Manusia mempunyai roh. Roh itu dinamakan juga jiwa atau hati. Hati ialah untuk merasa. Maka dengan hati, manusia mengalami berbagai-bagai rasa dan manusia merasakan berbagai-bagai perkara.
Di antara banyak rasa-rasa yang timbul di hati manusia termasuklah rasa sombong,angkuh, tinggi diri, rasa mulia, hebat, berkuasa, baik, pandai,rasa tidak bersalah, rasa kuat, rasa bangga dengan keturunan, kekayaan,pangkat dan nama, rasa tidak berdosa, rasa tidak apa-apa dengan Tuhan,rasa tidak apa-apa dengan mati, rasa tidak apa-apa dengan Neraka, rasa akan masuk Syurga dan sebagainya. Semua ini dinamakan rasa-rasa ketuanan.
Ada pula rasa rendah diri, rasa lemah, rasa hina, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa cemas, rasa takut dan rasa bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka, rasa dhaif, rasa jahil, rasa tidak mampu, rasa bergantung harap dengan Tuhan dan sebagainya. Semua ini dinamakan rasa-rasa kehambaan.
Dalam pada itu, apa yang dapat kita lihat, orang yang merasakan dirinya mulia tidak semestinya mulia. Yang merasakan dirinya hebat, tidak semestinya hebat. Yang merasa dirinya baik, tidak semestinya baik, yang merasakan dirinya pandai, tidak semestinya pandai. Orang yang merasakan dirinya tidak berdosa pula, bergelumang dengan dosa, pagi, petang, siang dan malam. Sembahyang pun tidak.
Kita lihat pula orang yang merasakan dirinya hina, sangat dihormati dan disayangi oleh manusia. Akhlaknya mulia dan disenangi orang. Yang merasakan dirinya lemah, telah banyak mencetuskan berbagai pembangunan dan kejayaan. Yang merasakan dirinya berdosa, sangat taat dengan Allah dan patuh dengan kehendak agama. Yang merasakan tidak berilmu telah banyak mengajar dan mendidik orang. Banyak pula buku-buku yang
ditulisnya.
Jelas pada kita bahawa rasa-rasa yang timbul di hati manusia hanyalah semata-mata rasa-rasa sahaja yang tidak semestinya ada kaitan dengan realiti sebenar orang yang berkenaan. Apa yang dirasakan tidak semestinya mencerminkan perbuatan, sifat, keadaan sebenar dan amalan lahir orang tersebut. Orang yang merasakan dirinya baik mungkin jahat dan orang yang merasakan dirinya jahat mungkin baik. Orang yang
merasakan dirinya pemurah mungkin bakhil dan yang merasakan dirinya bakhil mungkin pemurah. Orang yang merasakan dirinya ikhlas mungkin berkepentingan dan yang merasakan dirinya berkepentingan mungkin ikhlas.
Sesiapa yang merasakan dirinya baik, hakikatnya dia jahat kerana telah menganggap dirinya mulia dan dengan itu telah melakukan dosa batin atau dosa hati, walaupun dalam hidupnya dia memang baik. Lagi-lagilah kalau dalam hidupnya dia jahat. Siapa yang merasakan dirinya tidak berdosa sudah melakukan dosa kerana merasakan diri tidak berdosa itu ialah satu dosa, walaupun dia tidak membuat dosa dalam hidupnya. Lagi-lagilah kalau dia memang membuat dosa. Siapa yang merasakan dirinya mulia hakikatnya hina dan telah melakukan dosa kerana merasakan diri mulia itu ialah juga
satu dosa. Siapa yang merasa dirinya ikhlas sebenarnya tidak ikhlas dan merasakan diri ikhlas itu satu sifat mazmumah.
Begitulah seterusnya. Segala rasa-rasa ketuanan yang bersarang di hati seperti rasa sombong, angkuh, tinggi diri, hebat, pandai, rasa tidak berdosa, tidak bersalah, tidak cemas, tidak takut atau tidak bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka, itu semua boleh mendatangkan dosa. Dosa batin atau dosa hati namanya. Rasa-rasa ini menggelapkan hati, menyuburkan mazmumah dan menjauhkan kita dari Tuhan.
Orang yang mengekalkan rasa-rasa ketuanan seperti ini sebenarnya telah melakukan syirik khafi (syirik kecil) kerana mahu berkongsi sifat dengan sifat-sifat kemuliaan Tuhan.
Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita. Justeru itu, buatlah segala kebaikan tetapi rasakanlah yang kita ini jahat. Elaklah dari membuat dosa tetapi rasakanlah di hati yang kita ini terlalu banyak dosa. Jangan berbuat jahat dan kesalahan tetapi rasakanlah yang kita ini
jahat dan bersalah. Rasakanlah diri kita ini hina walaupun kita dimuliakan manusia. Rasakanlah kita ini jahil walaupun kita ada ilmu.
Walaupun kita digalakkan mengikut sesetengah sifat Tuhan seperti pemurah, pemaaf, penyantun, pengasih, penyayang dan lain-lain lagi tetapi kita ditegah merasakan yang diri kita pemurah, pemaaf, pengasih dan sebagainya. Apa yang kita amalkan secara lahir itu lain tetapi apa yang kita rasakan di hati itu lain pula.
Akhlak itu ada dua. Ada akhlak lahir dan ada akhlak batin atau hati. Pemurahlah dengan manusia tetapi di sisi Allah rasakan yang kita ini bakhil. Berbuat baiklah kepada manusia tetapi rasakan yang kita ini jahat. Carilah ilmu hingga jadi alim tetapi rasakan yang kita ini jahil. Biarkanlah manusia memuliakan kita tapi rasakanlah dalam hati kita yang kita ini hina di sisi Tuhan. Kekalkan rasa takut, cemas dan bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka walaupun kita telah
bertungkus-lumus melakukan taat kepada Tuhan.
Siapa yang merasakan dirinya hina, adalah mulia di sisi Tuhan. Siapa yang merasakan dirinya berdosa, diampunkan dosanya oleh Tuhan. Siapa yang rasa bersalah, dimaafkan oleh Tuhan. Siapa yang rasa jahil sebenarnya berilmu kerana natijah orang yang alim itu, dia merasakan dirinya jahil di sisi Tuhan. Dan begitulah seterusnya jongkang jongkit di antara amalan lahir dan amalan hati. Perbuatan lahir mesti positif.
Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MEMBENTUK TEAMWORK
LAGUKU UNTUKMU
NAMA-NAMA ALLAH
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
SELAMAT DATANG SEMUA
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami..moga anda semua dapat sesuatu daripada bahan atau sisipan yang kami sediakan...selamat berkarya dan membaca..
DAH SOLAT KE?
MERSING INFO CUACA
!-end>!-weather>
Hamster Ku Yang Lapooo
UTUSAN ONLINE
BERITA HARIAN ONLINE
SITE'S COMMUNITY
TARBIAH PEWARIS
PALESTIN SENTIASA DLM DOAKU
!-end>!-currency>
Messenger Pingbox
RUANGAN CHAT
!-end>!-currency>
COMELNYA DIA..
PERMATA HATIKU
bodyguard
Blog Pilihan Saya
Pengikut
biasakan yang betul...perbetulkan kebiasaan yang salah
Dalam kehidupan kita seharian...sedar atau tidak terdapat juga kebiasaan yang kita biasa buat...sebenarnya perlu diperbetulkan...dan ada juga sikap yang baik..rasa macam janggal pulak nak diamalkan kerana budaya yang diamalkan orang kita sekarang ni ......rasa malu nak buat perkara yang baik..tapi selamba je kalu buat perkara yang tak baik..apa pendapat rakan-rakan..
Arkib Blog
-
▼
2009
(380)
-
▼
September
(99)
- CINTA SUCI IBARAT SINAR MATAHARI
- Elakkan berdendam - Maafkan.
- Perjalan seribu batu bermula dari satu langkah..
- Yang Hak...
- ADAKALANYA BERDIAM DIRI LEBIH BAIK DARI TERUS BERK...
- Kisah...Doa seorang sahabat...
- APA YANG MEMBEZAKAN ANTARA PERCAYA DAN KEPERCAYAAN...
- SEDIHNYA NASIBMU..CIKGU...
- KENALI PERSONALITI MANA YANG PALING SESUAI MENJADI...
- KALAU SANGGUP...SILAKAN BAYAR
- KITA AKAN LEBIH DIHORMATI JIKA
- SUSAH SANGAT KE NAK MULAKAN LANGKAH PERTAMA
- TUKAR JANJI KEPADA KOMITMEN
- BERMULA DARI SUSAH BARU LE RASA NIKMATNYA KESENANG...
- Stress Dan Emosi Mengundang Pelbagai Komplikasi
- MARUAH DAN HARGA DIRI....
- PASTIKAN BAHAWA APA PERASAAN ANDA ITU..BETULKAH IA...
- CUBA FAHAMI MAKSUD TERSIRAT...FAHAMKAH KALIAN?
- LELAKI MENANGIS..HILANG KE KEJANTANANNYA...?
- PERNAHKAH INI TERJADI PADA DIRI KITA?
- sikap dan karektor...semua manusia pentingkan diri...
- SETIAP DARI KITA PERNAH MELAKUKAN KESILAPAN...TAPI...
- BISANYA BILA MULUT BERBICARA
- BETUL KE PEREMPUAN YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YA...
- SELAMAT KEMBALI BERTUGAS....CIKGU
- Di antara CINTA dan PERSAHABATAN….
