Memaparkan catatan dengan label sahabat sejati sukar dicari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahabat sejati sukar dicari. Papar semua catatan

Selasa, September 15





Bila aku pejam dan celik mata aku ni tanpa menghitung ntah berapa kali...rasa sekejap sgt masa berlalu...tahun rasanya cepat sangat Ramadhan nak meninggalkan kita semua...satu pertanyaan..masih berkesempatan ke kita merasai kehadirannya pada tahun 2010 nanti...? Ntah kenapa jiwa aku rasa berat sgt nak tinggalkan bulan ramadhan tahun ini..lain dari kebiasaan..kalu boleh ditamabah dalam 15 hari lagi ke tentu seronok rasanya....
Tapi itu dah jadi lumrah dunia...setiap yang datang pasti akan meninggalkan kita...setiap pertemuan pasti akan diakhiri dengan perpisahan...cam bercinta le plak...

Di kesempatan ini secara online aku ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada sahabat-sahabat pengunjung blog aku yang tidak pernah jemu-jemu memberi sokongan yang padu pada aku selama ini...terutamanya Ida, Riza, Kemboja, Pungguk, Ainul Mardhiah, qalesya, liza dan Ali moga kedatangan Syawal ini membawa 1 000 000 rahmat kepada kita semua...Selamat hari Raya..sahabat2 sekelian..Kalian sentiasa di Hatiku

Selasa, Ogos 25

ADAKAH DIRIMU HANYA KAWAN ATAUPUN SABABAT SEJATIKU

Terdapat perbezaan di antara kawan dan sahabat;

Pertama, kawan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan kau berasa gembira bersamanya. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumah mu dan dengannya kau bergurau. Namun, kau tidak akan memberikan hidupmu kepada mereka kerana kadang-kala tindakan-tindakan mereka tidak dimengerti kerana kau kurang mengenali mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cinta, bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau mengambil-berat tentang dirinya, dan kau memikirkannya ketika dia tiada di sisi mu.Sahabat adalah orang yang kau ingat ketika kau melihat sesuatu yang mereka sukai kerana kau amat mengenali mereka.Mereka adalah orang yang gambarnya kau miliki dan wajahnya selalu didalam benakmu.

Mereka adalah orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar lagu kerana mereka membuat dirimu berdiri untuk menghampiri mereka,mungkin mereka pernah memijak jari kakimu atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu.Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka mengambil berat terhadapmu.

Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak mengharapkan suatu alasan pun. Mereka berkata benar - pertama kali - dan kau melakukan hal yang sama. Kau tahu bahwa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar.

Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mentertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya. Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak.

Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis.Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri. Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang menghantarkan atau mengiringmu pada saat pernikahanmu, atau mungkin adalah orang yang kau nikahi.

Isnin, Julai 6



Orang kita panggil kawan atau pon sahabat..tapi orang puteh kata "Friend"...bio apa pon bahasa atau nama panggilannya..apa yg penting ianya membawa maksud yang sama dari segi peranan dan hubungan yang sangat rapat dalam diri kite..semua orang perlukan insan ini dalam menjalani kehidupan di dunia ini..yang benar2 sanggup menghadapi setiap saat suka dan duka sepanjang mengharungi liku2 kehidupan kite...

A FRIEND IS.........
o Accepts you as you are
o Believes in "you"
o Calls you just to say "Hi"
o Doesn't give up on you
o Envisions the whole of you
o Forgives your mistakes
o Gives unconditionally
o Helps you
o Invites you over
o Just "be" with you
o Keeps you close at heart
o Loves you for who you are
o Makes a difference in your life
o Never judges
o Offers support
o Picks you up
o Quiets your fears
o Raises your spirits
o Says nice things about you
o Tells you the truth when you need to hear it
o Understands you
o Values you
o Walks beside you
o X-plain things you don't understand
o Yells when you won't listen
o Zaps you back to reality

Selasa, Mei 19

MEMBINA PERHUBUNGAN DALAM PERSAHABATAN TANPA ADA SYARAT…CUMA PATUHI ETIKA..AGAR PERSAHABATAN YANG DIBINA SENTIASA SEGAR DAN SENTIASA KUKUH.



Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.
1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.
2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.
3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.
5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh - jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.
6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.
7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.
8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!
9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.
10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain.Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?
11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselasaikan!
12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.
13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.