Memaparkan catatan dengan label adakah kita seperti itu?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adakah kita seperti itu?. Papar semua catatan

Isnin, Januari 18

Kecantikan Itu untuk Siapa?


Apabila kita berdiri di depan cermin, berpusing-pusing; depan, belakang, sisi, depan, belakang, sisi ... entah berapa kali, kita tidak berasa apa-apa walaupun kita tergolong dalam manusia yang cantik. Perasaan bangga ada kerana dilahirkan cantik dan sempurna anggota, namun perasaan itu tidak sehebat mana. Akan tetapi apabila kita berdiri di depan orang (berpusing depan dan belakang?), orang memuji kita cantik, kita akan berkata: "Elehhh, biasa aje!" Sedangkan dalam hati gembira bagaikan nak gila.

Apabila kita beli pakaian baru, ada orang memuji pakaian kita cantik, kita akan berasa seronok dan gembira. Apabila kita memakainya ke pejabat, orang memuji lagi, kita bertambah gembira. Satu kepuasan menjelma di lubuk hati.

Apabila kita memasak, orang yang memakan masakan kita memuji masakan kita sedap, nombor satu dan tidak mungkin dapat dilupakan, kembang hati kita dibuatnya. Sekuntum senyuman manis terukir di bibir.

Apabila kita membuat bekerja, orang memuji hasil kerja kita bagus, siap mengikut tempoh masa, rapi dan kemas, semestinya membanggakan kita. Kerja dia yang tertangguh mungkin sanggup kita siapkan kerana pujian tersebut.

Apabila kita bercakap, orang memuji kita tinggi budi bahasa, sopan budi pekerti, pastinya amat membanggakan kita. Apabila kita berjalan, orang memuji menariknya lengguk pinggul kita, suka hati sekali kita mendengarnya. Apabila kita senyum, orang memuji senyuman kita manis bak madu, seminggu kita tidak dapat melupakan orang itu.

Pendek kata semua ungkapan yang keluar dari mulut orang yang memuji kita akan melahirkan satu kebanggaan, keseronakan, dan kegembiraan yang mendalam di hati kita. Akan tetapi kita harus beringat, pujian yang menggunung bisa merebahkan kita.

Sebenarnya kita hidup untuk diri sendiri atau untuk orang lain?

Isnin, Januari 4

TANYA DIRI SENDIRI..


Manusia perosak orang lain. Manusia jenis ini tidak mempunyai
rasa malu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk merosakkan
orang lain. Kerosakkan yang dilakukan adalah semata-mata kerana
tidak dapat mengawal perasaan dan emosi apabila melihat orang lain
mendapat kebaikan. Harga diri sengaja dileraikan, apakah tidak ada
benteng yang menjadi pendinding mereka. Penyakit pada fikiran manusia
adalah tiadanya keimanan. Ingatlah kemenangan dalam hidup ini dapat
dicapai oleh iman. Jangan merasa puas dan bangga apabila melakukan
kemungkaran dan menganiaya orang lain. Ingatlah setiap perbuatan ada
pembalasannya.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun selain Allah, pelindung atau penolong mereka” el Ahzab (33:17)