pikir..kerana ego le lelaki kadang2 bertinak kurang rasional dari kebiasaannya...hahaha

kelapan
LELAKI SUKA MENYELERAK
hahaha..ni dah ramai yang tahu kan...mmg majoriti suka menyelerak..hai macam2...perempuan ada jugak yg mcmni kan?kan..kan??

pada para pembaca lelaki jangan marah taw...mungkin apa yang saya katakan di atas itu betul dan ada yang salah atau jauh terpesong..tapi INGAT SAYA BUKAN MENYIMPUL TENTANG SIFAT LELAKI kerana saya juga lelaki macam awk semua...bagi pembaca perempuan jangan pula jaddikan fakta ini sebagai modal untuk bertikam lidah ngan kaum sejenis saya tu....kami berfikiran terbuka ddalam menyatakan kelebihan dan kekurangan kami supaya insan2 ari kaum perempuan yang penting dalam hidup kami belajar sesuatu demi lebih mengenali kami untuk membentuk ikatan yang lebih erat alam hiup bersama kami....tapi hanya sekadar berdasarkan pemerhatian mata kasar sahaja...tidak semua yang begitu...samalah dengan perempuan ..ada perempuan yang baik , separa baik, xbaik dan sebagainya...dan sekali lagi saya nk igtkan kita xboleh menghakimi seseorang hanya sekadar berdasarkan pemerhatian atau luaran semata-mata..ini hanya sekadar perkongsian pemerhatian saya ..mungkin ia salah...jangan take serius taw..

nanti sy tulis ttg sifat perempuan plak..jangan bimbang .nanti kite ckp sal pmpuan lak..hhehhehehehe....

ADAKAH ANDA BERPENGARUH ATAU MUDAH DIPENGARUHI?


adakah anda akan tergugat dengan kata-kata orang yang seolah-olah ingin mengubah atau mempengaruhi penilaian,keputusan atau pemilihan anda terhadap sesuatu??
tambah-tambah orang yang berkata itu adalah orang yang kita kagumi/hormati/berpengaruh...yang ideanya sentiasa diambil pakai.

ini betul-betul menguji ketahanan mental dan hati anda....ketetapan anda terhadap sesuatu...agak susahkan??

tambahan pulak orang itu sentiasa berkata-kata tentang itu..setiap kali bertemu atau bersua atau berhubung,persoalan dan isu itu sentiasa diperkatakan dan ditimbulkan....

adakah ia akan menggugat kondisi anda??
huh...mencabar...
analoginya anda sudah lama bercadang untuk memiliki sebuah kereta..yang sudah lama anda idamkan...tetapi kereta itu tidak ada promoter.tiba-tiba datanglah seorang promoter motosikal yang agak terkenal dengan sikap kehandalannya dalam memancing pelanggan lah katakan...haha..dia ni tiap-tiap hari datang kepada anda untuk promote motosikal yang dijualnya...adakah anda tetap dengan pendirian anda untuk memiliki sebuah kereta atau sudah berubah untuk memiliki sebuah motosikal??

sama-sama kite fikirkan...ini berkaitan dengan pendirian kita..dan menguji sejauh mana ketegasan kita dalam membuat keputusan..DUGAAN.

Moral Cerita :
jadilah orang yang berfikiran terbuka,berlapang dada,tenang,dan cuba rasional dalam segala hal.anda kan jumpa jawapan/keputusan yang tepat.jangan terlalu emosional dan jangan cepat melatah.hidup ini banyak dugaan yang datang seolah-olah cuba mengubah aturan hidup kita.

dan sini kita dapat lihat betapa pentingnya pengaruh dalam hidup kita..

PERLU KE ADA EGO DALAM DIRI KITA


Assalamualaikum kawan-kawan...

pernah tak kawan-kawan dengar perkataan EGO?mesti pernah kan?..dan pernah tak kawan-kawan berhadapan dengan orang yang EGO??..atau kawan-kawan sendiri yang EGO??..

