Isnin, Julai 19

CERITA YANG SERING AKU BACA BILA TERASA DIRI AKU SERBA KEKURANGAN @ SERING TIDAK BERNASIB BAIK DALAM BANYAK HAL KEHIDUPAN




Pada suatu hari ada seorang gadis buta
yg sangat membenci dirinya sendiri.
Kerana kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri,
tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya.

Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk
menemani dan menghiburnya.
Dia berkata akan menikahi gadisnya itu kalau gadisnya
itu sudah boleh melihat dunia.

Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan
sepasang mata kepada gadisnya itu
Yang akhirnya dia boleh melihat semua hal,
termasuk kekasih gadisnya itu .
Kekasihnya bertanya kepada gadisnya itu
”Sayangggg … sekarang kamu sudah bisa melihat dunia.
Apakah engkau mau menikah denganku?”
Gadis itu terkejut melihat bahwa kekasihnya itu ternyata buta.
Dan dia menolak untuk menikahi kekasihnya
itu yg selama ini sudah
sangat setia sekali mendampingi hidupnya
selama si gadis itu buta matanya.

Dan akhirnya kekasihnya itu pergi dengan menitiskan air mata,
dan kemudian menuliskan sepucuk surat
singkat kepada gadisnya itu,
“Sayangku, tolong engkau
jaga baik-baik ke-2
mata yg telah aku berikan kepadamu.”

KITA FIKIRKAN BEGINI
Kisah di atas memperlihatkan bagaimana
Fikiran manusia berubah saat status dalam hidupnya berubah.
Hanya sedikit orang yang ingat
bagaimana keadaan hidup sebelumnya
lebih sedikit lagi yang ingat terhadap
siapa harus berterima kasih
DAN LAGI

Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata- kata kasar
Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.
Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu,
Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum engkau mengeluh tentang siapa saja,
ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan
untuk meminta penyembuhan sehingga suami/kekasihnya
TIDAK LUMPUH seumur hidup.

Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu,
Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi
ke alam kubur dengan masih menyertakan kemiskinannya.
Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu

Ingatlah akan seseorang yang begitu
mengharapkan kehadiran seorang anak,
tetapi tidak mendapatnya.
Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu

Ingatlah akan para penganguran, orang cacat
dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.
Dan ketika beban hidup seakan menjatuhkanmu,
pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada
Tuhan karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah,
nikmatilah dan isilah hidup ini
dengan sesuatu yg bermanfaat untuk umat manusia.

PERASAAN KECEWA DAN RASA TIDAK DIPERLUKAN...




Menarik untuk dikongsikan cerita ini.
2 kisah yang cukup untuk kita jadi
sebagai satu KEPERCAYAAN

bagaimana kuasa penampilan menjadikan
kita sesuatu yang berbeza.
SAYA MULAKAN DENGAN CERITA 1
saya amat yakini kepada satu konsep
KECANTIKAN FIZIKAL merupakan satu
KUASA PENGARUH
yang cukup besar untuk menangkap minat
orang lain untuk mendekati kita.

ADAKAH INI SEGALANYA.
sebab saya yakini kepada satu pandangan
KECELAKAAN PALING BESAR DALAM HUBUNGAN SOSIAL
BILA MANA KITA TIDAK DIPEDULIKAN.

kita mahluk sosial yang tentunya
mahu dipedulikan.
adakah ini penyudahnya

KITA ANGGAPLAH
kepedulian orang lain umpama
kemahuan orang lain ' masuk kedai ' kita.
KEINGINAN UNTUK MEMBELI
DAN TERUS MEMBELI
semua bergantung besar kepada
kemahiran seterusnya
KECANTIKAN SOSIAL.

ini kisah ke2
seorang sahabat.
sepetang bersamanya.
CUKUP UNTUK SAYA KATAKAN.
patutlah dia bagus dalam perniagaan.
KECANTIKAN SOSIAL amat2 tinggi.
cara aturan dia menyalurkan komunikasi
dengan pelanggan dan pekerja cukup untuk
membuatkan ' rugi ' kalau tidak terus berurusan.

menurut dale carnigie
dalam buku klasiknya
BAGAIMANA UNTUK MEMBINA PENGARUH
percayalah : kemahuan manusia
DILIHAT
DIPEDULIKAN
DIHARGAI.

hari ini dunia semakin meletakkan
untuk menjadi orang hebat
KEMAHIRAN MEMBINA
KECANTIKAN SOSIAL
HARUS DIDAHULUKAN.
kita menjual diri kita
untuk di ' beli ' oleh orang lain.
tentunya dimulai dengan apa yang
orang lain nampak.

keseronokkan untuk terus berada dalam
'kedai ' kita ( bersama kita ) dikaitkan dengan
sejauh mana kemampuan kita sesama menjadikan
hubungan yang menguntung dari segi emosi.

Itu le perasaan yang tika dan saat ini aku rasakan....hebat sangat tekanan dan ribut di dalam hati merasa diri tidak lagi diperlukan di skmk.....aku perlu meninggalkan tempat yang pernah menjadi satu tempat terpenting dalam hidupku....Ini disebut PENGHIJRAHAN....demi memperbaiki keadaan.....keadaan dan suasana yg tidak lagi seharmoni dulu.....MENINGGALKAN SEBELUM DIHALAU PERGI.....

PEMENANG VS SI KALAH.....




perbezaaan SANG PEMENANG dan SI KALAH.
sang pemenang selalu memiliki program
si kalah selalu memiliki sesuatu untuk dimaafkan

sang pemenang menyatakan
BIAR AKU BUAT KERJA
si kalah menyatakan
ITU BUKAN TUGAS AKU

sang pemenang memiliki jawapan diatas persoalan
si kalah melihat adanya masalah dalam setiap persoalan
si pemenang menyatakan
MUNGKIN SUKAT TAPI MASIH BOLEH
si kalah
MUNGKIN BOLEH TAPI SUKAR

sang pemenang membuat kesilapan
ITU SALAH AKU
si kalah membuat kesilapan
BUKAN SALAH SAYA

sang pemenang membangun suatu komitmen
si kalah membuat janji
sang pemenang memiliki mimpi
si kalah memiliki rencana

sang pemenang salah satu bahagian dalam kumpulan
si kalah terpisah dari kumpulan

sang pemenang melihat tujuan
si kalah melihat penderitaan

sang pemenang melihat kemungkinan - kemungkinan
si kalah melihat penderitaan.

sang pemenang mempercayai situasi menang2
si kalah mempercayai situasi menang - kalah

sang pemenang melihat potensi
si kalah melihat masa lalu

sang pemenang memilih apa yang dia katakan
si kalah menyatakan tentang apa yang dia pilih

SANG PEMENANG MEBUAT
SESUATU BERLAKU
SI KALAH MEMBIAR
SESUATU BERLAKU

Khamis, Julai 15

MENGUTUK ORANGL AIN DEMI KEPENTINGAN DIRI....KEJAYAAN PERIBADI?



Saya telah kongsikan pendapat saya mengenai keburukan bertutur dengan bahasa yang tidak sopan. Ini pula berkenaan bercakap buruk tentang orang lain dengan harapan orang lain akan nampak kita lebih baik.

Menceritakan tentang keburukan orang lain memang menyeronokkan. Tahu kenapa? Kerana dengan menceritakan tentang keburukan orang lain, kita akan rasa lebih baik daripada orang yang kita ceritakan itu. Kita rasa gembira kerana ada orang yang lebih teruk daripada kita. Tetapi kita perlu berhati-hati. Apa sahaja keburukan yang kita ceritakan tentang orang lain itu besar kemungkinan ada pada kita.

Saya pernah terbaca hasil tulisan ahli falsafah Ralph Waldo Emerson yang mengatakan, apa yang kita lihat pada orang lain adalah apa yang kita bawa dalam hati kita. Maksudnya, jika perkara buruk yang kita asyik nampak pada orang lain, perkara buruk juga lah sebenarnya yang memenuhi hati kita.Jadi, kalau kita asyik menceritakan tentang keburukan orang lain, bukankah secara tidak langsung kita memberitahu seluruh dunia bahawa hati kita penuh dengan perkara yang buruk, hodoh dan busuk?

Dalam masa yang sama, lihat orang yang berjaya sama ada pelajar, ahli perniagaan, guru, ahli sukan atau sesiapa saja, apa yang sering mereka perkatakan? Orang-orang yang berjaya sering bercakap tentang kejayaan, kegembiraan, kasih sayang, matlamat untuk berjaya dan sebagainya. Ini menggambarkan apa yang ada dalam hati mereka dan alhamdulillah saya percaya sebab itulah mereka berjaya.

Jadi, mulai hari ini, dalam usaha menuntut ilmu terutamanya, perbetulkan niat dan matlamat kita dan perbetulkan adab dan tatasusila kita dalam mengejar ilmu yang berkat. Penuhi hati kita dengan kasih dan sayang sesama kita dan insyallah itu yang akan kelihatan dengan jelas nanti

KENAPA PERLU DIDIK ANAK-ANAK TANAMKAN RASA HORMAT PADA GURU.?



Ayah, kenapa nak kena hormat kat cikgu eh?” Tanya anak saya yang berumur 5 tahun.

Soalan itu kelihatan begitu mudah sekali untuk dijawab tetapi saya terpaksa berfikir seketika. Satu persoalan yang terpaksa saya fikirkan ialah, bagaimana mahu menerangkan kepentingan menghormati guru kepada kanak-kanak berusia 5 tahun? Fahamkah dia nanti?

Selepas seketika, saya pun bersuara, “Izzah, pernah tengok mama tuang air teh dari teko tak?” Jawab Izzah , “Pernah.”

“Bila mama tuang air teh, air keluar dari mana, teko ke cawan?” Tanya saya lagi. “Mesti la dari teko,” jawab Izzah.

“Antara teko dengan cawan, yang mana kedudukan dia lebih tinggi bila mama tuang teh?” soal saya. “Mesti la teko ayah. Teko kat atas, cawan kat bawah” Jawab Izzah sambil menggayakan kedudukan teko dan cawan menggunakan tangannya.

“Hmm… kalau cawan tu lebih tinggi dari teko, boleh tak teh tu masuk dalam cawan? Soal saya lagi. “Mana boleh ayah. Macam mana air teh nak jatuh ke atas pulak,” jawab Izzah tegas.

“Haa.. kalau Izzah nak tau, hubungan cikgu dengan murid macam tu jugak,” kata saya. “Macam mana?” Soal Izzah.

“Ilmu datang dari cikgu, macam air teh datang dari teko jugak. Murid menerima ilmu dari cikgu, macam cawan menerima teh dari teko,” balas saya.

“O, ye ke. Habis tu?” Soal Izzah lagi sambil mengerutkan keningnya.

“Kedudukan teko tu lagi tinggi dari cawan, macam kedudukan cikgu jugak, lebih tinggi dari murid. Kalau murid tak hormat cikgu, ia umpama murid tu nak tukar kedudukan, murid nak duduk kat atas pulak,” kata saya.

Izzah diam tidak memberikan komen apa-apa.

“Jadi, kalau murid tak hormat cikgu dan nak duduk kat atas, rasanya boleh tak murid tu dapat ilmu dari cikgu?” Soal saya sambil menggayakan kedudukan cikgu dengan murid menggunakan tangannya.

“Ilmu pun takleh mengalir ke atas eh?” Soal Izzah sambil tersengih.

“Ha, sebab tu la! Murid yang tidak menghormati cikgunya, nanti dia takkan dapat kuasai ilmu yang diturunkan oleh cikgunya,” balas saya.

“Habis tu, kalau tak hormat cikgu, nanti boleh jadi bodoh la eh?” Soal Izzah dengan nada bimbang.

“Mungkin jugak,” jawab saya dengan senyuman sinis.

(Perbualan tamat di situ)

Mungkin anda pernah berhadapan dengan situasi sebegini. Bukan sahaja kanak-kanak yang tertanya-tanya mengapa guru perlu dihormati, malah orang dewasa juga kadangkala masih keliru mengenai persoalan ini.

Mari kita berkongsi apa rasanya menjadi seorang guru yang tidak dihormati. Bayangkan anda mengajar dua orang murid (Jika anda masih pelajar, bayangkan anda mengajar seseorang yang lebih muda dari anda seperti adik atau anak saudara anda). Seorang murid sangat hormatkan anda, bertutur dengan sopan dan sentiasa cuba mengikut nasihat anda yang baik. Seorang murid lagi langsung tidak menghormati anda. Dia biadap, sombong dan melayan anda seperti melayan seorang kuli. Secara semulajadi, murid yang manakah anda akan berikan lebih tumpuan? Murid yang manakah anda akan usahakan supaya menjadi seorang yang berjaya? Mudah untuk menjawabnya bukan?

Saya menulis kisah ini bukanlah kerana saya seorang guru atau untuk berpihak kepada mana-mana guru. Tetapi, saya terkilan melihat segelintir pelajar yang tidak memahami kepentingan ini. Ada pelajar yang terlalu cerewet dan sering mempertikaikan kebolehan seseorang guru. Fikirkan, jika anda memandang rendah kepada seseorang guru, ini juga bermakna kedudukan anda jauh lebih rendah dari guru itu kerana anda sedang cuba mempelajari sesuatu darinya!

Kesimpulannya buat kali ini, renungilah kata-kata seorang tokoh cendiakawan dan pemikir Islam yang hebat bernama Al-Zarnuji:

“Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan.”

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan




Manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~

Tekanan boleh membawa kesan positif kepada hidup kita dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Dr. Tuah ada menerangkan konsep ini dengan menarik melalui buku beliau Nak ke Tak Nak. Adalah satu idea yang bagus jika anda mendapatkan buku ini. :)

Satu petua lagi yang ingin saya kongsikan disini ialah teknik pernafasan. Ada pelbagai jenis teknik pernafasan yang ada tetapi saya ingin kongsikan satu teknik pernafasan yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat (jangan risau jika anda tidak tahu apa maksud sophrology). Ini adalah teknik pernafasan beliau untuk menghilangkan tekanan perasaan.

Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafas melalui hidung anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan proses ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).

Kekalkan belon besar itu di dalam perut anda selama 4 saat.

Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.

Kemudian biarkan belon itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa.

Kemudian ulang semula proses ini dari awal 4 – kali. Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar tekanan perasaan itu akan menurun.

Selamat mencuba

Isnin, Jun 28

MENJADAI SEMUA ORANG INSAN PENTING DALAM MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN KITA

semua orang
ingin menjadi orang penting
ini bukan hukum biologi tapi fitrah
TAPI SEJAUH MANA KEMAMPUAN
kita dianggap penting
kita menjadikan orang lain penting

MENURUT KAJIAN PAKAR
menjadikan orang lain penting
bermakna orang itu akan memberi ' khidmat '
yang lebih baik untuk kita.

MARI KITA KONGSIKAN
BEBERAPA KEMAHIRAN.
amalkan tabiat menghargai
serlahkan penghargaan melalui senyuman
amalkan tabiat nenbghargai dengan memastikan orang
lain tahu kita bergantung kepadanya nya.
sampaikan pujian secara ikhlas
semuanya orang ingin dihargai dan mahu diyakini
yang mereka telah melakukan yang terbaik.

jangan buang masa membahagikan
orang kepada kelompok - kelompok
orang yang penting
orang yang kurang penting
orang yang tidak penting

PANGGIL ORANG LAIN DENGAN
MENGGUNAKAN NAMA MEREKA
semua orang suka dengan nama sendiri
pastikan ejaan dan menyebut dengan betul
satu perkara bila berbual dengan orang yang kita
tidak kenal pastikan panggil secara formal
Cik , Encik dan Puan dan Tuan

KONGSI KEJAYAAN DENGAN
SEMUA ORANG.
pastikan kejayaan bersama.
hargai penglibatan orang lain
ingat.kuasa pujian terlalu besar kesan
dalam mana hubungan sosial.

Dari Segi Moral:

kita perlu bersedia dengan ilmu dan kemahiran
jika ada kekurangan di mana2
diperkemaskan dari masa ke masa
yang perlu ada
ialah adanya kemampuan
untuk menjadikan orang lain penting.

KALAULAH KITA MEMPUNYAI SEMANGAT PEMAIN BOLA YANG HEBAT...TENTU KITA BERJAYA MENGAHDAPI SEMUA MASALAH KEHIDUPAN DENGAN JAYANYA...




keinginan untuk berjaya
BOLEH DIKAITKAN MACAM
MAIN BOLA
semua dalam permainan bola
mesti ada dalam diri kita.
mesti ada pemain yang bersemangat
mesti ada tiang gol untuk dijaring kemenangan.

KITA MULAKAN BEGINI.
untuk main bola
tentunya semua nak menang.

UNTUK MENANG.
kita mesti ada gaya macam pemain bola
yang biasanya menang.
ADA KEMAHUAN
ADA SKILL
ADA JURULATIH
ADA LATIHAN.

setelah semua lengkap
MASUK KE PADANG
ini macam media perjuang sebenar.
PERJUANG BERMULA
dengan semangat
dengan kemahiran yang ada
dengan adanya jurulatih diluar

KENA INGAT
bukan mudah untuk menjaring gol
sebab ' pentahanan lawan ' yang tentunya
MENYUKARKAN KITA.

untuk itu pasukan yang hebat
seharusnya ada srategi yang hebat.

INI TENTUNYA
melibatkan ketahanan emosi dalam yang kuat
tidak mudah ' kalah ' sebelum kalah.

DAN PERCAYALAH
untuk berjaya bukan kerja sorang2
ianya melibatkan team.
kita memerlukan orang lain untuk jaring gol.

UNTUK ITU MARI KITA TGK BOLA
lihat dan tafsirkan bagaimana
hebatnya pasukan
yang sedia beraksi.

TENTUNYA SEMUANYA ADA
komitmen dan disiplin
SEBAB CONTOH
perancis.
pakej untuk berjaya tidak lengkap
hanya disebabkan kegagalan mengendali emosi.
semuanya serba tidak menjadi.

KALAULAH KITA MEMPUNYAI SEMANGAT PEMAIN BOLA YANG HEBAT...TENTU KITA BERJAYA MENGAHDAPI SEMUA MASALAH KEHIDUPAN DENGAN JAYANYA...

keinginan untuk berjaya
BOLEH DIKAITKAN MACAM
MAIN BOLA
semua dalam permainan bola
mesti ada dalam diri kita.
mesti ada pemain yang bersemangat
mesti ada tiang gol untuk dijaring kemenangan.

KITA MULAKAN BEGINI.
untuk main bola
tentunya semua nak menang.

UNTUK MENANG.
kita mesti ada gaya macam pemain bola
yang biasanya menang.
ADA KEMAHUAN
ADA SKILL
ADA JURULATIH
ADA LATIHAN.

setelah semua lengkap
MASUK KE PADANG
ini macam media perjuang sebenar.
PERJUANG BERMULA
dengan semangat
dengan kemahiran yang ada
dengan adanya jurulatih diluar

KENA INGAT
bukan mudah untuk menjaring gol
sebab ' pentahanan lawan ' yang tentunya
MENYUKARKAN KITA.

untuk itu pasukan yang hebat
seharusnya ada srategi yang hebat.

INI TENTUNYA
melibatkan ketahanan emosi dalam yang kuat
tidak mudah ' kalah ' sebelum kalah.

DAN PERCAYALAH
untuk berjaya bukan kerja sorang2
ianya melibatkan team.
kita memerlukan orang lain untuk jaring gol.

UNTUK ITU MARI KITA TGK BOLA
lihat dan tafsirkan bagaimana
hebatnya pasukan
yang sedia beraksi.

TENTUNYA SEMUANYA ADA
komitmen dan disiplin
SEBAB CONTOH
perancis.
pakej untuk berjaya tidak lengkap
hanya disebabkan kegagalan mengendali emosi.
semuanya serba tidak menjadi.

Khamis, Jun 24

HEPI BIRTHDAY ISTERIKU






24 Jun 2010(Khamis) adalah hari lahir isteriku Aida bt Samat....dah 11 thn lebih aku hidup bersamanya....11 thn juga dia menjadi suri dlaam idupku...menjadi rakan kongsi dalam segala hal...kehadirannya dalam idupku satu rahmat dan anugerah yg terindah yang aku ada.....anugerah dari ilahi...Hasil perkongsiaan itu kami dikurniakan 4 org puteri yang comel, cerdik dan mendamaikan jiwa...

Mungkin sejak akhir2 ini dia.....semakin merasa jauh ati dengan apa yg telah aku lakukan terhadapnya...mungkin dia merasakan kasih sayangku terhadapnya semakin berkurangan.....tapi itu semua cuma persepsi yg berlegar2 dalam mindanya yang sering dihasut oleh pemikiran2 yang negetif...secara langsung di on9 internet ni saya ingin bagitau is3 aku..bahawa aku tetap cintakan dia, sayangkan dia n dia tetap is3 aku selagi nyawaku di badan....mungkin kenyataan ini sekain diragui...dalam atiku hanya aku ngan Allah je yang tau kebenarannya....aku sneitasa berdoa dan sentiasa berusaha agar kau AIda bt Samat milikku sepanjang hayatku...aku xpernah menyesal atau meragui keputusan aku menjadi suamimu dulu, kini n selamanya....selamat hari lahir utkmu sekali lagi....moga kau bahagia menjadi is3ku, ibu kepada puteri2ku n xmenyesali sekali pun apa2 je yang pernah kita lalui bersama n akan kita hadapi bersama dulu, kini n selagi hayat di kandung badan....

Jumaat, Jun 18

BERMASALAH BESAR KE JIKA BERBEZA NGAN ORANG LAIN....?



seorang rakan yang bertanya
KENAPA SUKARNYA
HUBUNGAN SAYA DENGAN ORANG LAIN
ada sahaja ketidaksempurnaan
KENAPA

satu ayat yang suka dipetik
KECELAKAAN PALING BESAR
DALAM HUBUNGAN SOSIAL BILA
KITA TIDAK DIPEDULIKAN
semuanya tentunya bermula dengan diri sendiri.
kita berkongsi kemahiran ini
sedarkan tiada orang yang sempurna
kadang2 kita merasa yang kita
' lebih sempurna ' dari orang lain.
percayalah tidak ada sesiapa yang sempurna.
hormati hak orang lain menonjolkan
perbezaan mereka
jangan timbulkan kebencian hanya disebabkan
kita memang berbeza.

tegur biar dengan cara yang betul
kebanyak orang tidak suka diberitahu
itu salah
kita kena percaya semua orang betul
atas kapasti diri sendiri
untuk itu hati2.

Moral Cerita
kita memang berbeza
fasiologinya.sosiologinya.psikologinya
semuanya akan membentuk nilai
yang menjadikan kita memang
BERBEZA

adakah itu satu alasan besar
untuk menjadikan kita terus berbeza.

Isnin, Mei 3

SIAPA YANG BOLEH KITA PANGGIL SEBAGAI SAHABAT





Sahabat dengan kawan tu sama ke maksudnya……?

• Maksudnya hampir serupa tapi xsama…..ada di kalangan orang yang kenal cuma boleh kita panggil mereka kawan dan cuma segelintir daripada mereka yang boleh kita anugerahkan gelaran sahabat.

Kawan?
Apa yang kita maksudkan dengan perkataan kawan?
• Kalau ada perumpaan yang sesuai untuk kawan…bolehlah kita ibaratkannya sebagai sebatang pen yang terletak kemas di poket.
• Kadang-kadang pen amat penting, amat berguna, terutamanya di kalangan guru dan murid,
• Kadang2 lngsung xberguna, terutamanya bila pen dah habis dakwat,
• Kalau pen dakwat cair kadang2 dakwatnya melimpah hingga merebaklah dakwat hitam@ biru di poket baju kita.
• Itulah kawan, kadang2 berguna tp kadang-kadang menyusahkan kita.

Sahabat?
• Sahabat pula bole kita gambarkan mcm baju yang kita pakai sekarang ni….ianya melindungi kita, menjadikan kita cantik, indah, menawan, menjadikan kita sempurna di mata orang lain.
• Cuba bayangkan kita xberbaju sekarang ni….apa jadi…sempurnakah kita…
• Xkira apa pun perkerjaan kita, atau kaya@miskin semuanya perlukan pakaian utk melindun gi aurat dan kehormatan diri….
• Baju@pakaian mahu sentiasa bersama kita, melindungi kita, kalu kita berpanas dia akan sama berpanas dan bermandi peluh, kalu kita sejuk dia membungkus tubuh kita dari kedinginan.

Persoalannya
• Ramai ke di kalangan orang2 yang kenal di sekeliling kita layak kita panggil sahabat?
• Yang sanggup melindungi kita, sangat berjasa, sangat baik, sangat menyokong, sangat segala2nya yan baik2.
• Sebetul2 istilah sahabat mcm zaman nabi dulu digambarkan sebagai para sahabat rasulullah umpama bintang di langit dan rasulullah pula umpama bulan di waktu malam.
• Betapa indahnya mlm kalu ada bulan mengambang pastu ada plak bintang2 berkelipan.
• Xpernah kita Nampak bintang2 bergaduh sesame sendiri, tp yg bese kita tengok bintang teus ngan setia menerangi mlm di tempatnya, xde perasaan dengki, mengkhianati rakan, xpentingkan diri sendiri, yg pasti bintang2 terus merngindahkan bulan, sahabatnya.

Peranan kita..
• Untuk kita mendapat sahabat yang baik, kita perlu terlebih dahulu memiliki ciri2 sahabat yang baik.
• Nak jadi sahabat kita kena ada ciri2 sahabat
• Nak dapat sahabat kita terlebih dahalu kena jadi sahabat

Mutiasa Kata
Untuk jadi seorang yang bertanggungjawab
• itu merupakan warganegara yg baik
• pemimpin yang jujur
• pengikut yang taat
• majikan yang bertimbang rasa
• pekerja yang cekap
• yang paling penting perlu ada sahabat yang setia