Jumaat, Ogos 27

BILA KEKECEWAAN MENGUASAI DIRI




Pernahkan Anda mengalami kekecewaan? Pernahkah Anda merasa dikecewakan? Tentu setiap orang pernah merasakan kekecewaan, entah disebabkan oleh apapun juga. Kecewa kerana pekerjaan, kecewa kerana pasangan hidup, kecewa kerana merasakan ketidakadilan, kecewa kerana perbezaan, kecewa kerana ketidakpastian dan banyak sekali kekecewaan yang lain, yang apabila dikumpulkan kekecewaan itu tidak akan cukup dalam tulisan ini.

Kekecewaan adalah suatu perasaan yang sangat manusiawi, sangat wajar dialami dalam kehidupan ini. Hidup tanpa kekecewaan juga hambar rasanya, tidaklah komplek hidup tanpa rasa kecewa. Kekecewaan juga penting sebagai pupuk dalam pertumbuhan kehidupan, tanpa pernah mengalami kecewa maka hidup rasanya kurang afdal.
Yang terpenting dari rasa kecewa adalah bukan terfokus pada kekecewaan itu sendiri, tetapi buah positif dari kekecewaan. Rasa kecewa tidak selamanya mengakibatkan hal-hal yang negatif walaupun kadang buah dari kekecewaan dapat sangat merosak bahkan dapat membuat orang khilaf kerana merasakan kekecewaan yang sangat dalam.

Kekecewaan memang sukar untuk dihindari selama perjalanan kehidupan. Kekecewaan kadang diakibatkan dari orang-orang yang terdekat bukan dari orang-orang yang jauh. kekecewaan juga itu dapat datang kerana ketidakpuasan. Ketidakpuasan atas apa yang diinginkan tetapi tidak tercapai. Ketidak puasan dalam bidang pekerjaan entah kerana situasi kerja yang kurang kondusif atau kerana lemudahan dan layanan yang berbeza, semua itu dapat mengakibatkan kekecewaan. Kekecewaan dapat mengakibatkan keseronokan dan produktiviti menurun, semangat kerja menurun dan hasilnya dapat mengakibatkan performance secara keseluruhan tidak mencapai target yang ditetapkan.

Kesan positif dari kekecewaan adalah ketabahan kita untuk membuat semuanya menjadi semakin baik. Kekecewaan dimaknai secara positif sebagai suatu kesempatan yang indah sebagai peluang untuk lebih maju. Kalau kecewa kerana diakibatkan oleh orang-orang dekat maka kekecewaan tersebut dimaknai untuk memperbaiki hubungan menjadi semakin baik dan berkualiti. Menjadikan kekecewaan tersebut sebagai perbaikan dalam berkomunikasi dan memahami pihak lainnya menjadi lebih utuh. Selain hal tersebut buah positif dari rasa kecewa adalah pengampunan. Ketika kekecewaan begitu hebat dipertahankan maka hal tersebut akan menjadi akar kepahitan dalam hidup. Ketika akar kepahitan tersebut tidak segera dihilangkan, maka akibatnya akan sangat mendalam, tidak hanya bagi diri sendiri tetapi juga bagi orang disekitar kita. Oleh kerananya akar kepahitan tersebut sangat berbahaya maka yang wajib dan harus dilakukan adalah melepaskan pengampunan, sekecewa apapun hati kita.

Memang sukar untuk mengampuni, tetapi itu adalah ubat yang paling mujarab dalam mengatasi kekecewaan. Terhadap siapapun Anda dikecewakan, ampunilah. Sehebat apapun Anda dikecewakan maka ampunilah, tidak peduli siapapun orang itu. Mungkin itu adalah suami atau isteri Anda, insane yang anda sabgat cintai@sayangi, pihak atasan, pekerja bawahan, rakan kerja atau mungkin juga terhadap orang yang tidak Anda kenal sama sekali.

Kekecewaan memang sungguh menyakitkan, tetapi tanpa rasa kecewa kita juga tidak dapat menikmati indahnya kehidupan. Justru dengan kekecewaan itu maka kita dituntut untuk menjadi hidup lebih baik dan lebih berkembang . Kecewa bukan untuk dipelihara atau untuk senjata menyakiti diri sendiri atau orang lain, melainkan kecewa sungguh sangat indah apabila diwujudkan sebagai tanda kedewasaan dalam menikmati suatu masalah dan menghadapinya dengan hati yang lapang.

Khamis, Ogos 26

MEMORI DI SKMK




SELAMAT TINGGAL SKMK
Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita…..sedo xsedo dah hampir 12thn aku di SKMK….bermacam2 kenangan pahit dan manis aku lalui di sini……..
Kebanyakannya kenangan indah dan manis utk dikenang seumo idup Cuma di akhir2 riwayat perkhidmatan aku di sini..ada sedikit cerita sedih timpa menimpa…..TETAPI benar kata pujangga jika hidup kita selalu indah kita tidak dapat belajo apa2 dari tiap kejadian…kita sentiasa membuat kerja2 rutin hari demi hari……
Pada sahabat2 seperjuangan yang sealiran arus perjuangan di SKMK teruskan usaha murni anda semua…jika saying dan cintakan SKMK buat apa yang anda rasa MEMANGNYA ANDA BUAT UTK SKMK….bukan mengikut sahaja apa kehendak Pihak Pentadbiran SKMK….SKMK ibarat kapal yang kita, kehidupan kita…….xsemestinya ketua sentiaa betul sepanjang masa….adakalanya kesialapan berlaku, jangan ada perasaan takut untuk menegur tiap kepincangan yang berlaku…jika ingin melihat SKMK SENTIASA MENCIPTA KECEMERLANGAN…..
Aku merasa bangga kerana pernah menjadi sebahagian dari Warga SKMK, sama2 membina kecemerlangan yang berlaku di SKMK dan sangat berbangga kerana meninggalkan SKMK ketika SKMK berada di Puncak Kecemilangannya…bukan di zaman kejatuhan…..aku sesungguhnya AMAT2 TIDAK SANGGUP BERADA DI SKMK DI ZAMAN KEJATUHANNYA….di mana warganya tidak bersatu, mempunyai barisan kepimpinan yang kuku besi dan gila kuasa……
Maafkan aku sahabat2ku….terpaksa meninggalkan kalian semua….aku meninggalkan kalian bukan kerana nak melarikan diri dari masalah@ lari dari tanggungjawab…..kalian semua sedia faham apa yang aku alami tika dan saat ini….
Sebagai manusia biasa…aku juga tidak dapat tidak mempunyai masalah tersendiri….aku berbeza dari kalian semua…..adat le jika jadi satu manusia yang berbeza dari orang lain…….jadi bualan rakan, fitnah dan dicap insan yang mencemarkan imej organisasi pendidikan ……aku membawa diri keluar dari SKMK kerana aku tidak mahu kalian semua terpalit dengan masalah yang aku hadapi…..
Kalian tau betapa sukarnya bile terpaksa membuat pilihan untuk keluar dari SKMK….bukan mudah..hanya Allah tau apa yang aku rasa bile terpaksa buat keputusan ini…..Tp apa guna jika dapat terus berada di SKMK jika….kita rasa kita tidak lagi diperlukan……., terus terang aku katakana pada kalian semua…tiada pengalaman yang paling pahit dari ADANYA PERASAAN KITA TIDAK LAGI DIHARGAI OLEH INSAN2 YANG DULUNYA MENGHARGAI DAN MEMPERCAYAI KITA…..bagaimana kita nak bekerja jika kita sentiasa dicuriga oleh lawan dan kawan?
Apa yang penting dalam kehidupan ini ialah perasaan seronok dalam melakukan kerja dan suasana kerja yang ceria dan tiada prasangka dan PIHAK PENTADBIRAN yang toleransi……kalau semuanya telah tiada….tiada keseronokan, tiada saling percaya mempercayai dan pentadbiran yang kuku besi….baik berhijrah ke tempat baru….kita harus dan semestinya tahu bile kita harus melangkah pergi…xperlu orang lain membuka pintu dan menghalau kita keluar dengan cara amat memalukan kita…
TERIMA KASIH SAHABAT2 kalian banyak membantu aku selama aku berkhidmat di SKMK…jasa dan budi kalian sentiasa AKU KENANG SENTIASA….
BAGI MUSUH2 YANG BERPURA2 JADI SAHABAT AKU….tahniah misi anda dah tercapai….sesiapa saja yang menyumbang kepada perkara ini berlaku….jangan terlalu bangga dengan pencapaian anda setakat ini….semuanya MASIH BELUM SELESAI…..SEBENARNYA IANYA BARU SAHAJA BERMULA…..Allah penuh dengan Keadilan untuk semua…….
Bagi sesiapa yang suka dan gembira sangat dengan berita aku disingkirkan dari SKMK…..moga2 anda menikmati saat2 indah ini selagi masih boleh tersenyum lebar dan diberi masa untuk bergembira oleh Allah…..Anda semua bukannya terlalu sempurna untuk terus memfitnah dan memporak perandakan hidup saya…..
Masanya akan tiba…..ujian untuk anda….Cuma nasihat aku bile ujian itu tiba pastikan kalian semua menghadapinya lebih tenang dan lebih redha dari apa yang aku buat selama ini…..Kita xtau sejauhmana kita hebat selagi kita tidak benar2 diuji oleh Allah dalam menghadapi masalah2 yang benar2 mencabar tahap kesabaran, keyakinan pada Allah, kekuatan mental dan fizikal…….
Berdoalah kalian semoga tidak diuji seperti mana aku diuji…..seandainya kalian menghadapi masalah yang sama seperti yg aku alami selepas ini……jangan malu2 mintalah nasihat dari aku….masa tu baru kalian tau betapa sakitnya hati dan perasaan tika saat itu…..baru kalian tau apa yang aku rasa masa tu…..
SLAMAT TINGGAL SKMK…..1 JANUARI 2000 HINGGA 16 OGOS 2010…….

Isnin, Ogos 23

tolong hentikan GANGGUAN SESKUAL TERHADAP LELAKI



Kita dengo banyak pihak kata
sudah2 le melakukuan ganggun seksual terhadap wanita
Tapi sedar atau tidak sebenonya wanita yang kerap melakukan gangguan seksual pada golongan lelaki...
Bila kita komen lebih2 nanti mereka kata....

ko tak tahu fesyen lah.
ko ketinggalan zaman
ZAMAN ko LAIN.
itu sekadar cerita2 panas
bila bersama anak remaja
yang suka berfesyen yang kadang2
cukup untuk menjadikan
KITA SEBAGAI PENJAGA @ Pemegang Amanah
TAKUT UNTUK MELIHAT
SETERUSNYA.

Moral Cerita
terlibat dalam bidang pendidikan begini
menjadikan aku seorang yang amat2
sensitif fesyen semasa remaja
REMAJA POSITIF
REMAJA NEGETIF
DARI TUDUNGNYA
DARI BAJUNYA
DARI SELUARNYA
DARI PERHIASANNYA.
cukup untuk dikatakan
SEMUANYA ADALAH PERBANDINGAN
kita kemana seterusnya.

TIDAK KETERLALUAN DIKATAKAN
pakaian adalah cerminan siapa kita
pakaian adalah cerminanan budaya kita
pakaian adalah cerminan kepercayaan kita.

NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI
kita semakin tidak ada banyak pilihan
dengan perubahan persekitaran.
terutamanya dari segi fesyen semasa.
persoalan sejauhmana ianya
mampu diselarikan dengan
keperluan
AGAMA
BUDAYA.
mari kita fikirkan.

Khamis, Ogos 19

JIKA AKU CUMA ADA HARI INI JE....




Inilah harinya aku masih berpeluang untuk mengatakan yang baik-baik sahaja, menghindari bercakap perkara yang dilarang, mengherdik, dan juga memperkatakan keburukan orang lain.

Hanya hari ini aku berpeluang untuk memerhatikan kebersihan tubuhku, kekemasan penampilanku, kehalusan tuturkataku dan perilakuku.

Aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Allah, mengerjakan sembahyang yang sesempurna mungkin, membekali diri dengan sembahyang sunat, berpegang teguh pada ajaran Al-Quran, mencatat segala yang mendatangkan manfaat buatku.

Aku hanya mempunyai hidup yang pasti hari ini, sebab itu aku akan menanamkan dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan serta ranting-rantingnya yang berduri tidak kira sifat takbur, ujub, riya’, buruk sangka dan lain-lain.

Hanya hari ini aku akan menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun. Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantar jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan kepada orang yang lapar, menolong orang yang sedang kesusahan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi kanak-kanak dan berbakti kepada ibubapa.

Aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan mengucapkan:-
”Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami samua, pergilah dan jangan kembali lagi”

”Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dangan khayalan dan memperjudikan nasib dangan hanya satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan”.

Rabu, Ogos 18

SWEETMEMORY.....30 HARI SEBELUM AJAL MENJELMA...APA YANG ANDA INGIN KENANGKAN





Cubalah renungkan sejenak Sweet Memory terindah di dalam kehidupan Anda, sambil mengenang masa-masa yang indah tersebut. Misalnya masih teringat olehku suatu kenangan terindah sewaktu aku masih bersamanya, sewaktu aku masih menjalani hidup penuh dengan kebahagiaan, sewaktu cinta itu masih ada bersamanya, masih melekat erat dan masih memberikan senyumnya padaku…..Marilah kita bernostalgi sejenak sambil mengenang pada saat ketika kita khusus bangun tengah malam, kerana ingin melihat pertandingan gustii, atau dimana setiap petang rajin menonton .
Pada umumnya orang mudah mengenang kembali masa remajanya atau pada saat usia kegemilangan. Mengenang Date yang pertama dimana kita menonton atau makan bersama tersayang. Renungkanlah oleh Anda ketika masa bercinta kali pertama di sekolah/kuliah atau pada saat pergi bergembira di tempat yang romantik.

Sweet Memory tidak harus selalu ada kaitannya dengan percintaan, misalnya boleh juga pada saat kita pertama kali mengendarakan motor/mobil atau pada saat kita pentas atau pada saat merayakan pesta HUT ataupun pesta perkawinan dll-nya. Sweet Memory tidak tergantung dari usia buktinya mang Ucup masih mengalami banyak sekali Sweet Memories setelah usia kepala enam.

Sayangnya Sweet Memories ini tidak boleh diulang balik, kerana kita tidak boleh memutar balik jam waktu. Mungkin pada saat tersebut kita pernah merasakan sakitnya, kerana merasa dihianati, tetapi kalau direnungkan kembali, lebih banyak masa indahnya daripada sakitnya oleh sebab itulah kita senang mengingatnya kembali. Pengalaman negativ seseorang akan lebih mudah dan lebih cepat terlupakan, kerana kita lebih senang mengingat hal-hal yang menyenangkan dan positiv.

Menurut Profesor Wildschut dari Universitas Southampton, cara terbaik dan termudah untuk mengurangi beban stress kita ialah dengan cara "Mimpi kenangan lampau" atau mengingat kembali masa-masa indah; diwaktu yang lampau atau dalam istilah kerennya bersnostalgian. Hal ini tidak perlu kita lakukan secara nyata; cukup apabila kita boleh mengenang kembali semuanya di dalam otak kita.

Berdasarkan hasil penelitian ternyata 79% dari manusia di dunia ini minimum seminggu sekali secara langsung atau tidak langsung di ingatkan kembali akan masa lampaunya. Misalnya melalui musik, film, lokasi atau bertemu dengan orang-orang tertentu, bahkan dari wangi parfum pun orang boleh teringat kembali akan masa lampaunya.

Pada zaman dahulu kita belum memiliki keinginan untuk barang-barang seperti sekarang ini. Hidup kita dahulu jauh lebih sederhana dan jauh lebih bersahaja, tapi kita merasa lebih bahagia.

Pada saat itu kita masih boleh menikmarti kasih sayang ibu kita 100%, sebab seorang ibu, mengurus tugasnya sebagai ibu 100% jadi tidak hanya sekadar 10% seperti saat sekarang ini, kerana harus membantu sang suami mencari wang. Cubalah lihat keluarga mana yang masih boleh melaksanakan budaya makan baring seluruh keluarga ?

Semakin tua seseorang semakin banyak pulalah ia membicarakan mengenai masa lampaunya. Semakin tua seseorang semakin ia merasakan kesepian. Dengan bernostalgi kita boleh merasakan kembali bagaimana dahulu kita dikasihi maupun dihargai. Maklum pada saat tersebut, kita masih gagah, muda, cantik dan ganteng dibandingkan dengan sekarang dimana rambut sudah botak dan beruban, wajahpun sudah penuh dengan keriput. Jadi wajarlah apabila kita lebih senang mengenang akan masa emas atau masa jaya kita diwaktu muda

Sweet Memories adalah miliki kita satu-satunya yang paling indah yang tidak akan hilang dimakan waktu dan tidak boleh diambil oleh siapapun juga. Sweet Memories ini sudah menjadi sebahagian dari hidup kita yang dibawa ke manapun kita pergi. Percayalah pada saat Anda sedang merasa duka dan tidak tahu lagi apa yang harus Anda lakukan, selainnya berdoa, usahakanlah untuk mengingat kembali kenangan indah Anda. Pasti ini akan boleh menghibur Anda !

Moga-moga melalui tulisan ini saya boleh membangkitkan kembali Sweet Memories Anda. Melalui Sweet Memories ini; secara tidak langsung otak kita boleh liburan/istirahat sejenak dari segala macam stress maupun problem sehari-hari kita, bahkan boleh membuat panjang umur.

Isnin, Ogos 16

MOTIVASI DI SEBALIK SEMUA YANG BERLAKU DALAM DAIRI HIDUP KITA




AKU belajar, bahawa AKU
tidak dapat memaksa orang lain mencintai AKU.
AKU hanya dapat melakukan
sesuatu untuk
orang yang AKU cintai...

AKU belajar, bahawa susah
waktu bertahun-tehun untuk
membangun kepercayaan dan
hanya beberapa detik saja
untuk menhancurkannya...

AKU belajar, bahawa sahabat
terbaik bersama AKU dapat
melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu
terbaik...

AKU belajar, bahawa orang
yang AKU kira adalah orang
yang jahat justru adalah orang
yang membangkitkan
semangat hidup AKU kembali
serta orang yang begitu perhatian pada AKU...

AKU belajar, bahawa
persahabatan sejati senantiasa
tumbuh walau dipisahkan oleh
jarak yang jauh.
Beberapa
di antaranya melahirkan
cinta sejati...

AKU belajar, bahawa jika
seseorang tidak menunjukkan
perhatian seperti yang AKU inginkan,
bukan berarti bahwa
dia tidak mencintai AKU...

AKU belajar, bahawa sebaik-
baiknya pasangan itu mereka
pasti pernah melukai perasaan AKU...
dan untuk itu
AKU harus memaafkannya.

AKU belajar, bahawa AKU
harus belajar mengampuni diri
sendiri dan orang lain,
kalau
tidak mau dikuasai perasaan
bersalah terus-menerus.

AKU belajar, bahawa lingkungan dapat
memengaruhi peribadi AKU,
tapi AKU harus bertanggung
jawab untuk apa yang telah
AKU lakukan...

AKU belajar, bahawa dua
menusia dapat melihat sebuah
benda, tapi kadang dari sudut
pandang yang bebeda...

AKU belajar, bahawa tidaklah
penting apa yang AKU miliki,
tapi yang penting
adalah siapa
AKU ini sebenarnya.

AKU belajar, bahawa tidak ada
yang instant atau serba cepat
di dunia ini, semua boleh
proses dan pertumbuhan,
kecuali AKU ingin sakit hati...

AKU belajar, bahawa AKU
harus memilih apakah
menguasai sikap dan emosi
atau sikap dan emosi itu yang
menguasai diri AKU...

AKU belajar, bahawa AKU
punya hak untuk marah,
tetapi itu bukan bererti AKU
harus benci dan berlaku
bengis...

AKU belajar, bahawa kata-kata
manis tanpa tindakan adalah
saat perpisahan dengan orang
yang AKU cintai...

AKU belajar, bahawa orang-
orang yang AKU kasihi
sering di ambil segera dari
kehidupan AKU...

APA PENDAPAT ANDA....? APA PULA PERASAAN ANDA?




dari sudut seorang wanita yang mengandung
anak luar nikah.
KEMANA HARUS DIADUKAN
sedangkan sistem semasa cukup untuk membuat
satu lagi label yang tidak sempurna.
bohsia.pompuan jahat.padan muka.
itulah orang dah cakap.
anak sial - malukan makayah.

PILIHAN SEMASA
tidak ada pilihan.
hanya ada satu pilihan.
hilangkah masalah semasa.
HASILNYA
HARI INI.
satu persatu kita dihidangkan cerita ini
seakan sudah jadi musim orang buang baby.
kita lihat dari sudut lain.
9 - 10 bulan dahulu dimana wanita ini.
hujung tahun.lazimnya kita dihidangkan
aktiviti demi aktiviti
cerita macam2 yang tidak sempurna.

Adakah kita tidak belajar dari sejarah?
selain dari persoalan pendidikan agama
satu lagi adalah sistem sosial persekitaran kita
sendiri yang seakan memberi galakan kepada
aktiviti begini terus dan terus berlaku.
Kita sebagai ibu bapa dan pihak berwajib...
jika kita sendiri menghidangkan chiken chop
dalam tudung saji tapi kita berharap
anak-anak kita makan nasi campur berlaukan ulam raja..
boleh ke tercapai apa yang kita impikan.....

Apakah bersediaan kita, perancangan kita demi anak bangsa kita,
lihat di sekeliling kita apa yg kita sediakan utk mereka...
semuanya merangsang kejadian ini dari terus berlaku, lagi dan lagi dan lagi...

Sapakah yang perlu kita salahkan dalam hal ini,
di sebuah negara yang mengamalkan hiburan
melebihi keperluan asasi yang sepatutnya disajikan
kepada anak2 di peringkat awal2 pembesaran mereka....


MARI KITA FIKIRKAN
sistem sosial yang bagaimana.

Isnin, Ogos 9

RAHSIA LELAKI YANG PERLU KITA FAHAMI ..

KEHARMONIAN perhubungan dua orang
insan bercinta berlandaskan
banyak faktor terutamanya kefahaman yang utuh.
Sikap saling bertolak-ansur menjurus kepada perhubungan yang lebih sihat dan kekal lama.

Dalam hubungan pasangan suami isteri mahupun kekasih adalah penting
mengenali suka duka dan pantang
larang sesama sendiri supaya
keintiman dapat diwujudkan secara spontan.
Jikalau golongan wanita mempunyai pantang tersendiri
seperti lelaki perlu setia atau,
kaum lelaki juga mempunyai topik sensitif sendiri.

Sememangnya lelaki penuh dengan ego tetapi
wanita tidak harus
mempermainkan ego mereka sehingga
menjejaskan hubungan yang indah harmoni.
Belajar memaksimumkan keegoan lelaki dalam cara
positif untuk lebih memenangi hatinya.

KITA KONGSIKAN FAKTA2 INI
Elak menceritakan ada seorang lelaki yang
secara diam meminati anda,
apatah lagi jika lelaki tersebut adalah bekas kekasih anda.
Membenci ibunya. Jikalau ada pun menyimpan perasaan kurang senang jangan
terlalu vokal meluahkannya. Meskipun si dia yang membuka cerita soal keburukan ibunya. Jangan cuba menokoh tambah sebaliknya bertindak tenang.
jikalau ingin memberi komen utarakan hal-hal
yang positif dan neutral sahaja.

Hal kecurangan yang pernah dilakukan tanpa pengetahuannya.
Ini akan menjejaskan kepercayaannya terhadap anda. Jangan sesekali memanjangkan
cerita kecurangannya terhadap anda.
Tidak mustahil dia akan mengulanginya.
Semakin usia lelaki bertambah, minat dalam kehidupan
seksual mungkin tidak sehebat seperti
pada awal perkahwinan dan mungkin
Juga ada perubahan.

Jangan cuba membandingkan hal itu
dengan kehebatan pada masa lalu.
Elak menceritakan kecurangan
sahabat anda terhadap suaminya.
Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak sedemikian
kelak dan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan cuba
mengongkong atas sebab keselamatan
hubungan bersama anda.

Jangan membuat lelaki lemah semangat terhadap pekerjaannya.
Jika satu hari dia mengeluh tentang
majikannya yang bermasalah,
maka sokong dan bantunya mencari jalan penyelesaian.
Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut.
Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat.
Lebih baik jangan bagi keputusan
sebaliknya berilah dia pilihan.

Cerai adalah perkataan yang paling harus
dihindari walaupun berlaku
perselisihan faham yang teruk.
Berpisah atau bercerai adalah
perkara yang jarang dimain-mainkan lelaki.

Elak membanding pendapatan apatah
lagi jika gaji anda lebih besar.
Ini akan menyinggung perasaan si suami dan
menjadi punca menimbulkan konflik dalam hubungan yang harmoni.
Pertemuan bersama teman membuatkan anda membuka hati
untuk berkongsi hal-hal persendirian.

Elakkan menceritakan hal itu
secara teliti kepada pasangan anda kerana lelaki
tidak gemar kisah mereka dijaja.

Apa pengajaran penting yg patut kita jaga dlm hal ini

kita memang berbeza dari awalnya
lelaki dan perempuan
mana pernah sama.
LELAKI ADA EGONYA