Isnin, Julai 26

APA PENDAPAT ANAK-ANAK KITA TENTANG KAWAN



Dia ke sekolah bersama kawan
Di dalam kela, duduk bersama kawan,
Sewaktu rehat, makam bersama kawan,
Balik dari sekolah bersaing dengan kawan,
Pagi ke sekolah untuk aktiviti ko kurikulum pun bersama kawan…

Untuk bermain di sebelah petang,
Diajaknya kawan,
Bila ada masalah dia bercerita dengan kawan,
Kalau untub berseronok pun mesti bersama kawan,
Bil telefon rumah meningkat pun kerana asyik bergayut dengan kawan,

Bila kita memperlekehkan kawannya,
Dia pasti akan marah,
Dia akan mempertahankan rakannya bermati-matian,
jika kita cuba mencalarkan imej kawannya,

Ada ketika pengaruh kawan mengatasi peranan kita dan guru-guru,
Kawan tempat mereka rujuk,
Cakap kawan adalah muktamad,
Nasihat guru dan ibu ayah akan didengar,
selagi tidak bercanggah dengan pandangan kawan-kawannya,
Teguruan ibu bapa dan guru tidak bererti jika bercanggah dengan pandangan kawannya…

Kawan adalah segala-galanya….

Di mana peranan kita dalam hal ini….
Kenapa perkara macam ini terjadi….
Di mana silapnya tindakan kita…

Apa hebatnya kawan-kawannya berbanding dengan diri kita ,
yang sejak dari kecil bersama anak-anak kita,
Masih adakah ruang dan peluang untuk kita perbetulkan kesilapan kita….
Adakah kita harus terus mendiamkan diri dan melihat sahaja perkara ini terjadi di depan mata kita….
Adakah kita boleh terima keadaan kita disisihkan oleh anak-anak dan kawan-kawannya mengambil alih semua peranan yang sepatutnya kita buat…..

Sama-sama kita fikirkan bersama….
Selagi ada ruang dan peluang perbetulkan segala kepincangan demi masa depan anak-anak kita …

Yang Seharusnya Melekat Di Diri Kita





Tulus
.
Tulus merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain merasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita. Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.
.
Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang merugikan diri sendiri.
.
.
Rendah diri
.
Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar dilakukan manusia . Hanya orang-orang yang berjiwa mantap mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.
.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap seperti ini memberi akibat terhadap dua situasi.
.
Pertama, membuat orang lain yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk merasa segan dengan kita.
.
Kedua, membuat orang lain yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa segan apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?
.
.
Setia
.
Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharapkan, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.
.
.
Berfikiran positif
.
Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk. Orang seperti ini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.
.
.
Selalu ceria
.
Bukankah semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.
.
.
Bertanggungjawab
.
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh. Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyedari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.
.
.
Percaya kepada diri sendiri
.
Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah swt, menghargai dirinya dan menghargai orang lain. Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.
.
.
Pemaaf
.
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi kesulitan dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.
.
.
Selalu menganggap semuanya mudah
.
Orang yang menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mau khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepala dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kemampuannya.
.
.
Empati
.
Empati adalah sifat yang sangat mengkagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan saja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain. Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain

RENUNGAN UNTUK KITA..


Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.
.
Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."
.
Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."
.
Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diuar-uarkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.
.
Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.
.
Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.
.
Isterinya berkata, "Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan"
.
Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.
.
Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.
.
Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Munkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.

Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Munkar dan Nakir.
.
Tetapi sebaliknya yang berlaku, Munkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.
"Apa yang kau buat di sini?"
"Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya"
" Apa harta yang kau ada sekarang?" "
"Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki"
"Dari mana kau dapat kapak ni?"
"Aku membelinya"
Lalu hilanglah Munkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.
.
Hari kedua di tanya pula,
"Apa yang kau buat dengan kapak ni?"
" Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual"
.
Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut.
"Pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?"
'Kat hutan mana ada orang punya pokok"
"Adakah kau pasti?"
Lalu hilang lagi Munkar dan Nakir.
.
Hari ke empat ditanya lagi,
"Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?"
"Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata"
Lalu hilang dan muncul Munkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.
.
Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Munkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak terebut.
.
Berkata Munkar dan Nakir , "Hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini" Belum sempat Munkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.
.
Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata, "Ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi"
.
Sesampai di rumahnya lalu si isteri bertanya "Wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut?"
.
Maka jawab si Tukang Kapak, "Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Munkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya"
.
p/s samada kisah ini betul atau rekaan saya tidak pasti tetapi apa yg pasti ia membuat kita berfikir sejenak dan merenung perjalanan kehidupan ini..

Marah itu umpama api di dapur hati.. Jangan terlalu nanti hangus, jangan tiada nanti dayus..



Setiap orang pasti ada rasa marah. Marah itu fitrah manusia yang dibekalkan Allah swt dalam setiap diri manusia. Cuma apakah marah itu akan membawa kepada kebaikan kalau kita dapat mengawalnya. Apakah ia membawa kepada kemusnahan kalau kita gagal mengawalnya.
Rupa-rupanya marah itu bukan untuk dihapus tetapi marah itu untuk diurus.
Bagaimana kita menguruskan kemarahan kita?
.
.
Marah itu adalah perasaan, sebab itu untuk berjaya dalam hidup ini, kita mestilah mencuba bersungguh-sungguh supaya perasaan bekerja untuk kita bukan kita bekerja untuk perasaan kita.
Ada kajian yang menunjukkan perasaan marah itu akan lebih memudaratkan dalam diri kita sendiri berbanding dengan orang yang kita marah. Sebab itu awas kalau kita terlalu marah-marah kita sebenarnya membakar diri kita sendiri. Kita akan lebih terbakar berbanding dengan orang yang kita marahkan.
.
.
Marah itu daripada api. Sifat tabie kemarahan itu ialah ia membakar dan panas. Dalam kajian sains, apabila sesuatu benda bersifat pepejal, cecair atau gas dipanaskan, molekul-molekul didalamnya akan berlaga sesama sendiri dan menjadi tidak stabil.
Begitulah juga dengan hati kita, ia menjadi tidak stabil semasa kita marah. Oleh sebab itu apabila marah ini berasal daripada api dan syaitan juga berasal daripada api, maka itu kita mudah dikuasai syaitan.
Jadi berhati-hatilah dalam mengawal kemarahan. Jangan kita terlalu nanti hangus, jangan tiada nanti kita menjadi dayus.
.
.
Mengapa Allah swt mengurniakan rasa marah ini didalam diri manusia. Rupa-rupanya marah itu juga satu anugerah daripada Allah kerana dengan adanya rasa marah, timbul dalam diri kita hendak memperjuangkan sesuatu.
Dalam Islam misalnya ada perkara-perkara yang sangat penting seperti agama, nyawa, harta, keturunan dan sebagainya. Kalau perkara-perkara ini diperkotak-katikkan dan diancam, kita mesti rasa marah.
Apabila agama Islam dihina, syariat diperkotak-katikkan dan umat Islam ditindas, marah kerana benar dan besar adalah marah yang terpuji.
.
.
Tapi sayangnya kita selalu marah pada perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh. Kita akan menjadi marah bila diri kita dikritik atau dikata. Ini adalah marah yang dikeji.
Padahal menurut Imam Ghazali, salah satu cara kita melihat aib kita ialah dengan mendengar apa kata musuh kita. Seharusnya kita membuka pintu hati kita dan menilai kritikan atau kejian musuh kita.
Apakah benar ada pada diri kita. Kalaulah kritikan itu sesuatu yang benar, Alhamdulillah..hakikatnya Allah menegur kita melalui musuh kita.
Selagi kita ada ruang untuk menegur, selagi itulah kita ada ruang untuk memperbaiki diri kita.
.
.
Namun mungkin kita ada berhadapan dengan kritikan yang tidak benar atau tidak adil iaitu kritikan yang bukan membina tetapi meruntuh.
Maka anggaplah ia sebagai ujian. Sebenarnya orang itu hendak menguji kita.
.
.
Jadi marilah kita mengenalpasti kemarahan kita.
Apakah marah yang terpuji yang patut diteruskan atau marah yang dikeji yang bersifat peribadi lagi remeh temeh yang harus dihentikan dengan serta merta.
.
.
Mari kita tuluskan marah kita kerana Allah swt.

