Rabu, Januari 2


MINGGU INI MINGGU PEPERIKSAAN UIA

Kepada semua rakan-rakan selamat berjuang.....semoga dapat kejayaan sebagaimana usaha kita untuk mencapai kejayaan itu....segala susah payah rakan-rakan akan dicontohi oleh pelajar-pelajar kita...semoga kita menjadi roll model kepada anak-anak didik kita.....Belajar adalah ibadah....selagi ada nyawa di badan.....buktikan kita bukan setakat cuma pandai berkata-kata di dalam kelas tetapi kita sentiasa mengotakan apa yang kita katakan selama ini.....
di bawah ini saya sertakan tip untuk hadapai peperiksaan...kadangkala kita memang tau tapi sekarang perkongsiaan dan ulangkaji atau senarai semak utk teman perjuangan......

Mungkin tips ini agar terlambat....walaupun agak terlambat tapi masih sempat untuk diamalkan di saat akhir...

Selamat mencuba rakan-rakan



1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b) Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c) Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Begitulah 7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Isnin, Jun 11

Tanya Diri Sendiri Dan Cari Sendiri Jawapannya.....

Mungkin tidak pernah sekali terlintas di minda kita,akan mengalami hari-hari penuh tekanan. Setiap hari masalah datang dan pergi....Selesai 1 masalah datang pula masalah yang lain....Kenapa perlu Allah ciptakan pelbagai masalah kepada kita? Adakah untuk membuli kita, menjadikan kita insan yang malang selalu...kenapa kadang2 terfikir di benak kita..kenapa Allah cuba wujudkan masalah tu cuma untuk diri kita tidak kepada insan lain di sekeliling kita.....Adakah kerana benci @ sememang kita ditakdirkan bernasib malang sepanjang kehidupan ini...Jadi haruslah kita belajar dan bersedia menghadapi masalah hidup sebagai satu persediaan di hari-hari yang mendatang. Berapa nilai tolensani anda? Ini salah satu persoalan yang harus kita tanyakan pada diri kita sendiri. Sejauh mana tekanan diri anda dalam bertolak ansur sesama individu. Begitu juga dengan tahap kesabaran diri anda,jangan terlalu mengambil mudah dalam hal sedemikian. Kesabaran dalam menghadapi sesuatu perkara perlu ada dalam keadaan yang sangat tinggi dalam seseorang. Jika tahap kesabaran itu adalah dalam sukatan minima, maka buruk padahnya. Anda akan dikenali dengan gelaran panas baran. Tetapi berdasarkan pengalaman, penyakit panas baran ini masih boleh dibendung dan boleh diperbaiki jika kita mnenyedari baik buruknya.Bagaimana pula jika tahap atau nilai kesabaran individu tersebut di tahap yang tinggi? Sehinggakan individu-individu lain cuba mengambil kesempatan di atas kesabaran tersebut. Sehinggakan di mata individu tersebut terlihat dirinya seperti tidak bermaruah. Setiap perlakuan yang kita lakukan perlu ada toleransi iaitu bertolak ansur dan menggunakan kesabaran yang tinggi dalam menangani sesuatu masalah.Walaupun hanya bertolak ansur itu ada,tanpa menggunakan tahap kesabaran yang berpada. Seperti burung unta yang mebenamkan kepalanya ke dalam pasir, selama mana jika mampu menyembunyikan perasaan tersebut, tekanan itu tetap ada ....

Isnin, Januari 24

ERTI KEMENANGAN DALAM KEHIDUPAN

mungkin ini satu catatan
yang amat peribadi yang mahu dikongsikan
kita ambil cerita ini sebagai satu
LAGI CERITA KEHIDUPAN

semua sudah saya kirakan selesai
cerita baru harus dimulakan.
tidak ada sesiapa yang mahu
DIKATAKAN BETUL
DIKATAKAN SALAH
yang kita boleh belajar
setelah berlaku sesuatu yang mungkin
KEHILANGAN INI MEMBERI
KESAN YANG TERLALU BURUK
lebib buruk bila tidak ada
kerjasama diantara keduanya.
semuanya tidak sempurna.

KEMURUNGAN
ini mungkin cerita seterusnya.
satu keadaan yang tidak keharuan.
(hanya yang tahu sahaja yang tahu )
SAYA MULA BELAJAR
BEBERAPA TINDAKAN.

istilah2 yg selalu dikeluarkan
kita adalah apa yang kita fikirkan.
kita adalah apa yang kita percaya
cerita mencabut lalang.

SAYA PRAKTISKAN SATU TEORI
mencabut lalang.
untuk mendamaikan kemurungan seketika
saya singgir beberapa pemasalahan
yang ' mungkin ' datang.
saya mula memilih kawan2 yang senada dalam
membuat penafsiran.

Sedayanya saya cuba
untuk berada dalam kelompok orang2 yang
mahu menyatakan
AKU MENANG - KAU KALAH.

(saya kehilangan beberapa orang kawan untuk itu )
dan seterusnya begitulah
mengawal emosi dan kemurungan semasa
sedangkan hidup semasa harus diteruskan.

MARI KITA MENCARI
MAKNA SETERUSNYA DALAM HIDUP
berdasarkan pandangan seorang ahlifikir
BERGERAKLAH
KERANA DIAM ITU ERTINYA MATI.

Jumaat, Disember 24

ADA BEZA KE BERUSAHA JADI HEBAT DENGAN BERUSAHA DIPANDANG HEBAT...?

Ada orang berusaha keras
untuk menjadi hebat,
sementara yang lain hanya
ingin dipandang hebat.
Ada beza antara keduanya?

Golongan yang pertama akan terus
mengikhlaskan niat,
mencipta kehebatan seperti
dikehendaki Allah dan
Rasul serta sentiasa sedar akan
kelemahan diri dan membaikinya.

Golongan kedua akan terus tenggelam dalam
pujian dan pengiktirafan manusia.
Merasa hebat, dipandang hebat,
tapi indah khabar dari rupa.

Selalunya orang yang ingin
dipandang hebat
hanya akan menyandarkan
kehebatannya pada orang lain.
Ertinya mereka sentiasa merasa kagum dengan diri sendiri
padahal kehebatan sebenarnya terdapat pada orang lain.

Mereka itu mungkin diri kita sendiri yang suka
diiktiraf berdasarkan kepada orang-orang yang kita kenal,
ataupun orang-orang yang mengenali kita.
Misalnya kita dikenali oleh tokoh negara atau seseorang
yang diketahui kehebatannya, kita akan mula merasa
bahawa kita juga harus menerima pengiktifaran yang sama.

Kita mula berbicara "Ah, aku kenal Menteri Besar tu",
"Oh, Sheikh tu kenal aku kau tahu". Jadi, apa masalahnya?
Masalahnya ialah kita hilang nilai-nilai
kehebatan diri sendiri
kerana hanya suka menyandarkan
kehebatan kita pada diri orang lain.
berusahalah menjadi orang
yang memang hebat,
bukan hanya dipandang hebat.
- sumber i luv islam -

PENGAJARAN YANG PERLU KITA DAPAT...
ini satu lagi cerita besar
dalam sistem sosial kita
mahu hebat
nampak hebat
DUDUK DIBAYANG2
KEHEBATAN ORANG LAIN.
hari ini mari kita
mulakan kehebatan diri sendiri pada awal tahun 2011.
sebab dihujung segala kebagusan kita
adalah tindakan.

KECEWA..APA ERTINYA PADA DIRI ANDA...?

Pernahkah anda merasa kecewa?
Pernahkah anda merasa hampa?
Pasti, selagi kita bernama manusia,
selagi sampan kehidupan ini kita dayung di lautan

kehidupan di dunia yang penuh dengan dengan
ombak dugaan dan taufan ujian,
semestinya rasa yang menyakitkan itu
pernah hinggap di dalam hati kita,
Mengapa harus ada rasa kecewa?
Mengapa perlu ada airmata duka?
Dan bagaimana pula kecewa itu boleh lahir?
Bukan kah indah hidup ini seandainya tiada derita?

Pertanyaan-pertanyaan sedemikian
selalu benar mengetuk pintu benak kita,
di saat kita dilanda rasa kecewa.
Benar, bukan?
Dan memang benar juga,
bahawa tidak ada kecewa
yang menggembirakan atau diundang.

Kecewa berasal kegagalan
kemahuan ditunaikan.
Dengan adanya tuntutan, kemahuan ataupun kehendak
diri dan hati yang tidak dipenuhi ataupun tidak
dipenuhidengan sempurna.
Tuntutan, kemahuan ataupun kehendak
dalam diri manusia
adalah tidak ada batasnya.

Adakalanya, kita meletakkan harapan kita
pada sesuatu ataupun pada
sesama manusia, yang mana kemudiannya
kita dihempap rasa hampa kerana
harapan kita itu tidak terlaksana.

Maka dengan itu, sebaik-baik tempat untuk kita gantungkan
sejuta harapan adalah kepada Allah s. w. t. Kerana
Dia tidak pernah menghampakan kita hambaNya
yang lemah tak bermaya.

Sekalipun apa yang
diberinya tidak seiring dengan apa yang kita idamkan,
namun, bagi mereka yang telah tanamkan pohon taqwa
dan harapan kepada Allah s. w. t., akan menyedari
dan memahami bahawasanya, Allah itu, Maha Mengetahui....
tidak akan diberikan sesuatu, melainkan hanya untuk
kebaikan kita, hambaNya yang hina...

LIHATLAH DUNIA ANAK SULONG COMEL....





Pada 21 Disember 2010(Selasa) pukul 8.25 pagi, seekor lagi lembuku yang aku namakannya Comel, akhirnya selamat melahirkan anaknya yang sulung....anak jantan..setelah puas mencari nama yang sesuai untuk anak Comel ni...akhirnya aku menamakannya Tuah.

Tuah, banyak mewarisi warna badan ibunya....ada tompok putih di atas kepalanya. Ekornya pelik sikit bagi aku...sebabnya ada tiga warna pada ekornya..wana coklat, putih dan hitam. Tuan, anak lembu aku yang paling comel setakat aku bergelar penternak lembu selama ni...

Comel, amat sayangkan Tuah, kalu ada lembu2 aku yang lain cuba rapat ngan Tuah, Comel akan menghalangnya...Kesian lembu aku yang bernama Hensom. Sebelum Comel beranak, pada Comel le Hensom bermanja...ke mana je Comel pergi pasti ada si Hensom..Hensom telah kehilangan ibunya(Mila) sejak berumur 5bulan...Tetapi sejak Comel ada si Tuah....Hensom rasa tersisih dan Comel xlagi sayang dan amik berat pasal hensom.....sekarang ni..Hensom keseorangan, Comel akan menanduk2 Hensom kalu Hensom cuba rapat pada Tuah @ Comel...Ke mana Hensom nak pergi dan dengan sapa lagi Hensom nak menumpang kasih ekkk...

Aku tau, hensom dah anggap Comel mcm pengganti ibunya, aku dapat tengok seringkali Hensom cuba melayan Si Tuah mcm adik kandungnya tapi Comel seolah2 dah buang jauh2 Si Hensom dari mendapat kasih sayang darinya......Hensom, sekarang ni baru berumur 8bulan, cian dia...sekarang ni....g mana2 sendirian je....kurang mendapat kasih sayang...tengok tu...wana dia coklat2 kehitaman...xpuas bermanja ngan mak, baru nak bermanja ngan Comel, Si Tuah plak lahir.....malang sungguh nasib si Hensom...

Comel dah lupakan diri sejak ada si Tuah, tapi Tuah anak yang baik, dia baik ngan semua lembu2 aku...semua lembu2 tu suka berkawan ngan dia, termasuk le Mimi Lolo, walaupun sering kali disondol oleh Comel, Mimi Lolo tetap xsering untuk terus mendekati Tuah...

Aku harap Comel akan berubah dan kembali mencadi Comel yang dulu..yang mesra dengan lembu2 aku yang lain...Comel semua sahabat2mu amik berat pasal ko....berbaik2 le ngan lembu2 tu...idup le ngan ceria dan bahagia....aku mau korang semua mcm dulu2 sepakat dan saling sayang menyayangi....

Satu lagi aku nak bagitau lembu2ku sekelian....aku amat sayang pada korang semua....cepat2 le membiak dan beranak pinak....aku teringin nak jadi JUTAWAN LEMBU...hehehehe

Rabu, Disember 22

MIMI LOLO BUAH HATIKU....




Pada 16 Disember 2010(Hari Khamis)..Minah lembu betinaku yang berwArna putih bertompok2 itam selamat beranak...ni anaknya yang ke2, anak sulungnya,jantan...yang aku namakannya Pak Itam dah berumur 2thn awal bulan 12 baru2 ni...kali ini Minah mendapat anak betina plak....Warna baby baru ni xsama ngan warna badan Minah...mungkin ikut bapa dia kot....wana coklat pekat c ikit sedangkan WANA BADAN mINAH WANA PUTIH DAN BINTIK2 PUTIHkali anak minah aku tengok mcm hyper aktif sangat..xmacam Pak itam masa kecik2 dulu, hari pertama lagi nak menghilangkan diri hampir setengah hari aku dan adik2 mencari di merata2 tempat...xberjumpa...Minah sampai serak2 suara memanggil "MIMI LOLO, MIMI LOLO" .....lupa nak bagitau nama...baby baru tu MIMI LOLO...aku namakan dia nama mcm tu sebab dia ni pelik sgt, agresif dan hyper aktif..mungkin ada yang perasan nama tu sama ngan nama makanan donat gergasi yang menarik warnanya..lagipun sedap rasanya...sekali dengo nama mcm nama gadis red indian...yang lasak dan agresif....

Setelah seharian mencari rupa2nya upa2nya Mimi Lolo g mengorokkan diri di dalam semak dekat pokok durian kebun jiran sebelah umah abah aku.....bila aku cuba hampiri dia....dia melompat2 tetiba je....terperanjat beruk rasanya..ingatkan apa bendanya tadi...yelah dalam semak mcm2 ada..ulo ke, babi ke mcm2 lagi le....xpadan ngan betina....lincah betul....

Walaupun geram tengok gelagat Mimi Lolo mcm tu tapi aku hepi sangat sebab dia cergas dan sihat....risau gak..bulani ni asyik ujan je...takut dia kesejukan tp setakat ni dia dapat sesuaikan diri ngan cuaca dan Minah dapat menjaga Mimi Lolo ngan cemerlang....aku tau...Minah ibu yang penyayang dan sentiasa melindungi Mimi dari sebarang bahaya....setiap kali MIMI LOLO berada jauh je ngan Minah suara minah akan kedengaran memanggil2 nama Mimi lolo dan Mimi Lolo akan kembali ngan segera kepada Minah....itu dikatakan naluri keibuan dan kasih sayang semula jadi antara ibu dan anak.....


Pak Itam ..lembu aku yang wana itam.....Pak Itam... tu melompat2 kegembiraan..sebab dapat adik baru...Pak Itam dah bujang dah....dah 2thn dah pandai mengawan....pantang nampak betina pasti bergelora nafsu mudanya.....darah muda le katakan....warnanya itam berkilat dan gagah perkasa tentu banyak lembu2 betina yang tergoda ngan kehensomannya....


Seronok tgk gelagat dua beranak ni.....ilang jap rasa risau dan masalah yang melanda fikiran......Ada lagi seekor lembu aku yang sedang bunting....tinggal tunggu hari je ni....Si Comel...perut dia dah membuyut...bunting anak sulung...xde pengalaman...ingatkan comel beranak lebih awal dari Minah upa2nya Minah dulu beranak....tiap2 pagi pas je solat subuh...aku mesti g tgk lembu2 tu dah beranak ke lom......xsabo nak tgk Anak Comel...wana apa ek..adakah secantik comel?

Ahad, November 14

MENUAI KEJAYAAN UPSR 2010

11 Nov 2010, tarikh yang amat mendebarkan warga pendidik di setiap sekolah rendah...terutamanya guru-guru yang mengajar murid-murid tahun 6....debaran di dada guru-guru lebih hebat dari debaran murid-murid dan ibu bapa....ibarat masa menuai tanaman yang telah dijaga ngan penuh kasih sayang dan perhatian dengan harapan akan membuahkan kejayaan.

Kejayaan dalam UPSR amat penting bagi setiap guru untuk menilai keberkesanan strategi pengajaran mereka dan mengkaji kelemahan dalam P&P yang perlu diperbaiki untuk lebih cemerlang pada masa2 akan datang.....Walaupun xde apa2 hadiah yang mereka dapat hasil kejayaan mereka memperolehi seramai mana pun murid dapat 5A dalam UPSR...yang dapat nama guru besar dan GPK sekolah je....kami cuma untuk kepuasan diri je....

Dalam usaha menuai kejayaan yang hebat banyak bergantung dalam kerja berpasukan antara guru, Pentadbiran skolah yang TOLERANSI ibu bapa dan murid-murid yang terlibat...kadang2 pihak pentadbiran sekolah yang xpandai menjaga ati guru--guru yang amat byk berkorban ni....pihak pentadbiran hanya tau hasilnya je..TETAPI tak cuma menyelami masalah, menyentuh ati kami, memudahkan kerja kami....sebenarnya xperlu kekerasan, paksaan dalam menjalankan tugas, sepatutnya pihak pentadbiran sekolah kalu tidak boleh bersama2 kami dalam setiap program yang dianjurkan sekurang2nya memudahkan karenah birokrasi dan tidak terus menerus mencari salah guru jika berlaku kelemahan.....kami juga manusia biasa, kadang2 mcm kanak2 juga perlukan sedikit penghargaan dan perhatian untuk terus bersemangat menabur bakti....Bak kata pepatah " andai kata kita tidak boleh membantu tolong jangan menambah kesusahan kami....

Kepada rakan2 guru..terutamanya guru-guru tahun 6....sentiasa tabahkan ati, kuatkan semangat, biarpun kita gagal @ hasil tuaian 5A tahun ini tidak berapa memuaskan...jangan putus asa...kita Guru Pembina bangsa...kita Arkitik Kehidupan Modal Insan Negara....semuanya terletak di tangan kita...masa depan negara bangsa...

Biar apapun rintangan yang melanda di hadapan kita, Guru besar yang tidak memahami perjuangan kita, GPK yang syok sendiri dalam membuat program yang sentiasa menganggap kita robot yang tidak mempunyai perasaan, ibu bapa yang tidak memberi kerjasama....

APA YANG AMAT PENTING....rapatkan gandingan antara kita...kita perlu ada pasukan "TEAM yang Sehati, Sejiwa terutamanya sesama guru tahun 6....kita yang menjalan akan dasar....kita yang lebih arif siapa murid kita.....apa masalah kita....luahkan setiap masalah....cari jalan penyelesaian bersama....YAKIN DAN PERCAYALAH kita akan berjaya jika kita sentiasa bersatu....

SERAPKAN SEMANGAT BOLA DALAM KEHIDUPAN

keinginan untuk berjaya
BOLEH DIKAITKAN MACAM
MAIN BOLA
semua dalam permainan bola
mesti ada dalam diri kita.
mesti ada pemain yang bersemangat
mesti ada tiang gol untuk dijaring kemenangan.

KITA MULAKAN BEGINI.
untuk main bola
tentunya semua nak menang.
UNTUK MENANG.
kita mesti ada gaya macam pemain bola
yang biasanya menang.
ADA KEMAHUAN
ADA SKILL
ADA JURULATIH
ADA LATIHAN.

setelah semua lengkap
MASUK KE PADANG
ini macam media perjuang sebenar.
PERJUANGAN BERMULA
dengan semangat
dengan kemahiran yang ada

KENA INGAT
bukan mudah untuk menjaring gol
sebab ' pentahanan lawan ' yang tentunya
MENYUKARKAN KITA.

untuk itu pasukan yang hebat
seharusnya ada srategi yang hebat.

INI TENTUNYA
melibatkan ketahanan emosi dalam yang kuat
tidak mudah ' kalah ' sebelum kalah.
DAN PERCAYALAH
untuk berjaya bukan kerja sorang2
ianya melibatkan team.

kita memerlukan orang lain untuk jaring gol.
UNTUK ITU MARI KITA TGK BOLA
lihat dan tafsirkan bagaimana
hebatnya pasukan
yang sedia beraksi.

TENTUNYA SEMUANYA ADA
komitmen dan disiplin

SETIAP KEJAYAAN DAN KESENANGAN

Seringkali hati kecil mengadu sakit,
seringkali jiwa meratap hiba.
Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa,
kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa
betapa kita dipinggirkan.

Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang
bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat
hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan
ketentuan yang diciptakan.
Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu
sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan
dan rasukan syaitan.

Kita hanya nampak jalan mudah untuk
melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih
kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita
memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan
pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan
bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam,
apabila disirami hujan lantas berbunga cantik.
Maka tersenyumlah alam.
Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada
hujan berpanjangan
atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam
seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada
sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan,
dugaan dan rintangan.
Mengecapi kebahagiaan
memerlukan pengorbanan.

Setiap kesenangan akan ada bayaran.
Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah
dan kicau burung yang menyanyikan
kedamaian selepas hujan.
Biar hujan di dalam hati,
pasti ada pelangi yang menanti.
InsyaAllah.

Rabu, Oktober 27

Awas! cemburu boleh sebabkan mata buta

Awas! cemburu boleh sebabkan mata buta

beberapa minggu lepas, saya baca bahagian Jurnal Metro, dilaporkan baru-baru ini dalam satu kajian oleh pakar psikologi di Universiti Delaware, Amerika Syarikat mendapati cemburu boleh menyebabkan masalah penglihatan. Kumpulan pengkaji tersebut menyimpulkan pandangan wanita yang memiliki api cemburu mudah terganggu disebabkan kecelaruan minda sekaligus sukar untuk focus kepada apa yang sedang dilihat mahupun dicari.

ermm padanlah orang perempuan selalu lupa. Mereka kuat cemburu rupanya. hehe. opsss!!!

Dr. Lihanna Borhan, Pensyarah Jabatan psikologi, UIAM dipetik berkata:

“Kajian ini ada benarnya. Pernah berlaku di Barat, seorang lelaki yang baru bergelar bapa mendakwa dia buta selepas melihat isterinya menyusukan bayinya yang baru lahir. Dia mempunyai masalah penglihatan yang teruk. Selepas sesi kaunseling, pakar psikologi mendapati lelaki itu terlalu cemburu dengan anaknya yang sedang disusukan oleh isterinya...”

“Namun selepas lelaki itu dapat mengikis perasaan cemburunya, penglihatannya kembali beransur pulih…”

Alamak biar betul ni? begitu sekali kesannya bila diri dikuasai perasaan cemburu yang melampau. Sampaikan matapun boleh menjadi buta. Tapi bagi akulah, kes lelaki atas tu rasanya bukan saja dah melampau tapi terlampau-lampau gilerrrr cemburunya. Ada juga rupanya manusia sebegitu ya. Aduhai kasihan baby tu.

Aku tertanya-tanya, jika benarlah cemburu boleh sebabkan mata menjadi buta, maka benarlah selama ini, ungkapan yang sering digunakan iaitu “cemburu buta”. Cemburu boleh menyebabkan buta!!

Oleh itu, kepada rakan-rakan pembaca.. AWAS!!! JANGAN CEMBURU BUTA OKEY! bahaya ni… cemburu celik okey je. hehe

Khamis, September 23

MENGAPA KITA PERLU MENGAWAL EMOSI DAN SENTIASA PERLU BERMOTIVASI..?





mosi adalah perasaan Anda.

Emosi perlu, kerana ia bertindak sebagai booster kepada motivasi dalam diri Anda.

Buktinya? Jika Ada hepi, gembira, suka, semua yang Anda buat jadi ringan, senang. Motivasi diri Anda meningkat.

Jika Anda muram atau simply tidak gembira, apa yang Anda buat semuanya jadi berat, Anda tak ada mood, Anda murung, ada saja yang tak kena. Motivasi Anda menurun, Anda tak ada motivasi langsung.

Dalam usaha Anda mengejar kejayaan, emosi positif perlu disemarakkan selalu. Elak emosi negatif, sebaliknya amalkan emosi positif. Berlakonlah menjadi orang dipenuhi emosi positif!

Emosi positif adalah emosi-emosi dalam senarai berikut:

* cinta
* sayang
* bersyukur
* terharu
* gembira
* suka
* seronok
* minat
* ikhlas

Manakala emosi-emosi negatif adalah emosi dalam senarai berikut:

* marah
* dendam
* sakit hati
* geram
* kecewa
* hampa
* tertipu
* benci
* riak
* meluat
* perasan bagus

Anda perlu tahu, dalam Anda berusaha mengejar kejayaan, Anda akan menemui perangkap-perangkap emosi. Perangkap emosi ni akan merubah Anda menjadi orang beremosi negatif.

Orang yang beremosi negatif, motivasi kekal sekejap saja.

Sehari suntuk, motivasi dalam dirinya hanya akan ada beberapa jam sahaja, selebihnya dipenuhi dengan emosi negatif seperti kecewa, hampa, marah yang akhirnya menjadikan orang tu ‘bad mood’.

Anda akan dipenuhi kemarahan, dendam, geram tak berkesudahan. Anda sendiripun tak sedar juga tak tahu yang Anda sedang berada dalam emosi itu.

Ada orang nak berjaya semata-mata untuk membuktikan yang dia boleh setelah kemampuannya diperlekehkan. Inilah salah satu contoh perangkap emosi negatif kerana ia mengandungi emosi dendam, iaitu rasa marah pada orang yang memperlekehkan kemampuan dirinya.

Ada orang nak berjaya, sebab dia nak merubah hidupnya, merubah diri, mahu mencapai satu tahap baru yang jauh lebih bagus dari tahap sekarang ini. Ini adalah contoh emosi positif

SIAPA YANG KEJAM....SEBENAR2NYA...?



Pada saya, hidup ini tak pernah kejam.

Tak pernah langsung. Life is not cruel!

Orang yang berkata bahawa hidup ini kejam, sebenarnya adalah orang yang tak pernah terfikir untuk menghargai apa yang ada padanya seperti kesihatan tubuh badan, kebolehan berfikir, anggota badan yang sempurna, kawan-kawan yang mengelilinginya juga makanan yang mengisi perutnya.

Hidup akan jadi kejam pada kita apabila kita kejam pada diri sendiri.

Kita kejam pada diri sendiri apabila kita tidak pernah terfikir untuk memajukan diri kita sendiri, bahkan tidak pernah maju walaupun orang di sekeliling kita memaksa diri kita untuk maju semaju-majunya.

Jika di fikir, sebenarnya kitalah yang kejam pada hidup kita kerana kita tidak melihat ke atas, iaitu melihat kepada pencapaian-pencapaian tinggi yang pernah
di capai oleh orang lain sebelum kita.

Bangkitlah, sedarlah dari malas yang panjang.

Sabtu, September 18

CERITA LAMA YANG MASIH PERLU KITA BACA DAN HAYATI...




Pernah diadakan satu perlumbaan yang begitu menakjubkan
iaitu pertandingan menyeberang air terjun Niagara di Amerika.

Peserta perlu menyeberangi air terjun dengan berjalan
di atas seutas tali dan menggunakan sebatang
tiang sebagai pengimbang
Sejak pertandingan bermula ramai perserta mencuba.dan gagal.
Berbekal pengalaman, seorang lelaki berjaya
menyemberangi air terjun dengan penuh keyakinan.

Lelaki itu berjaya menarik perhatian ramai
dengan keberaniannya.
Tidak lama selepas itu - lelaki itu dicabar semula sebagai
membukti kejayaannya tadi bukan kerana nasib semata2.

SEBELUM ITU LELAKI ITU MENGEMUKAKAN
BEBERAPA SOALAN KEPADA PENONTON.
saya akan menyemberangi air terjun sekali lagi.
tetapi saya ingin bertanya
adakah saudara2
semua percaya saya boleh melakukan.
percaya.kata penonton

jika saudara2 percaya siapakah yang
sanggup menyeberang bersama saya.
semuanya terdiam sehingga
seorang budak kecil menyatakan kesanggupan.

AKHIRNYA LELAKI INI BERJAYA SEKALI LAGI
MENYEMBERANGI AIR TERJUN
INI BERSAMA BUDAK KECIL INI.
budak kecil itu ditanya oleh penonton selepas itu.
kenapa adik mempercayai lelaki itu.
KERANA DIA ADALAH BAPA SAYA

Moral di sebalik cerita
terdapat perbezaan diantara
percaya dan kepercayaan.
penonton tadi digambarkan sebagai percaya
budak kecil digambarkan sebagai satu bentuk kepercayaan.

PERCAYA
bermaksud penyerahan diri yang tidak lengkap
terhadap apa yang kita percayai.
hidup sekadar percaya tidak menuntut komitmen.

KEPERCAYAAN
penyerahan diri yang disertakan dengan komitmen
dan penyerahan secara menyeluruh dan pasrah
berasaskan kepada akal fikir.

DALAM KONTEKS KITA
kita percaya dalam banyak hal.
ramadan mesti puasa.
masuk waktu mesti sembahyang
perempuan ( ada diantaranya ) keluar pekan
mesti pakai tudung.
percaya ini negara islam
percaya ini negara orang melayu

HAKIKATNYA
bezanya diantara orang yg ada
percaya
kepercayaan
kita fikirkan.....

Sabtu, September 11

KENALI RACUN DAN PENAWAR MASALAH DIRI KITA



Racun pertama : Menghindar
Gejalanya, lari dari kenyataan, mengabaikan tanggung jawab,
padahal dengan melarikan diri dari kenyataan

Antibodinya : Realitas
Cara : Berhentilah menipu diri. Jangan terlalu serius dalam
menghadapi masalah kerana rumah sakit jiwa sudah
dipenuhi pesakit yang selalu mengikuti kesedihannya dan
merasa lingkungannya menjadi sumber kecewa.
Jadi, selesaikan setiap masalah yang dihadapi
secara betul dan yakinilah
bahwa segala sesuatu yang terbaik .

Racun kedua : Ketakutan
Gejalanya, tidak yakin diri, tegang, cemas yang antara lain boleh
disebabkan kesulitan keuangan, konflik perkawinan,
kesulitan seksual.

Antibodinya : Keberanian
Cara : Hindari menjadi diri yang bergantung pada kecemasan.
Ingatlah 99 persen hal yang
kita cemaskan tidak pernah terjadi.
Keberanian adalah pertahanan diri paling ampuh.
Gunakan analisis intelektual dan carilah solusi masalah
melalui sikap mental yang benar.

Racun ketiga : Egoistis
materialistis, agresif, lebih suka meminta daripada memberi.

Antibodinya : Bersikap sosial.
Cara : Jangan mengeksploitasi teman.
Kebahagiaan akn diperoleh
apabila kita dapat menolong orang lain.
Perlu diketahui orang yang tidak mengharapkan apapun
dari orang lain adalah orang yang
tidak pernah merasa dikecewakan.

Racun keempat : Berfikiran Negetif
Gejalanya berhenti satu fasa, membuat diri kita
merasa jenuh, bosan, dan tidak bahagia.

Antibodinya : Ambisi
Cara : Teruslah hidup , ertinya kita terus
berimpian di masa depan kita.

Racun kelima : Rasa rendah diri
Gejala : Kehilangan keyakinan diri dan kepercayaan diri serta
merasa tidak memiliki kemampuan bersaing.

Antibodinya : Keyakinan diri.
Cara : Seseorang tidak akan menang bila sebelum
berperang yakin dirinya aka kalah.
Bila kita yakin akan kemampuan kita,
sebenarnya kita sudah mendapatkan separuh
dari target yang ingin kita raih.
Jadi, sukses berawal pada saat kita yakin
bahwa kita mampu mencapainya.

Racun keenam : Narsistik
Gejala : Kompleks superioritas, terlampau sombong, kebanggaan diri palsu.

Antibodinya : Rendah hati.
Cara : Orang yang sombong akan dengan
mudah kehilangan teman,
kerana tanpa kehadiran teman, kita tidak akan bahagia.
Hindari sikap sok tahu. Dengan rendah hati,
kita akan dengan sendirinya mau mendengar orang lain
sehingga peluang 50 persen sukses sudah kita raih.

Racun ketujuh : Mengasihani diri
Gejala : Kebiasaan menarik perhatian, suasana yang dominan,
murung, menghunjam diri, merasa menjadi
orang termalang di dunia.

Antibodinya : Sublimasi
Cara : Jangan membuat diri menjadi neurotik,
terpaku pada diri sendiri.
Lupakan masalah diri dan hindari untuk
berperilaku sentimentil dan terobsesi
terhadap ketergantungan kepada orang lain.

Racun kelapan : Sikap bermalas-malasan
Gejala : Apatis, , melamun,
dan menghabiskan waktu dengan
cara tidak produktif, merasa kesepian.

Antibodinya : Kerja
Cara : Buatlah diri kita untuk selalu mengikuti
jadual kerja yang sudah kita rencanakan sebelumnya
dengan cara aktif bekerja.
Hindari kecenderungan untuk membuat
keberadaaan kita menjadi tidak
bererti dan mengeluh tanpa henti.

Racun kesembilan : Sikap tidak toleran
Gejala : Fikiran picik, angkuh, antagonisme terhadap
agama tertentu, prasangka religius.

Antibodinya : Kontrol diri
Cara : Tenangkan emosi kita melalui seni mengontrol diri.
Amati mereka secara intelektual.
Tingkatkan kadar toleransi kita.

Racun kesepuluh : Kebencian
Gejala : Keinginan balas dendam, kejam, bengis.

Antibodinya : Cinta kasih
Cara : Hilangkan rasa benci.
Belajar memaafkan dan melupakan.
Kebencian merupakan salah satu emosi negatif
yang menjadi dasar dari rasa ketidakbahagiaan.
Orang yang memiliki rasa benci biasanya juga
membenci dirinya sendiri kerana membenci orang lain.
Satu-satunya yang dapat melenyapkan rasa benci adalah cinta.
Cinta kasih merupakan kekuatan hakiki
yang dapat dimiliki setiap orang.

Apa yang boleh kita pelajari dari petikan ini
semua orang nak bahagia
jarang kita mendengar
orang bercakap
ALANGKAH BAHAGIANYA
AKU TAK BAHAGIA.
kita kongsikan .

KESAN BEBAN EMOSI


Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress,
Stephen Covey mengangkat segelas air dan
bertanya kepada para siswanya:
“Seberapa berat menurut anda kira-kira segelas air ini?”
Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.
“Ini bukanlah masalah berat mutlaknya,
tapi tergantung berapa lama anda memegangnya,”
“Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.
Jika saya memegangnya selama 1 jam,
lengan kanan saya akan sakit.
Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh,
mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya.

Beratnya sebenarnya sama,
tapi semakin lama saya memegangnya,
maka bebannya akan semakin berat.”
“Jika kita membawa beban kita terus menerus,
lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi.
Beban itu akan meningkat beratnya,”
“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut,
berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi.”
Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala,
agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi.
Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini,
tinggalkan beban tersebut.”
“Bukan beban berat yang membuat kita Stress,
tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.” .

Moral di sebalik cerita

tekanan kerja dan persekitaran semasa ini.
saya mengalami stress yang amat teruk
satu pengalaman yang cukup

DIKONGSIKAN
BERATNYA BEBAN ITU
BERGANTUNG BERAPA LAMA
KITA MEMEGANGNYA.
saya mengeluarkan sebahagian besar
punca tekanan dalam hidup.
sekadar untuk meletakkan sahaja.
penyusunan rakan pembantu
dikerja lapangan.
mengemaskini rakan maya
di blog dan di FB.

HARI INI.
bila saya mahu mengangkat semula.
persekitaran yang pernah menjadi beban emosi.
jawapan yang cukup mudah
En AMirul Ummar pernah ' mengeluarkan ' kami.
untuk apa kami bersama lagi.

UNTUK ITU
kesempatan terbaik dihari ini dan seterus
saya mengalami proses menambahbaikkan diri
dalam keadaan yang cukup menarik
SELAMAT HARI RAYA.

Jumaat, Ogos 27

BILA KEKECEWAAN MENGUASAI DIRI




Pernahkan Anda mengalami kekecewaan? Pernahkah Anda merasa dikecewakan? Tentu setiap orang pernah merasakan kekecewaan, entah disebabkan oleh apapun juga. Kecewa kerana pekerjaan, kecewa kerana pasangan hidup, kecewa kerana merasakan ketidakadilan, kecewa kerana perbezaan, kecewa kerana ketidakpastian dan banyak sekali kekecewaan yang lain, yang apabila dikumpulkan kekecewaan itu tidak akan cukup dalam tulisan ini.

Kekecewaan adalah suatu perasaan yang sangat manusiawi, sangat wajar dialami dalam kehidupan ini. Hidup tanpa kekecewaan juga hambar rasanya, tidaklah komplek hidup tanpa rasa kecewa. Kekecewaan juga penting sebagai pupuk dalam pertumbuhan kehidupan, tanpa pernah mengalami kecewa maka hidup rasanya kurang afdal.
Yang terpenting dari rasa kecewa adalah bukan terfokus pada kekecewaan itu sendiri, tetapi buah positif dari kekecewaan. Rasa kecewa tidak selamanya mengakibatkan hal-hal yang negatif walaupun kadang buah dari kekecewaan dapat sangat merosak bahkan dapat membuat orang khilaf kerana merasakan kekecewaan yang sangat dalam.

Kekecewaan memang sukar untuk dihindari selama perjalanan kehidupan. Kekecewaan kadang diakibatkan dari orang-orang yang terdekat bukan dari orang-orang yang jauh. kekecewaan juga itu dapat datang kerana ketidakpuasan. Ketidakpuasan atas apa yang diinginkan tetapi tidak tercapai. Ketidak puasan dalam bidang pekerjaan entah kerana situasi kerja yang kurang kondusif atau kerana lemudahan dan layanan yang berbeza, semua itu dapat mengakibatkan kekecewaan. Kekecewaan dapat mengakibatkan keseronokan dan produktiviti menurun, semangat kerja menurun dan hasilnya dapat mengakibatkan performance secara keseluruhan tidak mencapai target yang ditetapkan.

Kesan positif dari kekecewaan adalah ketabahan kita untuk membuat semuanya menjadi semakin baik. Kekecewaan dimaknai secara positif sebagai suatu kesempatan yang indah sebagai peluang untuk lebih maju. Kalau kecewa kerana diakibatkan oleh orang-orang dekat maka kekecewaan tersebut dimaknai untuk memperbaiki hubungan menjadi semakin baik dan berkualiti. Menjadikan kekecewaan tersebut sebagai perbaikan dalam berkomunikasi dan memahami pihak lainnya menjadi lebih utuh. Selain hal tersebut buah positif dari rasa kecewa adalah pengampunan. Ketika kekecewaan begitu hebat dipertahankan maka hal tersebut akan menjadi akar kepahitan dalam hidup. Ketika akar kepahitan tersebut tidak segera dihilangkan, maka akibatnya akan sangat mendalam, tidak hanya bagi diri sendiri tetapi juga bagi orang disekitar kita. Oleh kerananya akar kepahitan tersebut sangat berbahaya maka yang wajib dan harus dilakukan adalah melepaskan pengampunan, sekecewa apapun hati kita.

Memang sukar untuk mengampuni, tetapi itu adalah ubat yang paling mujarab dalam mengatasi kekecewaan. Terhadap siapapun Anda dikecewakan, ampunilah. Sehebat apapun Anda dikecewakan maka ampunilah, tidak peduli siapapun orang itu. Mungkin itu adalah suami atau isteri Anda, insane yang anda sabgat cintai@sayangi, pihak atasan, pekerja bawahan, rakan kerja atau mungkin juga terhadap orang yang tidak Anda kenal sama sekali.

Kekecewaan memang sungguh menyakitkan, tetapi tanpa rasa kecewa kita juga tidak dapat menikmati indahnya kehidupan. Justru dengan kekecewaan itu maka kita dituntut untuk menjadi hidup lebih baik dan lebih berkembang . Kecewa bukan untuk dipelihara atau untuk senjata menyakiti diri sendiri atau orang lain, melainkan kecewa sungguh sangat indah apabila diwujudkan sebagai tanda kedewasaan dalam menikmati suatu masalah dan menghadapinya dengan hati yang lapang.

Khamis, Ogos 26

MEMORI DI SKMK




SELAMAT TINGGAL SKMK
Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita…..sedo xsedo dah hampir 12thn aku di SKMK….bermacam2 kenangan pahit dan manis aku lalui di sini……..
Kebanyakannya kenangan indah dan manis utk dikenang seumo idup Cuma di akhir2 riwayat perkhidmatan aku di sini..ada sedikit cerita sedih timpa menimpa…..TETAPI benar kata pujangga jika hidup kita selalu indah kita tidak dapat belajo apa2 dari tiap kejadian…kita sentiasa membuat kerja2 rutin hari demi hari……
Pada sahabat2 seperjuangan yang sealiran arus perjuangan di SKMK teruskan usaha murni anda semua…jika saying dan cintakan SKMK buat apa yang anda rasa MEMANGNYA ANDA BUAT UTK SKMK….bukan mengikut sahaja apa kehendak Pihak Pentadbiran SKMK….SKMK ibarat kapal yang kita, kehidupan kita…….xsemestinya ketua sentiaa betul sepanjang masa….adakalanya kesialapan berlaku, jangan ada perasaan takut untuk menegur tiap kepincangan yang berlaku…jika ingin melihat SKMK SENTIASA MENCIPTA KECEMERLANGAN…..
Aku merasa bangga kerana pernah menjadi sebahagian dari Warga SKMK, sama2 membina kecemerlangan yang berlaku di SKMK dan sangat berbangga kerana meninggalkan SKMK ketika SKMK berada di Puncak Kecemilangannya…bukan di zaman kejatuhan…..aku sesungguhnya AMAT2 TIDAK SANGGUP BERADA DI SKMK DI ZAMAN KEJATUHANNYA….di mana warganya tidak bersatu, mempunyai barisan kepimpinan yang kuku besi dan gila kuasa……
Maafkan aku sahabat2ku….terpaksa meninggalkan kalian semua….aku meninggalkan kalian bukan kerana nak melarikan diri dari masalah@ lari dari tanggungjawab…..kalian semua sedia faham apa yang aku alami tika dan saat ini….
Sebagai manusia biasa…aku juga tidak dapat tidak mempunyai masalah tersendiri….aku berbeza dari kalian semua…..adat le jika jadi satu manusia yang berbeza dari orang lain…….jadi bualan rakan, fitnah dan dicap insan yang mencemarkan imej organisasi pendidikan ……aku membawa diri keluar dari SKMK kerana aku tidak mahu kalian semua terpalit dengan masalah yang aku hadapi…..
Kalian tau betapa sukarnya bile terpaksa membuat pilihan untuk keluar dari SKMK….bukan mudah..hanya Allah tau apa yang aku rasa bile terpaksa buat keputusan ini…..Tp apa guna jika dapat terus berada di SKMK jika….kita rasa kita tidak lagi diperlukan……., terus terang aku katakana pada kalian semua…tiada pengalaman yang paling pahit dari ADANYA PERASAAN KITA TIDAK LAGI DIHARGAI OLEH INSAN2 YANG DULUNYA MENGHARGAI DAN MEMPERCAYAI KITA…..bagaimana kita nak bekerja jika kita sentiasa dicuriga oleh lawan dan kawan?
Apa yang penting dalam kehidupan ini ialah perasaan seronok dalam melakukan kerja dan suasana kerja yang ceria dan tiada prasangka dan PIHAK PENTADBIRAN yang toleransi……kalau semuanya telah tiada….tiada keseronokan, tiada saling percaya mempercayai dan pentadbiran yang kuku besi….baik berhijrah ke tempat baru….kita harus dan semestinya tahu bile kita harus melangkah pergi…xperlu orang lain membuka pintu dan menghalau kita keluar dengan cara amat memalukan kita…
TERIMA KASIH SAHABAT2 kalian banyak membantu aku selama aku berkhidmat di SKMK…jasa dan budi kalian sentiasa AKU KENANG SENTIASA….
BAGI MUSUH2 YANG BERPURA2 JADI SAHABAT AKU….tahniah misi anda dah tercapai….sesiapa saja yang menyumbang kepada perkara ini berlaku….jangan terlalu bangga dengan pencapaian anda setakat ini….semuanya MASIH BELUM SELESAI…..SEBENARNYA IANYA BARU SAHAJA BERMULA…..Allah penuh dengan Keadilan untuk semua…….
Bagi sesiapa yang suka dan gembira sangat dengan berita aku disingkirkan dari SKMK…..moga2 anda menikmati saat2 indah ini selagi masih boleh tersenyum lebar dan diberi masa untuk bergembira oleh Allah…..Anda semua bukannya terlalu sempurna untuk terus memfitnah dan memporak perandakan hidup saya…..
Masanya akan tiba…..ujian untuk anda….Cuma nasihat aku bile ujian itu tiba pastikan kalian semua menghadapinya lebih tenang dan lebih redha dari apa yang aku buat selama ini…..Kita xtau sejauhmana kita hebat selagi kita tidak benar2 diuji oleh Allah dalam menghadapi masalah2 yang benar2 mencabar tahap kesabaran, keyakinan pada Allah, kekuatan mental dan fizikal…….
Berdoalah kalian semoga tidak diuji seperti mana aku diuji…..seandainya kalian menghadapi masalah yang sama seperti yg aku alami selepas ini……jangan malu2 mintalah nasihat dari aku….masa tu baru kalian tau betapa sakitnya hati dan perasaan tika saat itu…..baru kalian tau apa yang aku rasa masa tu…..
SLAMAT TINGGAL SKMK…..1 JANUARI 2000 HINGGA 16 OGOS 2010…….

Isnin, Ogos 23

tolong hentikan GANGGUAN SESKUAL TERHADAP LELAKI



Kita dengo banyak pihak kata
sudah2 le melakukuan ganggun seksual terhadap wanita
Tapi sedar atau tidak sebenonya wanita yang kerap melakukan gangguan seksual pada golongan lelaki...
Bila kita komen lebih2 nanti mereka kata....

ko tak tahu fesyen lah.
ko ketinggalan zaman
ZAMAN ko LAIN.
itu sekadar cerita2 panas
bila bersama anak remaja
yang suka berfesyen yang kadang2
cukup untuk menjadikan
KITA SEBAGAI PENJAGA @ Pemegang Amanah
TAKUT UNTUK MELIHAT
SETERUSNYA.

Moral Cerita
terlibat dalam bidang pendidikan begini
menjadikan aku seorang yang amat2
sensitif fesyen semasa remaja
REMAJA POSITIF
REMAJA NEGETIF
DARI TUDUNGNYA
DARI BAJUNYA
DARI SELUARNYA
DARI PERHIASANNYA.
cukup untuk dikatakan
SEMUANYA ADALAH PERBANDINGAN
kita kemana seterusnya.

TIDAK KETERLALUAN DIKATAKAN
pakaian adalah cerminan siapa kita
pakaian adalah cerminanan budaya kita
pakaian adalah cerminan kepercayaan kita.

NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI
kita semakin tidak ada banyak pilihan
dengan perubahan persekitaran.
terutamanya dari segi fesyen semasa.
persoalan sejauhmana ianya
mampu diselarikan dengan
keperluan
AGAMA
BUDAYA.
mari kita fikirkan.

Khamis, Ogos 19

JIKA AKU CUMA ADA HARI INI JE....




Inilah harinya aku masih berpeluang untuk mengatakan yang baik-baik sahaja, menghindari bercakap perkara yang dilarang, mengherdik, dan juga memperkatakan keburukan orang lain.

Hanya hari ini aku berpeluang untuk memerhatikan kebersihan tubuhku, kekemasan penampilanku, kehalusan tuturkataku dan perilakuku.

Aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Allah, mengerjakan sembahyang yang sesempurna mungkin, membekali diri dengan sembahyang sunat, berpegang teguh pada ajaran Al-Quran, mencatat segala yang mendatangkan manfaat buatku.

Aku hanya mempunyai hidup yang pasti hari ini, sebab itu aku akan menanamkan dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan serta ranting-rantingnya yang berduri tidak kira sifat takbur, ujub, riya’, buruk sangka dan lain-lain.

Hanya hari ini aku akan menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun. Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantar jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan kepada orang yang lapar, menolong orang yang sedang kesusahan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi kanak-kanak dan berbakti kepada ibubapa.

Aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan mengucapkan:-
”Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami samua, pergilah dan jangan kembali lagi”

”Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dangan khayalan dan memperjudikan nasib dangan hanya satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan”.