Memaparkan catatan dengan label anak2..harta yg akan diaudit..ingat tu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak2..harta yg akan diaudit..ingat tu. Papar semua catatan

Khamis, September 10

ANAKKU HARTAKU





Sememangnya semua ibu bapa menginginkan anak yang cerdik, pintar, bijak dan seterusnya berjaya dalam akademik. Terutama dalam situasi sekarang. Ibu bapa berlumba-lumba agar anak lebih cepat pandai membaca, menulis, mengira, membaca Al-Quran (4M) seawal mungkin. Ibu bapa akan timbul cemburu sekiranya terdapat anak-anak rakan atau jiran yang lebih terdahulu pandai 4M diatas berbanding anak mereka. Lebih-lebih lagi apabila melihat media mendedahkan terdapat kanak-kanak yang sudah pintar sains, matematik seawal umur 4 tahun dan 6 tahun. Dan ada pula kanak-kanak yang seawal umur 12 atau 13 tahun sudah memulakan pengajian di Oxford University.


Pastinya sebagai ibu bapa kita akan rasa tercabar serta terdorong untuk meletakkan anak-anak kita seperti situasi di atas.


Perubahan zaman bukan sahaja mengubah tahap kemodenan teknologi malah mengubah tahap kecerdikan dan kematangan manusia.


Sekitar 1950 hingga 1980an, di Tanah Melayu ketika itu kanak-kanak lingkungan umur 4 hingga 6 tahun, masih tidak mempunyai pelajaran formal. Malahan masih bogel berkejaran keliling rumah mahupun mandi di sungai ataupun berkubang di bendang. Pada zaman ini kanak-kanak pada umur tersebut masih seronok bermain dengan alam. Apa yang ada dalam benak fikiran mereka adalah 'bermain'. Celik sahaja mata, belum sempat terang tanah mereka telah mulakan agenda permainan mereka sendiri. Sehinggalah meningkat umur 12 tahun. Mereka terus bermain. Dan permainan mereka adalah lebih berbentuk alami; layang-layang, gasing, godam, galah panjang, tarik upih pinang, laga sepat, laga labah-labah, mandi sungai, mengail pelbagai lagi.


Pergi sekolah bawa 'spider' atau guli atau gasing atau apa sahaja permainan mengikut musim. Atau setidak-tidaknya waktu rehat berkejar di kawasan lapang atau lorong; bermain galah panjang. Setibanya di rumah, berkejar pula untuk main layang-layang, main bola atau apa sahaja permainan yang berbentuk komuniti.


Waktu cuti pula gelap tanah, baru muncul muka di rumah. Ke pantai, menjala tangkap ikan atau melanggai tangkap udang atau cari siput dan kerang. Adakalanya bergelumang lumpur dengan kerbau di bendang.


Main, main, main, main, mainnnnnnnnnn. ......... ......... ......... .....


Pada ketika ini tak pelik sekiranya masuk tahun 1 baru belajar nak membaca, menulis, mengira.
Tetapi kenytaannya, mereka yang dibesarkan pada zaman inilah yang mana sekarang sedang dan telah menerajui Malaysia. Yang mana bergelar VIP, VVIP, VVVIP, VVVVVVIP atau sekalian banyak V untuk IP mereka.


Teringat saya pada satu ayat iklan yang mengiklankan akhbar Berita Harian.
"Dunia dah maju, zaman dah berubah!."
Jadi, apa, kenapa dan mengapa?.

Adakah dengan perubahan zaman mengikut kemajuan teknologi; kita sebagai ibu bapa seenaknya boleh menafikan Fitrah kanak-kanak? .


Lebih mencabar jika kita sedang membesarkan anak-anak dalam situasi bandar. Fitrah bermain iaitu tujuan mencari hiburan yang sebelumnya bersifat alami bertukar kepada aplikasi teknologi. Dan pengaplikasian teknologi tersebut terdapat di Cyber Cafe serta pusat membeli belah. Ataupun dalam bentuk 'Play Station', 'electronic games' dan sebagainya yang boleh dimainkan di rumah.


Dalam pada masa yang sama ada juga kalangan ibu bapa yang menyempitkan ruang main anak-anak mereka. Seawal umur 3 atau 4 tahun sehinggalah 10 tahun, ruang bermain anak-anak ketika hari cuti disempitkan dengan kelas tuisyen, smart reader dan bermacam-macam kelas lagi. Semuanya dilakukan atas desakan bagi memastikan anak mereka 'bijak'.

Isnin, September 7

Renungan : Doa Anak-Anak Makbul



Terima kasih..sahabat2 sekelian kerana tidak jemu melayari blog saya ni..kali ni saya cuba selitkan beberapa bahan untuk renungan demi kebaikan bersama. Bersama-sama kita berkongsi apa yang baik untuk diri kita sendiri mahu pun orang lain yang seagama. Entry ini berkaitan dengan doa dari anak-anak yang ditujukan kepada bakal atau yang telah menjadi bapa dan ibu.
Lazimnya, kita pantang bila anak menegur walau pun kita tahu kita dalam situasi bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Saiyidina Umar pernah berkata, “kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima“.
Rasulullah juga begitu. Kalau berjumpa anak-anak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Kita renungkan bersama, sedangkan rasul sendiri melayan anak-anak seperti itu apatah lagi yang hanya manusia biasa.
Lagi pun kanak-kanak menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tak endah. Perasaan mereka juga mesti dihargai. Ada sesetengah dari kita kurang ambil tahu pasal anak dan kurang juga bercakap serta meminta pandangan mereka. Kalau tegur anak pun melalui ekor mata dan herdikan. Ibubapa jenis apakah itu!?
Percayalah si anak bakal dan akan rasa tersisih serta mereka akan merasakan seperti tidak dihargai. Mereka akan beralih arah di mana mereka akan mengadu kepada rakan-rakan. Kalau kebetulan kawan baik tak mengapa tapi sebaliknya dan mengumpan kepada gejala sosial yang lebih parah dan membawa padah!
Sayangilah anak-anak kita dengan penuh keikhlasan dan selalu berhubung dengan mereka. Buatkan mereka rasa dihargai dan mereka gembira punyai anda sebagai ibubapa mereka.

Selasa, Ogos 25

TIP MENAWAN HATI ANAK-ANAK

Tips:
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya..

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Jumaat, Mei 22

Peranan Ibubapa Dalam Melahirkan Pelajar Cemerlang.


Kecemerlangan tidak mungkin datang secara bergolek sahaja, ia perlu usaha yang gigih. Usaha pelajar/ibubapa/guru

Jumlah hari persekolahan:
207 hari termasuk cuti am.Pelajar biasa hanya setengah hari di sekolah [103 hari] 159 hari tidak bersekolah.Jumlah hari anak bersama ibubapa lebih daripada dia di sekolah. 159 hari + 103 hari= 262 hari

1.Mendidik anak dengan amalan yang mulia.
Amalkan hidup yang baik; Berbudi bahasa Mengawal diri; Mematuhi peraturan Menghormati orang lain; Sentiasa tekun

2.Menghargai pencapaian anak .
Adakan jamuan, Lawatan, beri dorongan, Kegagalan bukan maksud gagal selama-lamanya. *Tidak sihat menekan anak

3.Menjaga keperluan anak dipelihara
Sudah menjadi tanggungjawab keperluan sekolah – pen,pensil, buku2, buku rujukan, panduan Bekalan harian, Keselamatan, kesihatan

4.Mendengar masa anak berbicara
ttg perkara biasa, peristiwa menarik, prestasi ujian bulanan, penggal, kesukaan, kejayaan, kekecewaan
*Ibubapa harus mendengar, jangan buat keputusan dan kesimpulan dengan cepat

5.Mengetahui pergerakan anak
Kenal teman-teman rapat mereka, Apa biasa mereka lakukan, Dimana mereka biasa jalan *Melepak, jalan-jalan tanpa ada hala tuju, Ke pusat komputer cyber berjam –jam
“anak yang dibiarkan menurut sesuka hatinya akan memalukan kita sebagai ibubapa”
Contoh-layang-layang