Menurut Cerdik pandai pada saya,katanya begini pada saya-
"2one,ego adalah persoalan karektor.karektor bermula dari didikan persekitaran yang tentunya bermula dari didikan awal..percayalah:ego adalah persoalan karektor".

Nabi saw bersabda:
"tiga pemusnah (amalan),kebakhilan yang ditaati,hawa nafsu yang diikuti, dan berasa AGUNG dan HEBAT dengan diri"- Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabrani.Hadis Hasan:Albani.

Rasulullah saw sentiasa memberi peringatan bahawa sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih daripada kita.manakala dalam hal dunia,segeralah mereka melihat pada yang kurang bernasib baik.dengan itu kita akan senantiasa akan mensyukuri nikmat-Nya.

kadang-kadang ego itu perlu tapi gunalah kearah yang positif.biar kena pada tempat dan masanya,,

Isnin, Disember 28

CEPATNYA MASA BERLALU..MINGGU DEPAN DAH MULA BUKU BARU..TAHUN 2010




Terasa seronok la pulak cuti....Sedar tak sedar, sekolah dah mula balik.
Bagi yang kaki buat tahik mata....kenalah belajar2 balik bangun pagi.

Kalau spesies kuat makan, cuti sekolah adalah masa menambahkan lemak2 di badan....lepas nie harap kempis balik.

Kalau kita tengok sekarang nie, lelaki yang banyak mengandung dari perempuan.... perut buucit semacam....tapi tak beranak2 jugak.

Beberapa hari lepas keputusan PMR diumumkan....Tahniah kepada yang berjaya...Takziah kepada mereka2 yang sengaja tak .....malasBiasalah....kalau dapat keputusan baik, anak mereka pandai.Kalau dapat keputusan yang tidak baik, cikgu tak pandai mengajar....lumrah. Lilin katakan.....membakar diri sendiri asalkan orang lain bahagia.

Mood untuk ke sekolah kian terasa....Bagi yang ada anak, sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak2....kalau anak ramai, lebur lah juga beribu2 lemon, tapi tak apa....itu dah tanggungjawab....kerja untuk sapa? untuk anak2 jugak kan? Jangan diungkit.....berikan yang terbaik.

Minggu ini dah nak mula mesyuarat kali pertama. Disusuli pulak dengan pendaftaran Tingkatan 1 dan darjah 1....dah mula balik kerjaya sebagai pendidik dan pengasuh....

Anyway...selamat bertugas kembali kepada semua warga pendidik. Lakukan yang terbaik kerana amanah yang diberikan kepada kita adalah amanah berbayar....setiap sen yang kita dapat akan dipersoalkan nanti....

Cuti sekolah dah nak abis dah....Bukan apa....dah penat cikgu kat sekolah...
Bukan penat mengajar....tapi penat buat kerja-kerja pengkeranian yang tak pernah habis-babis.....dulu kini dan selamanya...Dari awal tahun hinggalah hujung tahun...ada aje..

Tapi bukan semua cikgu cuti sebenarnya...Ada yang kena jaga periksa SPM....Ada yang sengaja mintak nak jaga periksa SPM....malas nak balik kampung la tu...tambah2 lagi balik rumah mertua....

Ada cikgu tu semua jenis periksa dia jadi pengawas ....PMR, SPM. Nasib baik UPSR dan peperiksaan dalaman di sekolah dia tak tawarkan diri.....Selepas nie ada pulak yang kena marking paper....

Ada yang periksa kertas nak tambah ilmu....Ada yang periksa kertas nak glamer lebih...pemeriksa kertas la konon...tapi result subjek yang diajar tak naik-naik pun...Ada yang periksa kertas nak dapat duit lebih....ini yang paling ramai.

Kepada cikgu2 yang balik dari Kelantan, Perak dan Kedah.....hati2 bermain bah(banjir).Kerja dengan cuti ini ibarat bunga dengan taik....dekat bau busuk jauh bau wangi....samalah dengan kita yang jenis berkerja sebagai cikgu...bila cuti lama-lama rasa rindu kat sekolah la pulak....tapi bila lama kat sekolah...dengan kerenah pelajar dan pentadbiran sekolah...rasa datang menyampah(sekali sekala)....tambah-tambah time banyak kerja.

Semoga cuti selama ini dah diisi dengan perkara yang berfaedah....Kepada yang sudah bertunang... selamat bertunang. Jaga2 kerana darah manis...Drakula suka hisap. Kepada yang baru kahwin... selamat pengantin baru...tambah seronok musim hujan nie...sejuk. Cepat dapat anak....ha...ha

Kepada yang nak kahwin satu lagi....kalau dah jodoh dan dah ditakdirkan nak buat macam mana...bukan kerja kita.Kepada yan menunggu kelahiran cahaya mata.....semoga dikurnia anak yang cantik, sihat dan bijak bestari.

Semoga anda semua kembali nanti ke sekolah seperti keadaan anda sebelum cuti....
Bangun..semua guru2 Malaysia..mari kita terus melakar sejarah membangunkan dan membina kecemerlangan modal insan yang mempunyai jati diri dalam Membudayakan Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah

GABUNGAN TEKUN & YAKIN DALAM MENGGAPAI IMPIAN



Dalam hidup seringkali menerima situasi yang tidak sesuai dengan apa yang di harapkan. Ketika menghadapi pelbagai krisis. Sering merasa sedih dan putus asa. Bagaimanakah harus menyikapinya ?. Apakah merasa pasrah menerima keadaan tanpa melakukan usaha ? Ataupun sebaliknya bertekad untuk berjuang keluar dari lubang masalah dan maju meraih kejayaan ?

Pasrah dengan keadaan ?
Tidak memiliki keyakinan untuk terus berjuang ?.

Hukum alam itu sederhananya adalah barang siapa mencelupkan jarinya ke air mendidih, maka jarinya akan melepuh. Mereka yang berani berjuang dengan gigih, tidak takut akan kegagalan, akan lebih dekat meraih kemenangan. Orang yang memiliki keyakinan dan ketekunan bekerja, lebih giat berusaha, tanpa pernah mudah menyerah dalam berusaha - akan memperoleh keberhasilan dan kejayaan. Itullah “sunnatullah” atau hukum sebab akibat.

Sayangnya, banyak yang mengingkari hukum “sunnatullah” ini. Hanya kerana sebahagian orang mempercayai bahawa “langit itu adil” dan kemudian merasa percaya pada sang langit saja, berdoa kepada sang langit saja, mengharap kepada sang langit saja, tanpa pernah mahu melakukan usaha nyata, kemudian berharap emas jatuh ke pangkuannya begitu saja. Padahal tiada imbalan yang dapat diraih tanpa usaha. Tiada buah yang dapat dipetik tanpa menaburkan benih-benih dan setia merawatnya. Sesungguhnya keyakinan dan ketekunan tak akan pernah jauh dari imbalan itu sendiri.

KEYAKINAN dapat memberi makna lebih dalam pada setiap usaha yang dilakukan. Maka imbalan pun pasti akan memenuhi jiwa.

Keyakinan akan memperkayakan hati dan jiwa. Sedangkan KETEKUNAN akan mendekatkan pada keberhasilan usaha. Tentu saja keduanya akan menjadi lebih sempurna kalau disertai dengan DOA kepada Allah s.w.t.

Keyakinan dan ketekunan dalam diri, tentu memerlukan usaha yang keras. Namun yakinlah bahawa hal itu akan memperkaya tangan dan batin. Keyakinan dan Ketekunan dalam hidup, sangat mempengaruhi kejayaan seseorang jauh melampaui modal harta benda, kedudukan, pangkat, atau ilmu sekalipun.

