Memaparkan catatan dengan label cinta atau secara kebetulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta atau secara kebetulan. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 12

Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?



Betul ke kajian menyatakan tentang cinta..ni..setakat mana benarnya belum dapat dipastikan kesahihannya...tapi kalau dinilai melalui pemerhatian dan temubual dalam sesi formal atau tidak formal dengan mereka yang mahir dan pakar tentang apa saja yang berhubungkait dengan cinta..banyak yang kebenarannya...cuba rakan-rakan baca dan membuat penilaian sendiri tentangnya...betul ke ?

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.
Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

Usia 30-an
Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu
Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.
Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam. Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel
Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.

Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

Usia 40-an
Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta
Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai
Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?
Atau adakah semua wanita materialistik?
Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?
Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

* Hati-hati dengan buah hati
Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.

Sabtu, Mei 9

ANDA CINTAKAN PEKERJAAN ANDA SEKARANG? SEJAUHMANA BENARNYA...



Cinta..satu perkataan lima huruf yang memainkan peranan dalam hidup seseorang insan dalam dunia ini. Cinta ada pelbagai, cinta pada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara....Jika tuan-tuan fikirkan yang saya akan menulis tentang cinta seorang insan dengan insan yang lain atau ndalam bahasa yang mudah cinta antara kekasih dengan kekasih yang lain tuan-tuan sebenarnya sudah silap. Saya sudah terlalu tua untuk berbicara tentang perkara itu. Biarlah persoalan cinta yang itu dibincangkan oleh ribuan penulis yang lain. Saya hanya ingin menulis tentang ‘cinta’ dan ‘pekerjaan’
Bagi tuan-tuan yang masih belajar samaada diperingkat sekolah mahupun di institut pengajian tinggi (IPT) tuan-tuan boleh abaikan tulisan saya ini. Ia kurang signifikan dengan anda. Kenapa? Kerana kebanyakan pelajar belajar bukan kerana ‘cinta’ tetapi dipaksa atas sebab tanggungjawab dan pelbagai sebab lagi..
Bagi tuan-tuan yang sedang bekerja atau mungkin juga yang bakal bekerja..ambil masa lima saat dan tanyakan pada diri anda. Adakah anda benar ‘cinta’ pada pekerjaan yang anda lakukan? Jika anda benar cinta padanya, apa yang telah anda buktikan??
Saya yakin ramai antara kita yang menceburi satu-satu bidang pekerjaan bukan kerana cinta. Besar kemingkinan ramai yang melakukan satu-satu kerja atas sebab terpaksa. Terpaksa untuk meneruskan hidup, terpaksa untuk menanggung keluarga, terpaksa untuk menanggung hutang PTPTN, terpaksa kerana sudah tidak ada kerja lain yang ditawarkan kepada anda.....
Nah, sekarang tuan-tuan sudah boleh menjawab, adakah tuan-tuan ‘cinta pada pekerjaan yang tuan-tuan lakukan...Kerana cinta pada kerja maka wujudlah perkataan ‘gila kerja ‘ (workholic)..namun hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian. Pada hemat saya, cinta pada kerja bukan semata-mata kerana gelaran atau ganjaran namun kerana rasa yang terlalu mendalam pada satu-satu pekerjaan
Jika tuan-tuan menonton televisyen, mungkin tuan-tuan ada menonton CSI (Crime Scene Investigation), kisa sekumpulan ‘penganalisis jenayah’ yang benar-benar cinta pada pekerjaan. Juga kisah seorang yang meninggalkan jawatan Professor untuk berkhidmat sebagai ahjli CSI tahap satu kerana kecintaannya pada kerja penganalisis jenayah tersebut.
Nah tuan-tuan, biasanya jika kita ‘cinta’ pada perkerjaan kita kita biasanya akan melakukan dengan baik dan sempurna. Albert Einstein pada asalnya hanya seorang kerani dan pada usia 26 tahun beluat mula menulis makalah tentanng bidang kecintaannya. Kerana kecintaannnya pada bidang tersebut beliau membuat penerokaan yang selama ini tidak pernah difikirkan oleh orang yang sezaman dengannya maka pada usia 32 tahun beliau dilantik sebagai Professor atas sumbangannya dalam bidang fizik yang beliau jalankan dengan penuh rasa cinta...
Ya tuan-tuan, saya sebenarnya juga dah kehilangan punca dalam penulisan ini. Tetapi apa yang hendak saya tuliskan ialah dalam apa-apa pekerjaan ‘cinta’ itu penting untuk kita jadi lebih cemerlang. Harus diingat, kerana kecintaan kita pada kerja yang kita jalankan adakalanya kita terpaksa berkorban untuk melepaskan kerja lain. Contohnya, mungkin kta seorang pegawai penyelidik, kerana kecintaan kita pada ilmu kita akan tekun menelaah bahan-bahan bacaan yang berkaitan dan menghabiskan masa berjam-jam menjalankan penyelidikan hingga kita terpaksa melepaskan perkara-perkara lain seperti kegembiraan berhibur dan sebagainya...
Rumusannya, apa sahaja yang tuan-tuan lakukan percayalah, lakukan dengan penuh rasa ‘cinta’ kerana saya yakin dengan adanya ‘cinta’ itu, tuan-tuan pasti akan lebih baik berbanding dengan masa-masa yang lalu...
Akhir kata, tuan-tuan smbil-sambil meneguk kopi atau teh pada ketika membaca tulisan saya ini tanyalah pada diri tuan-tuan, “benarkah tuan-tuan cinta pada pekerjaan tuan-tuan” dan seterunya tanya lagi diri tuan-tuan “jika benar tuan-tuan cinta, sudahkan tuan-tuan buktikannya” dan ingatlah seperti kata ramai orang... ‘cinta’ tetap memerlukan pengorbanan...fikir-fikirkan...