Memaparkan catatan dengan label syukur ya Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syukur ya Allah. Papar semua catatan

Selasa, September 22

Rendah Gunung, Tinggi Harapan..




Hari ini saya ingin kongsikan satu cerita tentang seorang ibu tunggal. Suaminya telah hampir setahun menceraikannya atas alasan tidak serasi. Anak-anak sejumlah 5 orang memutuskan untuk hidup bersama emak mereka. Bagi mereka, bapanya sudah tiada lagi. Emaklah tempat mereka berteduh, menakung limpahan kasih sayang berkongsi bersama adik-beradik. Yang paling tua ialah lelaki berumur 14 tahun. Angahnya perempuan darjah 6 disusuli adik lelakinya berumur 7 tahun. Selebihnya belum bersekolah, yang lelaki berusia 5 tahun ditemani adik perempuan bongsunya berumur 3 tahun.
Ibu mereka hanyalah seorang cleaner. Pendapatannya tidak mencukupi untuk menyara keluarga sehingga menyebabkan anak sulungnya memutuskan untuk berhenti belajar bagi menambah pendapatan keluarga. Masa berlalu, keputusan anaknya membantu mengurangkan beban kurang berhasil. Kehidupan mereka sulit sekali. Serba tidak cukup. Seringkali kedengaran raungan nangisan anak yang terkecil kerana bekalan susu kehabisan. Bantuan-bantuan dari jiran-jirannya yang memang prihatin dengan nasib sekeluarga itu diterima dengan berat hati kerana malu. Lebih-lebih lagi jika yang menerima itu anaknya sendiri. Dia seperti tidak sanggup untuk hidup lagi. Dia sudah mula penat. Lelah dengan nasib yang menimpa. Dia tidak mahu anak-anaknya dibesarkan sedimikian rupa. Membesar dengan menagih simpati. Bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh jiran-jiran menjadi igauan hariannya. Igauan yang mula mengocak-ngocak norma keharmonian akal fikiran kemanusiaannya. Kacau bilau dan besimpang-siur laluan isyarat elektrik dan kimia dalam organ terhebat manusia kurniaan tuhan kesan daripada gempa bumi di mindanya. Gugatan itu mendorong nalurinya ke arah satu titik. Titik noktah hayat insan. MATI. Dia tekad dan nekad untuk mati. “Bila aku mati nanti, anak-anak aku pasti akan dimasukkan ke rumah anak-anak yatim, lebih bagus mereka dibesarkan di sana berbanding dengan aku. Selalu menagih dan menerima simpati” Begitulah fikir minda berkeceramuknya. Dia sayangkan anak-anak. Tetapi pada saat gawat itu dia merasakan itulah pilihan paling tepat. Botol klorox yang berisi sodium hipoklorit terpilih bagi menunaikan hajat ketemu mati. Sebotol penuh diteguknya. Dia lantas terbaring dengan keadaan mulutnya mula mengeluarkan buih-buih abnormal. Anak sulungnya menyedari hal itu, segera menghampiri kujur tubuh ibunya. Berteriakan memangku dan menatap wajah ibunya “Mak, mak jangan mati lagi. Jangan tinggalkan kami. Kami mahu mak, kami perlukan mak, kami nak kasih sayang mak. Kami tak kisah hidup susah, tapi kami tak sanggup kehilangan mak” Jeritan itu diikuti dengan gegasan anak tertua itu meminta bantuan jiran. Dia dibawa ke hospital. Alhamdulillah, setelah beberapa hari dia dirawat akhirnya tubuh badan yang menyerap klorox 500ml itu berjaya disembuhkan. Mungkin pulihan itu atas dorongan kuasa kata-kata anak yang sempat masuk ke gegendang telinganya.

Kisah di atas adalah contoh senario yang mungkin berlaku dalam norma kehidupan hari ini. Apa yang saya cuba singgung kali ini berkisar dengan harapan dan putus harapan Dari cerita tersebut, jelas bahawa manusia yang putus harapan boleh mendorongnya bertindak luar dari batasan kewarasan kemanusiaan. Justeru, adalah penting untuk kita memahami tentang harapan agar terus bersambung. Tidak putus.

Kronologi
Semua manusia mempunyai harapan. Manusia yang hidup tetapi tidak mempunyai harapan itu boleh diibaratkan seperti sudah mati. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Einstein dalam kata-katanya "Ramai manusia yang mati sejak berumur 25 tahun tetapi dikebumikan ketika umurnya 75tahun". Anak kecil biasanya mengharapkan gula-gula ataupun aiskrim. Bila sudah sekolah mahukan basikal. Harapannya lulus UPSR. Meningkat remaja, mula pandai bercinta-cinta, lantas harapannya ingin punya kekasih hati. Bila meningkat dewasa, impiannya untuk berumahtangga. Bila dah tua harapannya nak beramal ibadat menyiapkan diri agar bersedia untuk mati. Itu contoh-contoh kebiasaan harapan, Memang ada macam-macam harapan jika nak ditulis di sini. Yang paling banyak mungkin harapan yang tinggal harapan. Ada harapan yang jadi realiti, tak kurang harapan yang kekal fantasi.

Muhasabah
“Apa harapan terbesar kamu?” Apabila soalan begini dikemukakan, bebola mata bergegas mencari langit untuk ditatap. Merenung jauh ke atas, walaupun jawapannya tidak ada di situ. Merenung dalam-dalam sebelum memberi jawapan takut-takut ditolak markah kerana salah. Lantas ramai manusia akan memberi jawapan-jawapan piawai orang-orang awam zaman sekarang “ Saya nak anak 8 orang, mahu hidup di rumah banglo atas bukit tempatan, risaukan bukit antarabangsa roboh lagi, emm kereta nak pakai bmw 7 series, kalau tak dapat, brabus pun jadi lah, sebelum mati saya mahu lihat anak-anak saya semua berjaya di dunia dan akhirat” Harapan ini sememangnya bagus dan tidak ada salah atau cacat celanya pun. Harapan setinggi ini. Jika jadi kenyataan memang membanggakan terutamanya ‘orang-orang kita’. Namun, jika direnung ke langit lagi, adakah tepat jawapan itu. Adakah langit yang luas itu setuju dengan hamburan suara itu?

Sabtu, September 5

ADAKAH ANDA RASA DIRI ANDA CANTIK ATAU TAMPAN.....??





Dunia seindah wanita soleha.
Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak sama.

Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan.


Kecantikan mata bundar.
Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi.Mata sepet pun cantik pe macam si dia tu..... putih melepak lagi.

Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam dan kelihatan seksi .

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjing. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini. Kat Afrika ni dah cantik sangat dah... emmm ada yang terpikat ker...??

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik di tafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini diukur kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan ALLAH. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang yang mempertikaikan ALLAH setiap kali menghadap cermin. Berkatalah setiap kali bercermin sebab dengan berkata, cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda.... anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama, sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Khamis, September 3

ANDAINYA "AKU" DALAM CERITA INI ADALAH DIRI KITA...APA PERASAAN KITA KETIKA ITU...

BACALAH UNTUK DIAMBIL IKHTIBAR DAN MUHASABAH DIRI

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku. . sakittttttttt. .......sakit. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. .Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... .. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih biasa membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Mari berlumba dalam kebaikan.

"Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka"?..

Ahad, Ogos 30

APA PERASAAN KITA ?





Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..


Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Khamis, Ogos 20

Kalau Allah Tu Baik Kenapa Bina Neraka?


Sekadar renungan utk sahabat2ku sekelian....di ambang ramadhan ni..apa yang baik tu kita jadikan pengajaran dan xbaik tu jdkan sempadan...saling ingat-mengingati itu tanda kita ini sayang dan kasih pada sahabat2 kita seislam..

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam
Ceritanya begini, di sebuah negeri Pasir Berdengung(bukan nama sebenar), kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk mema stikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berh ema h, kerana hukuman dan denda s ema ta-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat
mema tuhi peraturan. Peraturan ni bukan sema ta-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol
di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "

Rabu, Ogos 19

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”


Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja……. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang …… Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh…… Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya…… Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…… Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Ahad, Ogos 16

SYUKUR YA ALLAH KERANA MASIH MEMINJAMKAN SEGALA MILIKMU KEPADAKU HINGGA SAAT INI..


CUMA KITA SEBAGAI ISLAM WAJIB SEDAR, JANGAN LAH SAMPAI KESUSAHAN KITA, MENGHAMPIRI KEKUFURAN..USAHA SELAGI DAYA BERUSAHA, SEMENTARA ALLAH MEMBERIKAN KITA KESIHATAN DAN KEWARASAN AKAL..REZEKI ADA DI MANA-MANA, YANG PENTING KITA BERUSAHA SELAIN BERDOA, BERTAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T

Ini bukan cerita yang aku alami sendiri tapi hasil cerita dari sahabat2 aku yang sentiasa memberikan aku bahan untuk aku kongsikan bersama-sama sahabat-sahabat aku..pengunjung setia blog aku ni..

Tuan-tuan dan puan-puan bersyukurr dengan rezeki yang kita ada setakat hari ini…nikmatinya dengan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah kerana masih mengekalkan kita dengan pekerjaan yang kta ada sekarang ni ..di saat ramai sahabat2 kita yang lain telah diuji dengan kehilangan pekerjaan…
Cuba hayati cerita di bawah ni..mungkin ada sedikit keinsafan di hati kita….dan jika yang dapat merasai kesedihan dan cuba meringankan peneritaan orang lain adalah tergolong dengan golongan yang kaya hatinya

Lokasi : Di dalam Pasaraya
Masa : Jam 3.30 pm

Seorang penolak troli gigih bekerja. Dari warna kulit dan wajah, jelas berbangsa melayu. Bukan Nepal atau Burma . Bangsa sekulit dengan aku. Usia tidak muda dan tidak juga tua. Agaknya dalam lingkungan 30an. Benar2 mengerah keringat dan kudrat menolak tidak kurang 30 troli sekali lalu.. Peluh memercik, jelas dimukanya. Setelah selesai dia tiba-tiba tersenyum bila merasakan ada mata yang sedang melihat dia bekerja tadi. Sebagai menghargai, aku balas senyuman sambil menghampiri beliau.

Dah lama kerja kat sini ? tanyaku sambil menghulur tangan untuk berjabat tanda awal memula perkenalan. baru lagi bang. Baru 2 bulan. Oh..jawabku ringkas. Sebelum ni ? Kerja kilang bang ! Dimana ? Di Pulau Pinang. Kilang tutup...nasib baik dapat kerja kat sini. Alhamdulillah ! Itupun terpaksa menganggur lebih 5 bulan tanpa kerja tetap.

Dari riak wajah, aku tahu dalam jiwanya terpamer azab kehilangan pekerjaan. Macamana kerja baru ni..ok ke tak ok ? aku menyoal lagi. Dia diam seketika..kemudian bersuara..kerja kuli bang! Nak kira ok tu..ok juga, cukup buat beli susu anak bang ! Berapa syarikat ni bagi sebulan ? banyak benar pertanyaan dari mulut aku ni untuk dia. Hmm..campur overtime..12 jam kerja sehari dari pukul 10 pagi sampai 10 malam, dapatlah RM800 sebulan. Banyak tu ? aku cuba menduga. Banyak ker? Cukuplah untuk sara anak bini. katanya ringkas. Hampir 10 minit aku luangkan masa untuk berbual dengan beliau, Halim namanya, ayah kepada 3 orang anak, 2 dah masuk sekolah rendah dan seorang lagi baru berumur 3 tahun. Tinggal di rumah sewa dengan sewaan RM180 sebulan. Agak perit bagi Halim, aku dapat rasa dengan gaji sebanyak itu. Apa nak buat...walaupun dia mempunyai Sijil dari Politeknik Ungku Omar, tapi yang jelas..pekerjaan beliau kini sebagai 'penolak troli'. Jika dahulu ketika bekerja kilang, sebagai juruteknik setiap bulan kurang2 dia boleh dapat RM1600 sebulan. Separuh dari pendapatannya hilang kerana masalah ekonomi sekarang. Nak salahkan kerajaan ker ? Entahlah..!!


Lokasi : Masjid Jamek ***
Masa : Lepas Maghrib

Setelah selesai majlis bacaan Yaasin para jemaah menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami...kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.

Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku.. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.

Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah. .! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.

Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah. .rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.

Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah.. ! Ada bas ker lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada ..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !

Selesai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ? Bang haji macam ni sebenarnya.. saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan. Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah. ...!

Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta. Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.

Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, MULTY GREEN TRADING yang kalian lihat bannernya di blog sekarang, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini. Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.

Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival...ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan. Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.

Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut..

(*) Ini kisah benar. Bukan rekaan. Buat renungan sahab

Khamis, Jun 18

Syukurlah, Marilah Belajar Bersyukur

Apa khabar harini? Sihat? AlhamduliLLah jika masih diberi kesihatan oleh Allah. Di hospital yang jarang dijenguk ramai pesakit yang ingin keluar .

Masih lagi berada di dalam iman dan Islam? Syukurlah jika masih ada iman dan Islam (ingatlah di akhir zaman ini ada manusia yang ditarik imannya, beriman di waktu pagi, dan kafir dipetangnya). Ada imannya hanya di bibir sahaja, atau sekadar nama di surat beranak dan kad pengenalan sahaja.

Anggota badan masih cukup? Mata masih boleh lagi melihat dengan jelas? Tangan masih lagi boleh memegang,menulis? Kaki masih boleh berjalan?

Syukurlah jika masih sempurna.. Gunakanlah dengan sebaiknya. Hargai apa yang masih ada.. Jangan sudah hilang di depan mata barulah menyesal tiada kesudahan.. Jika mata sudah gelap, di kiri kanan bertemankan tanah, berselimutkan kafan, sudah terlambat untuk bertaubat. Manalah tahu, lidah kita ini pun terkadang hilang deria rasanya, kaki kita pun terkadang kesandung lalu mengaduh sakit, telinga pun acapkali juga terpaksa mendengar betul-betul apa yang orang lain perkatakan.

Akal masih mampu berfikir? Syukurlah jika masih ada akal, ada orang yang dalam keadaan tertekan, tidak mampu berfikir rasional. Ada yang mengamuk, ada yang di awang-awangan, bahkan ada juga yang tidak menggunakan akal, hinanya lebih teruk dari haiwan.

Ibu dan Ayah masih hidup? Kawan-kawan? Syukurlah.. tahulah untuk bersyukur bila ada tempat untuk mengadu dan menceritakan nasib. Ada di antara kita yang yatim piatu, tiada kawan untuk mengadu. Malahan yang menjadi rakan setianya adalah tumbuhan dan binatang di sekeliling. Itupun syukur juga..

Masih ada pakaian yang membaluti tubuh? Tempat tinggal yang selesa? Makanan yang enak dan masih boleh dimakan? Syukurlah tuan… ada orang yang tiada pakaian untuk dipakai, rumahnya dibuat dari najis binatang, beratapkan langit, berlantaikan bumi. Ada yang terpaksa memakan kulit kayu, terpaksa meminum air kencing sendiri bahkan binatang lain (kerana musibah alam, tiada bekalan makanan). Lihatlah kesusahan orang lain yang terpaksa mandi dengan najis binatang, dan kita.. walaupun sudah diberi nikmat air, masih juga membazir menggunakan air.

Ada tempat untuk bersekolah? Guru-guru untuk mengajar? Lihat dan fikir di tempat yang tiada guru, terpaksa menggunakan jari untuk menulis di tanah, ingin belajar tetapi tiada guru. Sanggup belajar di tempat yang tidak selesa malah dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya. Walaupun sedar di tengah-tengah pergolakan hidup, keluarga yang miskin, tetap membimbit buku yang sudah penuh contengan untuk belajar menjadi ‘manusia’ yang berguna!.

Ingatlah wahai saudaraku.. ALlah telah pun memberikan peringatan bagi orang-orang yang kufur :

وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ قَرۡيَةً۬ ڪَانَتۡ ءَامِنَةً۬ مُّطۡمَٮِٕنَّةً۬ يَأۡتِيهَا رِزۡقُهَا رَغَدً۬ا مِّن كُلِّ مَكَانٍ۬ فَڪَفَرَتۡ بِأَنۡعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَٲقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلۡجُوعِ وَٱلۡخَوۡفِ بِمَا ڪَانُواْ يَصۡنَعُونَ (١١٢)

Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan. (Surah An Nahl : 112