Masa aku menulis ni..jam aku menunjukkan pukul 12.20 pagi. Dah hari selasa 14 April 2009. Mata belum mengantuk lagi..so aku ambil kesempatan ni untuk menulis sesuatu untuk dikongsikan bersama...Esok ada macam2 kerja nak buat...tapi apa yang paling penting perlu dibuat..ekk....itu le sebab orang cerdik pandai kata..perancangan yang teliti akan membuat hari2 yang kita lalui lebih tersusun dan sistematik kalau disusun dan dari rancang dengan teliti..tapi biasanya orang2 kita ni selalunya kata..termasuk le aku sendiri..esok..esok punya cerita..pastu kelam kabut..kerana tak tau mana nak urus dulu..ikut keutamaan..So aku sendiri AZAM agar esok aku akan lebih cerah dan lebih indah..lebih damai berbanding dengan semalam walaupun semalam tak le buruk sangat...semuanya ok jer..tapi apa yang pasti aku nak hari esok lebih baik dari semalam...korang semua camne..dah buat ke perancangan untuk esok yang lebih cerah? Dah sedia untuk menyambut hari esok? persiapan kena rapi baru ler Best..Hebat...Bersemangat..datang keje ngan senyuman yang paling manis..senyuman no 2...macam kita sebut nombor dua dengan hapi sekali..kalu tak caya cube sebut nombor d ..u..a mesti senyum ..betul tak?Selasa, April 14
ARE YOU READY TO START THE DAY?
Masa aku menulis ni..jam aku menunjukkan pukul 12.20 pagi. Dah hari selasa 14 April 2009. Mata belum mengantuk lagi..so aku ambil kesempatan ni untuk menulis sesuatu untuk dikongsikan bersama...Esok ada macam2 kerja nak buat...tapi apa yang paling penting perlu dibuat..ekk....itu le sebab orang cerdik pandai kata..perancangan yang teliti akan membuat hari2 yang kita lalui lebih tersusun dan sistematik kalau disusun dan dari rancang dengan teliti..tapi biasanya orang2 kita ni selalunya kata..termasuk le aku sendiri..esok..esok punya cerita..pastu kelam kabut..kerana tak tau mana nak urus dulu..ikut keutamaan..So aku sendiri AZAM agar esok aku akan lebih cerah dan lebih indah..lebih damai berbanding dengan semalam walaupun semalam tak le buruk sangat...semuanya ok jer..tapi apa yang pasti aku nak hari esok lebih baik dari semalam...korang semua camne..dah buat ke perancangan untuk esok yang lebih cerah? Dah sedia untuk menyambut hari esok? persiapan kena rapi baru ler Best..Hebat...Bersemangat..datang keje ngan senyuman yang paling manis..senyuman no 2...macam kita sebut nombor dua dengan hapi sekali..kalu tak caya cube sebut nombor d ..u..a mesti senyum ..betul tak?ADAKAH DIA SAHABAT SEJATI?

Isnin, April 13
SKMK JOHAN KAWAT KAKI PEREMPUAN SEKOLAH RENDAH DAERAH MERSING 2009
Tahniah dan syabas kepada Pasukan Kawat Kaki SKMK yang meneruskan tradisi Juara buat kali yang 6 berturut-turut. Kejayaan ini seharusnya jadi hadiah yang paling bermakna kepada jurulatihnya iaitu En Mohd Norhasrin dan guru-guru yang turut membantunya serta kepada murid-murid yang menganggotai pasukan kawat tersebut...yakin dan percayalah setiap dari susah payah..pengorbanan yang kita berikan secara ikhlas dan bersungguh-sungguh insyaAllah akan dibayar dengan kejayaan oleh Allah. Semoga kejayaan ini akan meningkatkan semangat kepada pasukan SKMK untuk mencipta kejuaraan peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di Segamat tidak lama lagi...Akhir kata kepada Cikgu Hashrin..teruskan perjuangan...dalam membudayakan kecemerlangan di kalangan murid-murid SKMK..kami sentiasa bersedia membantu..jika diperlukan..
Ahad, April 12
Calon 5A UPSR 2009..Selamat Berjuang
Pada tahun ni seorang anak saudara aku akan menduduki UPSR 2009. Nampaknya..dia bersungguh-sungguh untuk mencapai 5A dalam UPSR iaitu Ahmad Isma Amizul bin HIshamudin bersekolah di SK Sawah Dato Mersing..moga impian dia tercapai..cube tengok semyumannya ceria je..insyaAllah impiannya akan tercapai..kalu terus berusaha tanpa jemu dari sekarang..

Rahsia Senyum Dan Tawa
15 RAHSIA SENYUM & TAWA(PENAWAR PENYAKIT)
Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentusaja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.
Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.
Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah"Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.
Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.
15 fakta menarik :
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja

Kejayaan Bukan Hanya Milik Mereka Yang Kaya Sahaja
Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan dua hari lalu.Menurut Utusan Malaysia, Nik Nur Madihah -- Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan -- dan keluarganya tinggal di rumah usang ini.Saya menitis air mata melihat gambar ini. Sewaktu kecil dulu, inilah lebih kurang keadaan rumah di mana saya dibesarkan. Cukup daif.Alhamdulillah, pendidikan telah mengeluarkan saya dari kitaran kemiskinan. Dulu ayah bekerja sebagai penebang tebu, ibu pula setiap hari mengambil upah di sawah. Saya tahu erti kemiskinan -- ada hari-hari di mana saya dan adik hanya minum air kosong saja sebelum tidur; tanpa nasi dan lauk.Bukan sedikit air mata ibu mengalir sewaktu membesarkan saya ... Terima kasih, ayah. Terima kasih, ibu.
p/s: kejayaan sebegini harus dicontohi dek anak2 masa kini..... dan kejayaan nya juga telah mengubah nasib keluarga nie bila kerajaan negeri memberi tanah n wang utk membina rumah baru... alhamdulillah... tu namanya rezeki...
Jumaat, April 10
Kumpullah Sebanyak Mungkin Kebaikan Sementara Ada Kesempatan

Program Memperkasakan Permata SK Mersing Kanan 2009
program ini merupakan program perintis dalam mencari bekas-bekas pelajar SK Kersing kanan mersing yang telah berjaya dalam pelbagai bidang..untuk memberi motivasi dan kata-kata perangsang kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2009. Untuk program pertama ini ...Cik Mahyun bt Abd.Wahab - Pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar di Universiti Malaysia Perlis merangkap Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni...Program ini diadakan pada 9 April 2009. Pada sebelah pagi dibuat bersama Murid-murid manakala sebelah malam slot khas bersama ibu bapa murid tahun 6. Secara keseluruhannya progam ini berjalan dengan jayanya dan mencapai objektif seperti mana yang diharapkan.
Khamis, April 9
Apakah yang anda dapat katakan dan gambarkan seandainya kita berada di dalam bot tu..

Rabu, April 8
Gaya Seorang Juara

Hari Keputeraan Sultan Johor

Bila melayari internet ni ...tak sedar masa berlalu dengan pantas...masa aku menulis coretan ini jam dah menunjukkan pukul 2.10 pagi...untuk hilangkan rasa mengantuk ni..aku bancurkan secawan kopi Radik kaw..kaw punya...hari ni hari Keputeraan Sultan Johor. Hari ini warga Johor cuti...Tarikh lahir sultan Johor ni sama dengan tarikh lahir seorang yang amat aku sayang iaitu Nurain Athirah...8 April 2000...setiap tahun hari lahirnya disambut seluruh Johor..selamat Hari Lahir Kak Long...moga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akhlak dan akademik...menjadi anak yang boleh membahagiakan kehidupan ayah dan mama di dunia dan akhirah...amin
kalu kat Mersing biasanya macam acara diatur di Pantai Mersing untuk meraikan hari keputeraan sultan Johor ni...seronok...Jom join sama-sama...di kesempatan ni nak gak ucapkan Selamat Panjang Umur Tuanku...moga dapat memerintah kami dengan adil dan saksama
MEMBENTUK TEAMWORK