Jumaat, Januari 29
SABO JELAH CIKGU2 EKK
Percaya atau tidak, hakikatnya aku seringkali diajukan dengan pertanyaan sebegini
" Eh, mesti senang kerja ko kan sebagai guru, balik pukul 2, tak de stress" Aku fikir kalian pun sudah dapat mengagak, kerana kalian yang membaca setiap catatan entri ini pun kadangkala mempunyai persepsi yang agak stereotaip seperti
begini
" byk toii dugaan seorg guru nie.sblm ni saya dok pikir jadik guru laa kerja yg paling senang..." Tidak boleh untuk disalahkan. Kerana setiap kali aku diajukan komentar atau pandangan yang sangat prejudis sedemikian, aku hanya mampu mendiamkan diri, berteka-teki dalam kepala, sambil mengharapkan orang-orang sebegini…just go away from my sight, or from my life….
Tentu sahaja kalian pun mempunyai anggapan sedemikian rupa" Alah, cuti cikgulah yang paling banyak, budak cuti, cikgu pun cuti"" alah, dalam kelas ada 30 orang je, tak lah susah nak ajar" " senanglah ajar budak sekolah rendah, ajar subjek yang senang"
Komentar-komentar yang sungguh menjengkelkan ini acapkali aku dengar. Ini semua adalah kerana hasil jurisdiksi yang tidak matang, berat sebelah, dan paling dangkal, mereka sendiri tidak memahami "dunia sebenar"seorang guru di sekolah.
Jadi, biarlah aku terangkan sedikit sebanyak Cuti Panjang Sekolah Bukan Milik Cikgu
Berapa kali sudah aku terangkan kepada teman-teman aku, cuti panjang sekolah bukanlah untuk cikgu, tetapi untuk murid. Cikgu hanya menumpang. Walaupun cuti telah bermula, masih ramai lagi cikgu datang ke sekolah menyiapkan tugas-tugas dokumentasi. Ada yang terpaksa melewatkan cuti, seperti menjadi pengawas peperiksaan awam UPSR, SPM dan STPM. Ada juga, pada waktu cuti mengorbankan masa menjadi pemeriksa kertas-kertas tersebut. Seperti seorang guru di sekolah aku, yang tarikh pemeriksaan kertas Bahasa Inggeris UPSR jatuh pada hari kedua Hari Raya Aidil Fitri. Bayangkanlah. Cikgu-cikgu di seluruh Malaysia berhak diambil cuti mereka 1/3 cuti mereka untuk datang bertugas ke mana-mana tanpa sebarang alasan!
Untuk rekod, cuti panjang November dan Disember tahun lepas, aku hanya dapat bercuti selama dua minggu sahaja! Yang lainnya, aku boleh membuat senarai panjang apa yang telah aku buat di sekolah.
Sekolah Rendah Paling Asas Pendidikannya
Buat aku yang kini telah mempunyai dua pengalaman berbeza, kerana aku pernah bertugas di sekolah perkampungan orang asli, dan kini aku bertugas di sekolah rendah di pekan memang terasa peritnya seorang guru...semuanya kene buat perkara2 yang asas, wp pon asas tp sangat mencabar contohnya mengajar sesuatu perkara baru bagi org yg xtau apa2 tentang perkara tu..ingat mudah ke?. Kadangkala, aku hairan bagaimana sesetengah guru di sekolah menengah pun mampu membuat telahan bahawa guru-guru di sekolah rendah, mempunyai tugas yang senang dan mudah.
Pertamanya, guru-guru di sekolah rendah ibarat ibu dan bapa di sekolah. Ada banyak peristiwa yang seringkali menyedarkan aku betapa banyak pengajaran yang boleh diambil. Bagaimana seorang budak tahun satu tidak mampu membuka botol mineralnya? Bagaimana seorang murid telah buang air besar dalam seluar kerana gementar dalam perhimpunan sekolah? Bagaimana mahu memujuk murid-murid yang malas membaca? Atau, bagaimana mahu mengajar murid-murid yang masih gagal dalam menulis dan membaca sungguhpun telah diajar berpuluh-puluh kali.
Ini mengingatkan aku kepada SAHABAT aku yang mempunyai ijazah master tetapi mahu mencuba menjadi seorang guru. Pada hari pertama, dia masuk ke tahun satu, diuji dengan pelbagai masalah. Akhirnya, pada hari itu sahajalah dia bertugas, dan terus berhenti!
Percayalah, tiada ijazah atau master atau phd yang boleh menyelamatkan anda. Ada manusia yang memang telah dilahirkan menjadi seorang guru. Aku pasti pemegang ijazah master atau phd ini tidak mampu mengajar murid tahun satu walaupun untuk 30 minit!
Cikgu Bukan Cikgu
Cikgu di sekolah berurusan dengan " manusia ", bukan dengan mesin komputer atau sebagainya. Cikgu itu mungkin telah menjadi seorang jururawat. Cikgu itu mungkin telah seorang ahli psikologi, sedangkan aku baru sahaja bercerita satu atau dua kisah yang meibatkan perasaan aku dan perasaan anak murid aku! Berapa banyaklah lagi, kisah aku yang telah mendalami dunia psikologi kanak-kanak. Cikgu itu telah menjadi jurulatih sukan. Kaunselor, Ahli pekerja sosial masyarakat malah paling orang tidak faham ialah, cikgu hampir menjadi " ibu bapa".
Kalau anda di jabatan korporat swasta yang anda banggakan itu, sekiranya anda diberi tugas yang bukan tugas anda. Anda boleh sahaja berkata " that is not in my jobscope "
Tetapi, dalam dunia pendidikan. Bersedialah. Anda mungkin terpaksa membersihkan seluar anak murid anda daripada najisnya!
Betapa SERIUSnya kerja cikgu. Aku seringkali mengingatkan diri aku sendiri. Jika kalian mengatakan kerja aku melibatkan banyak pahala. Tetapi, aku sering mengingatkan diri aku tentang betapa mencabarnya menjadi seorang guru.
Bagaimana jika ada seorang, yang aku tidak ajar sepenuh hati aku? Aku berdosa.
Bagaimana jika salah seorang murid tidak memahami apa yang aku ajar? Aku berdosa.
Bagaimana jika ada yang tidak aku berikan perhatian sewajarnya. Aku berdosa.
Bagaimana sekiranya aku mengajar “fakta” yang salah? aku berdosa.
Seorang budak mungkin kemalangan ketika aku membawanya ke satu pertandingan di luar sekolah. Seorang budak perempuan mungkin diganggu seksual ketika dalam perjalanan balik ke sekolah. Kisah seorang budak tanpa ayah dan ibu, hanya tinggal dengan nenek yang tua.
Dalam dunia pendidikan, masalah hanya bertambah menjadi semakin dalam dan mendalam. Kadangkala, anda sebagai seorang guru, sudah mencampuri urusan rumahtangga orang, dan anda dituduh dengan pelbagai tuduhan.
Masalah yang melibatkan manusia. Tetapi, guru harus membangunkan manusia. Kerana manusia itu tonggak sesebuah negara.
Banyak pahala seorang guru, mungkin jika tersilap ajar, maka banyaklah dosa seorang guru. Dan, gaji seorang guru tidaklah sebanyak mana! Pernah seorang guru berpesan kepada aku, kerja cikgu ni kalau silap sikit boleh banyak dosa daripada pahala!
Semuanya salah CIKGU
Ibu bapa, masyarakat, malah setiap ahli masyarakat secara umumnya menyalahkan apa yang tidak betul, tidak kena, semuanya kepada guru. Bayangkanlah, budak tidak cemerlang, cikgu yang salah. Budak keracunan makanan, cikgu jugalah yang salah. Budak kemalangan hadapan sekolah, cikgu juga yang salah.
Malah, masalah yang melibatkan negara pun cikgu jugak yang salah. Contohnya, masyarakat tidak ada kesedaran sivik. Cikgu jugak yang salah. Maka terciptalah subjek Pendidikan Sivik. Kemalangan jalan raya semakin berleluasa, maka terciptalah Kesedaran keselamatan Jalan Raya sebagai mata pelajaran baru.
Cikgu di sekolah berhempas pulas dengan kelas tambahan, dapat 5A, ibu bapa kata anaknya cemerlang kerana tusyen di luar sekolah. Bukan faktor kejayaan cikgu di sekolah. Hmm alahai.
Sepertimana pujian dan komen kalian di blog ini, banyak lagi cacian, makian dan yang aku terima. Ya, . Sepertimana kini, gagalnya pelaksanaan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah sekarang.
Tuntasnya, jika kalian fikir mahu menjadi seorang guru. Fikirlah dengan semasak -masaknya. There is no turning point. Anda mungkin menjadi seperti AKU, yang sudah masuk ke dalam gaung yang sedalam-dalamnya. Mungkin, aku sudah tidak boleh mengubah kerjaya aku lagi.
Tuntasnya juga, jika kalian membuat komen bahawa kerja seorang guru itu " mudah" di hadapan aku. Please, just go away from my sight, and just go and fly kite lah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MEMBENTUK TEAMWORK
LAGUKU UNTUKMU
NAMA-NAMA ALLAH
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
SELAMAT DATANG SEMUA
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami..moga anda semua dapat sesuatu daripada bahan atau sisipan yang kami sediakan...selamat berkarya dan membaca..
DAH SOLAT KE?
MERSING INFO CUACA
!-end>!-weather>
Hamster Ku Yang Lapooo
UTUSAN ONLINE
BERITA HARIAN ONLINE
SITE'S COMMUNITY
TARBIAH PEWARIS
PALESTIN SENTIASA DLM DOAKU
!-end>!-currency>
Messenger Pingbox
RUANGAN CHAT
!-end>!-currency>
COMELNYA DIA..
PERMATA HATIKU
bodyguard
Blog Pilihan Saya
Pengikut
biasakan yang betul...perbetulkan kebiasaan yang salah
Dalam kehidupan kita seharian...sedar atau tidak terdapat juga kebiasaan yang kita biasa buat...sebenarnya perlu diperbetulkan...dan ada juga sikap yang baik..rasa macam janggal pulak nak diamalkan kerana budaya yang diamalkan orang kita sekarang ni ......rasa malu nak buat perkara yang baik..tapi selamba je kalu buat perkara yang tak baik..apa pendapat rakan-rakan..
Arkib Blog
-
▼
2010
(188)
-
▼
Januari
(76)
- Jenis-Jenis Perangai Manusia.....Di Sekolah dan Di...
- BOLEH KE KITA BERTENGAR TANPA ADA RASA PANAS DI HA...
- PENGAJARAN BUAT PENYAMPAI FITNAH N KABAR ANGIN TER...
- SABO JELAH CIKGU2 EKK
- PERNAH KE KITA BUAT SOAL SELIDIK APA PENDAPAT MURI...
- MURID-MURID AKU PUNYA IMPIAN...
- KEMAHIRAN MENJAWAB SEGALA PERTANYAAN DEMI PERTANYA...
- SUSAH KE NAK SENYUM TU.....
- KEKUATAN CINTA.....
- APA YANG MEMBEZAKAN KITA DENGAN INSAN-INSAN YANG T...
- WANITA......BAGAIMANA PERSONALITIMU....
- BETUL KE PENDAPAT MENGENAI MAKNA YANG TERSIRAT DAL...
- BETUL KE PENDAPAT MENGENAI MAKNA YANG TERSIRAT DAL...
- BETUL KE PENDAPAT MENGENAI MAKNA YANG TERSIRAT DAL...
- 20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai
- Haruskah blog ini terus bernafas?????
- Kecantikan Itu untuk Siapa?
- HOBI ORANG-ORANG KITA...
- LELAKI VS WANITA...siapa yang salah..sapa yang bet...
- Memaafkan Diri Sendiri
- KALIAN JUGA BERHAK UNTUK BERJAYA
- AKU DAH BERUBAH KE...? POSITIF KE NEGATIF?
- CABARAN DALAM MEMAHAMI PASANGAN KITA..
- GELAGAT BUDAK2 KAT SEKOLAH
- Sebagai guru kita seharusnya bersedia menjawab seg...
- Putus cinta – undang trauma?
- PADAN NGAN MUKA AKU...KETAWAKAN RAMAI2
- Menerima Kesilapan
- Menerima Kesilapan
- Belajar Ubati Kekecewaan
- Belajar Ubati Kekecewaan
- PANDUAN UNTUK INSAN YANG KECEWA DALAM KEHIDUPAN
- RESEPI KEJAYAAN
- RESEPI KEJAYAAN
- KALAU KITA RASA KISAH HIDUP KITA SEDIH...PERCAYALA...
- Kejayaan : Destinasi atau Perjalanan
- Kejayaan : Destinasi atau Perjalanan
- FIKIR POSITIF JIKA MAHU TERUS MENGGAPAI KEJAYAAN
- BERSEDIAKAH KITA MEMBUAT PERUBAHAN DEMI SEBUAH KEJ...
- BERSEDIAKAH KITA MEMBUAT PERUBAHAN DEMI SEBUAH KEJ...
- "APA GUNANYA ASYIK MARAH2 JE....
- NAK BERJAYA? ADA 2 PERKARA YANG PERLU ANDA UBAH
- MINDA CEMERLANG
- MINDA CEMERLANG
- Tiada tajuk
- ADAKAH KITA DAPAT BERDIRI TEGUH TANPA SOKONGAN/SEM...
- TEWASKAH KITA PADA KEADAAN....?
- ADAKAH KITA AKAN BERJAYA?
- Berbuat Baik Terhadap Orang Lain, Melapangkan Dada
- Berbuat Baik Terhadap Orang Lain, Melapangkan Dada
- SEMUANYA TENTANG SOLAT
- KENAPA HARI INI JIWAKU LEMAH SANGAT?
- APA FAEDAHNYA BERTENGKAR DAN BUAT HATI JADI SAKIT
- Bebrapa hari yang lepas..sedang aku minum seorang ...
- Bebrapa hari yang lepas..sedang aku minum seorang ...
- NAK KONGSIKAN APA YANG BAIK NGAN SAHABAT2 SEMUA
- DEMIMU SK MERSING KANAN
- MENCARI KESEMPURNAAN...?
- MENCARI KESEMPURNAAN...?
- syok sendiri je...SEKADAR LUAHAN HATI.....BETUL KE...
- TANYA DIRI SENDIRI..
- GELAGAT YANG BBIASA KITA TENGOK PADA HARI PERTAMA ...
- FAHAMI KONFLIK DI HATI
- DOA UNTUK INSAN2 YANG KUSAYANG…
- APA PILIHAN YANG KITA ADA....?
- Dalam hidup kita kita mungkin biasa berhadapan de...
- LUPAKAN PERISTIWA LALU...BINALAH KEHIDUPAN BARU...
- PERNAHKAH ATAU BIASAKAH KITA BUAT BENDA MACAM NI....
- PERBEZAAN PANDANGAN KITA DGN KANAK2
- SALAH KE BERIMPIAN SETINGGI AWAN DI LANGIT BIRU....
- 'PUTUS ASA' RACUN KEHIDUPAN
- Senangnya cakap sabolah bila ada masalah ekk...
- Menggapai Bintang di tahun 2010!
- selepas putus cinta apa anda buat
- selepas putus cinta apa anda buat
- PERINGATAN UNTUK SEMUA SEMPENA 2010....
-
▼
Januari
(76)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan