Isnin, Disember 28
CEPATNYA MASA BERLALU..MINGGU DEPAN DAH MULA BUKU BARU..TAHUN 2010
Terasa seronok la pulak cuti....Sedar tak sedar, sekolah dah mula balik.
Bagi yang kaki buat tahik mata....kenalah belajar2 balik bangun pagi.
Kalau spesies kuat makan, cuti sekolah adalah masa menambahkan lemak2 di badan....lepas nie harap kempis balik.
Kalau kita tengok sekarang nie, lelaki yang banyak mengandung dari perempuan.... perut buucit semacam....tapi tak beranak2 jugak.
Beberapa hari lepas keputusan PMR diumumkan....Tahniah kepada yang berjaya...Takziah kepada mereka2 yang sengaja tak .....malasBiasalah....kalau dapat keputusan baik, anak mereka pandai.Kalau dapat keputusan yang tidak baik, cikgu tak pandai mengajar....lumrah. Lilin katakan.....membakar diri sendiri asalkan orang lain bahagia.
Mood untuk ke sekolah kian terasa....Bagi yang ada anak, sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak2....kalau anak ramai, lebur lah juga beribu2 lemon, tapi tak apa....itu dah tanggungjawab....kerja untuk sapa? untuk anak2 jugak kan? Jangan diungkit.....berikan yang terbaik.
Minggu ini dah nak mula mesyuarat kali pertama. Disusuli pulak dengan pendaftaran Tingkatan 1 dan darjah 1....dah mula balik kerjaya sebagai pendidik dan pengasuh....
Anyway...selamat bertugas kembali kepada semua warga pendidik. Lakukan yang terbaik kerana amanah yang diberikan kepada kita adalah amanah berbayar....setiap sen yang kita dapat akan dipersoalkan nanti....
Cuti sekolah dah nak abis dah....Bukan apa....dah penat cikgu kat sekolah...
Bukan penat mengajar....tapi penat buat kerja-kerja pengkeranian yang tak pernah habis-babis.....dulu kini dan selamanya...Dari awal tahun hinggalah hujung tahun...ada aje..
Tapi bukan semua cikgu cuti sebenarnya...Ada yang kena jaga periksa SPM....Ada yang sengaja mintak nak jaga periksa SPM....malas nak balik kampung la tu...tambah2 lagi balik rumah mertua....
Ada cikgu tu semua jenis periksa dia jadi pengawas ....PMR, SPM. Nasib baik UPSR dan peperiksaan dalaman di sekolah dia tak tawarkan diri.....Selepas nie ada pulak yang kena marking paper....
Ada yang periksa kertas nak tambah ilmu....Ada yang periksa kertas nak glamer lebih...pemeriksa kertas la konon...tapi result subjek yang diajar tak naik-naik pun...Ada yang periksa kertas nak dapat duit lebih....ini yang paling ramai.
Kepada cikgu2 yang balik dari Kelantan, Perak dan Kedah.....hati2 bermain bah(banjir).Kerja dengan cuti ini ibarat bunga dengan taik....dekat bau busuk jauh bau wangi....samalah dengan kita yang jenis berkerja sebagai cikgu...bila cuti lama-lama rasa rindu kat sekolah la pulak....tapi bila lama kat sekolah...dengan kerenah pelajar dan pentadbiran sekolah...rasa datang menyampah(sekali sekala)....tambah-tambah time banyak kerja.
Semoga cuti selama ini dah diisi dengan perkara yang berfaedah....Kepada yang sudah bertunang... selamat bertunang. Jaga2 kerana darah manis...Drakula suka hisap. Kepada yang baru kahwin... selamat pengantin baru...tambah seronok musim hujan nie...sejuk. Cepat dapat anak....ha...ha
Kepada yang nak kahwin satu lagi....kalau dah jodoh dan dah ditakdirkan nak buat macam mana...bukan kerja kita.Kepada yan menunggu kelahiran cahaya mata.....semoga dikurnia anak yang cantik, sihat dan bijak bestari.
Semoga anda semua kembali nanti ke sekolah seperti keadaan anda sebelum cuti....
Bangun..semua guru2 Malaysia..mari kita terus melakar sejarah membangunkan dan membina kecemerlangan modal insan yang mempunyai jati diri dalam Membudayakan Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah
Labels:
adakah kita masih di takuk lama?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MEMBENTUK TEAMWORK
LAGUKU UNTUKMU
NAMA-NAMA ALLAH
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
SELAMAT DATANG SEMUA
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami..moga anda semua dapat sesuatu daripada bahan atau sisipan yang kami sediakan...selamat berkarya dan membaca..
DAH SOLAT KE?
MERSING INFO CUACA
!-end>!-weather>
Hamster Ku Yang Lapooo
UTUSAN ONLINE
BERITA HARIAN ONLINE
SITE'S COMMUNITY
TARBIAH PEWARIS
PALESTIN SENTIASA DLM DOAKU
!-end>!-currency>
Messenger Pingbox
RUANGAN CHAT
!-end>!-currency>
COMELNYA DIA..
PERMATA HATIKU
bodyguard
Blog Pilihan Saya
Pengikut
biasakan yang betul...perbetulkan kebiasaan yang salah
Dalam kehidupan kita seharian...sedar atau tidak terdapat juga kebiasaan yang kita biasa buat...sebenarnya perlu diperbetulkan...dan ada juga sikap yang baik..rasa macam janggal pulak nak diamalkan kerana budaya yang diamalkan orang kita sekarang ni ......rasa malu nak buat perkara yang baik..tapi selamba je kalu buat perkara yang tak baik..apa pendapat rakan-rakan..
Arkib Blog
-
▼
2009
(380)
-
▼
Disember
(26)
- 6 panduan laksana azam tahun baru
- KUASA CINTA
- KALIAN SUMBER KEKUATANKU
- KENALI SIAPA KAMI DEMI LEBIH FAHAMI APA KEHENDDAK ...
- ADAKAH ANDA BERPENGARUH ATAU MUDAH DIPENGARUHI?
- PERLU KE ADA EGO DALAM DIRI KITA
- CEPATNYA MASA BERLALU..MINGGU DEPAN DAH MULA BUKU ...
- GABUNGAN TEKUN & YAKIN DALAM MENGGAPAI IMPIAN
- ANAK YANG HEBAT LAHIR DARI CARA ASUHAN IBU BAPA YA...
- MULAKAN HARI ANDA DENGAN SENYUMAN...
- CINTA PUN BOLEH DIBELI....BERAPA HARGA 1 CINTA EKK?
- TAHI LALAT DARI SUDUT PSIKOLOGI SEBAGAI MOTIVASI ANDA
- CAMNE NAK NILAI KECANTIKAN SEJATI...?
- APA YANG PALING PENTING DALAM HIDUP KITA...? HARTA...
- APA YANG MENYEBABKAN HATI KITA SEDIH....?
- APA JAWAPAN HATI KALU KITA TANYA SOALAN NIE EKK...
- MASIHKAH WANITA MEMERLUKAN LELAKI DALAM HIDUPNYA...?
- KECEWA DAN HAMPA
- BAGAIMANA MENJANA MINDA BAWAH SEDAR ANDA MEMUPUK T...
- ANTARA ANGAN-ANGAN DAN IMPIAN...
- BERJIWA SEORANG JUARA
- KITA PERLU MEMBERI DENGAN IKHLAS....
- KUNCI KEJAYAAN
- 9 JENis WaNita Yg Jd PerHatian..
- EMOSIKU...SEKUAT MANAKAH
- PETIKAN KHAS UNTUK KITA FIKIR2KAN
-
▼
Disember
(26)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan