Isnin, Februari 1
CERITA TENTANG GURU YANG ORANG LAIN XNAK AMIK TAU....
Ari ni aku nak cite pasal diri seorang guru...bukan sebab aku juga seorg guru tapi hati aku meronta-ronta nak bagitau kalu boleh seluruh dunia...bahawa masih ramai cikgu yang baik dan penuh tanggungjawab mendidik anak bangsa yang org kerja kat surat khabar xamik kisah nak muatkan dalam muka depan surat kabo masing2..yg mereka sibukkan pasal guru yg tidak bertanggungjawab, cikgu cabul pelajar, cikgu buli pelajar dende pelajar dalam 1001 kes yang semuanya negetif sedangkan guru-guru mcm tu cuma segelintir dari jumlah guru yang beratus ribu jumlahnya di Malaysia....xkan kami nak buat surat kabo sendiri nak citekan segala kebaikan yang telah kami buat yang xpernah dihargai oleh ibu bapa dan masyarakat......
Pada suatu pagi kelihatan seorang murid perempuan dipimpin tangan oleh ayahnya melangkah ke kelas Tahun 2. Terpancar kebimbangan di wajah murid itu kerana lewat ke sekolah. Murid itu disambut oleh dengan senyuman oleh guru yang baru pertama kali mengajar di Tahun 2.
Selepas bapa murid itu pulang, guru tadi memegang tangannya lalu membawa semula ke luar kelas dan guru itu memintanya masuk semula ke dalam kelas dengan cara yang betul. Setelah guru itu kembali ke mejanya, murid tersebut masih tidak masuk ke dalam kelas. Guru tersebut berasa hairan lalu menjenguk keluar. Apabila ternampak wajah cikgunya, maka murid itu mendapatkan gurunya.
Guru itu pun dengan penuh sabar mengajar murid perempuan tadi cara yang betul untuk meminta maaf kerana terlewat. Maka bertanyalah guru itu kepada murid tadi kenapa dia lewat. Murid itu memberitahu bahawa ayahnya terlewat bangun. Bertanya lagi guru itu, " dimanakah emak kamu ?". Murid itu menjawab, " emak saya dah meninggal hari Khamis lalu."
Tersentuh hati cikgu melihat anak muridnya yang mula berlinangan air mata. Lebih hiba lagi apabila anak muridnya itu terus memeluknya sambil menangis seolah-olah cuba mencari perlindungan dari seorang ibu. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab beliau memujuk murid itu untuk mententeramkan dan menenangkan perasaan murid yang baru kehilangan ibu.
Cerita ini adalah cerita benar yang berlaku di sebuah sekolah di negeri Kedah. Cerita ini disampaikan semula oleh saya dan sebarang ketidaksamaan dengan cerita asal harap dimaafkan. Berapa ramaikah dari anda yang memberi penghargaan kepada guru yang bukan hanya mengajar di sekolah tetapi juga menjadi seorang kawan, ibu atau ayah kepada anak-anak anda semasa anda di rumah atau sibuk mencari rezeki.
Maka benarlah, guru adalah lilin yang membakar diri. Peranannya mencerahkan malam yang gelap tidak pernah dihargai dan tiada siapa yang ambil tahu. Berapa banyakkah media yang sudi melaporkan pengorbanan seorang guru ?. Boleh dibilang kerana media hanya berlumba-lumba memaparkan keburukan guru kepada masyarakat.Maka kisah diatas hanya akan menjadi sebuah kisah dalam diari seorang guru.
Labels:
apa salahnya kami jadi guru....?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MEMBENTUK TEAMWORK
LAGUKU UNTUKMU
NAMA-NAMA ALLAH
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
SELAMAT DATANG SEMUA
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami..moga anda semua dapat sesuatu daripada bahan atau sisipan yang kami sediakan...selamat berkarya dan membaca..
DAH SOLAT KE?
MERSING INFO CUACA
!-end>!-weather>
Hamster Ku Yang Lapooo
UTUSAN ONLINE
BERITA HARIAN ONLINE
SITE'S COMMUNITY
TARBIAH PEWARIS
PALESTIN SENTIASA DLM DOAKU
!-end>!-currency>
Messenger Pingbox
RUANGAN CHAT
!-end>!-currency>
COMELNYA DIA..
PERMATA HATIKU
bodyguard
Blog Pilihan Saya
Pengikut
biasakan yang betul...perbetulkan kebiasaan yang salah
Dalam kehidupan kita seharian...sedar atau tidak terdapat juga kebiasaan yang kita biasa buat...sebenarnya perlu diperbetulkan...dan ada juga sikap yang baik..rasa macam janggal pulak nak diamalkan kerana budaya yang diamalkan orang kita sekarang ni ......rasa malu nak buat perkara yang baik..tapi selamba je kalu buat perkara yang tak baik..apa pendapat rakan-rakan..
Arkib Blog
-
▼
2010
(188)
-
▼
Februari
(33)
- BENAR KE SEPERTI YANG DIKATA...?
- PERCAYA VS KEPERCAYAAN...
- SUDIKAH KALIAN DENGAR CERITA NI..
- MENANGISLAH SEPUASNYA...
- Bagaimana Menjadi Sahabat Yang Baik
- MENJADI SAHABAT YANG BAIK
- ADAKAH KITA BERTANGGUNGJAWAB?
- ADAKAH KERANA CINTA?
- AKU KALAH KE HARI INI.....?
- BETUL KE PENDAPAT YANG MENGATAKAN.....
- HARUSKAH KITA SENTIASA MENGELAK BILA BERURUSAN MAN...
- SUSAHNYA PILIH KAWAN
- PERANGAI KAWAN-KAWAN KITA...
- PAKSA DIRI UNTUK BERJAYA
- DEMIMU..INSAN2 YANG KUSAYANG....
- PERNAHKAH INI BERLAKU DALAM HIDUP ANDA...?
- NIKMATI KESERONOKAN BERNAFAS NGAN PENUH GAYA...
- JANGAN BIARKAN KEBENCIAN DAN KESEDIHAN MENGUASAI D...
- BELAJAR MEENERIMA KELEMAHAN DIRI DAN SENTIASA BERU...
- KERJA + HAL PERIBADI = REALITI KEHIDUPAN
- HEBATNYA MAKHLUK BERGELAR SEMUT
- HEBATNYA MAKHLUK BERGELAR SEMUT
- KESILAPAN DEMI KESILAPAN MEMBUATKAN KITA MENJADI S...
- APA ERTI KEGAGALAN BAGI KITA....?
- APA MAKNA KESEMPURNAAN DALAM HIDUP ANDA?
- MENCARI KEKUATAN DIRI- KELUAR DARI KEPOMPONG
- MENCARI KEKUATAN DIRI- KELUAR DARI KEPOMPONG
- MENCARI KEKUATAN DIRI- KELUAR DARI KEPOMPONG
- PADAMU MUSERAHKAN SEGALA2NYA
- TUNJUKLAH KAU SAYANGKAN DIA...
- PERNAH TAK ANDA RASA DIRI ANDA TIDAK DIHARGAI?
- HARI ESOK TETAP ADA...TAPI AKU AKAN ADAKAH LAGI PA...
- CERITA TENTANG GURU YANG ORANG LAIN XNAK AMIK TAU....
-
▼
Februari
(33)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan