Memaparkan catatan dengan label siapa aku di mata kalian?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label siapa aku di mata kalian?. Papar semua catatan

Rabu, Disember 30

KALIAN SUMBER KEKUATANKU




ya allah hanya engkau yang maha mengetahui dan mengenali siapa diri ini,dan apa yang terpendam di dalam kamar hati ku..

salam pertemuan buat para pembaca yang aku sangat hargai...
para pembaca yang kukasihi,,

beberapa minit yang lalu aku terfikir tentang satu perkara yang membuatkan hati aku resah dan tertanya-tanya....adakah diri ini ddi tempat aku bekerja memberi hak yang sepatutnya kepada sahabat-sahabat di sekelilingku.??.adakah kehadiran ku menyenangkan dan menceriakan hari mereka?.dan adakah aku terlalu memilih kasih dalam persahabatan, kerjaya, dalam membuat keputusan2 penting dalam idup aku selama ini??...sejak beberapa hari ini, aku diselubungi oleh persoalan-persoalan sedemikian yang membuatkan aku terfikir dan termenung seketika untuk menilai dan memuhasabah diri ini...

post ini kutujukan khas buat insan bergelar -INSAN2 RAPAT SEKELILINGKU & SAHABAT ...aku harap insan itu membaca coretan saya buat kali ini..KALIAN SEMUA ingin kujelaskan dan ingin kuluahkan pada kalian,sebenarnya diri ini amat menghargai dan menyayangi kalian semua. cuma sukar untuk ku zahirkan secara langsung dan untukku lafazkan buat kalian..mungkin secara mata kasar aku melayan dirimu seperti biasa seolah-olah tidak ada apa-apa..tapi dengarlah duhai kalian kesayangan aku semua, jauh di dasar hatiku..hatiku berkata-kata bahawa kalian adalah insan yang sangat bermakna..

usahlah kalian khuatir tentang hati ini terhadapmu,sesungguhnya aku menyayangi semua insan disekelilingku, tidak kiralah ia is3,insan yang sangat kusayangi,teman,sahabat.kawan mahupun lawan...kasih ku tetap mengalir dalam ikatan ukhwah...i wanna 2 say "you are so precious"...usah kalian ragui tentang kasihkku pada kalian semua..mungkin hanya dengan cara coretan ini dapatku zahirkan segalanya..

adanya diriku,sebagai penatang dalam idup kalian pemberi ingtan,bkn untuk melalaikn,adanya diriku sbg teman penghambur semangat jihad,bkn penggoyah iman,namun andai kalian merasa kedatanganku ibarat embun,muncul di kala dinihari,hilang kala terbitnya matahari,maka ingatlah aku masih di sini...sentiasa berdoa agar terpelihara sepanjang hari.walau rembulan jauh mnyepi..ingatlah perjalanan kita tersangat jauh..moga ukhwah kite kekal hingga ke syurga....aminnn

Jumaat, Oktober 30

ADAKAH KITA BERPERWATAKAN MENARIK..?




LUMRAH manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan. Oleh kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian. Namun, untuk meraih perhatian orang lain,kita perlulah memiliki daya tarikan.Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan

untuk menjadi individu menarik:

Pamerkan air muka bertenaga
Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa.

AIR MUKA MELIBATKAN MATA + BIBIR

Tenang dan kawal diri
Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja.
Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.Pakaian kemas dan bersih
ke mana-mana sahaja Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah.

Pilih yang positif, lupakan yang negatif
Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.

Berkawan dengan sesiapa sahaja

Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang.
Anggap semua orang penting. Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.

Berterus terang, telus dan jujur
Ini tip yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada.
Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan.

Sentiasa senyum
Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.
Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

Banyak memberi
Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

Berikan pujian
Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda.
Percayalah dengan membuat orang lain bahagia,
anda juga akan turut bahagia.

Mempunyai prinsip
Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.

Mempunyai keyakinan diri
Tip ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda.

MORAL CERITA
salah satu skill yang paling hebat dan sukar untuk dilaksanakan
adalah KEMAHIRAN MEMBINA PANDANGAN PERTAMA …4 saat pertama kita akan dihakimi sebanyak 70 %.