Mari kita luruskan marah kita berpandukan syariat yang dibenarkan oleh Allah.

Mari kita uruskan marah kita pada tahap dan kadar mengikut batas-batas akhlak Islamiah.

LIHATLAH KE DALAM DIRI


"Jika engkau ingin mengetahui kedudukanmu disisi ALLAH swt,
maka perhatikanlah bagaimana kedudukan ALLAH
.
pada dirimu...
.
.
Lihatlah kekuatan hubungan nuranimu denganNYA,
.
Perhatianmu pada hal-hal yang diredhaiNYA,
.
Kebencianmu pada segala sesuatu yang dimurkaiNYA,
.
Bantuanmu pada hamba-hambaNYA
.
Dan usahamu untuk menjauhi makhlukNYA yang buruk.
.
Inilah cara untuk mengetahui kedudukanmu disisi ALLAH...
.
.
Janganlah engkau ukur kedudukanmu
.
atau kedudukan orang lain disisi ALLAH
.
dengan amal-amal lahiriah...
.
.
Amal-amal lahiriah tidak dapat dijadikan pedoman,
.
sebab orang baik dan jahat juga mengamalkannya."
.
.
- Al-Habib Muhammad ibn Abdullah Al-Aydrus

Sabtu, Julai 24

PELAJARAN UNTUK HARI INI



Pada suatu pagi
di satu sekolah menengah,
ada seorang pelajar
bertanya pada seorang guru
yang sedang mengajar.
Ketika itu,
guru tersebut
sedang menyentuh
mengenai kasih dan sayang
secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru
tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita
nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?
Macam mana juga
kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?
Emmm...baiklah.
Sekarang kamu buat
apa yang saya suruh.
Ikut je ye...
mungkin kamu akan dapat
apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...
apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas
sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput
di situ dan sambil
memandang rumput
di depan kamu,
pilih mana yang
PALING cantik
tanpa menoleh
ke belakang lagi
walaupun sekali.
Dan kamu petiklah
rumput yang
PALING cantik
yang berada
di depan kamu tersebut
dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok.
Saya pergi sekarang
dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila
pelajar tersebut balik semula ke kelas,
tiada pun rumput yang berada di tangannya.
Maka
cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya
berjalan di atas rumput dan sambil
memandang rumput yang berada di situ,
saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik
tapi cikgu kata
petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi.

Tapi sampai di penghujung padang ,
saya tak jumpa pun yang paling cantik.
Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu
tapi dah cikgu cakap
tak boleh menoleh ke belakang semula,

jadi tiadalah rumput
yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya,
itulah jawapannya.
Maknanya,apabila
kita telah berjumpa
dengan seseorang
yang kita sayang,
janganlah kita
hendak mencari lagi
yang lebih baik
daripada itu.
Kita patut
hargai orang
yang berada
di depan kita
sebaik-baiknya.
Janganlah kita menoleh
ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap
dah berlaku.

Dan semoga yang berlalu
tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham
dengan orang
yang kita sayang itu,
kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut

walaupun
banyak perkara
yang menggugat
perhubungan
tersebut.

Dan ingatlah
orang yang kita
sayang itulah
kita jumpa paling cantik
dan paling baik
pada MULAnya

walaupun nak ikutkan
banyak lagi
yang cantik dan baik
seperti rumput tadi.

p/s : Justeru itu,
sayangilah orang yang berada
di sekeliling kita
dengan tulus dan ikhlas...

SEMUANYA KERANAMU GURUKU


Jika kita ingin berjaya,
jangan sekali-kali
kita menghina orang
yang pernah mengajar kita

sekalipun dia menyakiti kita.
Sentiasalah berdoa
untuk guru
kerana doa
akan menambah
barakahnya ilmu
yang diterima.

Apabila kita berdoa
untuk guru, hati guru
akan menjadi lembut
dan akan mengajar
dengan sempurna.

Percayalah
apabila guru menyayangi kita,
pelajaran akan mudah hadam
dan dapat dihayati dengan baik.

Pelajaran yang sempurna dihayati
sudah tentu mudah dihadapi
semasa peperiksaan.

Apabila guru menyayangi murid
sudah tentu dia akan
memberi keutamaan kepada murid
yang disayanginya untuk dibantu.

Sekeras mana sekalipun
hati seorang guru itu,
atau nsegarang mana sekali pun
guru itu, apabila
berdepan dengan murid yang baik
dan hormat padanya,

InsyaAllah,hatinya akan
menjadi lembut untuk menyayangi murid tersebut.

Pokoknya,
doakanlah guru-guru
kita kerana berdoa
untuk orang lain itu
adalah lebih mustajab

disamping kita
mendapat habuan
yang sama dengan orang

yang kita doakan.

Apalagi
yang kita doakan
itu adalah
guru kita.

PAKU YANG LEKAT DI HATI

“Jangan suka menyakiti hati orang lain
dengan kata-kata kita,”
nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu.
Tapi, saya akan cepat minta maaf.
Itu satu kelebihan juga, bu?”
Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu
menyakitkan hati orang, anakku,”
kata ibu itu lagi.

"Saya rasa tidak, saya tidak kejam.
Selepas minta maaf,
segala-galanya langsai, bu.”

Si ibu berfikir.
Apakah cara untuk menyedarkan anaknya
daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu,
kamu ikut cadangan ibu ini.
Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.”

Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini,setiap kali kamu menyakiti hati seseorang,
kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini.
Kemudian, setelah kamu meminta maaf,
kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.”
Beberapa bulan berlalu,
mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

“Lihat ibu,
mana ada paku yang tinggal?”
Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut.
Memang ramai orang yang
saya sakiti hati mereka,
tetapi semuanya telah memaafkan saya
setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah
minta maaf dan mereka telah memaafkan,
tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ini.
Semuanya sudah tebuk,
calar dan ‘berkematu’.
Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti.
Walaupun kamu sudah dimaafkan,
tetapi kesan perbuatan buruk itu
masih berbekas di hati mereka.
Hati yang dilukai
ada parutnya,
anakku…”

Si anak
merenung dinding yang tebuk-tebuk itu.
Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.
Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran:
Meminta maaf adalah perbuatan terpuji.
Tetapi berusaha agar kita
tidak terpaksa meminta maaf
(maksudnya menghindarkan diri
daripada menyakiti hati orang lain)
jauh lebih terpuji.
Ya, luka di hati itu
lebih sukar diubati
daripada
luka di tangan

INILAH MAKNA BAHAGIA…



Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

• Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

• Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?

Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

• Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang …

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

• Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

• Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

• Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

APA YANG SEPATUTNYA KITA TAU..


Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah beri perhatian. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)

Lihat betapa hebatnya sifat Pemurah dan Pengasih Allah, Dia bukan sahaja memerintahkan kita berdoa, malah Dia mengajar apa yang patut kita doakan dan bagaimanakah caranya kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu, Allah berjanji untuk mempertimbangkan doa-doa itu. Sebuah syair mengungkapkan hakikat ini dengan begitu indah sekali:
“Allah s.w.t. murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya.
Sebaliknya manusia murka apabila kau sering minta kepadanya.”

Berdoa itu satu langkah yang produktif. Bahkan menurut pandangan ulama tasawuf, apabila Allah telah ringankan lidah seseorang hamba-Nya untuk berdoa, itu petanda Allah telah memberi lampu hijau untuk memperkenankan doa itu. Kata Imam Ibn Ataillah: “Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepada-Nya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”

Yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita itu. Tetapi jika Allah tidak berkehendak memperkenankan sesuatu doa, maka sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu.

Bukan mudah bagi seorang hamba Allah mengerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana taufik dan hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa, bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita sudah benar-benar berhajat kepada-Nya, maka Allah pasti tidak akan mengecewakan hajat kita itu.

Sebenarnya doa itu sendiri merupakan satu kurnia daripada Allah. Malah doa itu adalah modal asas yang memungkinkan seseorang itu menerima kurnia-kurnia Allah selanjutnya. Malangnya, orang yang mengetahui hakikat ini tidak ramai dalam kalangan kita. Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah ada siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan yang lain? Terlalu amat sedikit apa yang dapat kamu mengingati.” (Surah al-Naml 27: 62)

Hamba Allah yang benar-benar mengenal Allah (arif billah) dapat rasakan apabila seseorang itu diizinkan Allah untuk mengucapkan doa (ada sesetengah orang dikelukan lidah lalu tidak boleh berdoa) adalah lebih berharga daripada termakbulnya doa itu. Hal ini kerana seorang yang berdoa itu hakikatnya sedang berdialog dengan Allah. Bagi mereka, ini adalah satu anugerah Allah yang lebih bernilai berbanding apa yang diperoleh daripada doanya. Bukankah Pemberi hadiah itu lebih patut kita hormati dan kasihi daripada hadiah yang diberikan-Nya?

Mungkin ada yang bertanya apakah benar Allah akan memperkenankan setiap doa hamba-hamba-Nya? Jawabnya, ya jika apa yang kita ajukan itu doa yang benar dan elok. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, nescaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan di dunia dan akhirat).” (Riwayat al-Tarmizi no 3548)

Jelas di sini, doa yang dimaksudkan itu mempunyai ciri-cirinya. Antara ciri-ciri doa yang baik ialah isinya mestilah ke arah memohon kemaafan dosa dan kesalahan terhadap Allah. Rentetan daripada itu mereka pasti berdoa akan keselamatan diri dan orang lain, bukan permusuhan dan kekacauan). Dan yang paling penting, berdoa dalam keadaan merendah diri dan penuh harapan.

Oleh sebab itu, janganlah berdoa dalam keadaan terlalu mendesak dan memaksa Allah. Itu bukan sifat seorang hamba yang baik. Untuk mengatasi sikap ini tanamkanlah ke dalam jiwa satu keyakinan bahawa nikmat yang telah Allah berikan adalah lebih banyak dan lebih bernilai daripada apa yang sedang kita minta dalam doa kita itu.

Cara Allah Makbulkan Doa

Bagaimanakah cara Allah memakbulkan doa hamba-hamba-Nya? Ini memerlukan penjelasan yang tersirat dan maknawi. Sesungguhnya akal kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas. Fahaman kita tentang makbulnya sesuatu doa mungkin hanya mampu menyingkap selapis daripada kenyataan itu, tetapi di sisi Allah punyai makna dan tafsiran yang berlapis-lapis.

Untuk menyingkap rahsia itulah Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang yang berdoa kepada Allah dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturahim atau mohon disegerakan. Maka sahabat berkata: “Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu? Baginda berkata; seseorang itu berdoa, aku berdoa tuhanku, maka perkenanlah segera.” (kata Abu Isa hadis ini gharib, sunan Al-Tarmizi, 3968)

Melalui hadis ini para ulama telah merumuskan bahawa doa itu dikabulkan menerusi pelbagai kaedah dan keadaan. Antaranya termasuk:

1. Doa Itu Dikabulkan Serta-Merta

Kebanyakan doa yang diajukan oleh para rasul dan nabi dikabulkan serta-merta. Doa Rasulullah s.a.w. menjelang perang Badar misalnya, dikabulkan oleh Allah serta-merta. Begitu juga doa Ibn Abbas r.a. ketika meminta hujan semasa umat Islam dilanda kemarau yang dahsyat. Belum pun sempat Ibn Abbas meletakkan tangannya ke bawah, hujan telah turun mencurah-curah.

Begitulah juga dengan cerita bagaimana tiga orang pemuda yang berdoa dengan wasilah amal masing-masing apabila terperangkap dalam sebuah gua seperti yang diberitakan dalam sebuah hadis yang panjang lagi masyhur. Pintu gua itu tergerak (membuka ruang) serta-merta setiap kali salah orang mereka selesai berdoa. Inilah bukti jaminan Allah melalui firman-nya yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahulah mereka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah 2: 186)

2. Dikabulkan pada Waktu Lain

Acap kali juga sesuatu doa walaupun baik, dan datang daripada orang yang baik, pada waktu yang baik, tetapi Allah tangguhkan ke waktu lain. Hal ini kerana Allah sayangkan hamba-Nya itu. Allah sengaja berbuat demikian bagi mengujinya sehingga seorang hamba itu bersedia untuk menerima nikmat-nikmat-Nya. Misalnya, Allah kurniakan kekayaan apabila hati seorang hamba telah ada rasa syukur kerana memberikannya sebelum itu akan menjadikan seseorang itu kufur. Allah kurniakan kekuasaan setelah ada dalam hati seseorang ada rasa tawaduk dan sifat adil, supaya dia boleh menjadi pemerintah yang baik apabila sudah berkuasa.

Jika tidak bersedia, dibimbangkan nikmat itu boleh bertukar menjadi bala. Itulah yang disebut “istidraj” – yakni pemberian Allah yang merupakan satu kutukan dan memudaratkan untuk iman dan Islam seseorang yang derhaka kepada-Nya. Oleh sebab itu, sering kali juga Allah menahan pemberian-Nya kerana kasih sayang-Nya terhadap seseorang. Inilah yang dinukilkan oleh Prof Dr. K.H. Muhibbuddin Waly dalam bukunya Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf: “Sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya.”

3. Menghindarkan Bahaya

Doa kita kadang-kadang dikabulkan Allah dengan dihindarkan daripada bahaya yang mungkin datang. Kita tidak tahu apa bahaya yang ada di hadapan, lalu Allah datangkan halangan. Boleh jadi kita akan ditimpa penyakit yang kronik, mengalami kemalangan jalan raya, difitnah atau sebagainya. Namun dengan doa yang kita panjatkan kepada Allah, Allah selamatkan kita sebagai ganti apa yang didoakan.

Hakikat ini sangat sulit untuk difahami kerana ditunaikan tanpa sedar. Mengapa? Yalah, kita minta yang lain, tetapi Allah berikan sesuatu yang lain. Namun yang lain itu lebih besar dan bernilai ertinya berbanding apa yang kita minta. Misalnya, kita minta kejayaan dalam perniagaan, sebaliknya Allah hindarkan kita daripada penyakit-penyakit kronik. Bukankah itu sesuatu yang lebih baik?

Ingatlah apa yang Allah tegaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Difardukan kamu peperangan padahal kamu membencinya, boleh jadi ada yang kamu benci baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu. Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al Baqarah 2: 216)

4. Allah Berikan Sesuatu yang Lebih Baik di Akhirat

Hidup di dunia cuma sementara. Akhirat itu yang lebih baik dan lebih kekal. Firman Allah, mafhumnya: “Dan akhirat lebih baik dan kekal.” (Surah al-A‘la 87: 17) Beruntunglah jika kita mendapat sesuatu kurnia di akhirat berbanding kurnia di dunia ini.

Sebagai perbandingan, sehelai rumput di syurga adalah lebih baik daripada sebutir mutiara di dunia. Kenapa? Kerana rumput di syurga itu lebih kekal berbanding sebutir mutiara di dunia. Itu baru sehelai rumput, bayangkan sebutir mutiara di syurga. Ia sesungguhnya, bukan sahaja lebih kekal malah lebih bernilai daripada sebutir mutiara di dunia.

