Ahad, April 11
SANTAPAN ROHANI
Apabila hendak makan kita selalu mempertimbangkan beberapa perkara antaranya adalah halal dan bersih. Harga juga dipertimbangkan tetapi tidak ada maknanya makanan murah tetapi kotor. Makanan yang tidak bersih bisa membawa kepada keracunan makanan. Kita tentu sekali tidak mahu dibawa ke klinik sesudah menjamu selera kerana keracunan makanan. Oleh itu, selain halal, faktor kebersihan perlu diberikan keutamaan.
Itu makanan tubuh. Bagaimana dengan makanan rohani? Rohani kita juga memerlukan makanan - halal dan bersih. Namun sesetengah antara kita kurang menitikkan makanan rohani yang sememangnya sama penting dengan makanan tubuh. Apa gunanya tubuh kita diberikan makanan halal, bersih dan berzat sekiranya rohani kita atau minda kita hari-hari disuapkan makanan beracun? Makanan rohani yang beracun adalah makanan berbahaya yang akan membantutkan kejayaan kita. Makanan beracun ini akan meracuni seluruh kehidupan kita.
"Ah, kamu tak akan berjaya mencapai cita-cita kamu. Kamu ingat senang nak jadi usahwan muda yang berjaya?" Ini contoh makanan rohani yang beracun. Sekiranya anda berkawan dengan orang seperti ini, nescaya anda akan gagal dalam kehidupan kerana mindanya dipenuhi dengan racun. Dan racun tersebut akan mempengaruhi fikiran anda.
"Kamu nak beli rumah banglo di lereng bukit yang harganya RM2 juta? Tak mungkin. Itu rumah jutawan, bukan rumah orang seperti kita!" Ini juga contoh makanan beracun. Minda yang beracun tidak dapat berfikir di luar kepompongnya. Fikirannya sempit.
Ini pula contoh makanan rohani yang tidak beracun, malahan dipenuhi dengan zat dan vitamin. "Kamu boleh jadi usahawan muda berjaya sekiranya kamu berusaha bersungguh-sungguh dengan bimbingan pakar yang berpengalaman!"
"Beli rumah dengan harga RM2 juta tidak mustahil bagi seorang yang rajin, tekun dan bercita-cita tinggi. semua orang dilahirkan dengan tangan kosong. Berkat usaha, orang itu berjaya."
Dalam pergaulan harian, memilih kawan adalah penting kerana pemikiran kawan akan mempengaruhi pemikiran kita. Apabila kita berkawan dengan orang yang berfikiran negatif, tiada semangat dan berjiwa kecil, kita juga akan menjadi seperti dia. Waspadalah memilih kawan. Kawan yang suka mengutuk orang, menggosip orang elakkan sama sekali. Kawan yang memandang dunia dari sudut negatif juga harus dijauhi kerana akan meracuni kehidupan anda.
Orang-orang yang berjaya adalah orang-orang yang berjiwa besar. Orang yang berjiwa besar adalah orang yang pemikirannya positif.
Jagalah makanan anda - jasmani dan rohani - agar anda sentiasa mendapat makanan yang halal, bersih, berzat dan bervitamin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MEMBENTUK TEAMWORK
LAGUKU UNTUKMU
NAMA-NAMA ALLAH
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
SELAMAT DATANG SEMUA
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami..moga anda semua dapat sesuatu daripada bahan atau sisipan yang kami sediakan...selamat berkarya dan membaca..
DAH SOLAT KE?
MERSING INFO CUACA
!-end>!-weather>
Hamster Ku Yang Lapooo
UTUSAN ONLINE
BERITA HARIAN ONLINE
SITE'S COMMUNITY
TARBIAH PEWARIS
PALESTIN SENTIASA DLM DOAKU
!-end>!-currency>
Messenger Pingbox
RUANGAN CHAT
!-end>!-currency>
COMELNYA DIA..
PERMATA HATIKU
bodyguard
Blog Pilihan Saya
Pengikut
biasakan yang betul...perbetulkan kebiasaan yang salah
Dalam kehidupan kita seharian...sedar atau tidak terdapat juga kebiasaan yang kita biasa buat...sebenarnya perlu diperbetulkan...dan ada juga sikap yang baik..rasa macam janggal pulak nak diamalkan kerana budaya yang diamalkan orang kita sekarang ni ......rasa malu nak buat perkara yang baik..tapi selamba je kalu buat perkara yang tak baik..apa pendapat rakan-rakan..
Arkib Blog
-
▼
2010
(188)
-
▼
April
(13)
- TEKNIK UBATI HATI YANG KECEWA
- BILA DAPAT KETENANGAN YANG ABADI
- KEBODOHAN KADANG-KADANG PERLU UNTUK KITA JADI SEMA...
- PENTINGNYA SESEKALI JADI PENDENGAR YANG BAIK..
- SANTAPAN ROHANI
- Antara Cinta Dan Keluarga
- KUNCI PINTU HATI
- PUTUS ASA IBARAT RACUN JIWA
- DUNIA KANAK2...SERONOK KE?
- KERANAMU...ANAK2KU
- KERANAMU...ANAK2KU
- ADAKAH AKU MUTIARA@BATU KUSAM YANG TIDAK BERNILAI..?
- TERIMA KASIH KERANA BERIKU MASALAH UNTUK AKU CUBA ...
-
▼
April
(13)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan