Ahad, Disember 27

CAMNE NAK NILAI KECANTIKAN SEJATI...?


Sememangnya ramai di antara kita yang lebih memberi perhatian kepada kecantikan fizikal. Rupa wajah, pakaian dan hiasan luar antara aspek yang diberi penekanan.
Namun kecantikan dalaman tidak kurang pentingnya.

Apa yang dimaksudkan dengan kecantikan dalaman?
Dalam bahasa mudahnya, ia adalah pancaran keperibadian positif seseorang.
Kecantikan dalaman, yang boleh juga disebut sebagai keindahan dalaman (‘inner beauty’), memancarkan atribut seperti keperibadian, kecerdasan,
ketrampilan dan wawasan seseorang.

Kecantikan dalaman adalah konsep kecantikan atau keindahan keperibadian seseorang yang sejati.
Jika kita memilikinya,
bererti kita amat mengenali diri kita.
Kita tidak terlalu yakin diri atau sombong
tetapi tidak pula merendah diri, pemalu
dan takut melakukan sesuatu yang sewajarnya.
Kecantikan dalaman memberikan kita satu kekuatan atau keberanian.
Kecantikan dalaman boleh diperoleh dengan dua cara,
sama ada secara semulajadi atau
melalui proses interaksi dengan alam lingkungan.

Ada orang bernasib baik kerana memperoleh sifat ini sejak dilahir tetapi yang lainnya terpaksa membatinkannya melalui proses pembelajaran dengan alam sekeliling.
Soalnya bagaimana hendak membangunkan kecantikan
daripada dalam diri kita?

Pertama
kita mulai dengan mengenal diri kita yang sebenar-benarnya. Kita harus berani mengakui kelemahan, kekurangan, kelebihan dan keunggulan kita.
Malahan kita harus berlapang dada menerima kritikan dan saranan daripada orang lain kerana mungkin tidak semua sisi diri kita yang mampu kita mengenalinya.

Kedua
lihatlah dunia sekeliling dengan pandangan positif.
Jangan buruk sangka dan cubalah untuk melihat sesuatu kekurangan
dengan mencari sisi positifnya.Memang tidak semua hal yang terjadi sesuai dengan keinginan kita. Kalau ada hal yang tidak sesuai, kita harus ikhlas menerima bahawa inilah bahagian hidup yang harus kita jalankan saat ini. Kita hanya perlu melihat sisi positif atau hikmah daripada pengalaman kita, harapannya adalah kita belajar dari pengalaman itu agar kelak dapat lebih baik lagi. Berfikiran positif dapat membantu kita merasa lebih baik dan berlaku realistik.

MORAL CERITA
kecantikan sosial VS kecantikan fizikal
ini satu lagi kepentingan yang semakin jauh diabaikan.
kita kembali kepada beberapa berbincangan sebelum nya.

KENAPA ORANG SUKA DAN SENANG DGN KITA.
kajian besar menyatakan.
kesenangan kita bukan berfaktor kepada
pandangan fizikal semata.
jadi jangan abaikan kepentingan pembinaan kecantikan dalaman.

APA YANG PALING PENTING DALAM HIDUP KITA...? HARTA ATAU BAHAGIA?




Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..

KETIGA
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KEEMPAT
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KELIMA
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KEENAM.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KETUJUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KELAPAN
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KESEMBILAN
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan
melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KESEPULUH.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KESEBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KEDUA BELAS.
Berpeganglah kepada tiga
R:1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KETIGA BELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KEEMPAT BELAS& KELIMA BELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan,
usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEENAM BELAS
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.
Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KETUJUH BELAS
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Moral Cerita
softskill.
satu kemahiran hidup yang mendamaikan.
tidak mudah untuk didatangkan
kerana ini persoalan karektor
perubahan buruk dan baik datangnya dari keinginan untuk tahu.
dimana harus diubah dan dikemaskan.

SEBAB DIYAKINI
satu senjata paling besar untuk bangun dan jatuhnya manusia
adalah kemahiran
komunikasi.

APA YANG MENYEBABKAN HATI KITA SEDIH....?


memikirkan kepada yang tak sudi, menjadikan kita macam-macam, banyak negatif daripada positifnya, sedih, sakit, kecewa, marah, hampa, geram dan mcm lagi perasaan yang negetif betul tak?

maka

Boleh ke kita lupakan saja pada yang tak sudi?,juga menjadikan kita macam-macam
negatifnya akan hampir tiada, lebih gembira, lebih ceria, lebih senyum,lebih tenteram

Boleh ke kita buang saja yang tidak sudi itu jauh-jauh, tak perlu diingat, tak perlu difikir

Boleh ke kita memikirkan ikatan yang dijalinkan itu tiada keserasian dengan tujuan memutuskan dihujungnya? atau mungkinkah juga ada yang silap penerimaan atau fahaman?
kerana...memang sedar setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan
tapi...ada hubungan-hubungan tertentu yang sukar untuk diterima perpisahan di hujungnya! walau hanya untuk sementara mungkin. kerana yang sementara itu ada kebarangkalian untuk menjadi selama-lamanya!

Mungkin kerana itu juga....menyebabkan aku tak berapa suka ada pertemuan.
opssssss....positifnya....sila fokus kepada kebaikan suatu pertemuan.....
yang juga membawa kepada kebarangkalian yang menguntungkan...

Sabtu, Disember 26

APA JAWAPAN HATI KALU KITA TANYA SOALAN NIE EKK...



Assalamualaikum .....

Tak kira sapa anda sekarang ni orang dewasa ke remaja ke ...pernah tak anda berdepan dengan orang yang anda "minati"???..apakah perasaan anda bila berdepan dengan mereka??...adakah anda menzahirkan apa yang dirase atau anda berlagak seolah-olah tidak ada apa-apa di ruangan hati anda??.....

Memang tidak dinafikan amat susah sekali untuk melepaskan diri daripada masalah hati ...tapi jangan jadikan alasan susah itu untuk membiarkan diri kita terus hanyut dan hanyut....memang agak mencabar..tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalannya...jangan pandai bercakap aja..tapi perlu ada tindakan susulan..kalo tidak mampu secara drastik buatlah ikut step.one by one.sekurang2nya anda punyai usaha untuk mencegahnya.

Memang sesuatu yang normal bila anda mempunyai minat pada jenis yang berlainan jantina..itu fitrah alam..tapi di sini saya ingin mengemukakan persoalan..bagaimana cara yang terbaik untuk mengurus perasaan seperti ini ?? saya percaya dan percaya ramai dalam kalangan remaja tidak terlepas dari masalah ini..dan tidak dinafikan memang terdedah dengan fenomena sebegini...

Tidak perlu kita memeningkan kepala untuk memikirkan caranya...ISLAM sudah mengajar segala-galanya..jadikan agama perkara yang diutamakan dan pegangan.insyaallah segalanya bisa diatur dengan sempurna....jangan ikutkan kata nafsu itu .kelak kita kan binasa..

Jangan cepat melatah,jangan cepat untuk meluahkan rase cinta pada si dia.....berhati-hati dalam memilih...

Nama diakah yang tertulis di luh mahfuz sana untuk anda?
diakah yang menemani anda jalan menuju syurga?
diri dia kah yang akan melengkapkan separuh dari agama anda?.......
kita fikirkan....berdoalah agar jodoh kita adalah orang kita minati...insyaallah..redha dgn ketentuanNYA...berdoakan agar mendapat jodoh terbaik buat diri anda semua...
bagi yang laki2, jadilah dirimu kumbang yang hebat...
bagi pompuan.jadilah bunga mawar yang mekar..

MASIHKAH WANITA MEMERLUKAN LELAKI DALAM HIDUPNYA...?



Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan di hujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat bukan saja orang muda tp orang tua juga , beragama , sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada .Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

KECEWA DAN HAMPA




Ada ke orang yang tak pernah rasa perasaan hampa dan kecewa pada sesuatu perkara atau pada seseorang yang rapat..apa tah lagi pada orang yang dipercayai, disayangi atau diletakkan harapan yang tinggi oleh diri kita sendiri. Adakah Pakar motivasi macam Dr HM Tuah, Dr Fadilah Kamsah..atau orang kaya2 hartawan xpernah kecewa dalam mengejar impian mereka.....?

Mcm mana nak gambarkan keadaan kita pada masa itu ekk....ada ke perkataan yang paling sesuai, yang ringkas dan padat untuk mewakili perasaan kita..agar mudah difahami oleh orang lain...terutamanya orang2 yang menjadi kesayangan kita...

Mcmana nak tunjukkan pada mereka semua yang kite benar2 kecewa ngan apa yang mereka buat pada kita, xkiralah dari segi perbuatan mereka ke, percakapan mereka atau sikap dan memek muka dan lengkok suara atau melalui sms atau email yang mereka kirim pada kita...

Mcmana nak hukum mereka yang dah buatkan ati kita kecewa ekk...perlu ke kita merajuk sepanjang waktu, muncungkan muka sepanjang hari, xmakan dan minum tanda protes atau larikan diri dari rumah sampai keadaan berubah....atau perlukah kite pecahkan harta benda tanda terlalu kecewa ngan apa yang berlaku.....

Kadang2 dalam hidup bermasyarakat, ngan kawan2, adik beradik, suami isteri atau kekasih hati....dalam xsedo kita kadang2 mengalami keadaan ini...kalu terlalu berterus terang ada yang xbole terima hakikat perbezaan pendapat dalam sesuatu hal tp kalu xberterus terang pendek kata makan hati berulamkan jantung sendiri..terseksa lahir apatah lagi batin.....

Dalam perkongsian hidup kite perlu bertolak ansur dalam mencari persefahaman...persefahaman perlu dibuat oleh semua org yang terlibat..kalu satu pihak je yang sentiasa menjaga persefahaman dan sering bertolak ansur...hubungan itu xakan kekal lama ...

Bile ada menghadapi masalah...ada pihak yang xmau mengalah...akan ada hati yang kecewa..perlukah kite kecewakan hati sendiri dalam menjaga hati org lain? Adakah berbaloi apa yang kite buat itu....? Adakah pengorbanan kita itu dihargai oleh orang lain...adakah semua masalah akan selesai jika kite sering mengorbankan kekecewaan diri sendiri demi membahagiakan orang lain....

Oleh itu setiap keputusan yang kite buat..pikir le yang terbaik untuk diri kita selagi tindakan kita tidak bercanggah ngan peraturan hidup di Malaysia dan tidak menyalahi hukum Agama kita....

Selasa, Disember 22

BAGAIMANA MENJANA MINDA BAWAH SEDAR ANDA MEMUPUK TABIAT YANG ANDA KEHENDAKI?

Tabiat positif ( Positif habit) adalah satu kaedah yang amat menakjubkan untuk mencapai kehidupan yang anda ingini, insyAllah. Apa yang terjadi pada diri kita sebenarnya banyak dipengaruhi oleh tabiat buruk kita tanpa kita sedari. Misalnya badan yang gemuk adalah kerana tabiat buruk makan dan malas bersenam. Kehidupan yang miskin dan tidak cukup kerana tabiat suka mencari alasan. Malah anda tidak rasa bahagia kerana ,anda lebih banyak mengamalkan tabiat yang buruk daripada yang baik.


Apa sahaja yang anda tidak suka telah berlaku kepada kehidupan anda sebenarnya dibentuk oleh tabiat-tabiat yang negatif.

Tabiat bermaksud apa sahaja amalan yang diingini dan dilakukan secara berterusan lama-kelamaan ia akan berlaku secara automatik.

Masihkah anda ingat sewaktu pertama kali belajar memandu kereta? Banyak yang anda perlu masukkan dalam minda anda. Mana nak pegang stereng, gear, clutch dan pedal minyak. Anda berasa kekok pada mulanya. Bukankah begitu? Bila anda telah biasakan diri memandu , pemanduan anda akan terjadi secara automatik. Anda tidak perlu lagi memikirkan bahagian –bahagian kereta tersebut. Sambil memikirkan perkara lain, anda mampu memandu dengan baik.

Peranan ini sebenarnya telah diambil alih oleh kebijaksanaan dan kehebatan minda bawah sedar anda!

Kapal terbang penumpang pada masa sekarang amatlah canggih dengan kelengkapan sistem pengkomputeran. Juruterbang hanya memasukkan kod-kod waktu, destinasi nak dituju dan sebagainya. Kapal terbang yang telah disetting akan terbang secara automatik dengan hanya dipantau oleh juruterbang.

Diri anda lebih canggih. Anda adalah juruterbangnya! Bawalah pesawat anda ke mana sahaja pada kehidupan yang anda kehendaki!

Tabiat sebenarnya adalah TINDAKAN BERPENGETAHUAN! Mengapa ada orang yang terus merokok? Kerana mereka tahu dengan merokok mereka dapat kenikmatan. Apabila amalan ini dilakukan beterusan ,ia akan menjadi tabiat yang memenuhi kehidupan harian.

Ingat tidak MEK yang berlakun di dalam SALAM PANTAI TIMUR?. Badannya juga gedempol tetapi sekarang hULAMAK! HEBAT! RAMPING!

MEK sedar tabiat makan yang buruk menjadikan dia GEMUK. Oleh itu pengetahuannya itu dijadikan tindakan iaitu makan dikaitkan dengan GEMUK. Oleh itu nafsu makannya dapat ditewaskan kerana makan jadikan dia gemuk. Dia telah berbulan –bulan tidak makan nasi digantikan makanan yang hanya cukup untyuk keperluan badannya. Setelah 21 hari amalan ini akan terbentuk tabiat positif.

APA TUGAS ANDA? Baiklah senaraikan tabiat yang anda inginkan dan anda mesti ada alasan dan pengetahuan yang palig kukuh mengapa anda inginkan perkara tersebut terjadi di dalam kehidupan ANDA! Lakukan selam 21 hari berturut-turut dan jangan lupa doa dan terus berdoa seterusnya bertawakal kepada Allah.
Internal Value defaultContent

Ahad, Disember 6

ANTARA ANGAN-ANGAN DAN IMPIAN...






Sejak cuti sekolah ni..xbanyak benda yang boleh aku buat..dengan masalah banjir di kebanyakan tempat..jadi risau gak jika terperangkap di tengah2 kawasan banjir tu..masak dibuatnya...so aku penuhi..masa cuti ni dengan mambaca buku tentang motivasi, tentang kejayaan, tentang membina dan memupuk rasa bahagia dalam apa juga yang kita lakukan...

Angan2..pasti semua orang yang ada angan2 xkira kanak2 ataupun orang dewasa...xsalah kita berangan2 kerana setiap impian bermula dengan angan2. Masalahnya ramai org yang gagal dalam mengajar impian mereka kerana mereka dari mula hingga ke saat ini hanya berangan2 je..tanpa ada sebarang usaha untuk mengubah ANGAN-ANGAN MENJADI IMPIAN..SERTA TIADA USAHA LANGSUNG KE ARAH MEREALISASIKAN IMPIAN KENJADI KENYATAAN....tu yang bezanya angan2 dengan impian...

Hanya insan2 yang fokus dan berdisiplin serta sentiasa tabah je yang berjaya mengubah impian dan fantasi kepada realiti...rasa seronok baca buku seperti..Biar Betul2, Buat Sampai Jadi, Nak ke Tak Nak tulisan Dr HM Tuah , Motivasi Memburu Kejayaan oleh Datuk Maznah Hamid, Berani Gagal oleh Billi P.S Lim dan paling mengkagumkan aku ialah cerita tentang Lim Goh Tong pengasas Empayar pusat peranginan dan pelancongan Genting...misi yang orang lain anggap gila..xmasuk akal oleh kebanyakan orang lain berjaya direalisasikan oleh beliau....dari hutan rimba yang tebal jadi bandar pelancongan yang terkenal di seluruh dunia...

Buku yang baru aku beli plak ialah....Lahirnya seorang Jutawan oleh Azizi Ali...mustahil ke aku nak jadi jutaan ek?..Lim Goh Tong dah buktikan xde benda yg mustahil dalam hidup kita ini jika kita sentiasa berusaha dan sentiasa tabah hadapi segala masalah dan sentiasa fokus kepada matlamat yang ingin dicapai.Lim Goh Tong tu orang cina yang bukan beragama islam...boleh berusaha sendiri, kafir yang tidak beriman kepada Allah..aku seorang islam..di samping berusaha dengan tabah, aku boleh berdoa kepada Allah yang mencipta Alam ini....Aku yakin Allah aku memakbulkan doa aku jika aku sentiasa berusaha dengan gigih dan sentiasa ada hubungan yang baik denganNya.

