Rabu, Mei 6

KEJAYAAN ADALAH HAK SEMUA ORANG. JADI NIKMATINYA SELEPAS BERUSAHA DENGAN GIGIH



Apa yang saya bakal coretkan nanti, adalah melalui pengalaman saya sendiri, mungkin anda juga mengalami pengalaman yang sama seperti saya, oleh itu anggaplah ia sebagai satu kebetulan.
Jika seseorang itu berjaya, beliau akan dihormati, disanjung dan dipuja, dan sekiranya seseorang itu gagal, beliau akan dipinggirkan. Menyakitkan ? Itu adalah hukum ciptaan manusia, yang dicipta sejak dulu lagi, dan menjadi model atau ikutan kepada generasi seterusnya dan selagi pemikiran ini tidak diubah, pasti ianya akan masih menjadi ikutan, yang mungkin tiada penghujungnya. Siapa yang bersalah? Adakah minda separa sedar anda?
Yang berjaya memang seronok kerana dilayan seperti manusia. Yang gagal berasa kecewa.
Yang gagal, mengapa mesti kecewa?, jika kecewa,anda tidak akan kemana-mana, pastinya akan terus berada di dalam kegagalan dan kemiskinan. Sebaliknya, jika kekecewaan itu ditukar kepada cabaran, hasilnya tentu berbeza.
Manusia mempunyai maruah dan hak. Antaranya ialah hak untuk membangunkan diri, meletakkan diri di masyarakat dan hak untuk mencipta kejayaan.Gunakan hak yang ada untuk mengubah kehidupan dari menyakitkan kepada yang menyenangkan. Ubah persepsi dan sikap anda, yakinlah kejayaan akan menjadi milik anda, kuatkan semangat, lebihkan usaha.
Duduk diam dan mengeluh akan hanya menambah kemiskinan dan kegagalan. Terlebih rehat, terlebih tidur akan hanya menambahkan hutang


Bersaing untuk kejayaan
Iklim berita sejak kebelakangan ini amat menakutkan. Saya merasakan berita yang dikeluarkan kebelakangan ini tidak kira dimana-mana sahaja samada diinternet atau , media elektronik akan memberikan pengaruh yang kurang baik kepada minda, seterusnya akan menarik dan membenarkan sesuatu yang lebih negatif berlaku. Bagi saya ianya amat menakutkan namun saya berharap ianya dapat diubah sebaiknya dengan keizinan ALLAH.
Media tidak kira samada TV dan akhbar berlumba-lumba bersaing memberikan artikel yang terbaik dan paling hebat untuk melariskan jualan , menaikkan rating tentang isu terkini, tanpa mengira kesan yang bakal berlaku kepada negara dan juga rakyat.
Tahniah saya ucapkan atas persaingan ini, semoga minda para pemimpin dan pemilik media ini di edukasi semula kerana merekalah punca sebenarnya yang menyumbang gejala negatif dan tidak sihat kepada negara. Sekali lagi tahniah untuk mereka.
Bercerita soal persaingan saya ingin menyentuh sedikit sebanyak mengenai persaingan untuk kejayaan.
Saya berpendapat persaingan itu amat penting untuk berjaya. Bersaing adalah perlu untuk menjadikan diri kita lebih baik tetapi bukan untuk mengalahkan orang lain.
Kita tidak perlu berusaha untuk mengalahkan orang lain. Mengapa? kerana rezeki sudah disediakan oleh ALLAH , dan juga sudah diatur oleh ALLAH untuk kita. Yang penting kita perlu berdoa (LOA ) dan berusaha (bertindak) untuk mencapai rezeki yang memang telah tersedia untuk kita.
Jadi sentiasalah bersaing dan mencabar diri Anda supaya sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi mencapai setiap apa yang Anda inginkan. :-;

PASTIKAN KUALITI TIDUR ANDA...



Hari ini, keletihan saya sudah berkurangan, walaupun masih lagi dihimpit masalah tidur yang tidak berkualiti. Apa yang saya dapat rasakan2 minggu kebelakangan ini, saya mempunyai kualiti tidur yang kurang baik. Jika sebelum ini, saya dapat bangkit pada awal pagi,badan terasa segar, dapat lakukan segala kerja yang patut. Tetapi sekarang kebiasaan tersebut sudah berubah, saya akan bangkit dari tidur selepas subuh dan badan memang terasa letih, dan mata masih lagi mengantuk.
Tidur juga berkaitan dengan minda .Kualiti tidur dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk fizikal, mental dan spiritual.Bukan berdasarkan jumlah jam yang kita tidur.Tetapi ianya dinilai melalui perasaan selesa, ketenteraman jiwa serta kepuasan diri yang kita perolehi.
Kadangkala , saya teringat satu kata-kata, tilam yang empuk belum pasti dapat memberikan kita tidur yang lena. Saya benar-benar setuju, kerana saya mempunyai habit boleh tidur di mana-mana asalkan saya mengantuk :grin:, so tilam empuk dah tak penting lagi.
Berbalik pada kualiti tidur. Apa yang dimaksudkan dengan kualiti tidur, kita boleh tidur dengan lena, walaupun dalam masa yang singkat. Apabila bangkit dari tidur, kita akan merasakan badan yang segar, gembira dan tenteram.
Apabila kita tidur, minda separa sedar, akan berada diperingkat theta. Tetapi apabila kita tidur dengan lena minda kita akan berada diperingkat delta. Kalau nak rasa peringkat delta, buat operation, kerana selepas dibius, anda akan tidur dengan betul-betul lena.
Apa pun, tidur yang berkualiti penting untuk kesihatan, selain menjaga pemakanan , tidur juga perlu kita jaga. Jagalah kualiti tidur anda

ADAKAH KITA DARI BENIH YANG BERKUALITI?





Ada satu cerita utuk dikongsikan bersama anda. Ada seorang penabur benih yang merantau sambil membawa sekarung benih. Sepanjang perjalanannya, sebahagian benih jatuh di tepi jalan, setelah beberapa waktu, datanglah seekor burung dan memakannya.
Sebahagian lagi jatuh di tanah yang berbatu, yang tidak banyak tanahnya, dan benih itu pun segera tumbuh, tetapi tidak dapat bertahan lama kerana tanahnya kurang, maka akarnya pendek, Maka ianya menjadi pendek dan layu.
Sebahagian lagi jatuh di dalam semak yang berduri, lalu semasa pertumbuhan benih tersebut, ia terhimpit oleh semak belukar, sehingga ia tidak berbuah.
Dan sebahagian lainnya jatuh di tanah yang subur, ia tumbuh dengan subur dan banyak buahnya.
Hidup manusia pun boleh diumpamakan seperti benih di atas. Mereka yang hidup tanpa mengetahui potensi diri mereka boleh diumpamakan seperti benih yang pertama. Mereka sama sekali tidak menghasilkan apa-apa kejayaan dalam sepanjang kehidupannya.
Mereka yang mampu mencipta kejayaan dengan cepat dan pesat, namun akarnya(kehidupannnya) sangat rapuh dan kering.Boleh disamakan seperti kumpulan benih yang kedua. Mereka adalah golongan yang bekerja keras tanpa memikirkan kualiti kesihatan, mental ,fizikal dan sosial. Golongan ini mempunyai kualiti kehidupan yang kurang baik, kurang kebahagiaan ,dan keharmonian keluarga .
Seperti benih ketiga, walaupun mereka mempunyai akar kuat dan mampu tumbuh tinggi, tetapi mereka tidak berbuah. Orang-orang seperti ini hanya hidup untuk dirinya sendiri, dan sesungguhnya mereka tidak memberikan ‘nilai’ atau faedah kepada lain. Orang ini hidup hanya sekadar mengejar kejayaan peribadi tanpa memikirkan orang sekelilingnya. Jadi boleh diandaikan golongan ini tidak dapat menghasilkan ‘buah’ kepada orang lain.
Manakal golongan seperti benih keempat di mana mereka mempunyai tanah yang subur dengan mineral yang cukup, di mana akhirnya potensi dari benih tersebut dapat dihasilkan secara maksima dan juga memberikan faedah kepada orang lain. Mereka adalah golongan yang menjaga keseimbangan di antara seluruh aspek hidup mereka, kerana selain menghasilkanbuah dengan baik,mereka juga memiliki akar yang kuat.
Benih yang manakah menggambarkan kehidupan anda? Adakah hidup anda seperti benih yang pertama, yang hidup dengan sia-sia tanpa menghasilkan apa -apa? Atau seperti benih kedua, yang dibutakan oleh harta semata-mata tanpa mempedulikan kebahagiaan dan kesihatan diri anda? Dan akhirnya anda akan merasa kehidupan anda sia-sia?
Atau seperti benih ketiga, yang hanya ego dan mementingkan diri, tetapi tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat ? .
Kita amat berbeza sekiranya dibandingkan dengan benih, kerana kita mempunyai kekuatan dan daya untuk menentukan dimanakah tanah yang ingin kita diami. Jika ketika ini kita berada di tanah yang salah, kita masih mempunyai kemampuan untuk berpindah . Tidak seperti benih yang hanya pasrah, kita masih mempunyai ‘kaki’, fikiran, dan hati untuk meninggalkan tanah yang lama dan menuju tanah subur impian benih tersebut.
Jika kita merasa belum berada di tanah subur, maka jangan buang waktu lagi, carilah tanah tersebut. Tanamkanlah akar dengan kuat, tumbuhkanlah batang pokok kita dengan tinggi, dan yang paling penting, hasilkanlah buah yang manis untuk orang lain.
Kerana dengan cara inilah, dapat menghasilkan potensi yang maksima dari dalam diri. Benih yang berjaya menanamkan akar yang kuat, dan batang yang menjulang tinggi, tapi tidak menghasilkan buah juga tidak berguna, kerana Ia akan ditebang dan dibuang, dan akan digantikan dengan pohon yang lain yang dapat memberikan hasil yang lebih baik.

SATU KESILAPAN KITA AKAN MERUNTUHKAN 100 TINGKAT KEBAIKAN YANG KITA BINA



Satu perkara yang saya percaya dan sentiasa percaya,
setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah atau kebaikan yang tidak dapat kita lihat. Dan jika sesuatu perkara itu tidak dapat kita rasai, itu tidak bermakna sesuatu perkara itu tidak wujud.
Segalanya adalah terpulang kepada individu untuk menilai yang terbaik, dan melihat dengan mata hati, dan bukan terlalu
cepat melakukan justifikasi yang terlalu mengikut emosi.
Begitulah yang terjadi kepada sahabat saya, semalam beliau menemui saya untuk meluahkan perasaan yang terpedam. Sebenarnya beliau merasa amat kecewa dan marah apabila setiap pengorbanan beliau terhadap syarikat dan pekerjaannya tidak dihargai.
Sebagai seorang sahabat, saya hanya mampu mendengar dan saya cuba sedaya upaya untuk mendengarnya tanpa melibatkan emosi, kerana saya menyedari sahabat saya itu sudah jauh dikuasai emosi.
Jadi saya tidak boleh membiarkan diri saya terpengaruh sama dibawa oleh arus emosi tersebut.
Sebenarnya sahabat saya itu boleh dianggap sebagai seorang pekerja yang hebat, dedikasi dan loyal.
Beliau sanggup mengorbankan segala masa dan tenaga demi organisasi dan pekerjaannya. Tetapi disebabkan oleh kesilapan yang dilakukan oleh majikan terhadap beliau semalam, saya melihat segalanya berubah.
Namun begitu, apa yang saya lakukan semalam, ialah menyuruh beliau meletakkan dirinya sebagai seorang majikan. Seorang majikan yang mempunyai beratus orang pekerja. Satu soalan yang saya tanya kepada sahabat saya. Adakah sahabat saya akan menjadi seorang majikan yag tidak pernah
melakukan kesilapan?. Sahabat saya hanya diam.
Apa yang saya katakan kepada beliau, setiap manusia
tidak pernah lari daripada kesilapan. Sekali majikan kita melakukan kesilapan, bukan bermakna kita
perlu melupakan segala jasa baik yang telah diberikan oleh majikan kepada kita. Jangan disebabkan oleh satu
kesilapan, kita perlu melupakan berpuluh atau malahan beratus kebaikan yang diberikan oleh majikan kepada kita
selama ini.
Sentiasalah hidup dalam prinsip masa kini. Jadikan segala sesuatu yang pernah berlaku itu sebagai satu sejarah.
Jadikanlah hari ini umpama hari pertama kita memulakan kehidupan.

Isnin, Mei 4

TIP KHAS UTK TERUNA DAN DARA..TENGAH CARI PASANGAN KE?



Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan...

Ni satu nasihat untuk Anda yang bergelar gadis dan teruna. Bila ada orang suka ngan Anda, jangan jual mahal. Jangan! Berilah peluang kepadanya. Untuk apa Anda berjual mahal? Rugi kalo jadi memilih sangat, walaupun boleh.

Sekali Anda jual mahal, suplo kali orang tak suka ngan Anda. Usah bersikap begitu. Jika ada orang suka ngan Anda, minat dengan Anda, apa salahnya terima. Beri dia peluang.

Tak usahlah terlalu rigid sampai jual mahal. Walaupun anda cantik @ hemsem, kecantikan itu tak akan kekal. Biarlah Anda cantik diluar, cantik juga di dalam hati. Orang yang cantik di dalam hati, hatinya baik.

Oleh kerana itu, bersyukurlah bila ada orang suka ngan Anda. Itu tandanya mereka nampak apa yang cantik dan keistimewaan yang ada pada diri anda, mungkin cantik pada rupa atau cantik pada gaya bahasa. Itu tandanya kesopanan Anda dihargai.

Layan dia sama rata, seperti kawan-kawan Anda yang lain. Hadkan pergaulan, kawal kata-kata dan kekalkan kesopanan. Dalam anda terima dia, nilailah dirinya, attitudenya, ilmunya dan pergaulannya.

Tanya diri Anda, adakah dia ni sesuai untuk jadi kekasih Anda? Adakah perangai dia sama dengan ciri-ciri perangai yang Anda mahu? Anda sepatutnya tahu apa yang Anda mahu.

Bila ada orang suka ngan kita, siapa yang tak gembira. Dari situ timbul rasa bersemangat sebab kita tahu kita ada secret admirer, peminat dalam diam.

Di samping itu sentiasa berwaspada dalam tiap pergaulan...semoga anda berjaya

BLOG OOO BLOG..



Ada kengkawan Tanya aku kenapa aku rajin menulis blog, bahkan rajin mengupdate blog. Semuanya kerana minat bukannya kerja tu tak ada gaji, janji aku ada peluang berkongsi sesuatu ngan seseorang. Bukannya sebab apa pun... hanya sebab minat dan untuk kepuasan diri. Setiap orang tahap kepuasan diri dalam sesuatu perkara berbeza.

Jujur dari hati aku suka menulis sesuatu, bukan cerita, bukan karangan, tapi artikel blog. aku suka berkongsi idea dan pendapat. Rasa hepi yang amat sangat bila idea idea terhasil di atas kertas, lepas tu dizahirkan di skrin komputer riba.

Itulah faktor mengapa aku cukup bersemangat menulis. Bagi aku menulis kalu pun takde orang membaca...sebanonya untuk memotivasikan diri aku sendiri . Kadang2 melalui petikan tulisan pakar motivasi saya selitkan juga untuk diulas dan dikongsikan bersama rakan2..org kata yang baik kalu kita sampai2kan pada kawan2 banyak kebaikannya.

Pendek kata, aku suka menulis untuk membuat orang baca apa yang saya tulis lepas tu menjemput mereka memberi pendapat, ok ke, ngam ke, interesting ke, fantastik ke. Hehe. Lepas tu, aku memilih untuk menulis topik yang saya minat - membuat orang bersemangat selalu. Motivasi le. Secara tak langsung aku memotivasikan diri aku sendiri

Yang penting apa saja yang kita buat..bio le hati kita happy..lagi bagi bagus kita dapat mengembirakan rakan2 lain..hasil tulisan kita berguna kepada orang lain dalam menyelesaikan permasalahan harian mereka.

Lagi satu, pastikan tulisan kita tidak menyakitkan hati mana2 pihak…sebab setiap orang ada hak ..jangan sampai menganggu emosi dan sensitivity org lain..

Betul tak..

BENDA YANG PALING MAHAL DI DUNIA



Suasana kelas agak lengang. Ustaz Wan masih mencatat sesuatu di papan hitam."Tajuk pelajaran kita pada pagi ini ialah Benda yang paling mahal di dunia" Kata ustaz Wan."Ustaz macam teka teki jer". terdengar suara menyapa dari belakang kelas.

Kelas mulai riuh. Ada yang tersenyum, ada yang tersengih, ada yang tertawa. Masing-masing tertanya mengapa tajuk ini yang dipilih sedangkan tajuk ini tiada langsung dalam senarai matapelajaran untuk tahun ini. Ustaz Wan tersenyum lantas bertanya satu soalan kepada pelajar yang berada dihadapan beliau.
"Apakah agaknya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini?"
"Emas kot"Pelajar tersebut menjawab.
"Rasanya Permata berlian" .Pelajar disebelahnya pula menambah.
"Kereta Ferrari".Teriak pelajar yang lain pula.
Ustaz Wan hanya tersenyum. Semua mata pelajar tertumpu kepadanya, yang pasti semuanya menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut ustaz Wan.

"Benda yang paling mahal dalam dunia ini ialah Hati yang tenang". lancar sahaja jawapan dari mulut ustaz Wan. Semuanya terdiam dan ada yang mengangguk tanda setuju.

Ya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini adalah hati yang tenang.Tanyalah sesiapa pun dari penarik beca sampailah kepada raja yang memerintah negara. semua orang ingin memiliki hati yang tenang dan damai. Mengapakah hati yang tenang menjadi benda yang paling mahal sekali di dunia?.

Jawapannya kerana manusia terpaksa berbelanja besar untuk menenangkan hati mereka. Mereka tidak kisah untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk menenangkan dan mengembirakan hati. Dalam masa yang sama pelbagai cara yang dilakukan untuk mereka menenangkan hati. Ada yang pergi menuntut ilmu, ada yang pergi ke masjid, ada yang pergi melancong dan pelbagai cara lagi. itu kira boleh di terima syariah namun yang sedihnya ada yang melakukan benda-benda yang menyalahi hukum seperti mereka yang pergi ke kelab-kelab malam, mengambil dadah, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ada sebab yang membolehkannya dan pelbagai gejala-gejala sosial yang berlaku hanya satu matlamat iaitu untuk menenangkan hati. walaupun adakalanya mereka tidak sedar tujuan mereka berbuat begitu. Alasan mudah mereka ialah mereka nak enjoy atau bersuka ria atau dengan erti kata lain mereka ingin mengembirakan hati mereka. Semuanya berkait dengan hati kerana hati lah punca segalanya.


Jawapan yang keduanya ialah kerana hati yang tenang juga bukan mudah untuk diperolehi. Kita mungkin mampu membeli rumah yang besar, memiliki kereta yang mahal atau mengahwini isteri yang cantik tapi belum tentu hati kita akan menjadi tenang setelah memiliki semua itu. silap-silap rumah yang kita miliki mungkin menjadi mini neraka jika kita tidak dapat mengendalikannya dengan baik.

Saya membangkitkan soal hati ini kerana ianya merupakan nikmat yang sangat berharga yang dikurniakan kepada kita selain nikmat iman dan islam. Jika kita ada kereta yang mahal sudah tentu kita akan menguncinya di dalam garaj dan kalau kita ke mana-mana sudah tentu kita akan memasang dengan sistem penggera yang canggih untuk mengelakkan dari di curi orang. Tetapi jarang kita jaga hati kita dengan sebaik-baiknya. Menjaga hati bukan seperti menjaga kereta. Hati kita tidak akan di curi secara fizikal tapi secara kita tidak sedar. Hati kita dicuri oleh nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan yang menjadi pencuri paling besar dalam diri kita dan kalau kita tidak menjaganya dengan betul-betul kita akan lihat mangsa-mangsa yang kena curi hatinya di kelab-kelab malam, di shopping-shoping complex, melepak tanpa arah tujuan dan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya orang yang bernama muslim berada.

Benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Ahad, Mei 3

BETUL KE SEMUA ORANG PENDIAM TU SOMBONG..


Pendapat yang mengatakan orang pendiam ni sombong tak semestinya betul. Mereka pendiam mungkin sebab tertentu, mungkin malu atau tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan.

Orang yang mengatakan orang pendiam ni adalah orang sombong sebenarnya berfikiran negatif terhadap orang pendiam, lagipun kebanyakan orang yang cakap camtu dia mahu orang tegur dia, bukan dia yang tegur orang dulu.
Hmm, tak patut tu. Yang patut, kita kena bersangka baik dengan setiap orang yang kita jumpa, tak kira le pendiam ke pembising.
Orang pendiam boleh mencapai tahap cemerlang dalam pelajaran dan pekerjaan. Tapi, dia kena tinggalkan sikap pendiam apabia dia mahu berjaya dalam perniagaan.
Andai kata dia dinaikkan pangkat ke tahap kepimpinan dan boleh dipanggil bos, dia kena berubah. Kena tinggalkan sikap pendiam step by step.
Dia ada pilihan untuk mengekalkan sikap pendiam, tapi kena tengok masa, keadaan, tempat dan situasi. Seorang bos yang terlalu pendiam, akan kurang dhormati oleh orang bawahannya, macam ada saja yang tak kena.
Tetapi, andaikata seorang bos pendiam bertempat, orang bawahan nampak dia sebagai bos yang berkarisma dan berpendirian. Seharusnya dia mesti direspek.
Anda, kalo Anda sekarang ni pendiam, ubah perangai tu perlahan-lahan. Jangan terlalu pendiam walaupun sebenrnya Anda boleh kekal menjadi orang pendiam.
Nak berjaya, nak ke tak nak akan perlukan orang lain. Untuk menambah ilmu, menambah tahap usaha dan membina network, Anda kena pandai mengawal sikap pendiam supaya senang meminta tolong pada orang lain.
Anda tetap akan perlukan orang lain. Jadi, jangan terlalu pendiam tapi usahakanlah untuk jadi mesra dengan semua orang, tak kira siapapun dia. Biar diam-diam Anda sementara saja.

ADAKAH RAKAN SEKERJA MEMBUAT ANDA STRESS



Jika Anda stress bekerja sebab tertekan oleh perangai rakan sekerja, cara terbaik adalah tegur dengan berhemah. Jangan terlalu main berani, kelak memakan diri sendiri.
Nak menegur, cari masa yang sesuai, tempat yang sesuai. Sebelum ngadu dengan bos, dengan penyelia, selesaikan dengan bicara dari hati ke hati dulu. Kalo tu jugak tak selesai, minta orang atas selesaikan.
Ada orang tak bersemangat pergi kerja sebab dia tertekan oleh perangai kawan sekerja. Ada kawan yang suka hentam belakang, pemanas tak tentu pasal, suka mendera atau suka mengenakan, memperbodohkan tanpa mempedulikan perasaan Anda. Ada kawan yang suka ambik kesempatan, dia main tinggal kerja camtu aje, biar Anda sibuk sorang-sorang memperhabiskannya.
Faktor-faktor di atas adalah beberapa faktor yang menjadi penyebab mengapa Anda stress dek perangai kawan di tempat kerja. Bila berada dalam situasi camni, memang susah nak mencari ketenangan. Anda akan makin stress sebab asal sampai di tempat kerja, mesti dia ada kat situ.
Apa nak buat supaya hal ni tak berpanjangan? Anda ada beberapa pilihan untuk mencari ketenangan supaya bebas dari stress. Pilihan pertama, bertukar majikan.
Pilihan kedua, beralih tempat kerja, walaupun di bawah majikan yang sama. Tukar departmen atau tukar jabatan saja.
Pilihan ketiga, berniaga sendiri. Mulakan secara kecil-kecilan dulu, untuk menampung kos hidup dan untuk menyimpan sedikit. Berniagalah apa saja, janji ramai orang mahu. Misalnya, jika dunia ini sejuk, jadikanlah api sebagai pernigaan.
Marah bila dilawan dengan marah, makin besar nyalanya, makin panas bahangnya. Jika Anda stress sebab perangai kawan di tempat kerja Anda, memang susah untuk Anda nak elak. Jika Anda bergaduh dengan dia sebab tak puas hati dengan perangainya, tak ada apa-apa yang akan selesai. Seboleh mungkin, elakkan bergaduh atau perang mulut.
Cara lain, fokus pada apa yang Anda mahu, bukan apa yang membuat Anda stress.
Anda mahu buat kerja dengan tenang. jadi, fokuskan sepenuh tenaga fikiran ke situ. Usah layan stress, tapi layanlah kemahuan membara mahu bekerja dengan penuh ketenangan. Apa yang kita fokuskan, apa yang kita fikirkan selalu, itulah yang akan kita dapat

MENGANTUK KETIKA BELAJAR? CUBA TIP INI...



CARA ATASI MENGANTUK DI KELAS
Masalah yang dihadapi oleh anda iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahaja
memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan pelajar.
Kalaulah saya bertanyakan kepada para pelajar apakah pandangan mereka, mengenai pelajaran, saya pasti ramai yang akan memberi maklum balas yang negatif.
Perkataan seperti malas, tidak ada mood, boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh individu tertentu.
Pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif. Sebagai seorang pelajar, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan.
Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah :-
1. Bina sikap yang positif.
Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya anda membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.

2. Persediaan minda.
Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-
Saya mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya.

3. Persediaan perasaan.
Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Anda akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif.

4. Persekitaran yang sesuai.
Apabila ingin belajar, anda perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.

5. Ketepikan seketika masalah sampingan.
Sekiranya anda menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan sebagainya, anda perlu berkongsi atau meluahkan masalah anda kepada ibu bapa. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk anda menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun dalam keperitan tapi penuh kesabaran.

REALITI KEHIDUPAN




lumrah hidup...
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kemudian jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekira nya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur di depan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya

INDAHNYA IMPIAN "CITAHZZ"



Madah ni ciptaan sahabatku...dia cakap dia tak pandai bermadah...bila dianta kat aku..madah ni..rupa2nya dia memang berbakat juga dalam bidang penulisan..puitis gak..kata2 dalam madah ni..cuba kawan2 baca...

apa2 pon di kesempatan ni nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kakak citahzz yang melangsungkan perkahwinan pada 2 mei baru2 ni di Melaka...


Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenapa kehidupan tidak semudah perancangan?
Kenapa kebenaran itu kadangkala pahit? Wahai hati, itulah kehidupan.
Sesaat manis akan melupakan setahun pahit. Setahun pahit akan hargai sesaatnya manis.
Hidup manis tanpa pahit membuat kita lupa siapa kita.
Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai.
Wahai hati, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah.
Jika hari ini langit itu cerah, belum tentu cuacanya baik.
Jika hari ini langit itu hujan, belum tentu cuacanya buruk.
Wahai diri, simpanlah anganmu, jejaklah di bumi nyata. Lihat sekitarmu, hargai apa yg dimiliki.
Cubalah menghargai walaupun tidak dihargai.


Wahai minda, jernihkan dirimu. Ungkaikan segala kekusutan, hilangkan kabut keraguan.
Bertindaklah secara berhikmah. Ingatlah, sekali gagal bukan selamanya gagal.
Bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Ingatlah.
Di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yang terang,
Pahit itu cabaran tetapi yang manis itu belum tentu kurniaan. wallahualam...