Khamis, April 30
Peringatan Untuk Kaum Adam Dan Hawa
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..
Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..dd
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya
Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..
Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan
hilang ia...
tangisan mengiringi berzaman
USAHAKAN MEMOTIVASI DIRI SENDIRI CUMA 30SAAT SEHARI
Untuk memberi semangat pada diri sendiri, rahsianya, Anda perlu memberi semangat pada orang lain terlebih dahulu. Tak kira siapa jua dia, berikan kata-kata yang menyemarakkan inspirasi.
Untuk mula, berikan dia penghargaan, pujian dan perhatian khas untuk dirinya.
Dalam 30 saat pertama Anda bertemu dengannya, katakan apa saya yang membuat dia rasa di hargai, terharu dan bangga mendapat pujian Anda.
Kesannya, mereka akan jadi bersemangat dan tersenyum!. Dalam masa yang sama, Anda turut bersemangat sama seperti mereka.
Ikhlaskan hati dan pamerkan wajah yang ceria ketika Anda mempraktikkan teknik “30 saat sehari” ni. Niatkan supaya mereka jadi bersemangat dengan sapaan Anda.
Pada peringkat pertama, kebanyakan orang di sekeliling Anda akan naik heran dengan perubahan Anda. Tapi, percayalah, bila Anda konsisten memberi kata-kata yang membuat mereka semangat pada 30 saat pertama dalam sehari, Anda juga turut menjadi bersemangat, bukan dua tiga hari tetapi berpanjangan.
Bayangkan kalau Anda menyapa lebih daripada 30 orang sehari, dari pagi sampai ke petang? Tak ke naik semangat jadinya?
Lupakan dulu niat nak mencari cara cemana nak membuat Anda nampak bermotivasi lebih dari orang lain.
Tapi, fokus pada bagaimana nak membuat orang lain menjadi ceria, rasa dihargai oleh kata-kata Anda.
GUNAKAN MASA LAPANG DENGAN BIJAK
Menurut kata-kata motivasi dari C.K Brightbill..
“Masa hadapan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan, tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana”.
Usaha menentukan segalanya. Berpendidikan atau tidak, hanya orang yang rajin berusaha saja mampu menggapai kejayaan dalam kerjaya, kewangan dan perniagaan.
Orang-orang yang berjaya mampu mencapai kehebatan kerana berusaha dua kali ganda daripada orang yang biasa, sanggup melakukan apa yang tak sanggup di lakukan oleh orang biasa.
Orang biasa pula, menggunakan masa lapangnya hanya untuk bersantai, berehat dan bermalas-malas.
Sedangkan dalam masa yang sama, orang-orang yang berjaya (yang semestinya luar biasa!) bertungkus-lumus berusaha serta memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin, sekualiti yang mungkin.
Bagi mereka, biar susah dulu sekarang, senang kemudian. Biar sibuk sekarang, senang-lenang kemudian.
Cuba tanya diri Anda dengan soalan ini ..
• “Apa yang boleh aku lakukan di masa lapangku?”
• “Adakah yang aku buat ini baik untuk diriku?”
• “Masa depan cemana yang aku mahu sebenarnya?”
• “Apa lagi yang belum selesai aku lakukan?”
Soalan-soalan ini, bila ditanya pada diri sendiri membuat Anda fokus, supaya Anda boleh mengisi masa lapang Anda dengan bijak.
Corakkan kecemerlangan hari ini, untuk kejayaan di hari esok!
Kenali Bakat Anda?
Bakat, pada tafsiran adalah kebolehan Anda melakukan sesuatu dengan sangat baik, bagus sekali. Bakat juga dapat diertikan sebagai kemahiran yang paling banyak Anda kuasai lebih daripada orang lain di sekeliling Anda.
Jika Anda dah tahu apa bakat Anda, itu dah bagus. Tapi, bagaimana nak ketahui apa bakat Anda? Bagaimana jika bakat itu terpendam dan Anda masih tak nampak apa bakat Anda? Lakukan langkah-langkah di bawah…
1. Buat perkara yang tak pernah Anda buat sebelum ni. Kata orang, belum cuba belum tahu. Kata saya sebagai blogger Anda, selagi tak buat, selagi itu kita tak tahu! Jangan sekadar mencuba, buat saja!
Dengan itu, Anda akan cepat tahu di mana kelebihan Anda dan di mana kekurangan Anda. Kelebihan Anda, itulah bakat Anda yang sebenar.
2. Buat apa yang Anda paling minat. Sesetengah orang boleh buat 3 perkara dalam 1 masa. Ada orang minat komputer, dalam masa yang sama minat menulis, meminati sukan lasak dan minat memasak.
Untuk tahu di mana bakat Anda, kenal pasti mana satu kemahiran yang paling Anda minat lebih dari kemahiran-kemahiran lain. Bila dah ada minat, anda akan rasa seronok menambah pengetahuan mengenainya.
3. Tanya kawan atau ahli keluarga. Orang lain dapat lihat apa yang Anda tak nampak. Tanya ahli keluarga, ibu bapa atau kawan rapat apa yang mereka lihat menjadi bakat Anda.
Tanya mereka apa yang menjadi kelebihan Anda pada penilaian mereka. Sebaiknya, tanya ibu dan bapa sebab mereka memahami diri Anda dari kecil.
4. Doa pada Yang Maha Esa supaya tunjukkan pada Anda apa bakat Anda. Bagi pembaca iMotivasi beragama Islam, sebaik-baik pertanyaan adalah pertanyaan yang diajukan pada Yang Maha Esa.
Panjatkan doa, minta agar ditunjukkan apa bakat Anda, kebolehan Anda dan kelebihan Anda. Selagi Anda masih tak puas hati, selagi itu teruskan berdoa. Jangan berhenti selagi jawapan tak muncul!
5. Tanya diri sendiri apa bakat Anda. Mulakan dengan soalan “apa bakat aku?”. Tanya dan terus tanya sehingga Anda bertemu dengan situasi, perkara atau benda yang menjadi jawapan pada soalan Anda.
Teknik kedua, tanya diri dengan soalan “dengan cara apa aku boleh tahu apa bakat aku?” atau “apa yang mungkin boleh aku boleh gunakan untuk mengetahui apa bakat aku?”.
Bila Anda dah bertanya sebanyak mungkin, sekerap mungkin, minda Anda akan berusaha mencari jawapannya. Apa yang minda Anda fokuskan, itulah yang akan ditarik olehnya supaya datang pada Anda lalu muncul di depan mata Anda.
Untuk mengetahui apa bakat Anda, teruskan bertanya soalan sehingga Anda benar-benar pasti jawapan yang muncul di antara beberapa jawapan menjadi petanda itulah bakat Anda yang sebenarnya. Tanya dan terus tanya!
Kisah Mat Labu Solat Jumaat
Esok hari Jumaat...jangan lupa pulak..tengahari esok..solat Jumaat..bila cerita pasal solat Jumaat teringat aku kisah sahabat aku, dia sorang lelaki yang tak kawin-kawin lagi. Nama dia Mat Labu (nama sebenar). Mat Labu ni jenis yang 'slow' sket. Kisah ni bukan saja bese terjadi kat Mat Labu..ramai gak penah merasai kejadian pererti ni tapi takdelah seberani mat labu dalam mempertahankan haknya.So, ramai la yang pandang serong kat dia. Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya....
Mat Labu ni pegi masjid nak semayang Jumaat. Ha.... dalam slow-slow dia tu pun, semayang dia tak pernah tinggal. Lepas habih semayang Jumaat, Mat Labu ni pun nak balik la. Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia tu dah takder. Puas dia cari pun takder jugak. Ape lagi... mengamuk la Mat Labu kat masjid tu.
Tanpa segan silu, dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata, " kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik korang pulangkan cepat !!!! "
Sumer orang yang mendengar tetiba jer jadik takut. Ye la... mana tau.. dalam slow-slow Mat Labu ni.. kang tak pasal-pasal jer jadik incredible hulk lak. Mat Labu tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. " Kepada sesapa yang curik selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalo tak.. aku akan buat macam mana yang bapak aku buat tau !!!"
Pelan-pelan, orang yang mencurik selipar Mat Labu tu pun.. pulangkan balik la selipar dia tu. " Rilek la bang. Gurau jek". Kata si pencuri itu.
Tapi Mat Labu tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus memblahkan dirinya cepat-cepat. Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. Tok imam yang ada kat situ menegur Mat Labu. " Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko nak buat apa? Apa yang bapak engko lakukan?"
Dengan suara dan wajah yang slumber ala-ala lagu kumpulan OAG tu... Mat Labu pun menjawab, " Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi." Dia pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu
Semangat Kaunselor Baru...
Cikgu Huril Ain baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.Dengan berkobar2, ingin mengaplikasikan setiap ilmu yg dipelajari selama 4thn di univerisiti..
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Cikgu Huril Ain cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu cikgu Huril Ain lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Cikgu Huril Ain memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Cikgu Huril Ain kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Huril Ain mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"
Pelajar itu menjawab..
"Okey.. boleh saja...!"
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Huril Ain bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...
"... Saya adalah penjaga gol..cikgu... ZHuril Ain berlalu dengan..1001 perasaan yg sukar digambarkan ngan kata2
Rabu, April 29
APA YANG MENJADI MOTIVASI KEPADA KITA
KARNIVAL BAHASA INGGERIS 2009 NEGERI JOHOR
Sabtu, April 25
PERNAHKAH KITA DERMAKAN SESUATU UNTUK DIRI KITA SENDIRI?
Kejayaan seseorang bermula dengan ilmu. Orang lain tak akan mendermakan Anda dengan ilmu jika Anda tak bermula mendermakan ilmu untuk diri sendiri dulu.Orang yang selalu menderma untuk diri sendiri, sentiasa memperbaiki lagi attitude untuk membina peribadi lebih cemerlang. Oleh kerana itu, mudah untuk dia berjaya dalam apa jua yang di usahakan tak kisahlah sama ada dia sedang bekerja keras nak skor dalam pelajaran atau nak berjaya dalam perniagaan. Orang yang jarang menderma ilmu untuk diri sendiri, agak payah untuk dia nak berjaya dalam apa yang diusahakan olehnya. Bahkan, walau dia kuat berusaha dan pernah berjaya, kejayaan sedia ada susah untuk berkembang ke level yang lebih tinggi lagi. Situ-situ saja. Jika Anda jarang membaca, lihat kehidupan Anda. Tanya diri Anda sendiri mengapa kurang ada kecemerlangan muncul dalam hidup Anda. Anda patut tanya diri sendiri sebab apa, mengapa Anda tidak mula memberi derma pada diri sendiri dari dulu, sejak dulu.
Mulai hari ini, jadikan amalan membaca sikap Anda. Mulakan dengan 1 muka surat, selama 1 minit, dalam 1 hari. Dengan itu, Anda dah berjaya membaca 365 muka surat dalam masa setahun!
Jika sekarang ini Anda dah rajin membaca, jangan takut andaikata orang sekeliling memperlekehkan kerajinan Anda membaca atau mengatakan sikap suka membaca tak ada guna. Orang-orang berjaya adalah orang yang kuat membaca! Pastikan Anda derma sedikit saat ini, untuk membentuk masa depan Anda ribuan saat yang akan datang!
MAMPUKAH ANDA PROTECT IMPIAN ANDA DARI SEBARANG HALANGAN YANG MENDATANG
Sekiranya anda mempunyai impian, anda perlu PROTECT impian anda. Jangan biarkan orang menganggu anda dan impian anda. Anda dan impian anda, dan hasrat hati anda adalah ibarat pasangan kekasih. Saling memahami, memenuhi dan bekerjasama serta menjaga satu sama lain. Sekali anda membiarkan orang menganggu impian anda, fantasi anda, sekali itu juga anda akan secara tidak sedar, menurunkan motivasi anda dan menarik banyak benda yang tak membantu ke arah anda. Semakin kerap ia berlaku, maka anda semakin menghampiri perasaan putus asa.
Impian anda, adalah hak anda. Anda boleh berkongsikannya kepada sesiapa yang anda mahu, tetapi anda tidak boleh biarkan orang CURI impian anda. Ia hak anda! Anda perlu faham juga, ramai orang tidak mampu melakukan sesuatu yang anda mungkin mampu lakukan, jadi mereka akan menafikan kemampuan anda berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Saya ambil contoh bungee-jump. Orang yang pernah naik ke tempat tinggi dan bersedia untuk melakkan terjunan dan kemudian membatalkannya pada saat akhir, pasti saja akan cub meyakinkan anda bahawa, anda tidak akan berjaya, tempat itu terlalu tinggi dan menakutkan dan anda mungkin terjatuh terus mati! Padahal sebenarnya? Ia cuma ketakutan mereka, yang mereka suarakan kepada anda. Dan anda pula tidak melindungi hasrat hati anda, maka anda terpedaya dan tidak mahu cuba bunge jump. Semuanya adalah permainan emosi, dan kawalan minda anda. Saya lebih suka menganggap bisik-bisik ini seperti cabaran kepada saya. Pantang di cabar! Saya boleh buat, apa yang saya kata saya boleh dan saya nak buat. Sekali saya kata, saya mahu lakukannya, tiada siapa dapat pengaruhi saya lagi...Itu sepatutnya ada dalam minda kita..
sekadar renungan dan ingatan bersama..
NAMAMU DIPUJA DI SINGGAHSANA
DIJAJA PENUH SOPAN MULIA
KEMANA PERGI
ADA INSAN MENGIRING MENANTI
KINI KAU MASIH JUA RAJA
NAMUN PUNYA RAKYAT YANG TAK SETIA
JUA RAMAI PENDERHAKANYA
ISTANA
HULUBALANG
DAN DAYANG-DAYANG KHAYALAN CUMA
TITAH PERINTAH TIADA PENYAMBUTNYA
DI HADAPANMU SEKADAR PATUNG
PUNYA NALURI KOSONG
MINDA SEAKAN RENTUNG
TERMAMAH API TANPA PUNTUNG
RAKAN GURU
SELAMAT HARI GURU
UCAPAN ITU LEMBUT DAN SAYU
NAMUN KEDENGARANNYA
BUKAN DARI ANAK DIDIKMU
TAPI DARI SEBAK RASA
RAKAN SEKELANA
SEKADAR PELERAI KEKUSUTAN CUMA
ESOK KITA KAN KEMBALI SEMULA
PADA LADANG
PADA PADANG YANG KIAN SEPI
MENGUMPUL MENYUSUN
SERPIHAN JERAMI
UNTUK KITA TENUN
MENJADI PERMAIDANI
LALU KITA HAMPARKAN
BUAT SIMPULAN
ANAK DIDIK YANG MEMERLUKAN
YANG MASIH PUNYA PERADABAN
DAN MENGERTI HARI HADAPAN
PENUH CABARAN
NAMUN RAKAN GURU SEMUA
INI BUKAN MASA MERATAP
GENERASI KITA SEMAKIN RANAP
USAH LAGI DITANGISI HIBA
SEGALANYA KEHENDAK ERA
KITA BUKAN WARISAN KOSMOPOLITAN
MUDAH LONGLAI DENGAN KEPERITAN
KITA ADALAH PEJUANG
TINGGALAN DAN MANGSA
PENJAJAH PETUALANG
PUNYA VISI DAN KEGAGAHAN
BIAR TERSALUT DI DADA KITA
KEPAHITAN DAN PENDERITAAN
AKAN TERUS KITA TELAN
GURU
KITA TETAP PUNYA TEKAD WAJA
MEMBANGUN NUSA
AYUH TERUS MARA
MESKI RONA-RONA SEKITAR KITA
KABUR WARNANYA
KITA MASIH PUNYA TINTA
BUAT PENJANA IDEA
Jumaat, April 24
SKMK NAIB JOHAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12THN DAERAH MERSING 2009
Khamis, April 23
PROGRAM HARI BUKU SEDUNIA PERINGKAT SK MERSING KANAN
BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDIDIK ANAK?
Anak Belajar dari Kehidupannya Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia belajar berkelahi.Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia belajar rendah diri.Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, dia belajar menyesali diri.Jika anak dibesarkan dengan toleransi, dia belajar menahan diri.Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia belajar percaya diri.Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai.Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang amat baik, dia belajar keadilan.Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, dia belajar menaruh kepercayaan.Jika anak dibesarkan dengan dokongan, dia belajar menyayangi dirinya.Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan (Terjamahan karya: Dorothy Law Notle)
SEJAUHMANA MAKANAN YANG KITA AMBIL TU BAGUS UTK KESIHATAN KITA...
ADAKAH KITA SEORANG GURU YANG HEBAT DI MATA PELAJAR KITA?
Rabu, April 22
ULANGTAHUN PERKAHWINAN MURAT DAN AIDA
BERILAH SEDIKIT PENGIKTIRAFAN SEWAJARNYA
Apabila saya menjalankan program bimbingan dan temubual secara langsung atau tidak langsung melibatkan murid-murid atau kanak2, guru-guru akan meluahkan perasaan mereka tentang bagaimana sukarnya menangani pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Tekanan yang dihadapi oleh guru-guru ini amat difahami dan saya bersimpati dengan mereka. Tetapi kerapkali apabila kita bergelumang dengan masalah kita buntu mencari penyelesaiannya. Umpama orang yang sedang kelemasan, dia perlukan orang lain untuk selamatkan dirinya.
Masalahnya ialah kita sering lihat kepada yang buruk dan kita lupa bahawa setiap manusia itu ada kelebihan dan kebaikannya. Tidak ada seorang insan normal yang apabila menadah tangan mendoakan kegagalan dalam hidupnya. Begitu juga pelajar-pelajar ini. Mereka sebenarnya punya kelebihan dan kebaikan yang selama ini tidak dieksploitasikan sepenuhnya oleh guru-guru. Mereka juga mahukan pengiktirafan seperti diberikan tanggungjawab, dipercayai dan dipuji. Apabila guru tidak peka tentang keperluan ini maka mereka mencari pengiktirafan dengan melakukan perkara yang buruk. Mereka rasa seronok apabila kawan puji kata mereka berani, ’sporting’ dan sebagainya. Bagi mereka itu satu bentuk pengiktirafan lebih-lebih lagi apabila mula diterima sebagai orang yang kononnya satu kepala.Sebab itulah, untuk membendung masalah sosial dan disiplin dikalangan pelajar maka guru-guru jangan sekadar melihat kepada bentuk hukuman yang perlu dilakukan. Sebab apabila kita memikirkan hukuman maka kita fokus kepada kesalahan. Sebaliknya fikirkan apa bentuk pengiktirafan yang mahu diberikan maka akal mula terdorong mencari kelebihan, kekuatan dan keunikan yang ada dalam diri setiap pelajar yang asalnya dilabel sebagai bermasalah itu.
BERAPA PERATUS MATLAMAT 2009 TELAH KITA CAPAI SETAKAT NI?
Ketika saya merumuskan dan mencabar anda untuk tulis 50 impian anda semalam, berapa ramai daripada anda yang benar-benar melakukannya? Saya sendiri secara personal tidak pernah menulis 50 impian. Kadang-kadang kepayahan nak mendapatkan listing tersebut, saya baru dapat tulis 27 impian so far.
Tapi saya benar-benar nak pecahkan self-limiting-belief dalam diri saya tahun ini. Nak pecahkan jadi cracked pieces. Nak build up something new yang lebih berguna untuk diri sendiri. Jadi saya beranikan untuk pecahkan ice dalam diri saya, dengan menyenaraikan 50 impian saya so far.
Anda yakin atau tak anda boleh capai impian anda? ORang yang tak yakin, akan kata tak yakin. Orang separa yakin akan kata, boleh kot. Orang yakin akan kata, mesti boleh!Tapi saya yang sedar bahawa kejayaan adalah milik saya, saya akan kata, saya sedang berusaha, berdoa dan bertawakal. Tidak ada satu pun yang saya tak buat. InsyaALLAH, saya yakin akan mencapai kesemuanya!
bolehkan kita happy di kala sedang berduka
Setiap kali sebut tentang masa gembira dan masa duka, saya suka memanggilnya dengan “hepi time” dan “wori time”.
Jika Anda sedang dilanda duka, kecewa, geram, marah atau pendek kata sedang tertekan, cuba letak tepi dulu perasaan tu untuk setengah jam. Lupakan habis segala duka, kecewa, geram, marah, sakit hati, stress atau tertekan tu hanya untuk 30 minit saja.
Dalam 30 minit tu, ingat semula perkara-perkara yang pernah menggembirakan Anda. Tak payah bayangkan semua sekaligus, cuba ingat satu kenangan gembira yang Anda suka, yang membuat Anda sangat gembira. Mungkin, ia kenangan gembira bila melihat anak Anda yang masih berumur 3 bulan tersenyum riang, ketawa sebab kawan Anda jauh terjelupuk tersangkut akar kayu, pecah hilai tawa melihat adik lelaki Anda terkial-kial dek semut yang tetiba masuk dalam seluarnya atau memori indah ketika Anda bertemu buat pertama kali dengan kekasih Anda (yang kini dah menjadi isteri atau suami Anda!). Er, contoh saja tadi tu, contoh! Ada sesetengah orang, mengingingat semula video-video lucu yang pernah ditonton untuk menjadikan dirinya gembira.
Ingat semula memori-memori tu selama 30 minit, bayangkan berkali-kali. Bagaimana dengan perubahan emosi Anda ketika itu? Hepi sedikit tak?. Sudah tentu Anda hepi. Jangan biarkan fikiran Anda lari ke tempat lain selama 30 minit ni sebab inilah “hepi time” Anda, rugilah bila Anda kacau dengan memikir perkara lain. Selepas berakhir 30 minit, Anda boleh memilih sama ada:
1. Nak menambah lagi “hepi time” Anda untuk 10 minit seterusnya.
2. Masuk semula ke “wori time”.
Mesti tak syok kan tiap kali masuk ke “wori time” Anda? Setiap kali “wori time”, Anda akan berasa tertekan semula. Dah tentu Anda tak suka rasa tertekan.
Teknik yang saya sarankan ini baik untuk mengubah emosi tertekan menjadi sedikit gembira, kepala jadi sedikit ringan selepas banyak berfikir. Gunakan ia selalu, moga ia dapat membantu Anda berubah kepada emosi gembira, dalam masa duka!
Selasa, April 21
ADAKAH MEMBACA TERMASUK DALAM 10 CARTA HOBI TEBAIK DI MALAYSIA
Isnin, April 20
Mutd Tewas lagi
WELCOME TO MY LIFE...EVERDAY SMILE
MUHASABAH DIRI..
Sepatutnya kita perlu sentiasa bersedia menerima apa juga kebarangkalian segala yang pernah menjadi milik kita...akan ditarik balik oleh Allah..perlu ker kita beterus merapati setiap kehilangan...sedangkan semua itu ujian dari Allah kepada kita..segala milik kita hanya pinjaman dariNya...Oleh itu seharusnya kita sentiasa menghargai segala yang kita ada pada hari ini dan mengunakan segala milik kita dengan cara yang diredhainya..tiada salahnya kita bersedih dengan kehilangan yang berlaku tapi jangan sampai keterlaluan...Apa yang lebih penting macam mana kita perlu kumpul segala sisa kekuatan yang kita ada untuk terus melangkah mara ke hadapan ...kerana kihuidupan perlu diteruskan...segala kesedihan semalam perlu dijadikan pengajaran supaya kita terus menghargai setiap kelebihan yang dikurniakan pada kita pada hari ini...
Ahad, April 19
PELANCARAN PERASMIAN PASUKAN JROBIK SK MERSING KANAN
ANDA RASA KESEORANGAN...?
Sabtu, April 18
APA YANG AKU TELAH PELAJARI HARI INI..TENTANG KEHIDUPAN
Salah satu teknik untuk membuat Anda kekal berfikiran positif adalah dengan menanya soalan “apa yang aku pelajari hari ini“. Ok, saya beritahu cara bagaimana untuk Anda gunakannya dengan efektif.
Setiap hari dari pagi sampai ke petang, kita menempuh banyak perkara. Ada yang baik, ada yang buruk. Ada yang membuat kita sakit hati. Ada yang membuat kiat hepi, gembira, ceria.
Orang berjaya percaya hidup ni hanya ada pembelajaran dan kejayaan. Untuk mengubah diri supaya boleh berjaya, kita perlu terus menerus belajar. Cara asas untuk Anda mula berubah supaya sentiasa belajar adalah dengan bertanya soalan “apa yang aku pelajari hari ini“.
Perkara-perkara yang Anda lalui sepanjang hari, itu boleh Anda jadikan sumber untuk Anda belajar sesuatu. Sebagai contoh, jika Anda dimarah oleh bos tiba-tiba, itu maknanya Anda kena tingkatkan kualiti kerja atau mungkin komunikasi Anda lemah di tempat kerja, atau simply Anda buat kerja betul-betul. Cari aspek-aspek positif dalam setiap perkara yang Anda lalui, sama ada baik atau buruk.
Jika Anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, itu maknanya Anda kena merancang lebih awal jalan mana yang perlu dilalui, kemudian keluar awal untuk mengelak kesesakan. Dengan itu, ia membiasakan diri Anda untuk tidak bertangguh. Kesan jangka masa panjang, ia membentuk Anda menjadi orang berdisiplin, menepati waktu.
Bila petang, ambil masa seminit dua untuk menanya diri Anda, “apa yang aku pelajari hari ini” kemudian fikiran seketika apa yang Anda telah pelajari sepanjang hari itu. Ingat semula peristiwa-peristiwa yang berlaku 12 jam yang lalu. Teknik ini sesuai digunakan oleh semua orang, sama ada Anda pelajar universiti, pekerja, usahawan atau peniaga.
Apa saja yang Anda lihat, dengar dan rasa, ambil iktibar, ambil pengajaran daripadanya. Lebih hebat lagi, jadikan ia sumber motivasi Anda.
Mungkin, Anda teringat ketika Anda sedang berjoging di waktu pagi, Anda terlihat seorang wanita tua membongkar tong sampah dengan penuh tekun untuk mencari sisa-sisa yang boleh digunakan. Lihat dan pelajari apa yang tersirat dari situasi yang sedang berlaku di depan mata Anda.
Tanya diri Anda, “apa yang aku pelajari dari hal ini?”
Mungkin, ia jadi iktibar buat Anda. Andai wanita tua itu gigih meneruskan hidupnya dengan membongkar tong sampah, maka Anda kena teruskan hidup Anda dengan cara yang lebih baik lagi, sebab Anda tak perlu membongkar tong sampah seperti dia kerana Anda ada keluarga, sanak saudara, kawan-kawan sebagai pendorong untuk Anda berusaha lebih rajin dari yang sebelumnya.
Anda ada kerja dan Anda ada duit untuk beli makanan sendiri. Maka, Anda harus bersyukur! Akhirnya, itulah apa yang Anda pelajari untuk hari itu. Amalkan bertanya soalan “apa yang aku pelajar hari ini?” setiap petang, Anda akan mula terasa kesannya.
NILAI SEBUAH KEMATIAN
BERSATULAH MEMBENTUK NO 1
KECEMASAN...?
Jumaat, April 17
CINTA OH CINTA...
Macam-macam pendapat..bila kita tanya org lain tentang "CINTA" ianya bergantung kepada siapa org tu..kalu kita tanya pada org yang gagal dalam percintaan..dia kata cinta ut penuh dengan penipuan dan penuh dengan kepuraan, kalu kita tanya org tua2 dia kata, mereka dulu lepas kahwin baru bercinta...jodoh ditentukan oleh keluarga..org kata cinta bebudak sekolah tu cuma "cinta monyet" Kalau kita tanya orang yang sedang hangat bercinta..ke hulu ke hilir bersama tokleh berjauhan..macam belangkas...mereka kata mereka sampai sanggup buat apa sahaja demi kekasih hati..hingga sanggup ke lautan api..org lain bagi nasihat camne pun tokleh terima kerana mereka seolah2 berada di dunia yang berbeza...mereka katakan kita tidak dapat memahami perasaan mereka....kalau kita perhatikan orang yang sedang hanagat bercinta..kelakuan mereka pun berbeza..di luar kebiasaan yang mereka selalu buat. Salah ke bercinta...terutamanya ketika masih lagi di alam persekolahan?Salah ke naluri ingin dicinta ataupun mencintai?..setiap orang pernah melaluinya..secara peribadinya bagi aku cinta itu memang menyeronokkan dan ianya boleh jadi satu perkara yang positif atau negetif...bergantung kepada diri kita sendiri...bagi aku..tak salah kalu bercinta masa sekolah..dengan cinta kita akan lebih bersemangat untuk berjaya...utk bersaing dalam pencapaian akademik dan sukan ... tunjukkan pada si dia bahawa kita memang pilihan yang tepat..cinta boleh memotivasikan diri kita ke arah kebaikan tetapi kalau kita tak kuat semangat untuk mengawal cinta ke arah yang positif...susahlah..asyik nak melayan perasaan je...lupakan pelajaran...akhirnya cinta boleh memusnahkan bukan saja harapan kita tetapi juga harapan ibu bapa dan semua orang yang meletakkan harapan yang tinggi kepada kita...apa pendapat korang semua? bagi le komen...
KITA DI PIHAK MANA? BERSEDIA MENERIMA KEGAGALAN @BERCITA-CITA UNTUK BERJAYA
DEMAM EXAM....BELAJO2 JUGA KESIHATAN KENA JAGA...
HAIWAN JUGA PELU DISAYANGI DAN PERLUKAN BELAIAN
Kursus Autocad
KISAH PISANG DAN HATI
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Umairah.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Umairah sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Umairah.Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Umairah. Umairah mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…! Oleh itu jika ada perasaan benci yang membuah2 pada seseorang...lupakanlah..ianya hanya menyakitkan hati kita..tiada gunanya..lebih baik kita maafkan dia...tindakan ini bukan utk kepentingan orang itu..sebenarnya ianya lebih kepada untuk kebaikan kita..agar dapat melalui hari2 yang mendatang dengan lebih gembira...
Khamis, April 16
SENYUMLAH...BUKANNYA KENA BAYAR PUN
SEKEPING MEMO SOLAT..
Selasa, April 14
HARGA SEBUAH KEJAYAAN
MEMBENTUK TEAMWORK
LAGUKU UNTUKMU
NAMA-NAMA ALLAH
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
SELAMAT DATANG SEMUA
DAH SOLAT KE?
MERSING INFO CUACA
Hamster Ku Yang Lapooo
UTUSAN ONLINE
BERITA HARIAN ONLINE
SITE'S COMMUNITY
TARBIAH PEWARIS
PALESTIN SENTIASA DLM DOAKU
Messenger Pingbox
RUANGAN CHAT
COMELNYA DIA..
PERMATA HATIKU
bodyguard
Blog Pilihan Saya
Pengikut
biasakan yang betul...perbetulkan kebiasaan yang salah
Arkib Blog
-
▼
2009
(380)
-
▼
April
(58)
- Peringatan Untuk Kaum Adam Dan Hawa
- USAHAKAN MEMOTIVASI DIRI SENDIRI CUMA 30SAAT SEHARI
- GUNAKAN MASA LAPANG DENGAN BIJAK
- Kenali Bakat Anda?
- Kisah Mat Labu Solat Jumaat
- Semangat Kaunselor Baru...
- APA YANG MENJADI MOTIVASI KEPADA KITA
- KARNIVAL BAHASA INGGERIS 2009 NEGERI JOHOR
- PERNAHKAH KITA DERMAKAN SESUATU UNTUK DIRI KITA SE...
- MAMPUKAH ANDA PROTECT IMPIAN ANDA DARI SEBARANG HA...
- GURU MEMBINA NEGARA BANGSANAMAMU DIPUJA DI SINGGAH...
- SKMK NAIB JOHAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12TH...
- PROGRAM HARI BUKU SEDUNIA PERINGKAT SK MERSING KANAN
- BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDIDIK ANAK?
- SEJAUHMANA MAKANAN YANG KITA AMBIL TU BAGUS UTK KE...
- ADAKAH KITA SEORANG GURU YANG HEBAT DI MATA PELAJA...
- ULANGTAHUN PERKAHWINAN MURAT DAN AIDA
- BERILAH SEDIKIT PENGIKTIRAFAN SEWAJARNYA
- BERAPA PERATUS MATLAMAT 2009 TELAH KITA CAPAI SETA...
- bolehkan kita happy di kala sedang berduka
- ADAKAH MEMBACA TERMASUK DALAM 10 CARTA HOBI TEBAIK...
- Mutd Tewas lagi
- WELCOME TO MY LIFE...EVERDAY SMILE
- MUHASABAH DIRI..
- PELANCARAN PERASMIAN PASUKAN JROBIK SK MERSING KANAN
- ANDA RASA KESEORANGAN...?
- APA YANG AKU TELAH PELAJARI HARI INI..TENTANG KEHI...
- NILAI SEBUAH KEMATIAN
- BERSATULAH MEMBENTUK NO 1
- KECEMASAN...?
- CINTA OH CINTA...
- KITA DI PIHAK MANA? BERSEDIA MENERIMA KEGAGALAN @B...
- DEMAM EXAM....BELAJO2 JUGA KESIHATAN KENA JAGA...
- HAIWAN JUGA PELU DISAYANGI DAN PERLUKAN BELAIAN
- Kursus Autocad
- KISAH PISANG DAN HATI
- SENYUMLAH...BUKANNYA KENA BAYAR PUN
- SEKEPING MEMO SOLAT..
- HARGA SEBUAH KEJAYAAN
- ARE YOU READY TO START THE DAY?
- ADAKAH DIA SAHABAT SEJATI?
- SKMK JOHAN KAWAT KAKI PEREMPUAN SEKOLAH RENDAH DAE...
- Calon 5A UPSR 2009..Selamat Berjuang
- Rahsia Senyum Dan Tawa15 RAHSIA SENYUM & TAWA(PENA...
- kita dilahirkan dengan...Kita dilahirkan dengan du...
- Kejayaan Bukan Hanya Milik Mereka Yang Kaya Sahaja
- Kumpullah Sebanyak Mungkin Kebaikan Sementara Ada ...
- Program Memperkasakan Permata SK Mersing Kanan 2009
- Apakah yang anda dapat katakan dan gambarkan seand...
- Gaya Seorang Juara
- Hari Keputeraan Sultan Johor
- Kadang kala kita sering memikirkan sesuatu kejadia...
- Jumpa lagi .. sahabat2 sekelian.. walaupun.. siapa...
- Selamat Datang Sahabat2ku
- Walaupun kekadang kita rasa kenapa masa 24jam dibe...
- Bila mengenangkan hari Isnin memang ler rasa..cepa...
- Sahabat membawa maksud yang amat mendalam dalam ke...
- Di manakah kedudukan kita...adakah kita seorang mu...
-
▼
April
(58)