Ya Azizi ALi..nama yang boleh aku jadikan idola dalam usaha aku nak jadi seorang insan yang berjaya dalam setiap apa yang akan aku usahakan...setidak2nya aku boleh membina kekuatan dalaman dalam menghadai masalah dan rintangan dalam hidup dan memberi jalan altenatif dalam mencari jalan penyelesaian masalah kehidupan.
Ibarat kata2 mangsa yang terselamat dalam pesawat yang terhempas baru2 ini, beliau berpaut dengan sesuatu yang terapung beberapa minggu tanpa berputus asa. Kata beliau..dalam menghadapi sebarang masalah jangan sesekali berputus asa selagi naafas atau nyawa kita belum berhenti atau mati...Adakah kita mempunyai semangat yang sama seperti beliau...semangat seorang JUARA...kita harus sentiasa berfikir secara positif dan sentiasa beranggapan setiap masalah dicipta oleh Allah untuk diselesaikan bukan untuk kita mengelak dari menghadapinya...hanya insan2 yang terpilih je yang akan berjaya dalam apa jua kehidupannya..Aku sentiasa berusaha dan terus berusaha aku adalah salah seorang dari insan2 seperti mereka yang telah berjaya...dan aku akan menulis kisah hidup aku nanti untuk rujukan insan lain dalam membina kejayaan secara yang lebih bermoral tanpa menyusah atau menindas orang lain...kejayaan secara bermaruah..

BERJIWA SEORANG JUARA




Ada cerita yang perlu kita kongsikan pada mlm anugerah Skrin di TV3 semalam....
Kata-kata Erma Fatimah terkesan di benak saya...kata seorang juara yang perlu kita sentiasa suburkan dalam diri kita jika ingin dan berimpian bersar menjadi juara dalam apa jua yang ingin kita capai dalam perjuangan hidup kita...

teruja dengan kata mula Erma Fatima
setelah menang satu dua dan tiga
menerusi hasil tangannya
SAYA MEMANG DATANG MALAM NI
UNTUK NAIK ATAS PENTAS.
teruja dengan kata mula tu
kita kongsikan begini.

ITU MATLAMAT
masuk untuk menang.
matlamatnya jelas sejelasnya.
sudah dibayangkan : aku akan menang.
untuk menang : dikatakan erma sanggup keluar zon selesa.
masuk ke lorong hj taib.duduk dan bersembang dengan ramai orang yang tersasar.

HASILNYA
kita kongsikan lagi.
untuk menjadi pemenang ceritanya sama.
semuanya harus didahulukan dengan niat
disusuli dengan komitmen yang dizahirkan melalui matlamat

YANG KITA NAMPAK
aku adalah pemenang.
jangan diharapkan ada apa kemenangan
seandainya kita masih tidak bersedia untuk
KELUAR ZON SELESA.
percayalah.zon selesa.
NAK JADI PEMENANG
bayangkan.gambarkan.dan sentiasa fokus kepada matlamat yang ingin dicapai..jangan lemah kepada segala cabaran dan masalah di sepanjang jalan dan liku2 ke arah puncak kejayaan.

KITA MEMANG
DAH MENANG.

KITA PERLU MEMBERI DENGAN IKHLAS....




KENAPA MASAKAN MAK
sentiasa yang terbaik.
kerana mak memberi ( memasak ) dengan kasih sayang.

KITA MEMBERI DAHULU
KEMUDIAN KITA AKAN MENERIMA
MANA MUNGKIN KITA MENERIMA
TANPA MEMBERI.

kita mulakan begini.
berdasarkan satu pembacaan dinyatakankan begini
kita akan menerima lebih banyak dengan cara memberi.

YANG PENTING
kita kena beri dengan kasih sayang.
dari buku La Tahzan - aid al - aqrni menyatakan
orang yang pertama mendapat manafaat daripada
suatu kebaikan ialah orang
yang melakukan.

DAN HARI INI.
usah kita pertikaikan apa yang kita akan dapat
kerana sudah dijanjikan
WHAT U GIVE , U GET BACK.
apa yang mahu kita kongsikan

BERIKAN DENGAN KASIHSAYANG.
sebagai mak&ayah
sebagai guru
sebagai kawan

Moral cerita.
DAN HARI INI MARI KITA MEMBERI
sumbangan untuk gembirakan anak di hujung tahun
bercuti.baju sekolah baru.beg baru.kasut baru.semua baru.
WALAUPUN YANG LAMA MASIH OK.

Jumaat, Disember 4

KUNCI KEJAYAAN

Ramai orang sering bertanya kepada saya, apakah kunci kejayaan? Apakah kunci yang membuka kepada kejayaan saya? Jika saya tahu kunci yang satu ini, pasti lebih mudah jalan saya menuju kejayaan. Sering juga saya berfikir, apakah jawapan yang pasti perlu saya beri kepada anda. Bagi setiap manusia, kunci kejayaan adalah berbeza Namun begitu, saya sempat menggariskan 4 perkara di bawah ini sebagai antara anak kunci terpenting yang membawa anda kepada kejayaan.

1. Kaji dan ketahui matlamat/idea anda. Jika anda tidak mengetahui apa yang anda mahukan maka ia bermakna anda tidak ada hala tuju. Matlamat/idea akan menjadikan perjalanan anda berarah. Bayangkan sahaja anda bangun pagi, bersiap-siap dan masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan kemudian anda tidak tahu pun anda mahu ke mana. Sekadar berpusing-pusing keliling kota tanpa mengetahui mahu ke mana adalah satu pembaziran masa bukan? Bukan sahaja masa terbazir, duit juga terbazir kerana perlu mengisi minyak kereta! Dengan mengetahui matlamat anda, perjalanan hidup anda akan berarah.

2. Buat perancangan/strategi. Jika anda tidak merancang strategi anda, mana mungkin anda boleh mencapai kejayaan anda. Para pelari pecut balapan 100meter pun berlatih setiap hari untuk memastikan mereka dapat memecahkan rekod (matlamat). Ada strategi yang di ambil kira, termasuk kekerapan latihan, teknik larian, pemakanan dan pengurusan emosi. Kita? Matlamat kita? Jika matlamat anda mahu berkahwin tahun ini, maka anda perlu merancang segala perjalanan majlis dan menguruskan perbelanjaan bukan? Kerana jika tidak, mana mungkin anda dapat mengadakan sebuah majlis perkahwinan? Semuanya perlu perancangan

3. Jangkakan kejayaan. Ini berkait rapat dengan kemahuan anda untuk berjaya. Pengurusan kepercayaan diri sendiri. Jangan sekali-sekali sabotaj diri sendiri. Anda sudah ada matlamat, anda sudah ada plan. Tapi anda tak berapa yakin plan ada menjadi. Anda gusar jika anda gagal. Di sini ramai orang berhenti. Ya, berhenti dari meneruskan usaha mereka. Hanya kerana ragu-ragu. Anda perlu yakin dengan usaha anda. Dan ingat, jika apa yang anda mahukan itu terbaik untuk anda, maka doa anda akan di makbulkan tidak kira cepat atau lambat. Tapi jika ia terjadi seperti sebaliknya, percayalah ALLAH Maha Mengetahui. ALLAH tahu ada yang lebih baik dari apa yang anda rancangkan itu. Hidup ini indah sebenarnya.

4. Just Do It. Selepas anda memperbaiki kepercayaan diri anda sendiri. Kini adalah masa untuk bertindak dan melakukan mengikut rancangan anda. Lakukannya! Ramai orang meninggalkan langkah terakhir ini. Kenapa? Mereka takut. Ia juga berkait rapat dengan pengurusan sistem kepercayaan diri tadi (3). Jika anda takut dengan langkah pertama, mana mungkin ada langkah kedua.

Saya suka mengambil contoh yang zahir dalam kehidupan kita semua. Jika seorang lelaki tidak berani melamar seorang gadis pujaannya untuk di jadikan isteri (berkahwin), sudah tentulah sampai bila tidak ke mana-mana. Malahan jika nasib anda tidak baik, tentulah berputih mata! Sedar-sedar, si gadis sudah di sunting orang lain

Sudah pasti ada orang tersenyum membaca contoh mudah ini. Saya pasti. Nah, jika anda memahami konsep ini, kenapa pula tidak gunakan konsep ini dalam kejayaan anda? Dalam matlamat anda? Jika tidak ada langkah pertama, macam mana pula nak ada langkah kedua? Mustahil bukan? Jadi, jangan berlengah lagi. Lakukannya!

9 JENis WaNita Yg Jd PerHatian..




--------------------------------------------------------------------------------
1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius
kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok
samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.