Moral Cerita
tiap satunya ada makna tertentu, menuju keberhasilan, ketekunan juga keyakinan dalam pelbagai aspek, masih berusaha lebih positif dalam kehidupanInsyaAllah......, semoga di permudahkan

ANAK YANG HEBAT LAHIR DARI CARA ASUHAN IBU BAPA YANG CEMERLANG



SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda, mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang?

Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.
Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan.
Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

"Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak," jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka.
Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.

Dan hasil kajian menunjukkan hukuman 'secara lisan' itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.

Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul
anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah. Sering dipukul akan menjadi pemukul

Moral Cerita
kita sekadar berkongsi satu lagi cerita yang mungkin selama ini
kita abaikan kepentingannya.Dipukul.diherdik.ditengking.dihina.digertak.
satu lagi proses mendidik yang turun temurun.

DIKATAKAN : BAGAIMANA MAKAYAH KITA MENDIDIK KITA
BEGITU KITA AKAN MENDIDIK ANAK2 KITA.sejauhmana perubahan hari ini
memerlukan perubahan pendekatan.

Ayah dulu2
ayah memang seorang yang boleh dikelompokkan sebagai seorang ayah ala2 Saddam Hussein.pendekatannya keras.hasilnya.kami kadang2 sampai kehari ini macam ITIK DAN AYAM.

dalam bahasa akademiknya ini dinamakan CARTA SIKAP

ayah telah membentuk satu identiti @ titik hitam. melintas namanya cukup untuk mengambarkan sikapnya dahulu.walaupun zahirnya TIDAK

MULAKAN HARI ANDA DENGAN SENYUMAN...






Mengapa SENYUM amat bermakna....

Ni ada citer sikit pasal senyum.ini adalah fakta bagi senyum. (sbnrnya dah lama dh info ni ade dlm simpanan lap sambil tersenyum.. :))


pernah tgk kucing senyum?..
SENYUM adalah perhiasan dunia. SENYUM adalah bahasa dunia yang menunjukkan keceriaan membawa maksud bagi umat manusia. SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna..

Sewaktu kita berhubung dengan orang lain, sewajarnya kita SENYUM. SENYUM adalah jalan pintas bagi anda mengatakan anda menyukai seseorang. SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat kamu adalah satu sedekah.. SENYUM adalah jambatan perhubungan persahabatan. SENYUM adalah satu pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.

Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM. SENYUM harus ada ketulusan. SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak menyenangkan, sama sahaja dengan kening yang berkerut. Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja memerlukan pergerakan 40 otot untuk bekerja..

tengok..kambing pun pandai senyum..
BAYANGKANLAH!! Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan. Bila kita SENYUM kat orang, orang itu akan SENYUM balik pada kita. Orang akan merasa dihargai apabila kita senyum padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita..Lantas, mengapa kita tidak mulakan? Mulakan dengan diri kita. SENYUMlah dengan orang yang anda tidak kenali hari ini, insya-ALLAH dia akan membalas SENYUMan anda itu. Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan..

William Shakespear ada menyatakan..apa yang anda kehendaki adalah lebih cepat daripada memotong lidah dengan pedang adalah SENYUMan.. Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup anda Bila berhadapan dengan keadaan susah, SENYUMlah.. Bukankah ketawa yang sopan itu sihat?

Pujangga menyebut.."SENYUMan itu kelopak" - tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.. So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak berpura - pura. Kerana yang bepura-pura itu hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang melihat SENYUManmu itu mendapat barakah.. Tapi AWAS!!! jangan menyalahgunakan SENYUMan..bahaya!

sekian perkongsian..adakah anda sedang senyum skrg???bagus!! anda sihat.. :)
p/s: tidak pasti sumber info ni dr mana..sbb dh lama sgt simpan..hehe..

CINTA PUN BOLEH DIBELI....BERAPA HARGA 1 CINTA EKK?




Di sebuah daerah tinggal seorang saudagar kaya raya. Dia mempunyai seorang hamba sahaya yang sangat bebal - begitu dungu, hingga orang-orang menyebutnya si bodoh.

Suatu hari sang tuan menyuruh si bodoh pergi ke sebuah perkampungan miskin untuk menagih hutang para penduduk di sana. "Hutang mereka sudah cukup tempoh," kata sang tuan. "Baik, Tuan," sahut si bodoh. "Tetapi nanti wangnya mahu dibeli apa?" "Belikan sesuatu yang belum aku punyai," jawab sang tuan.

Maka pergilah si bodoh ke perkampungan yang dimaksudkan. Cukup penat juga si bodoh menjalankan tugasnya; mengumpulkan sedikit demi sedikit wang hutang dari para penduduk kampung. Para penduduk itu memang sangat miskin, dan ketika itu pula tengah terjadinya kemarau panjang.

Akhirnya si bodoh berjaya juga menyelesaikan tugasnya. Dalam perjalanan pulang ia teringat pesan tuannya, "Belikan sesuatu yang belum aku miliki." "Apa, ya?" tanya si bodoh dalam hati. "Tuanku sangat kaya, apa lagi yang belum dia punyai?" Setelah berfikir agak lama, si bodoh pun menemukan jawapannya. Dia kembali ke perkampungan miskin tadi. Lalu dia bagikan lagi wang yang sudah dikumpulkannya tadi kepada para penduduk. "Tuanku, memberikan wang ini kepada kalian," katanya.

Para penduduk sangat gembira. Mereka memuji kemurahan hati sang tuan. Ketika si bodoh pulang dan melaporkan apa yang telah dilakukannya, sang tuan geleng-geleng kepala. "Benar-benar bodoh,"keluhnya.

Waktu berlalu. Terjadilah hal yang tidak disangka-sangka; perubahan pemimpin kerana pemberontakan membuat usaha sang tuan tidak semulus dulu. Belum lagi bencana banjir yang menghabiskan semua harta bendanya. Pendek kata sang tuan jatuh miskin dan melarat. Dia terpaksa meninggalkan rumahnya. Hanya si bodoh yang ikut serta. Ketika tiba di sebuah kampung, entah mengapa para penduduknya menyambut mereka dengan riang dan hangat; mereka menyediakan tumpangan dan makanan buat sang tuan.

"Siapakah para penduduk kampung itu, dan mengapa mereka sampai mahu berbaik hati menolongku?" tanya sang tuan. "Dulu tuan pernah menyuruh saya menagih hutang kepada para penduduk miskin kampung ini," jawab si bodoh. "Tuan berpesan agar wang yang terkumpul saya belikan sesuatu yang belum tuan punyai. Ketika itu saya berfikir, tuan sudah memiliki segalanya. Satu-satunya hal yang belum tuan punyai adalah cinta di hati mereka. Maka saya membahagikan wang itu kepada mereka atas nama tuan. Sekarang tuan menuai cinta mereka."

Moral
Semoga orang-orang yang punya kekayaan dan pengaruh dapat belajar dari kisah tadi ; bahawa kekayaan dan pengaruh baru akan sangat berguna kalau dipergunakan untuk menebar cinta kasih.

"Nama baik lebih berharga dari pada kekayaan besar, dan dikasihi orang lebih baik dari pada perak dan emas."

TAHI LALAT DARI SUDUT PSIKOLOGI SEBAGAI MOTIVASI ANDA



Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dengan melihat tanda pada badannya. Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dengan jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu. Hanyalah sekadar menambah pengetahuan semata-mata.

bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita
biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
punggung kanan - agak mengalami kesulitan
punggung kiri - malas dan suka duduk
betis kanan - suka berhibur, boros
betis kiri - rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki
dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budi
alis kanan - suka menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka
pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan - baik hati, pendiam, simpan rahsia
buah dada kiri - ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin
pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
ubun-ubun - kurang jujur
pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup
dada kanan - dapat mengatasi masalah
dada kiri - berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas - baik budi, ramai yang suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana