Jumaat, Januari 1

APA PILIHAN YANG KITA ADA....?


Dalam hidup kita kita mungkin biasa berhadapan
dengan keadaan macam ni..
Sakit hati.Geram.Putus Asa. Mengeluh.Tidak bermaya.Marah. Merungut. Baran.Kecil Hati.Dendam.Benci.Tak Buat HomeWork.Tak Bertanya...

Itu sebahagian dari situasi negetif yang kita hadapi – suka @ tidak itulah kita.
Semuanya bermula bila kita tidak SUKA dengan apa yg kita lakukan.
Kita MESTI lakukan sesuatu perkara yg bukan kita mahu.
Kita MESTI pilih sesuatu perkara ygn tidak tidak pilih
Kita MESTI lalui hari2 yang kita tidak suka lalui.
TAPI KITA LAKUKAN SEMUANYA
DENGAN BEBALAN DI ATAS.

Semua itu kita install dalam Minda di Bawah Sedar maka jadilah kita apa yg kita installkan.dan apa saja yang pekerjaan yang diamanahkan kepada saya...
Cuma latihan ini….

SAYA MESTI SANGAT CEMERLANG dalam apa je pekerjaan yang saya lakukan baik dalam akademik, sahsiah, sukan
( mesti lakukan bermakna kita tidak memilih )
KALAU TIDAK sangat cemeralng AKAN JADI cemerlang
KALAU TIDAK cemerlang AKAN JADI memuaskan je
KALAU TIDAK memuaskan je AKAN JADI cukup2 makan je
KALAU TIDAK cukup2 makan je AKAN JADI tidak mencapai tahap minimum yang ditetapkan
AKHIRNYA SAYA MEMILIH UNTUK sangat cemerlang

Perkataan MEMILIH yang kita akan install
seterusnya kita bertangungjawab dengan apa yg kita pilih……
SAYA MESTI TAMBAH ILMU DALAM BIDANG PEKERJAAN KITA
( sebenarnya malas juga )
KALAU SAYA TIDAK RAJIN TAMBAH ILMU SAYA AKAN JADI BODOH
KALAU SAYA JADI BODOH SAYA XDE KEJE
KALAU SAYA XDE KEJE SAYA XDE DUIT
KALU XDE DUIT AWEK CARI ORANG LAIN
KALAU DIA CARI ORANG LAIN SAYA BUNUH DIA
KALAU SAYA BUNUH DIA SAYA MASUK JEL
KALAU MASUK JEL KENA GANTUNG
AKHIRNYA SAYA MEMILIH UNTUK BACA BUKU

MORAL CERITA
Dalam hidup sehari2 itulah kita.
Kita MESTI BUAT perkara2 yg kita tidak suka buat.
Kita TERPAKSA laku.
Dan kita lakukan.
Apa yang kita TUKAR : MESTI KEPADA MEMILIH
akhirnya kita rasanya LEGA.
Dalam hidup kita kita mungkin biasa berhadapan
dengan keadaan macam ni..
Sakit hati.Geram.Putus Asa. Mengeluh.Tidak bermaya.Marah. Merungut. Baran.Kecil Hati.Dendam.Benci.Tak Buat HomeWork.Tak Bertanya...

Itu sebahagian dari situasi negetif yang kita hadapi – suka @ tidak itulah kita.
Semuanya bermula bila kita tidak SUKA dengan apa yg kita lakukan.
Kita MESTI lakukan sesuatu perkara yg bukan kita mahu.
Kita MESTI pilih sesuatu perkara ygn tidak tidak pilih
Kita MESTI lalui hari2 yang kita tidak suka lalui.

TAPI KITA LAKUKAN SEMUANYA
DENGAN BEBALAN DI ATAS.
Semua itu kita install dalam Minda di Bawah Sedar maka jadilah kita apa yg kita installkan.
Cuma latihan ini….
SAYA MESTI A
( mesti lakukan bermakna kita tidak memilih )
KALAU TIDAK A AKAN JADI B
KALAU TIDAK B AKAN JADI C
KALAU TIDAK C AKAN JADI D
KALAU TIDAK D AKAN JADI E
AKHIRNYA SAYA MEMILIH UNTUK A
Perkataan MEMILIH yang kita akan install
seterusnya kita bertangungjawab dengan apa yg kita pilih……
SAYA MESTI BACA BUKU
( sebenarnya malas juga )
KALAU SAYA TIDAK BACA BUKU SAYA AKAN JADI BODOH
KALAU SAYA JADI BODOH AWEK CARI ORANG LAIN
KALAU DIA CARI ORANG LAIN SAYA BUNUH DIA
KALAU SAYA BUNUH DIA SAYA MASUK JEL
KALAU MASUK JEL KENA GANTUNG
AKHIRNYA SAYA MEMILIH UNTUK BACA BUKU
Dari Jinggo
Dalam hidup sehari2 itulah kita.
Kita MESTI BUAT perkara2 yg kita tidak suka buat.
Kita TERPAKSA laku.
Dan kita lakukan.
Apa yang kita TUKAR : MESTI KEPADA MEMILIH
akhirnya kita rasanya LEGA.

LUPAKAN PERISTIWA LALU...BINALAH KEHIDUPAN BARU...



Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu, sma ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan, dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir. Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan, dan kegagalan lagi. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda inginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya , bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payudara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata? Padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda.

Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan , sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan.Allah SWT telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat :

Itulah umat yang telah lalu.........(Al-Baqarah: 134)

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu. Orang yang kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenk-moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu :

"Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya"

Dalam sebuah riwayat diceritakan , bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai "Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu?" Keldai itu menjawab : "Kerana aku tidak suka kebohongan."

Bencana dapat menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini dan meyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya mustahil.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan, setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan

PERNAHKAH ATAU BIASAKAH KITA BUAT BENDA MACAM NI....



Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat sidia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasastresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untukmenambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yangtersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudiansemasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, taksengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manjapada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketikaitu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi janganbesar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda sepertimengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkandaripa da nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintutu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnyatersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mestiseronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menontontelevisyen atau semasa berbual-bual. .

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnyadan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah sepertiorang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bilasudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada andaperkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya danwaktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda puladimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nakjuga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketikabersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri punkurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut sidia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buatdengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulahterancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apasalahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanyadilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepasmandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasahendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidakbiasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, merekatentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknyamenambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanyaterutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pulapada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergeseldengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini jugaboleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.Elok- elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes nayajadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika dudukbersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pastihatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik kerumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasadirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlutunggu- tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Olehitu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Biladah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkanpakai annya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar sidia

PERBEZAAN PANDANGAN KITA DGN KANAK2



Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin.

Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin. Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya,

"Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor kucing dan mereka ada empat.

Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung.

Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam.

Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kaki langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang.

Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.

Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka.

Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka, "LEBIH SESUAI LAGI....
"ALLAH SAHAJA YG MEMBERI REZEKI PERTOLONGAN DAN PERLINDUNGAN)

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata,

"Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita"

"Teman Sejati Bukan yang Selalu Dekat Di Mata, Dekat Bicaranya Tetapi Dia yang Setia di Hati dan Diingati Dalam Setiap Bisikan Doanya"

SALAH KE BERIMPIAN SETINGGI AWAN DI LANGIT BIRU....





MAT JENIN: Anda kenal siapa dia ini yang bernama Mat Jenin? Tidak syak lagi. Saya pasti semua rakyat Malaysia mengenalinya. Dia adalah satu nama yang digambarkan seseorang yang amat gemar berangan-angan. Persoalannya di sini adakah beliau berjaya? Jika dilihat kembali kepada kisah Mat Jenin melalui yang sering diceritakan, beliau menemui ajal kerana terjatuh dari pokok kelapa kerana beliau terlalu banyak berangan semasa di atas pokok kelapa memetik buah kelapa milik saudagar. Salah ke kita berangan2 atau membina impian setinggi angan2 Mat Jenin?

Adakah ini benar-benar berlaku? Atau semata-mata ditamatkan kisahnya oleh pihak penjajah dan direka-reka untuk 'membunuh' orang Melayu dari sentiasa memasang serta mempunyai impian yang besar. Pernahkah kita terfikir berkenaan hal demikian? Jika dilihat, kisahnya merupakan satu kisah yang menarik dari gaya dan kisah Mat Jenin memasang impian.

Mari saya ceritakan kembali kisah impian Mat Jenin. Kisah ini saya olah kembali agar kita mudah difahami. Begini kisahnya..

Mat Jenin bermula dengan mengambil upah memetik kelapa dari seorang saudagar. Dari upah tersebut beliau ber'angan-angan' membela dua ekor anak ayam, seekor jantan dan seekor lagi betina. Selepas ayamnya membesar, yang jantan pasti akan tertarik kepada yang betina dan oleh kerana itu yang betina pasti akan bertelur. Sebahagian telur itu Mat Jenin akan jual dan sebahagian lagi dibiarkan untuk menetas. Setelah beberapa ketika, ayam-ayamnya pasti akan bertambah dari semasa ke semasa.

Kemudian ayam-ayamnya dijual dan Mat Jenin bercadang membeli kambing pula. Mat Jenin menggunakan proses yang sama seperti mula-mula beliau membela ayam. Pada satu ketika pasti kambing belaannya membiak dan terus membiak. Sebahagiannya dijual dan sebahagian dibiarkan terus membiak. Langkah seterusnya Mat Jenin beralih kepada lembu pula. Mat Jenin tetap menggunakan proses yang sama. Mat Jenin yakin dia pasti akan menjadi kaya dengan bisnes yang dia jalankan. Impiannya untuk berkahwin dengan puteri raja.

Baiklah. Dari kisah 'angan-angan' Mat Jenin di atas apakah pengajaran yang kita dapat ambil? Pada hemat saya Mat Jenin menggunakan konsep pepatah Melayu yang berbunyi 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Secara implikasi konsep inilah yang perlu ada dalam fikiran kita untuk membentuk kejayaan. Adakah anda semua ingin berjaya? Saya yakin semuanya mahu berjaya. Langkah permulaan untuk berjaya adalah dengan memasang impian.Dari perancangannya..Impian Mat Jenin telah disusun dan dirancang dengan begitu teliti dan rapi sekali..tp di mana silapnya sehinggakan semua orang melayu menganggap Mat Jenin bukan contoh terbaik dalam membina impian....Adakah orang melayu menganggap kita semua xperlu berangan setinggi awan di langit sebab..beranggapan orang melayu akan sentiasa gagal dalam menggapai impian mereka..?

Mengapa tidak kita menjadi seperti Mat Jenin. Sentiasa memikirkan masa hadapan bermula dengan hari ini apa yang kita lakukan. Terbukti apa yang dikatakan angan-angannya itu jelas atau detail. Ini menjelaskan apa yang dia mahukan pada masa hadapan.

Ramai yang mengatakan 'angan-angan' sesuatu perkara yang sia-sia. Sehinggakan jika kita mahukan sesuatu kejayaan masa hadapan dan bila kita luahkan pasti ada sahaja kata-kata yang 'membunuh'. Bunyinya mungkin seperti ini, 'Tak perlukan kau berangan-angan' ataupun 'Kau ni berangan-angan saja, macam Mat Jenin'. Mereka menghapuskan impian yang kita telah bina dan ingin lakukan. Oleh itu, saya mengajak anda semua, ayuh, marilah berangan-angan.

Mengapa agaknya saya mengajak anda semua berangan-angan? Mungkin ada yang mengatakan, 'Buat apa nak berangan-angan ni, membazir saja'. Adakah anda yang sedang orangnya? Saya berharap serta yakin anda yang sedang membaca adalah seorang yang berfikir dan berjiwa besar. Anda pasti sedang berkobar-kobar mahukan kejayaan secara jelas.

Hakikatnya impian semalam merupakan hakikat hari ini andai dibajai dengan usaha dan perancangan yang sebenar-benarnya. Jangan biarkan ia sia-sia hanya sekadar impian yang tidak pernah untuk diusahakan. Setiap suatu perkara perlu di dahului dengan satu impian. Tidak salah untuk kita berimpian besar kerana andai tidak di capai impian itu, sekurang-kurangnya akan ada impian-impian kecil tercapai dalam perjalanan kita untuk mencapai impian yang besar.

Ayuh, mari kita telusuri suatu kisah yang bagi saya mampu mendorong kita semua untuk memasang impian yang besar. Kisah ini adalah kisah seorang sahabat Rasulullah iaitu Saidina Umar Al Khattab.


Suatu hari Umar al Khattab r.a. sedang duduk berbicara dengan sahabat-sahabat beliau. Maka Umar berkata kepada sahabatnya, “Impikanlah”. Maka salah seorang sahabat yang hadir berkata, “Saya berangan-angan untuk memiliki banyak wang dan akan saya belanjakan untuk memerdekakan hamba dalam rangka meraih lebih redha Allah.”Seorang yang lain menyahut, “Kalau saya, saya mengimpikan memiliki harta yang banyak lalu saya belanjakan fi sabilillah”. Yang lain menyahut, “Kalau saya mengangankan mempunyai tubuh yang kuat lalu saya abdikan diri untuk memberi air zam zam kepada jemaah haji satu persatu.”

Setelah mendengar semua itu, maka Umar berkata, “Aku mengimpikan akan ada pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Musab bin Umair yang mana akan menegakkan agama ini di muka bumi.”

Apakah pula pengajaran yang anda dapat dari kisah ini? Jawapannya pastilah BERIMPIANLAH. Tiada salah untuk berimpian besar untuk merentas masa hadapan. Umar sendiri memandang jauh ke hadapan melangkaui zamannya. Bahkan Umar menggemari orang yang mempunyai impian besar. Apa tunggu lagi? Mari membuat impian yang bakal mengubah diri kita demi memberi impak kejayaan.

Segalanya boleh menjadi kenyataan. Namun, ianya hanya menjadi realiti jika kita berusaha untuk mendapatkannya. Janganlah hanya duduk diam tanpa melakukan apa-apa. Bagaikan 'pungguk rindukan bulan' serta 'bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba'. Lakukan sebaik mungkin tanpa menyerah kepada kegagalan. Ini kerana 'Anda adalah apa yang anda fikirkan'.

Hayatilah..

Realisasikan angan-angan yang ada. Jangan abaikan ya.!Ada mampu jadikan kenyataan. Percayalah dan serlahkan!

'PUTUS ASA' RACUN KEHIDUPAN


'PUTUS ASA 'Merupakan satu perkataan negatif yang akan memberi kejatuhan dan kerendahan diri kepada diri setiap insan yang ada pada diri mereka. Termaktub dalam Al-Quran bahawa manusia sering patah hati, mengalah dan berputus asa. Berputus ada dan cepat mengalah sendiri adalah penyakit hati yang perlu diubati.

Namun perlu diingatkan kepada diri sendiri bahawa setiap cubaan dan dugaan yang hadir adalah merupakan ujian untuk memperlihatkan ketekunan dan kesungguhan kita melakukan sesuatu pekerjaan mencipta masa hadapan. Tiada perlu putus asa dengan kesusahan yang sedikit ini. Teruskan bersyukr. Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal dan syukur.

Apabila berada dalam kesakitan mahupun dalam kegagalan teruslah berusaha untuk mencari penawar penyakit dan melepaskan diri dari kegagalan seterusnya menuju ke arah kejayaan.

Jangan pernah berhenti berusaha. Kata-kata positif menjadi satu langkah untuk terus berusaha. Jadikan impian sebagai perangsang untuk mengecapi apa yang diusahakan. Letakkan matlamat diri di tempat-tempat yang mudah dilihat dan diperhatikan oleh kita setiap hari. Ia adalah menifestasi yang amat berkesan apatah lagi untuk mengelakkan kita cepat mengalah dan berputus asa.

Maxwell Maltz dalam bukunya Psycho-Cybernetics menyatakan “jangan pernah menyerah pada kelemahan-kelemahan Anda.” Maksudnya di sini adalah tukarkan kelemahan kepada kekuatan. Diperlukan perubahan mendadak untuk mengelakkan kelemahan dalam diri yang mana bakal dijadikan ancaman. Namun, seelok-eloknya lakukan perubahan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Jangan pernah berputus asa!

Kata-kata adalah doa untuk terus tidak mengalah dan berputus asa. kesilapan orang kita adalah apabila dalam keadaan sakit asyik berkata. 'Aku sakit. Entah bilalah hendak sembuh'. Perkataan yang asyik diulang adalah sakit sahaja. Ia menjadikan dirinya akan terus sakit.

'InsyaAllah dengan usaha yang aku lakukan pasti aku akan sembuh. Doakan aku bersama-sama.' Manifestasi diri ke arah diri lebih positif akan menjadikan diri semakin yakin dan percaya ke arah lebih baik serta positif.

Sekali kita mengalah atau berputus asa, akan menjadikan kita terlepas dari peluang untuk mendapat perkara yang lebih baik untuk masa hadapan. Bukankah kita semua tahu bahawa semua apa yang terjadi pasti mempunyai hikmah tersendiri. Dalam erti kata lain ianya pasti mempunyai kebaikan yang sama ada kita sedar atau tidak.

Jadilah seperti Rasulullah yang tidak mengenal kalah dan berputus asa dari pelbagai rintangan dan cubaan melanda kepada diri baginda. Baginda tetap meneruskan usaha dan perjuangan baginda memartabatkan agama Islam yang tercinta. Tetaplah bersabar dan terus berusaha.

Cuba kita fikirkan bagaimana sekiranya pencipta-pencipta sebelum ini jika mereka mengalah dan berputus asa atas hakikat percubaan mereka. sebagai contohnya Thomas Alva Edison dalam penciptaannya yang memberikan sinar cahaya kepada semua. Apakah yang beliau ciptakan? Ianya adalah mentol. Diperkatakan yang mana belaiu telah gagal beribu-ribu kali banyaknya. Ada yang menjelaskan beliau telah menghadapai 99% kegagalan sebelum mendapat kejayaan 1%. Ada pula yang mengatakan 1000 kali beliau gagal dan cuma kali ke 1001 barulah beliau berjaya dalam penciptaannya.

Kita sememangnya diuji dengan pelbagai dugaan. Bersabarlah. Gagal bukan bermaksud kamu akan gagal buat selama-lamanya. Mungkin masanya akan tiba tanpa kamu sedari. Ambil pengajaran daripada kegagalan yang telah berlaku. Ubah strategi perlaksanaan dari apa yang kamu lakukan sebelum kamu gagal itu.

Gunakan 'trial and error approach' ataupun dalam erti kata lain mencuba dan terus mencuba.Bersemangatlah dan teruskan berusaha. Bertemu kita di mercu kejayaan.

Mari merentas masa hadapan..

Senangnya cakap sabolah bila ada masalah ekk...


Apa yang aku tulis ini khas aku tujukan pada diri aku sendiri..tapi kalu ada sahabat2 rasa ianya berguna utk korang semua...gunakanlah...kadang2 bile aku ada masalah aku selalu pujuk diri aku sendiri, tulis apa yang aku rasa bole sejukkan ati aku..xkira apa situasi yang membuatkan ati aku runsing, marah, sedih, kecewa, mcm2 lagi le...pastu ok le sikit...bile dah tulis aku baca semula...kalu xsesuai aku edit semula berkali2 supaya hati aku dapat merasakan ianya boleh dilaksanakan bagi meredakan stress di ati aku....

Dugaan dan cubaan adalah lumrah dalam setiap kehidupan manusia. Dijadikan segala ujian adalah untuk menduga kesabaran dan juga mengajar erti ketabahan diri.

Sememangnya teramat sukar untuk menerapkan rasa sabar kecuali bagi orang yang berfikir. Biasanya ramai yang akan menyalahkan takdir ketentuan Qada' Qadar Allah. Ini terjadi disebabkan oleh rasa hati tiada memikirkan hikmah kejadian dan ketentuan ketetapan atas apa sahaja yang berlaku.

Pintalah kekuatan daripada Yang Hak ditetapkan hati kita untuk sentiasa sabar dan tabah atas segala apa yang mungkin akan berlaku. Terutamanya kegagalan dalam apa jua perkara. Inilah yang diberikan atas ketetapan Yang Hak tertakluk atas perancangannya.

Sabar sememangnya memerlukan sokongan dan bantuan dari segenap diri mahupun sekeliling. Kita mungkin mampu berbicara dengan diri sendiri, namun jika diminta bantuan pasti akan membantu.

"Bukankah ketentuanNya lebih tepat berbanding dengan perancangan kita hambaNya. Namun teruslah merancang serta berusaha dengan kuat secara berterusan"

Sabar dan redha menjadi intipati kepada kekuatan diri, minda serta fizikal. Diri yang sentiasa berfikir dan menghayati segala ilmu yang ada di dada pasti memberikan impak positif kepada semua perkara. Ia pastinya memerlukan penghayatan berterusan dan melihat jauh ke hadapan melanghkui atas apa yang terjadi.

Jangan pernah mengatakan perkara yang telah terjadi tidak adil kepada kita. Ia seakan-akan menyalahkan ketetapan dariNya. Apa yang penting kita berdoa agar segala urusan kita dipermudahkan dan diberkati. Menangislah jika dirasakan perlu. Namun begitu titiskanlah air matamu berpada-pada dan sekadarnya. Kesedihan juga adalah lumrah bagi setiap insan.

Terapkanlah rasa redha dan tawakkal dalam diri. Serahkan segala ketentuan masa akan datang kepadaNya. Jangan berhenti berdoa, berusaha, istiqamah, tawakkal serta syukur kepadaNya. Jangan menyesal atas usaha yang telah dilakukan. Bukanlah sedikit ujian ini dihadirkan untuk menguji kita agar sentiasa mengingatiNya.

Berusahalah sedaya upaya atas apa yang kita hajati. Selagi umur dan nyawa kita masih ada jangan pernah berhenti berusaha. Kegagalan atau musibah yang berlaku perlu diambil iktibar dan diperbaiki untuk berjaya di masa hadapan.

Tetapkanlah hati kita untuk terus bersabar dalam membina langkah maju dalam merentas masa hadapan yang cemerlang. Apa yang berlaku telah berlaku dan ia sememangnya tidak mungkin akan berpatah kembali ke belakang.

Sering ramai yang tertanya-tanya cara untuk bersabar. Di sini disenaraikan sedikit langkah yang dirasakan mampu untuk membina rasa sabar.

Mengetahui rahmat dan kasih sayang tercipta, Yakin dan percaya janji Allah yang mana dalam satu kesulitan mempunyai dua kemudahan, Memohon pertolongan dari segala hal,Teruskan berusaha dengan kesungguhan, Beriman kepada ketentuannya dengan ikhlas dan taat.

Menggapai Bintang di tahun 2010!


"Aduh, susahnya nak ambil bintang. Tingginya, tak tercapai.."

BINTANG: Kerlipannya amat indah sekali. Adakah korang bersetuju dengan aku? Berbagai ungkapan diberikan kepada bintang-bintang. Malah seseorang yang hebat dan popular diberi jolokan superstar. Jika dulu semasa rancangan 'sinaran' juga sering pengacara bertanyakan kepada juri 'Berapakah bintang yang diberikan kepada peserta?'. Ingat lagi? Lagi banyak bintang diberikan lagi hebatlah persembahan yang telah ditunjukkan. (ketika itu tiada lagi sistem sms seperti sekarang)

Kita berbalik kepada masa lepas kita. Semasa kita sentiasa mengharapkan bintang. Bilakah masa yang anda rasakan? Cuba imbas kembali. Ya, benar. Ianya semasa kita di alam kanak-kanak. Inilah masa yang paling indah sekali. Sering tertunggu-tunggu berapa bintang yang cikgu berikan atas hasil usaha kerja rumah yang kita siapkan. 'Awak dapat berapa bintang? Saya dapat lima bintang.' Dibeza-bezakan pula dengan sahabat sekelas. Bintang pemberian guru menaikkan semangat untuk terus maju ke hadapan.

Spesifikasi Bintang

Bintang dalam erti kata lain adalah digambarkan kepada sesuatu yang amat indah. Cahaya malam ditemani bulan dan bintang amat menyenangkan dan mententeramkan jiwa. Bahkan jika dahulu bintang menjadi elemen yang amat penting kepada mereka yang berkelana terutama nakhoda kapal. Bintang menjadi panduan arah ke mana destinasi mereka seterusnya yang perlu dituju. Ini membuktikan bintang bukan sahaja indah di mata namun amat berguna sekali. korang setuju?

Pembentukan dan penciptaan bintang juga amat menakjubkan. korang tahu bagaimana bintang terjadi? Mengikut kajian, bintang terhasil setelah berjuta-juta tahun ia berada di angkasa. Ia bermula dengan tiada kerlipan dan cahaya indah langsung. Dapat korang bayangkan? Ianya bagaikan pudar dan kelam. Namun, masa tidak mengira hasil kini. Apabila ia bersinar, berkerlipan, berkilau ia memberikan manfaat. Walaupun jauh berjuta-juta batu ia tetap memberikan yang terbaik untuk keseluruhan alam.

Pengajaran Bintang

Kita cuba ambilkan pengajaran dan tujuan penghasilan bintang itu. Kita selitkan dengan kejayaan dan juga impian mendalam. Setiap orang meninginkan kepada kejayaan. korang semua setuju? Tiada siapa yang mahukan kegagalan. Kejayaan membuktikan hidupnya bersinar-sinar dengan kecerahan. Untuk mendapat kejayaan mulakanlah dengan impian. Sebelum aku teruskan, aku ingin bertanya. Apakah impian korang sempena 2010? Nyatakan dengan semangat. Dengan itu membuktikan korang benar-benar mahukannya. Nyatakan juga dengan jelas ya. Jawapannya bukan sekadar 'aku ingin berjaya dalam hidup'. Ia perlu lebih komprehensif dan detail. Bagaimana yang korang maksudkan dengan berjaya. Itu yang aku mahukan.

Impian yang dinyatakan dengan tegas, semangat, jelas membuktikan kejayaan akan benar-benar berlu. Percayalah, ia akan dapat direalisasikan. Sebagai contoh jika anda mahukan 10A+ (sistem baru mulai tahun 2009) dalam SPM maka luahkan dan tuliskan. Realisasikan impian juga dengan usaha berterusan dan smart. Jelas sekali jika sekadar berimpian tanpa berusaha ia akan di bawa terbang oleh angin yang kuat sekali.

Impian Menjadi Kenyataan

Dikongsikan di sini kisah Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri. Siapa yang kenal beliau? aku yakin akan semua kenal akan nama ini (walaupun tidak pernah bersua). Sinonim sebgai Angkasawan Negara. Sebagai angkasawan pertama di hantar oleh Malaysia menjelajah angkasa, beliau mempunyai cerita tersendiri. Seawal umut 10 tahun lagi. Wow! Hebatnya. Nampaknya impian menggapai bintang telah dicapai. Dikisahkan ketika itu beliau melihat gambar di sebuah buku. Jelas, impiannya telah menjadi kenyataan untuk menggapai bintang.

Banyak lagi kisah-kisah insan yang menetapkan impian seawal usia mahupun di tengah-tengah usia untuk mencipta kejayaan. Susah payah, penat jerih terpaksa dilalui demi kejayaan. Tidak disangkal lagi jika menyebut nama Prof. Dr Sidek Baba, Prof. Ungku Aziz, Syed Mokhtar Al-Bukhary, Azizi Ali, Dr Irfan Khairi dan banyak lagi*. Cubalah kita contohi mereka dan cipta kejayaan tersendiri.

Sekarang setelah kita tanya diri kita, tanyakan pula pada anak-anak kita, adik beradik, sahabat-sahabat mahupun pelajar-pelajar apakah impian mereka? Lihat pada jawapan mereka:____________________________(Isikan tempat kosong). Apakah agaknya impian mereka ya?

selepas putus cinta apa anda buat


Sebagai Hadiah Awal tahun, aku nak korang pilih apa jawapan yang akan korang buat bile korang putus cinta...aku xnak jawapan yang standard tapi aku nak jawapan yang korang rasa korang akan buat....bile putus cinta....kalu boleh pilih 5 dari 20 pilihan jawapan yang disediakan..pastu bagi le komen kat ruangan di bawah petikan ni..sebagai cenderahati untuk aku..apa2 tima kasih kerana sentiasa memberi sokongan pada aku selama ni k..salam persahabatan berpanjangan untuk korang semua...

1. menangis

2. marah-marah

3. sakit hati

4. rindu

5. benci

6. jadi gila

7. tak rasa apa2

8. hilang keyakinan diri

9. serik

10.nak bunuh diri

11.menangis

12.rindu

13.sakit hati

14.Hilang keyakinan diri

15.tak rasa apa2

16.serik

17.marah-marah

18.nak bunuh diri

19.jadi gila

20.benci

selepas putus cinta apa anda buat

1. menangis
2. marah-marah
3. sakit hati
4. rindu
5. benci
6. jadi gila
7. tak rasa apa2
8. hilang keyakinan diri

9. serik
10.nak bunuh diri
11.menangis
rindu
sakit hati
hilang keyakinan diri
tak rasa apa2
serik
marah-marah
nak bunuh diri jadi gila
benci
Current Total 708

265 comments

PERINGATAN UNTUK SEMUA SEMPENA 2010....


What love is all about? Cinta boleh membuatkan kita bahagia, cinta juga boleh merobek hati! Siapakah PENCINTA HEBAT di Zaman ini? Ina Naim? Lydia Ibtisam dalam IMPIAN ILYANA? PUTERI SARAH LIYANA dan MAWI? Elyana atau OPIE dalam DUNIA BARU? JULIE ZIEGLER dalam KAYANGAN? Apa-apa pun cuba renungkan erti CINTA di bawah!
Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.