Orang yang berdoa dan doanya tidak dikabulkan di dunia, akan dikabulkan doa itu di akhirat kelak, insya-Allah. Doa yang dikabulkan di akhirat itu sesungguhnya lebih baik dan kekal daripada dikabulkan di dunia lagi. Kadang-kadang Allah menahan kekayaan yang kita pinta di dunia kerana Allah hendak memberikan kita kekayaan di akhirat. Kekayaan di akhirat bererti syurga.

Menyedari hakikat ini, seharusnya kita tidak akan jemu berdoa dan tidak akan berputus asa hanya kerana doa kita belum ataupun tidak dikabulkan di dunia. Kita tahu doa itu akan menjadi “saham akhirat”. Oleh sebab itu, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita berdoa di dunia ini. Bagi orang yang yakin akan kehidupan di akhirat, mereka akan terus-terusan berdoa sekalipun doa mereka seolah-olah tidak dikabulkan di dunia ini.

Banyak doa-doa yang diajarkan oleh Allah kepada kita, manfaatnya untuk hari akhirat. Doa minta dimatikan dengan iman, masuk ke dalam syurga dengan iman, terhindar daripada api neraka, minta dibangkitkan dalam keadaan bersama-sama orang yang membuat kebaikan dan jangan ditempatkan bersama-sama orang yang zalim. Misalnya, Allah menganjurkan kita berdoa dengan doa ini: “Ya tuhan kami, berilah keampunan bagiku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang Mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim 14: 41)

5. Dijadikan Kifarat kepada Dosa-Dosa

Manusia sentiasa berdosa kepada Allah sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan. Dosa adalah pendinding untuk kita mendapat bantuan, keampunan dan kasih sayang Allah. Kita mengharapkan dosa itu diampunkan dengan taubat. Dan untuk itu kita diwajibkan untuk bertaubat atas dosa-dosa yang kita sedari.

Namun, apakah jaminan taubat kita telah diterima sekalipun telah menempuh syarat-syaratnya? Dan bagaimana pula dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari? Itu lebih sukar diatasi. Mana mungkin kita bertaubat atas dosa-dosa yang kita rasa kita tidak melakukannya? Maka di sinilah peranan doa-doa yang kita panjatkan kepada Allah s.w.t. Doa-doa itu menjadi sebab untuk dosa-dosa kita itu diampunkan walaupun bukan itu yang kita pohon daripada Allah s.w.t.

Orang yang berdoa kepada Allah, sentiasa disayangi-Nya. Tanda sayang Allah kepadanya ialah mengampunkan dosa-dosa orang itu walaupun dia tidak meminta ampun. Inilah kehebatan dan kebesaran sifat al-Afu (Yang Maha Pemaaf) dan al-Ghaffar (Yang Maha Mengampuni) Allah s.w.t. Salah satunya ialah Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya walaupun hamba yang berdoa itu tidak meminta ampun.

Rabu, Julai 21

BERSEDIAKAH KITA UNTUK BERUBAH DEMI KEBAIKAN BERSAMA....


Dalam kehidupan kita sebenarnya sering bertemu dengan agen perubahan. Agen perubahan ini boleh jadi manusia, buku, keadaan, peristiwa dan sebagainya untuk kita mengambil iktibar dan memperbaiki diri. Dalam kehidupan, tiada apa yang tetap semuanya akan mengalami perubahan. Dalam ertikata lain hanya perubahan yang bersifat tetap.

Bagi kebanyakan kita yang telah diterapkan dengan sosio budaya, penerapan pembentukan nilai diri baik dalam rumah dalam measyarakat dalam pekerjaan dan sebagainya menukarnya kepada sesuatu yang baru bukanlah satu tugaas yang mudah. Kita yang telah berada dalam zon selesa begitu sukar untuk melakukan perubahan kepada sesuatu yang baru kerana kita telah biasa menjalankannya dengan cara yang kira selesa, senang dan tahu. Walhal ada teknologi baru yang lebih mudah, praktikal, efisien dan sebagainya.

Zaman teknologi digital ini mereka yang lambat akan ketinggalan dan perubahan berlaku dengan begitu cepat saban hari jadi kita mesti mencari jalan untuk berubah dan bersaing agar kita tidak ketinggalan.

Bila kita yang telah biasa dengan budaya yang lama dalam diri maka bila ada seseorang yang datang dan mengajak kita berubah kita akan menolak mereka keluar dan merasakan yang mereka mengancam kedudukan kita.

Dari sudut budaya syarikat.

Syarikat XYZ yang dijalankan dengan tidak efisien dengan pelbagai bocoran kepada perbelanjaan kewangannya kita ambil sebagai contoh.

Pengurusan syarikat yang lembab pada masa itu telah menyebabkan banyak pembaziran dalam perbelanjaan syarikat namun demikian kakitangannya gembira kerana mereka bebas untuk meminta kerja lebihan masa, bebas untuk menggunakan petty cash untuk tujuan yang adakalanya bukan untuk kegunaan syarikat. Namun bila masuk seorang CEO yang baru bernama Ali yang nampak semua kelemahan ini dan mula mengemplementasikan KPI (Key Performance Index) kepada semua kakitangan, menggunakan sistem komputer yang lebih baru dan canggih yang dapat mengesan inventori secara menyeluruh pada setiap masa, mengurangkan petty cash bersesuaian dengan bajet jabatan, membuat sasaran jualan dan sebagainya.

Keadaan ini meyebabkan ramailah kakitangan yang dahulunya asyik melepak minum pagi dan petang terpaksa bekerja dan mencapai sasaran yang diletakkan. Mereka memberontak kerana zon selesa mereka selama ini telah diganggugugat dan selagi daya mereka cuba mempertahankannya. Mereka cuba untuk menjatuhkan Ali kerana tak mahu menerima perubahan yang dibawanya.

Ali sebenarnya adalah seorang agen perubahan.

Dalam hal ini dua senario boleh berlaku.

Senario pertama,

Kakitangan syarikat itu berjaya menjatuhkan Ali hingga Ali dibuang kerja dan mereka kembali kepada cara lama tiada perubahan dan syarikat itu lambat laun akan mengalami masalah kewangan kerana perubahan yang trend perniagaan yang semakin sengit.

Senario kedua,

Sesuatu yang pada mulanya sukar untuk dilakukan lambat laun akan menjadi mudah. Kalau dahulu dengan mudah mereka mengatakan yang mereka tak tahu atau mencari alasan yang lainnya tetapi sekarang mereka perlu mencari jawapan kepada setiap soalan yang diajukan. Keadaan ini lambat laun akan menjadi budaya baru syarikat dan budaya ini pastinya akan membawa kepada keuntungan jangkamasa panjang buat syarikat tersebut.

Dari sudut budaya individu.

Individu juga tiada bezanya dari sebuah syarikat. Kita juga punya penerapan nilai budaya diri yang tersendiri samaada kita memasukkannya secara sengaja atau tidak. Dalam hal ini ia menjadikan kita seorang yang punya keyakinan atau tidak, pemaaf atau tidak, pemalas atau rajin, menghargai masa atau tidak dan sebagainya. Semua ini merupakan ketetapan-ketetapan dalam diri.

Masalahnya manusia lebih suka membuang masa, melepak, bersantai dan melakukan perkara-perkara mengikut nafsu. Hakikatnya orang yang sebegini sebenarnya tak sedar akan arah tuju dalam kehidupannya. Mereka lahir dan menjadi pengembara dalam dunia tanpa matlamat dan tujuan yang jelas.

Apapun bila kita bertemu dengan agen perubahan tak kiralah samaada ada orang yang menyampaikannya pada kita, kursus motivasi, pembacaan, kejadian dan peristiwa maka ambillah iktibar dan lakukanlah perubahan ke arah yang lebih baik.
Tamadun kita masih mentah jadi sebenarnya masih terdapat banyak lagi ruang untuk kita perbaiki baik dari aspek diri sendiri, masyarakat, pendidikan, perniagaan, kerajaan dan sebagainya.

Siapa saja sebenarnya boleh menjadiagen perubahan, sesiapa yang mendapat menfaat dari pembacaannya lantas melakukan perubahan dalam diri demi untuk meningkatkan KPI diri maka saya yakin lambat laun ia akan membawa kepada kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat kelak. InsyaAllah.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Perhatikan Kelemahan dan Perhatikan Kekuatan



Iktibar dari Permainan Bowling

Ammar, Irfan dan Farid adalah 3 orang pemain bowling.

Mereka pergi ke tempat bowling dengan niat untuk bermain. Maka dalam game yang pertama masing masing mendapat 100 markah. Pada masa itu seorang jurulatih yang berada di situ duduk memerhatikan mereka.

Dalam game yang kedua Ammar meneruskan cara dan kaedah yang serupa. Dia masih lagi mendapat 100 markah dalam game yang kedua.

Kemudian jurulatih itu memberitahu Irfan akan kelemahan-kelemahan dalam permainannya dan disuruh memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut. Ia membuahkan hasil! Dalam game yang kedua catatannya meningkat kepada 150 markah.

Seterusnya jurulatih itu memberitahu pula pada Farid akan kekuatan yang ada dalam permainannya dan disuruh agar menumpukan kepada kelebihan yang ada itu. Tahukah anda berapa kenaikan markahnya?

Menakjubkan! Ia naik 100 peratus kepada 200 markah!

Mungkin anda akan berkata yang ini adalah cerita yang saya ada-adakan. Sebenarnya tidak! Ia adalah cerita benar. Ia adalah sebuah kajian yang dijalankan oleh para saintis Barat. Lebih kurang begitulah keputusan kajian mereka.

Dalam hal ini sebenarnya kita boleh lihat kepada kelemahan diri dan juga kelebihan diri pada satu masa yang sama dan kalau kita dapat berbuat demikian maka hasil yang bakal kita perlolehi akan menjadi jauh lebih baik. Tak kiralah dalam apa juga yang kita lakukan.

Dalan hal ini pengisian dalam Islam sendiri menggunakan dua kaedah ini iaitu menunjukkan kepada kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang masa lampau akan kesalahan yang mereka lakukan dan pada masa yang lain pula menunjukkan pula kepada kelebihan-kelebihan apabila seseorang itu melakukan kebaikan.

Sesungguhnya mempromosikan kebaikan adalah jauh lebih banyak dari promosi keburukan untuk kita mengambil iktibar dan sesungguhnya mempromosikan kebaikan itu nilainya adalah jauh lebih tinggi. Malangnya dewasa ini ramai yang lebih suka dan berbangga mempromosikan keburukan dan kejahatan serta mengajak manusia ke jalan yang sesat. Tanpa disedari ini sebenarnya adalah agenda Barat yang tidak kita sedari menyerap dalam diri kita. Bila buat jahat kononnya kita nampak cool dan macho.

Jadi pada saya iktibarnya disini ialah sepertimana berikut ;

Kebanyakan orang bila bermain-mereka hanya bermain secara suka-suka, kalau difikirkan bukankah lebih baik kalau kita perhatikan setiap apa juga yang kita lakukan akan kelemahan juga kelebihan yang ada pada kita dengan harapan dengan keadaan yang demikian itu kita boleh mencabar keupayaan diri kita ke tahap yang jauh lebih baik.

Ini boleh dilakukan dengan memperbaiki kelemahan serta memperbaiki kelebihan untuk menjadi lebih baik dari tahap yang sebelumnya. Bila melakukan sesuatu lakukanlah dalam SEDAR dengan tujuan untuk mencapai sesuatu objektif yang disasarkan.

Daripada kita tak perhatikan apa-apa lebih baik kita perhatikan apa yang kita lemah atau perhatikan apa yang kita kuat bagi menambahkan kekuatan itu.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

ALANGKAH INDAH HIDUP INI JIKA MEMPUNYAI PEMIMPIN YANG BENAR2 BERJIWA MEMIMPIN...KE ARAH KEBAIKAN....


KEPIMPINAN.
kepimpinan dikaitkan dengan
MELAYAN & DI LAYAN

mana satu pilihan kita seandainya kitalah pemimpian hari ini.
melayan bermaksud rela berkorban demi kepentingan kelompok
pada tahap amalan dalam menjalan kepimpinan pelayanan

pertama
pemimpin melakukan sendiri

kedua
pemimpin melakukan manakala pengikut pengamati

ketiga
pengikut melakukan
pemimpin mengamati

keempat
pengikut melakukan sendiri
INI SATU LAGI SKILL
UNTUK DIKONGSIKAN

HONEY
H : honesty
kejujuran - semuanya dizahirkan melalui tindakan.
memiliki integriti.terhormat.tidak berbohong.

O : open mindedness
kesedian menerima orang lain dalam diri kita.
orang yang ingin maju bersedia untuk di kritik
bersedia untuk dinilai.

N : never Give up
mereka yang putus asa adalah mereka yang kalah
kita adalah simbol pembelajaran hidup
bagi orang lain di sekeliling kita.

E : Enthusiasm
semangat.keghairahan berkerja.
tiada kejayaan tanpa keghairahan

Y : You ' re the first
mengutamakan kepentingan orang lain
daripada kepentingan diri sendiri.

DAN KITA ADALAH
PEMIMPIN UNTUK DIRI SENDIRI

ALANGKAH INDAH HIDUP INI JIKA MEMPUNYAI PEMIMPIN YANG BENAR2 BERJIWA MEMIMPIN...KE ARAH KEBAIKAN....

KEPIMPINAN.
kepimpinan dikaitkan dengan
MELAYAN & DI LAYAN

mana satu pilihan kita seandainya kitalah pemimpian hari ini.
melayan bermaksud rela berkorban demi kepentingan kelompok
pada tahap amalan dalam menjalan kepimpinan pelayanan

pertama
pemimpin melakukan sendiri

kedua
pemimpin melakukan manakala pengikut pengamati

ketiga
pengikut melakukan
pemimpin mengamati

keempat
pengikut melakukan sendiri
INI SATU LAGI SKILL
UNTUK DIKONGSIKAN

HONEY
H : honesty
kejujuran - semuanya dizahirkan melalui tindakan.
memiliki integriti.terhormat.tidak berbohong.

O : open mindedness
kesedian menerima orang lain dalam diri kita.
orang yang ingin maju bersedia untuk di kritik
bersedia untuk dinilai.

N : never Give up
mereka yang putus asa adalah mereka yang kalah
kita adalah simbol pembelajaran hidup
bagi orang lain di sekeliling kita.

E : Enthusiasm
semangat.keghairahan berkerja.
tiada kejayaan tanpa keghairahan

Y : You ' re the first
mengutamakan kepentingan orang lain
daripada kepentingan diri sendiri.

DAN KITA ADALAH
PEMIMPIN UNTUK DIRI SENDIRI

Isnin, Julai 19

CEMBURU ADALAH SENAMAN HATI UNTUK KESEGARAN CINTA....


Tengah hari tadi, balik dari sekolah , aku singgah sekejap di sebuah kedai buku. Dalam menatap tajuk-tajuk yang tertera di cover beberapa buah majalah, aku tertarik dengan satu tajuk. Tajuknya, “Cemburu, Senaman hati untuk kesegaran cinta!”.

Timbul pertanyaan di hati, “Cemburu senaman hati? Cemburu untuk kesegaran cinta?”.

Aku terus membelek2 majalah tersebut…

Dalam artikel tersebut, dinyatakan bahawa kita hendaklah perlu sentiasa nampak ceria walaupun ada perasaan cemburu di hati. Tidak kiralah sama ada cemburu pada suami atau pasangan masing-masing. Cuma cemburu itu perlu ada saringannya. Jangan gunakan kata hati tapi mesti berlandaskan fakta. Ini kerana dengan adanya fakta, kita tidak akan terganggu oleh permainan kata hati yang tidak pasti.

Timbul juga persoalan pada aku, bolehkah kita mempamerkan diri kita untuk nampak ceria walaupun hakikatnya kita dilandai perasaan cemburu?. Ini kerana pada pengamatan aku, bila rasa cemburu itu datang.. ia biasanya akan membuatkan seseorang itu 'sedikit resah' dan 'sentiasa berdebar di hati'. Malah kadang-kadang, rasa cemburu juga membuatkan seseorang itu 'mudah tersentuh hatinya' dan 'selalu nak merajuk jer'. Biasanya perempuan je kan. hehe (egonya lelaki..).

Dr. Haji Juanda Hj. Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam, mengemukakan satu persoalan kepada wanita. Pernahkah anda mendengar istilah ‘teman tapi mesra’?. Bayangkan suatu hari anda menerima mesej SMS dari seorang wanita yang tersalah kirim ke dalam telefon bimbit anda.

p/s – Aku tiba-tiba tersenyum… Fikirku, “Semua orang ada perasaan cemburu… cuma tahap kecemburuan itu jer yang akan menentukan kuatnya degupan dan rasa debar di hati. Juga menentukan tahap kedamaian di hati.” hehe.

MASALAH UMPAMA GARAM, KEAZAMAN UMPAMA AIR




Kisah 1
Dalam perjalanan pulang dari pasaraya KINI, aku terdengar sembang Dr. Fadzilah Kamsah melalui radio kereta. Beliau melalui kajiannya mengatakan bahawa 95% kerisauan yang selalu difikirkan oleh kita sebenarnya tidak pernah berlaku. Segala masalah yang dijangkakan berlaku hakikatnya tidakpun berlaku. Oleh itu, kita hendaklah tidak terlalu memikirkan sesuatu yang belum berlaku. Buangkan segala kerisauan. Hancurkan segala keresahan.

Aku tertarik dengan kajian beliau tersebut. Malah aku sendiripun walaupun sentiasa cuba berfikiran positif tetapi sekali sekala masih tetap dilanda kerisauan tentang sesuatu. Risau jika apa yang telah dirancang tidak akan berjaya, risau akan kekuatan sebuah perhubungan yang terjalin, risau jika tutur bahasa telah mengguris hati seseorang, risau jika seseorang itu berkecil hati dan sebagainya.Okey, mulai sekarang aku akan cuba buangkan segala kerisauan. Aku tak nak lagi risaukan sesuatu yang belum berlaku. Apa yang penting, aku akan merancang dan melaksanakan sesuatu dengan cara dan gaya yang terbaik. Aku akan laksanakan termampu mungkin. Segala yang akan berlaku selepas itu bukan kemampuan aku untuk fikirkannya. Cuma penambahbaikan sahaja yang akan dan dapat aku lakukan untuk hari-hari yang mendatang.

Kisah 2
Sampai saja kat rumah, aku capai sebuah majalah. Majalah Solusi. Dalam majalah tersebut, aku terbaca satu artikel. Petikan artikel tersebut antaranya menyebut:

"Secubit garam akan memasinkan segelas air. Tetapi jika garam secubit itu diletakkan ke dalam sebuah teko, kemasinan garam akan berkurang. Jika garam yang sama kuantitinya itu dilarutkan pula dalam sebaldi atau sekolam air… masinnya tidak akan terasa langsung."

Begitulah perumpamaan perbandingan antara masalah dan keazaman menuju cita-cita. Masalah umpama garam, manakala keazaman umpama air. Semakin besar keazaman maka semakin mengecil masalah, seperti garam yang hilang kemasinannya apabila air bertambah.

p/s - Keazaman besar akan mengecilkan masalah yang sedang dihadapi. Sebab itu jika kita terlalu disusahkan bahkan dikalahkan oleh masalah-masalah kecil, itu petanda keazaman dan cita-cita kita masih kecil. Jika keazaman kecil, kita sebagaimanapun bijak, hebat dan kuat sekalipun tidak akan mampu ke mana-mana. Ya, takkan ke mana-mana ...

STRESS OH STRESS......





Jin Notte: "Hello fiza, naper ni.. tiba-tiba nampak lain je hari ni?"
KarateKid: "ermm.. fiza tensionle rashid"
Jin Notte: "hmm hmm.."

Anda sedang stress atau pernah mengalaminya? aku pun slalu gak stress, ada ke manusia dalam dunia ni xpenah hadapi stress? SEHEBAT MANA PUN manusia tu, pasti dia menghadapi stress, stress kat tempat kerja kalu xdihandle ngan baik pasti menyebabkan kita akan hilang keseronokan bekerja....bila hilang keseronokan bekerja, kita hanya akan menjadi bebanan kepada organisasi kita.....

Stress dan kehidupan memang tidak dapat dipisahkan. Bagi aku, kadang-kala stress ada baiknya. Maksud aku, stress yang terkawal. Macamana stress yang terkawal ek?. Mandai-mandai je si rashid ni..

Aku terfikir, baik juga dengan adanya stress sekali sekala (jangan selalu, kalau hari-hari stress boleh jadi lain pula. hehe). Kita sebenarnya mampu untuk gunakan keadaan stress untuk menghidupkan diri kita. Dengan stress, kita mampu memanggil idea. Dengan stress kita mampu bergerak melangkah dengan gagah. Dengan stress, kita bisa berfikir dengan baik yang kadangkala tak terfikir oleh kita dalam keadaan biasa.

Bagi aku, dengan stress, idea itu boleh kita panggil sepantas kilat dan menggerakkan diri untuk kita melakukan sesuatu dalam jangkamasa yang kritikal. Aku selalu juga jadikan stress untuk berfikir dengan pantas. Bila stress datang je, aku akan cuba berfikir pantas dan bertindak cepat!. ishh iyake ni? iya.. betul.. tapi kena pandai le kawal dan gunakan keadaan stress. Jadikan stress sesuatu yang positif. Berfikir seeloknya. Bertindak sewajarnya.

Pssttt!!!! kalau tak dapat kawal stress, ermm ada ke cara mudah nak kawal stress?

Menurut pakar refleksologi - urutlah pada bahagian paha kiri. Ini kerana dikatakan antara penyebab stress ialah kerana jantung yang berfungsi mengepam darah ke seluruh anggota tubuh dan urat saraf terhalang kerana masalah otot yang tegang. Dengan mengurut paha kiri, dapat mengimbangi fungsi jantung agar lebih optimum. Di samping itu, jangan lupa urut juga pada tapak kaki kanan, yang merupakan titik utama tubuh.

hehe selamat mencuba..

p/s – Jangan lupa, air sembahyang, solat dan al-Quran sebaik-baiknya penawar ..

KEMBALI KE HARI PERTAMA KITA.....

Hari-hari pertama bagi kita biasanya adalah detik yang penuh kegembiraan, ceria, hati suka dan penuh kasih sayang. Bermula dengan hari pertama kita dilahirkan. Kita dapat tengok bagaimana ibu bapa begitu gembira sekali. Bau pada badan kita sebagai bayi yang baru lahir begitu wangi dan tersendiri sehingga ibu bapa tak pernah puas mencium. Suasana keliling begitu indah dan ceria. Hilang segala keperitan dan kesakitan ibu yang melahirkan kita.


Begitu juga hari-hari pertama bila kita ke sekolah. Rasanya bukan main segala persiapan dilakukan oleh ibu bapa. Adakala kita tak sabar hendak ke sekolah. Pagi-pagi lagi dah bangun mandi. Tak sabar hendak berpakaian baru. Tak sabar nak berjumpa kawan-kawan. Sebab itu, kebanyakan kita tak pernah melupai hari-hari pertama kita ke sekolah. Jika ada yang takut-takut ke sekolah, mungkin rasa lucu benar. Dengan isak tangis manja tak nak berpisah dengan mak ayah.


Hari-hari pertama kita ‘fall in love’... kan terasa indahnya dunia ini. Bak kata orang – (bukan aku kata. ops! okeylah di ketika ini aku yang kata..), bila orang itu pertama kali jatuh hati, segalanya nampak indah. Segala madah dan syair tak ada lawannya. Hinggakan ‘gunung yang tinggi kan kudaki, lautan api kan kurenangi, lurah yang dalam kan kuturuni’. Malah ada yang sanggup ‘ambiklah kapak belahlah dada’, ‘kan kupetik bintang-bintang untuk kuhadiahkan pada hari lahirmu’. Semua ini untuk buktikan betapa dalam dan setianya cinta kasih. (Padahal meniti di jambatan gantungpun dah gayat, air sungaipun tak berani terjun & kena duri sikitpun dah mengaduh bukan main lagi sakitnya. hehe).

Semakin dewasa, kita melangkah pula ke alam kerjaya. Hari-hari pertama kita bekerja, melangkah kaki ke pejabat, biasanya penuh bersemangat, penuh keazaman dan motivasi. Segala tugas yang diberi, diterima tanpa banyak bantahan. Malah diterima dengan senyuman dan semangat untuk menyelesaikan segalanya. Sesuatu yang sukar akan dianggap sebagai cabaran. Malah ada sesetengah kerjaya, bila kita diarahkan untuk posting, biasanya sanggup dan terima saja, hatta dipostingkan ke pulau yang hanya ada 150 orang saja penduduknya. hehe

Persoalannya, kenapakah bila hari bertukar minggu dan bulan, bulan ke tahun, tahun silih berganti, segala semangat dan rasa riang ceria mulai hilang?. Tak lagi seperti ‘hari-hari pertama’. Seseorang itu mulai menunjukkan prestasi yang kurang berbanding dengan ‘hari-hari pertama’nya. Rasa penat dan boring kini menguasai diri. Rasa malas bangun pagi. Longlai untuk melangkah ke tempat kerja. Hilang mood.. hilang semangat. Dengan kata lain, kelihatan agak sedikit lemah segalanya.

Apa kata, demi diri kita sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara, kita kembali kepada ‘hari-hari pertama’. Ini penting agar kita rasa sentiasa gagah untuk melangkah, ceria, hati yang sentiasa berbunga mekar, terasa dihargai, dikasihi dan diperlukan. Kita pastikan kehadiran kita sentiasa diperlukan dan dinanti-nantikan.

Aku rasakan, betapa pentingnya semangat ‘hari-hari pertama’ dan ‘hidup ini baru bermula’ dikembalikan semula dalam diri kita, untuk berikan kita kekuatan dalam melalui hari-hari mendatang. Dapat berikan kita semangat baru. Semangat untuk mengubah hari-hari biasa kepada suasana yang penuh warna-warni, penuh keceriaan, kegembiraan, ketenangan dan kedamaian. Dengan kata lain, di mana jua kita berada, pada bila-bilapun, kita akan sentiasa tenang .. damai ... kan.. kan ..


p/s: Mungkin juga penghijrahan aku ke tempat kerja baru akan mengembalikan Hari pertama aku ngan semangat kerja baru.....segala2nya baru...mudah2an segalanya berjalan lancar.....tengah tunggu surat je ni....

Ketepikan rasa takut, kecapilah kehidupan dan masa depan ...


Aku tertarik dengan persoalan tentang perasaan takut.

Perasaan takut adalah perkara biasa pada sesiapapun. Ia lumrah. Ada yang takut gagal dalam pelajaran, gagal dalam bisnes, takut mengambil sesuatu keputusan, takut melukai dan dilukai. Malah kita juga takut kat peragut, takut kat mat rempit, takut harimau, takut lipas, takut hantu, takut gemuk, takut kurus (adake takut kurus?), takut terputus hubungan, takut kekasih, suami & isteri curang, takut berada di tempat tinggi, takut kemalangan dan macam-macam lagi jenis ketakutan.

Aku juga sama. Ada perasaan takut. Takut jatuh hati.., tak lama lagi aku akan berpindah tempat kerja...tempat baru, rakan baru, bos baru, semuanya baru.... haha...

Sebenarnya kita harus terima hakikat, apabila berdepan dengan ketakutan yang sebenarnya, kita memang takut. Jangan berpura-pura tidak takut kerana itu akan menjadikan kita lebih takut. Cuma apabila berdepan dengan ketakutan, jangan sekali-kali biarkan diri dibelenggu rasa takut yang terlampau amat. Jangan juga hanya berdiam diri, membisu membiarkan perasaan takut itu menguasai diri.

Aku tertarik dengan kajian pakar psikologi berkenaan perasaan takut. Menurut pakar: 60% daripada yang kita takuti adalah sekadar andaian, persepsi dan tanggapan yang tiada asasnya. 20% lagi adalah akibat daripada perkara atau peristiwa masa silam. 10% ketakutan adalah bersumberkan perkara yang remeh-temeh. Daripada 10% lagi, kajian mendapati hanya 4-5% sahaja yang benar-benar perlu ditakuti dan dihadapi.

Hasil kajian ‘ketakutan’ mendapati, umumnya manusia terbahagi kepada 3 golongan:

1. Orang yang lari dan menghindarkan diri

Golongan ini berusaha untuk lari daripada rasa takut. Mereka cuba mengelakkan daripada tempat, manusia, peristiwa dan keadaan yang boleh mendedahkan kepada rasa takut. Golongan ini bagi aku sebenarnya fobia. Seolah-olah ketakutan itu terlalu hampir dengan mereka bila berdepan dengan suatu perkara. Oleh itu mereka berusaha untuk lari daripada situasi yang mereka takutkan.

2. Orang yang pasrah dan mengalah
Golongan ini sekadar pasrah. Menyerah sahaja kepada rasa takut. Mereka membina harapan kosong, sekadar berharap ketakutan itu akan berlalu dan kehidupan akan kembali seperti biasa. Bagi aku, jika sekiranya sekadar menyerah kepada rasa takut, lama kelamaan dibimbangi ia mendarah daging dan menjadi kebiasaan dalam diri. Tiada sebarang tindakan. Tiada sebarang usaha. Akhirnya mereka ini tidak akan ke mana. Sekadar menunggu dan hampa.

3. Orang yang merenungi dan menganalisis sumber rasa takut
Menurut kajian pakar-pakar psikologi, kebanyakan rasa takut tidak mempunyai asas dan fakta yang jelas. Ia suatu yang diandaikan berlaku. Ia tidak berpijak kepada akal yang rasional sebaliknya ‘terawang-awang’. Dengan menganalisis sumber rasa takut, kita akan tahu kedudukan kita dalam menghadapi rasa takut ini. Jika kita takutkan perkara tidak berasas, itu bermakna kita biarkan diri kita memegang ‘bayang-bayang’. Kita mendera perasaan sendiri sebenarnya.

Oleh itu kita perlu bertindak, berhenti dan jauhkan diri dari bayang-bayang ini!. Jika ketakutan pada perkara-perkara lepas, bergeraklah ke hadapan. Yang lepas lepaslah.. ia tidak akan berubah lagi. Jika perkara yang remeh-temeh yang kita takutkan, adakah berbaloi untuk kita ingin terus menanggungnya? Adakah sanggup kita kalah dan rebah dibelenggu oleh ketakutan kecil ini?

Aku selalu dengar, besar atau kecilnya kejayaan dalam hidup ditentukan oleh besar atau kecilnya ketakutan yang selalu kita hadapi. Oleh itu, marilah kita untuk beri perhatian kepada perkara penting dan bermakna dalam hidup ini. Ketepikan rasa takut, kecapilah masa depan yang penuh harapan dan warna-warna indahnya.

Seperti yang pernah aku sentuhi dalam entri sebelum ini, Tuhan mendatangkan rasa kecewa bukannya untuk ditangisi. Begitu juga perasaan takut. Ia bukan saja-saja. Sebaliknya untuk kita renungi dan belajar daripadanya. Kan kita selalu dengar, semakin tinggi pokok yang dipanjat maka semakin kuat angin yang menggoyang dan semakin kuat angin yang menggoyang semakin takut kita untuk memanjat lebih tinggi. Tetapi kita harus memanjat kerana disanalah biasanya terdapat buah dan hasilnya.

CERITA YANG SERING AKU BACA BILA TERASA DIRI AKU SERBA KEKURANGAN @ SERING TIDAK BERNASIB BAIK DALAM BANYAK HAL KEHIDUPAN




Pada suatu hari ada seorang gadis buta
yg sangat membenci dirinya sendiri.
Kerana kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri,
tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya.

Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk
menemani dan menghiburnya.
Dia berkata akan menikahi gadisnya itu kalau gadisnya
itu sudah boleh melihat dunia.

Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan
sepasang mata kepada gadisnya itu
Yang akhirnya dia boleh melihat semua hal,
termasuk kekasih gadisnya itu .
Kekasihnya bertanya kepada gadisnya itu
”Sayangggg … sekarang kamu sudah bisa melihat dunia.
Apakah engkau mau menikah denganku?”
Gadis itu terkejut melihat bahwa kekasihnya itu ternyata buta.
Dan dia menolak untuk menikahi kekasihnya
itu yg selama ini sudah
sangat setia sekali mendampingi hidupnya
selama si gadis itu buta matanya.

Dan akhirnya kekasihnya itu pergi dengan menitiskan air mata,
dan kemudian menuliskan sepucuk surat
singkat kepada gadisnya itu,
“Sayangku, tolong engkau
jaga baik-baik ke-2
mata yg telah aku berikan kepadamu.”

KITA FIKIRKAN BEGINI
Kisah di atas memperlihatkan bagaimana
Fikiran manusia berubah saat status dalam hidupnya berubah.
Hanya sedikit orang yang ingat
bagaimana keadaan hidup sebelumnya
lebih sedikit lagi yang ingat terhadap
siapa harus berterima kasih
DAN LAGI

Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata- kata kasar
Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.
Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu,
Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum engkau mengeluh tentang siapa saja,
ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan
untuk meminta penyembuhan sehingga suami/kekasihnya
TIDAK LUMPUH seumur hidup.

Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu,
Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi
ke alam kubur dengan masih menyertakan kemiskinannya.
Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu

Ingatlah akan seseorang yang begitu
mengharapkan kehadiran seorang anak,
tetapi tidak mendapatnya.
Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu

Ingatlah akan para penganguran, orang cacat
dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.
Dan ketika beban hidup seakan menjatuhkanmu,
pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada
Tuhan karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah,
nikmatilah dan isilah hidup ini
dengan sesuatu yg bermanfaat untuk umat manusia.

PERASAAN KECEWA DAN RASA TIDAK DIPERLUKAN...




Menarik untuk dikongsikan cerita ini.
2 kisah yang cukup untuk kita jadi
sebagai satu KEPERCAYAAN

bagaimana kuasa penampilan menjadikan
kita sesuatu yang berbeza.
SAYA MULAKAN DENGAN CERITA 1
saya amat yakini kepada satu konsep
KECANTIKAN FIZIKAL merupakan satu
KUASA PENGARUH
yang cukup besar untuk menangkap minat
orang lain untuk mendekati kita.

ADAKAH INI SEGALANYA.
sebab saya yakini kepada satu pandangan
KECELAKAAN PALING BESAR DALAM HUBUNGAN SOSIAL
BILA MANA KITA TIDAK DIPEDULIKAN.

kita mahluk sosial yang tentunya
mahu dipedulikan.
adakah ini penyudahnya

KITA ANGGAPLAH
kepedulian orang lain umpama
kemahuan orang lain ' masuk kedai ' kita.
KEINGINAN UNTUK MEMBELI
DAN TERUS MEMBELI
semua bergantung besar kepada
kemahiran seterusnya
KECANTIKAN SOSIAL.

ini kisah ke2
seorang sahabat.
sepetang bersamanya.
CUKUP UNTUK SAYA KATAKAN.
patutlah dia bagus dalam perniagaan.
KECANTIKAN SOSIAL amat2 tinggi.
cara aturan dia menyalurkan komunikasi
dengan pelanggan dan pekerja cukup untuk
membuatkan ' rugi ' kalau tidak terus berurusan.

menurut dale carnigie
dalam buku klasiknya
BAGAIMANA UNTUK MEMBINA PENGARUH
percayalah : kemahuan manusia
DILIHAT
DIPEDULIKAN
DIHARGAI.

hari ini dunia semakin meletakkan
untuk menjadi orang hebat
KEMAHIRAN MEMBINA
KECANTIKAN SOSIAL
HARUS DIDAHULUKAN.
kita menjual diri kita
untuk di ' beli ' oleh orang lain.
tentunya dimulai dengan apa yang
orang lain nampak.

keseronokkan untuk terus berada dalam
'kedai ' kita ( bersama kita ) dikaitkan dengan
sejauh mana kemampuan kita sesama menjadikan
hubungan yang menguntung dari segi emosi.

Itu le perasaan yang tika dan saat ini aku rasakan....hebat sangat tekanan dan ribut di dalam hati merasa diri tidak lagi diperlukan di skmk.....aku perlu meninggalkan tempat yang pernah menjadi satu tempat terpenting dalam hidupku....Ini disebut PENGHIJRAHAN....demi memperbaiki keadaan.....keadaan dan suasana yg tidak lagi seharmoni dulu.....MENINGGALKAN SEBELUM DIHALAU PERGI.....

PEMENANG VS SI KALAH.....




perbezaaan SANG PEMENANG dan SI KALAH.
sang pemenang selalu memiliki program
si kalah selalu memiliki sesuatu untuk dimaafkan

sang pemenang menyatakan
BIAR AKU BUAT KERJA
si kalah menyatakan
ITU BUKAN TUGAS AKU

sang pemenang memiliki jawapan diatas persoalan
si kalah melihat adanya masalah dalam setiap persoalan
si pemenang menyatakan
MUNGKIN SUKAT TAPI MASIH BOLEH
si kalah
MUNGKIN BOLEH TAPI SUKAR

sang pemenang membuat kesilapan
ITU SALAH AKU
si kalah membuat kesilapan
BUKAN SALAH SAYA

sang pemenang membangun suatu komitmen
si kalah membuat janji
sang pemenang memiliki mimpi
si kalah memiliki rencana

sang pemenang salah satu bahagian dalam kumpulan
si kalah terpisah dari kumpulan

sang pemenang melihat tujuan
si kalah melihat penderitaan

sang pemenang melihat kemungkinan - kemungkinan
si kalah melihat penderitaan.

sang pemenang mempercayai situasi menang2
si kalah mempercayai situasi menang - kalah

sang pemenang melihat potensi
si kalah melihat masa lalu

sang pemenang memilih apa yang dia katakan
si kalah menyatakan tentang apa yang dia pilih

SANG PEMENANG MEBUAT
SESUATU BERLAKU
SI KALAH MEMBIAR
SESUATU BERLAKU