- Mudahnya mendapat yang soleh / solehah jika...
- APA PERASAAN ORANG KAYA BILA MELIHAT KEMISKINAN OR...
- Fakta tentang sebuah ciuman
- Ini falsafah bangau. Sentiasa menyalahkan pihak lain.
- MASIHKAH ADA PELUANG KITA BERTEMU RAMADHAN TAHUN 2010
- Ego jadikan umat keras hati, kasar, sukar mengalah
- Sejauhmana kita mengunakan masa 24 jam
- Petua Cantik
- APA YANG ADA DI FIKIRAN KITA BILA BERCERITA TENTAN...
- Rendah Gunung, Tinggi Harapan..
- Anda setuju?
- ADAKAH KITA TELAH DAN SEDANG MELAKSANAKAN TANGGUNG...
- SEANDAINYA DOAKU DIMAKBULKAN OLEHMU YA ALLAH INGIN...
- SIAPA RAJA? PENASIHAT? DAN SIAPA PENJAHAT??
- 7 kata "UP" untuk membangkitkan motivasi dalam usa...
- SENYUMLAH C KIT
- HATI SEEKOR TIKUS
- AKIBAT MULUT
- KENAPA WANITA LEBIH CANTIK DAN AYU APABILA MEMAKAI...
- SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..RAKAN2 GURU
- WARNA WARNI KEHIDUPAN
- BAGAIMANA KITA MENGGUNAKAN KESEMPATAN YANG ADA...?
- Tiada tajuk
- CICAK...SUKA KE KALAU BANYAK CICAK DI RUMAH ANDA?
- Kongsi Suka Duka Dalam Percintaan
- Minda Yang Sihat, Merangsang Kehidupan Yang Lebih ...
- Stress, Apakah Definisi Yang Perlu Diketahui
- TEMUDUGA JAWATAN KOSONG
- BEBERAPA PERKARA YANG PERLU ANDA FAHAM TENTANG LELAKI
- ALWAYS BE MY MOM
- ANAKKU HARTAKU
- Musyawarah, Sejauh Mana Kita Menghayatinya!?
- Di antara Dua Rasa
- Hanya Untukmu Sahabatku
- To a Very Special Friend
- Psikologi : Mendidik Anak!?
- KENAPA AKU MENULIS? KENAPA MESTI DI DALAM BLOG?
- Tips : Kesihatan Dan Anda
- IKATAN PERKAHWINAN IBARAT SEBUAH SYARIKAT HASIL PE...
- RAHSIAMU SEHARUSNYA RAHSIAKU JUA
- TERKENANG SEMASA DULU
- BUAT KEPUTUSAN ANDA DAN BINALAH MASA DEPAN ANDA
- Cinta, Apakah Yang Membuatkan Si Dia Terlalu Istim...
- Tekanan Plus Stress
- Emosi : Bagaimana Anda Mengawalnya!?
- Psikologi : Jujur. Setia. Percaya.
- Psikologi : Anda Dan Pasangan
- Renungan : Doa Anak-Anak Makbul
- Psikologi Mengajar Anak-anak Puasa, Terapkan Sejak...
- Rahsia Wanita Yang Perlu Kita Tahu Dan Fahami
- OPS PULUN 5A UPSR 2009
- Impian Oh Impian....boleh tercapai ke?
- PERKONGSIAN ILMU SECARA PINTAR
- MASIHKAN ADA ESOK UNTUK KITA MELUAHKAN APA YANG TE...
- RACUN DAN PENAWAR
- KENAPA HATI TAK TENTERAM
- ADAKAH ANDA RASA DIRI ANDA CANTIK ATAU TAMPAN.....??
- MENEGUR DAN DITEGUR
- Suami Mithali Idaman Isteri
- Lima cara pilih sahabat
- SERLAHKAN KEINDAHAN SENYUMANMU
- JANGAN BIARKAN KENANGAN LALU MENGANGGU EMOSI SEMAS...
- JAWAPAN YANG BENAR BAGI SEMUA PERSOALAN DI FIKIRAN...
- DIFFERENCE BETWEEN '"SOMEONE U LOVE'" AND '"SOMEON...
- ANDAINYA "AKU" DALAM CERITA INI ADALAH DIRI KITA.....
- SUDU DAN BENANG..REHATKAN MINDA..SEKEJAP JE..BACALAH
- APA FAEDAHNYA KITA TERUS MEMBENCI...
- BERFIKIR DARI SUDUT POSITIF
- WANITA KALIAN SEMEMANGNYA BEGITU ISTIMEWA..
- Membendung rasa negatif
- TIPS: DEKATI HATI PELAJAR
- MENCARI CINTA SEJATI
- INI KISAH BENAR KE REKAAN? ..NTAH EKK.LU PIKIR LE ...
-
▼
September
(99)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan