Seekor ulat beluncas. Setelah sampai kitaran hidupnya, maka bertukarlah ia kepada kepompong. Di dalam kepompong itu, dia berfikir akan bagaimanakah rupanya selepas keluar kelak. Dia berfikir akan bagaimanakah dia akan makan kelak. Dia berfikir bagaimanakah dia bakal menjadi yang paling cantik di muka bumi kelak.
Setelah ia bertukar menjadi rama-rama, maka rama-rama itu keluarlah melihat dunia. Terkejut dia. Terkejut melihat dunia yang ada merak, enggang dan gapi yang cantik-cantik juga. Dia belajar untuk menjaga kecantikan dari mereka yang masing-masing berbeza spesisnya. Dia juga belajar cara makan yang betul, cara makan ikut adat seekor rama-rama, yang diajar oleh rama-rama lain. “Ini cara kita makan. Peliharalah untuk memperlihatkan keluhuran identiti kita,” ujar rama-rama yang lebih ‘senior’ itu. Dia juga belajar banyak benda dari spesis lain dan spesisnya sendiri.
Akhirnya dengan pembelajaran-pembelajaran itu, dia mampu memperolehi banyak manfaat dan hubungannya dengan spesis lain.
Ringkas sahaja cerita saya yang ala tabika sebentar tadi.
Namun apa yang saya hendak maksudkan, kita perlulah keuar dari kepompong sendiri, melihat dunia dan mempelajari tentang banyak benda dari pelbagai ‘spesis’ yang ada.
Kita lihat rama-rama tadi. Dia boleh belajar adatnya dengan rama-rama yang sama spesis dan sama habitat dengannya. Dia boleh belajar banyak perkara daripada rama-rama yang asalnya daripada habitat lain.
Dia boleh belajar sesuatu daripada spesis lain, termasuklah belajar untuk berhati-hati dengan spesis tertentu yang bersifat pemangsa rama-rama secara semulajadinya.
Andai kata kita hanya terperap dalam linkungan hubungan yang sama sahaja, maka kita tidak akan ke mana. Kita tidak akan dapat lihat keindahan dan ilmu lain yang boleh kita perolehi daripada saudara-saudara kita dari negeri lain mahupun kaum yang lain.
Kita sepatutnya mengelakkan diri dari terlibat dalam situasi obses kenegerian mahupun obses perkauman itu sendiri. Apabila kita gagal melihat kebaikan orang yang berbeza asal dengan kita, maka kita akan merasakan bahawa diri kitalah yang paling hebat. Yang paling betul. Yang paling baik. Maka kita sebenarnya sudah salah. Kita sudah jadi katak di bawah tempurung, ulat di bawah daun.
Memang fitrah manusia untuk manusia rapat dengan rakan serumpunnya. Itu tidak dapat dinafikan. Ada juga golongan yang sering meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka yang sama rumpun atau dekat rumpunnya, namun mereka juga masih mampu untuk menyesuaikan diri dari golongan yang lain rumpun,asal atau kaumnya.
Yang menyedihkan apabila ada yang OBSES dengan rumpun, asal atau kaum sendiri.
Seekor rama-rama Monarch mungkin berbeza habitat dan sedikit tabiat berbanding rama-rama Geitoneura klugii. Namun, andai kata rama-rama tersebut mampu berfikir dan mempunyai akal seperti manusia, sudah pasti mereka boleh belajar banyak mengenai kaum mereka yakni kaum rama-rama. Namun perbezaan habitat itu sendiri mampu memberikan pendedahan baru akan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang selama ini mereka tidak ketahui.
Seperti kita, andai kata kita obses dengan negeri masing-masing dan sangat mudah menolak kebaikan dan adat serta perilaku amalan orang di negeri lain, maka sudah tentu taraf kita hanya bodoh sombong dan tidak benar-benar cintakan ilmu. Perbezaan sesama kita adalah sesuatu yang boleh kita pelajari mengenainya. Dengan kepelbagaian sebegitu, barulah hidup kita benar-benar bewarna-warni, tidaklah hanya pada satu tona warna sahaja.
"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)
Di dalam Islam, menyanjung kaum adalah harus namun janganlah sehingga ke tahap Assobiyah. Yang dimaksudkan dengan Assobiyah itu adalah terlalu obses kepada rumpun (kaum atau asal) sendiri sehinggakan sanggup membelakangkan kaum atau pihak dari tempat asal yang lain. Tuhan menciptakan manusia berbeza-beza, berkaum-kaum dan berpuak-puak. Ini disebabkan setiap kaum ada kelebihan masing-masing. Buktinya? Lihat sahajalah di sekeliling anda. Jika anda gagal mengetahui kelebihan masyarakat lain, maka anda masih belum cukup mengenali bangsa lain.
Namun ajaran agama sendiri sebenarnya boleh dibuktikan melalui aktiviti seharian kita. Agama sendiri tidak menggalakkan kahwin sesama sepupu kerana rumpun perkahwinan yang akan terjadi itu terlalu ‘dekat’. Selain sillaturrahim dapat diperluaskan, kita juga turut mendapat banyak manfaat apabila kita berusaha keluar dari kepompong.
Sekolah satu aliran adalah medium yang cukup kuat untuk melahirkan jiwa muhibah generasi muda. Proffesor Khoo Kay Kim juga turut menyatakan bahawa semangat perpaduan mampu diterapkan dengan baik melalui 1 aliran sekolah ini.
Andai kata kita takut kehilangan identiti, tidak mengapa. Ini disebabkan demokrasi dalam pendidikan itu sendiri sebenarnya membenarkan kita mengambil subjek-subjek bahasa ibunda mahupun sastera bahasa ibunda masing-masing untuk dipelajari. Kemampuan ada di tangan kita. Sama ada hendak atau tidak sahaja.
Kadang kala, saya sedih apabila mereka yang berada dalam kelompok sendiri itu sebenarnya yang lebih mudah goyah dan dipengaruh oleh budaya lain. Bukannya budaya mereka yang lebih kukuh apabila berada dalam kelompok sendiri.
Jauhilah obses perkauman.
Jauhilah obses kenegerian.
Ini kerana kita di bawah satu bumbung yang sama.
Kita di bawah rukun negara yang sama.
Meskipun berlainan ‘spesis’, saya harap tujuan kita semua masih berada di haluan yang sama.
Sekian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MEMBENTUK TEAMWORK
LAGUKU UNTUKMU
NAMA-NAMA ALLAH
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
SELAMAT DATANG SEMUA
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami..moga anda semua dapat sesuatu daripada bahan atau sisipan yang kami sediakan...selamat berkarya dan membaca..
DAH SOLAT KE?
MERSING INFO CUACA
!-end>!-weather>
Hamster Ku Yang Lapooo
UTUSAN ONLINE
BERITA HARIAN ONLINE
SITE'S COMMUNITY
TARBIAH PEWARIS
PALESTIN SENTIASA DLM DOAKU
!-end>!-currency>
Messenger Pingbox
RUANGAN CHAT
!-end>!-currency>
COMELNYA DIA..
PERMATA HATIKU
bodyguard
Blog Pilihan Saya
Pengikut
biasakan yang betul...perbetulkan kebiasaan yang salah
Dalam kehidupan kita seharian...sedar atau tidak terdapat juga kebiasaan yang kita biasa buat...sebenarnya perlu diperbetulkan...dan ada juga sikap yang baik..rasa macam janggal pulak nak diamalkan kerana budaya yang diamalkan orang kita sekarang ni ......rasa malu nak buat perkara yang baik..tapi selamba je kalu buat perkara yang tak baik..apa pendapat rakan-rakan..
Arkib Blog
-
▼
2010
(188)
-
▼
Februari
(33)
- BENAR KE SEPERTI YANG DIKATA...?
- PERCAYA VS KEPERCAYAAN...
- SUDIKAH KALIAN DENGAR CERITA NI..
- MENANGISLAH SEPUASNYA...
- Bagaimana Menjadi Sahabat Yang Baik
- MENJADI SAHABAT YANG BAIK
- ADAKAH KITA BERTANGGUNGJAWAB?
- ADAKAH KERANA CINTA?
- AKU KALAH KE HARI INI.....?
- BETUL KE PENDAPAT YANG MENGATAKAN.....
- HARUSKAH KITA SENTIASA MENGELAK BILA BERURUSAN MAN...
- SUSAHNYA PILIH KAWAN
- PERANGAI KAWAN-KAWAN KITA...
- PAKSA DIRI UNTUK BERJAYA
- DEMIMU..INSAN2 YANG KUSAYANG....
- PERNAHKAH INI BERLAKU DALAM HIDUP ANDA...?
- NIKMATI KESERONOKAN BERNAFAS NGAN PENUH GAYA...
- JANGAN BIARKAN KEBENCIAN DAN KESEDIHAN MENGUASAI D...
- BELAJAR MEENERIMA KELEMAHAN DIRI DAN SENTIASA BERU...
- KERJA + HAL PERIBADI = REALITI KEHIDUPAN
- HEBATNYA MAKHLUK BERGELAR SEMUT
- HEBATNYA MAKHLUK BERGELAR SEMUT
- KESILAPAN DEMI KESILAPAN MEMBUATKAN KITA MENJADI S...
- APA ERTI KEGAGALAN BAGI KITA....?
- APA MAKNA KESEMPURNAAN DALAM HIDUP ANDA?
- MENCARI KEKUATAN DIRI- KELUAR DARI KEPOMPONG
- MENCARI KEKUATAN DIRI- KELUAR DARI KEPOMPONG
- MENCARI KEKUATAN DIRI- KELUAR DARI KEPOMPONG
- PADAMU MUSERAHKAN SEGALA2NYA
- TUNJUKLAH KAU SAYANGKAN DIA...
- PERNAH TAK ANDA RASA DIRI ANDA TIDAK DIHARGAI?
- HARI ESOK TETAP ADA...TAPI AKU AKAN ADAKAH LAGI PA...
- CERITA TENTANG GURU YANG ORANG LAIN XNAK AMIK TAU....
-
▼
Februari
(33)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan