Jumaat, April 30

TEKNIK UBATI HATI YANG KECEWA




Pernahkah anda berdepan dengan rakan atau saudara anda yang kecewa? Kecewa dalam peperiksaan, pekerjaan, percintaan, perkahwinan dan berbagai kekecewaan lain? Bagaimana reaksi mereka? Sedih adalah perkara biasa. Menangis juga adalah perkara biasa tetapi tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana mampu mengundang masalah lain pula. Meraung? Menjerit? Marah-marah? Fenomena ini juga bukan agak luar biasa tetapi adalah melampau. Biasanya, kekecewaan melampau ini terjadi dalam perhubungan cinta atau perkahwinan. Perbuatan meraung, menjerit atau marah-marah adalah kesan tekanan melampau yang dirasai oleh seseorang yang kecewa terhadap sesuatu. Perbuatan ini perlu dihentikan segera kerana jika dibiarkan, akan membawa padah bukan sahaja kepada insan yang kecewa sebaliknya kepada insan sekelilingnya juga.

Jika anda berhadapan dengan insan-insan kecewa dan bersikap seperti ini, anda perlu bertindak untuk mententeramkan mereka. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah takluk dan tandingi mereka. Sudah pastilah anda perlu bersikap lebih agresif berbanding rakan atau saudara anda yang kecewa itu. Bukan agresif yang negatif sebaliknya yang positif. Jika insan kecewa tersebut menangis meraung-raung, pegang atau peluk dirinya agar dia rasa lebih tenang. Jika anda tidak berdaya memegang atau memeluknya, contohnya insan kecewa yang menangis dan meraung-raung itu adalah rakan atau saudara berlainan jantina dan tidak ada orang lain bersama anda berdua tika itu, paksa dia berhenti menangis dan meraung.

Tanyakan, apakah dengan meraung, kecewanya akan hilang? Jika dia putus cinta, persoalkan apakah dengan meraung, cintanya akan kembali bersatu? Kenapa perlu meraung sakitkan fikiran dan emosi sendiri kerana insan yang tak menyayangi dirinya? Tanamkan dalam fikirannya, hidupnya takkan berakhir walau tanpa insan yang mengecewakan dirinya itu. Dah nyata insan yang mengecewakan tersebut bukan lelaki atau gadis terbaik untuk dirinya. Minta dia ingati dan kenang ibu bapa atau siapa sahaja insan tersayang lainnya yang ada di dalam hidupnya. Apakah perasaan mereka jika melihat dirinya yang bersikap sedemikian? Sudah tentu mereka juga akan sedih dan kecewa. Apakah dia sanggup kecewakan orang yang betul-betul ikhlas menyayangi semata-mata kerana seorang insan penipu?

Mungkin tika ini, anda perlu tinggikan sedikit suara anda. Yang penting, anda perlu menakluk dan menandingi emosinya tika itu. Insan yang menangis dan meraung ini terlalu mengikut perasaan hingga tidak mampu memikirkan perkara lain kecuali kekecewaannya.

Tugas dan peranan anda untuk membawa emosi dan perasaannya ke dunia nyata semula. Sama juga jika insan kecewa tersebut menjerit atau marah-marah. Tindakan tersebut adalah satu luahan kekecewaan. Tika ini, anda perlu lawan emosi marah tersebut. Bukan marahkan sikapnya sebaliknya mengingatkan insan kecewa tersebut agar tidak marahkan orang lain yang tidak bersalah dan tidak ada kaitan dengan kekecewaannya.

Paling penting, minta dia istighfar ingatkan Allah. Minta rakan anda itu ucapkan Allah, Allah, Allah berulang kali. InsyaAllah, dalam beberapa ketika sahaja, dia akan mula tenteram dan tenang. Minta insan kecewa ini mandi dan sejukkan diri sekaligus sejukkan emosi dan tekanan perasaannya. Anda juga perlu memantau setiap perlakuan dan perbuatan insan kecewa ini. Jangan biarkan dia bersendirian. Elakkan daripada membincangkan perkara yang mengecewakan tersebut jika dia belum bersedia. Dia hanya bersedia jika anda dapati, dia boleh bercakap mengenai kekecewaan tersebut secara bersahaja. Hingga tiba saat itu, setiap kali dia cuba luahkan kekecewaannya, minta dia bertenang dan jangan dikenang lagi kisah-kisah lama yang boleh melukakan lagi hatinya. Jangan minta dia melupakan sebaliknya elakkan dari memikirkan kisah-kisah luka tersebut dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti.

Cuba elakkan daripada menyebut perkataan sabar sebab ada tikanya perkataan sabar ini akan lebih menambahkan kekecewaannya. Kenapa? Semua orang tahu, sabar adalah perkara yang perlu dipraktikkan dalam setiap agenda kehidupan tetapi sabar bukanlah perkara yang mudah dilakukan. Bagi insan-insan yang kecewa, sabar boleh mengundang pelbagai maksud. Ada tikanya, perkataan sabar mampu didefinisikan sebagai hidupnya sedang berdepan dengan ujian yang maha berat dan sukar ditangani. Ada juga yang merasakan dia perlu bersendirian mengharungi hidupnya.

Sebaliknya anda boleh gunakan perkataan tabah, kuat, boleh dan pelbagai lagi kata-kata semangat dan motivasi. Ceritakan kisah orang lain yang lebih menyayat hati tetapi orang tersebut mampu meneruskan kehidupan seperti biasa agar insan kecewa tadi sedar dan tahu, bukan dia sahaja yang diuji oleh Allah malah ada orang lain yang lebih teruk ujiannya dan mampu meneruskan hidup dengan ceria. Minta dia lebih dekatkan diri kepada Allah dan mohon kekuatan daripada-Nya. InsyaAllah, kekecewaan akan beransur hilang walau kisah duka masih belum luput di fikiran.

Khamis, April 29

BILA DAPAT KETENANGAN YANG ABADI



Macam post aku yang sebelum ni tentang dugaan hidup aku ada ceritakan sedikit tentang dugaan ni.. Entri aku kali ni nak bercerita tentang ketenangan jiwa pulak.. Seprti yang kita tau hidup ni ibarat roda sekejap di atas dan kemudian di bawah balik.. Amat penting untuk kita mempunyai satu sifat tenang dimana sifat ini mampu membawa kita lebih jauh dalam hidup kita ni.. Untuk mencapai ketenangan jiwa ni bukan senang dan bukan susah.. Kadang2 bile masalah melanda hati kita akan mula gelabah dan kemudian kita xleh nak pikir camne nak keluar dari kemelut tersebut..

Maka kita perlu segera mencari ketenangan jiwa kita… Macam mana nak cari ketenangan jiwa ni.. Ok kita lihat dari sudut psikologi untuk mendapat ketenangan ni kita mule2 kena fikir benda lain selain masalah tersebut.. amat penting untuk melupakan seketika masalah tersebut.. Bile kita dah beralih tumpuan cuba kita cari aktiviti yang sihat.. Mudah saje seperti pergi bersenam ke atau tonton wayang.. Tapi tengok la cerita lawak jangan pulak cite gaduh2 ye.. Hahaha.. Lepas tu luahkan apa yang terbuku di hati tu kat sapa2 biar hilang sikit beban tu.. Tak ramai antara kita yang nak citekan masalah terutama lelaki kan.. Aku tau la sebab aku pon lelaki macho.. Cube luahakn nanti kita akan lega.. Disitu kita dah dapat sedikit ketenangan sebab kita sekarang dah berkongsi masalah tersebut dengan seseorang kan.. Haa dah hilang kusut tu boleh la kita berfikir dengan lebih rasional agar mudah kita nak selesaikan masalh tersebut ye kawan2..

Tapi bagi orang Islam yang penting sekali adalah dekatkan diri dengan Allah kerana hanya Dia yang mampu menolong kita.. Di situ la tempat kita nak mohon pertolongan kan kawan2 ku.. Banyakkan bersolat dan baca Quran InsyaAllah ketenangan itu akan diberikan kepada kita olehNya.. Semoga entri ni sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 sekalian ye.. Wassalam..

KEBODOHAN KADANG-KADANG PERLU UNTUK KITA JADI SEMAKIN CERDIK

Manusia kadang kalanya ingin menjadi yang terbaik.
Mencari dan mencari siapakah sandaran yang tepat bagi dirinya,
yang boleh menjadikan ia seorang manusia dengan jiwa sejati.
Jika sudah menemukannya, ia lalu mencuba
menjadi diri dari PANDANGAN mereka.

Mulai dari sikap, tindakan, serta ucapan
mereka itu ditiru habis-habisan.
Ya meniru boleh-boleh saja.
Tapi ingatkan selalu,siapa diri kita ini sebenarnya.
Memiliki kekurangan ataupun kebodohan dalam diri itu
bukan suatu yang buruk.

Ia adalah nikmat yang tak terduga.
Tidak percaya ya? Mulai sekarang jadilah diri kalian apa adanya.
Bimbinglah sifat kekurangan yang kalian punya itu.
Carilah sandaran yang terbaik bagi diri kalian.
Tapi ingat! Bukan untuk di tiru habis-habisan.
Atau di telan mentah-mentah.

Menjadi manusia yang tahu akan kekurangan
diri itu lebih baik, daripada menjadi manusia yang tidak
memahami kekurangan dirinya.

INILAH KITA Penghibur.
Seorang badut yang bisa menyegarkan suasana.
Ya menjadi seorang badut, dimana ada engkau,
semua orang merasa terhibur dan gembira.
Melupakan sedikit ketegangan-ketegangan yang ada disana.
Baik dalam bentuk tindakan atau ucapan yang kita lontarkan.

Penyejuk.Seperti AIS yang bisa menyejukkan ruangan.
Begitu juga kita, setiap ada suatu masalah yang terjadi
dengan kawan kita atau kita sendiri,
kita boleh mencari jalan keluar,
atau setidaknya mampu menjadi penyejuk hati mereka.
Dengan sedikit senyuman serta kedewasaan
berfikir kita memahami masalah yang ada.

Penghapus.Kali ini kita bertindak 'seolah' sebagai pemimpin, ketua .
Di saat kawan kita mempunyai banyak
keraguan-keraguan untuk maju.
Kitalah yang menjadi penyemangat,
penghapus keraguan yang ada dalam diri mereka.

Perlihatkan kepada mereka.
Bahawa yang mereka lihat dan takutkan di depan
sana itu sebenarnya pantulan bayangan .

Jika kalian mampu menggunakan
ketiga karakter sifat tersebut.
Saya yakin kalian akan menjadi si bodoh yang selalu di kagumi,
di ingat, bahkan tak kan pernah di lupakan
dalam sanubari setiap orang, seumur hidupnya kerana jasa kita si bodoh ini.

Rabu, April 28

PENTINGNYA SESEKALI JADI PENDENGAR YANG BAIK..


Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama
seperti dia perlukan makanan.
Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan.
Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi.
Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar
akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak.
Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya.
Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya.

Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga
menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi:
“Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.” kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar. Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya.
Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum.

Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati.
Orang yang mendengar sebenarnya adalah orang yang “memberi”…
Bukankah cinta itu bererti memberi? Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan.
Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat.

Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik,
kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar. Malangnya, kebanyakan manusia
lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain. Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli.

Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan.Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam.
Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh.Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat.bahkan mampu mendengar seluruh
pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

dari blog : ustaz pahrol

Moral Cerita
ini satu lagi kemahiran yang kita abaikan MENDENGAR..tuhan jadikan satu mulut
dua telinga untuk kita banyak memdengar. SATU SKILL YANG DIABAIKAN
percayalah ketidakmahuan kita mendengar menjadikan satu lagi hal yang
menjadikan kita semakin tidak penting dalam kehidupan orang lain.

Ahad, April 11

SANTAPAN ROHANI



Apabila hendak makan kita selalu mempertimbangkan beberapa perkara antaranya adalah halal dan bersih. Harga juga dipertimbangkan tetapi tidak ada maknanya makanan murah tetapi kotor. Makanan yang tidak bersih bisa membawa kepada keracunan makanan. Kita tentu sekali tidak mahu dibawa ke klinik sesudah menjamu selera kerana keracunan makanan. Oleh itu, selain halal, faktor kebersihan perlu diberikan keutamaan.

Itu makanan tubuh. Bagaimana dengan makanan rohani? Rohani kita juga memerlukan makanan - halal dan bersih. Namun sesetengah antara kita kurang menitikkan makanan rohani yang sememangnya sama penting dengan makanan tubuh. Apa gunanya tubuh kita diberikan makanan halal, bersih dan berzat sekiranya rohani kita atau minda kita hari-hari disuapkan makanan beracun? Makanan rohani yang beracun adalah makanan berbahaya yang akan membantutkan kejayaan kita. Makanan beracun ini akan meracuni seluruh kehidupan kita.

"Ah, kamu tak akan berjaya mencapai cita-cita kamu. Kamu ingat senang nak jadi usahwan muda yang berjaya?" Ini contoh makanan rohani yang beracun. Sekiranya anda berkawan dengan orang seperti ini, nescaya anda akan gagal dalam kehidupan kerana mindanya dipenuhi dengan racun. Dan racun tersebut akan mempengaruhi fikiran anda.

"Kamu nak beli rumah banglo di lereng bukit yang harganya RM2 juta? Tak mungkin. Itu rumah jutawan, bukan rumah orang seperti kita!" Ini juga contoh makanan beracun. Minda yang beracun tidak dapat berfikir di luar kepompongnya. Fikirannya sempit.

Ini pula contoh makanan rohani yang tidak beracun, malahan dipenuhi dengan zat dan vitamin. "Kamu boleh jadi usahawan muda berjaya sekiranya kamu berusaha bersungguh-sungguh dengan bimbingan pakar yang berpengalaman!"

"Beli rumah dengan harga RM2 juta tidak mustahil bagi seorang yang rajin, tekun dan bercita-cita tinggi. semua orang dilahirkan dengan tangan kosong. Berkat usaha, orang itu berjaya."

Dalam pergaulan harian, memilih kawan adalah penting kerana pemikiran kawan akan mempengaruhi pemikiran kita. Apabila kita berkawan dengan orang yang berfikiran negatif, tiada semangat dan berjiwa kecil, kita juga akan menjadi seperti dia. Waspadalah memilih kawan. Kawan yang suka mengutuk orang, menggosip orang elakkan sama sekali. Kawan yang memandang dunia dari sudut negatif juga harus dijauhi kerana akan meracuni kehidupan anda.

Orang-orang yang berjaya adalah orang-orang yang berjiwa besar. Orang yang berjiwa besar adalah orang yang pemikirannya positif.

Jagalah makanan anda - jasmani dan rohani - agar anda sentiasa mendapat makanan yang halal, bersih, berzat dan bervitamin.

Antara Cinta Dan Keluarga



Cinta dan keluarga yang mana lebih penting?

Kenapa tiba-tiba saja aku melontarkan soalan ini? Kerana ada orang yang membuang cinta kerana keluarga dan ada juga orang yang membuang keluarga kerana cinta.

Orang yang cintanya sesuci embun, tetapi terhalang oleh keluarga sanggup membuang cinta tersebut biarpun sakit kerana sayangnya kepada keluarga melebihi nilai cintanya. Manakala orang yang mengagungkan cinta pula rela membuang keluarga kerana keagungan cintanya mengatasi keagungan cinta Romeo dan Juliet.

Orang pertama yang membuang cinta kerana keluarga dipandang mulia kerana tidak rela menyakiti hati keluarga yang disayangi. Manakala orang kedua yang membuang keluarga dilabel anak derhaka kerana menukarkan cinta dengan kasig sayang keluarga.

Namun, cinta itu sesuatu yang halus, indah dan sukar difahami. Perikatan keluarga pula sukar diputuskan. Apabila terdesak, tidak kurang yang memilih bersekedudukan tanpa pengetahuan keluarga, kononnya inilah jalan keluar yang paling baik. Aduhai, tiada pilihan lain lagikah? Cinta suci tak patut dilumuri dosa-dosa.

Dan yang paling teruk lagi apabila ada yang memilih untuk terjun sungai, menjerat leher sendiri atau meneguk racun rumpai. Ini bukan jalan keluar, tetapi jalan jahanam. Tetapi apabila terdesak, dunia seperti akan menyerkup bumi, individu akan memilih untuk "tidur" selamanya dengan harapan apabila bangun semula semua masalah telah selesai. Hakikatnya, tidak semudah itu. Masalah umpama bebayang yang akan mengekori kita ke alam mana jua.

Akhir-akhir ini ramai pasangan bercinta yang memilih mana-mana satu daripada 4 jalan di atas walaupun jalan lain masih ada. Jalan lain itu jalan mana? Cari penasihat. Ya. Carilah kaunselor cinta, pakar motivasi, pakar agama atau apa-apa yang dapat membantu keluarkan kita daripada kekusutan cinta. Betapa hebatnya cinta pasti ada kurangnya. Betapa kerasnya keluarga pasti ada lembutnya. Cinta tak boleh bernafas seenaknya tanpa restu keluarga. Keluarga akan sepi tanpa kasih sayang sejati. Kasih sayang sejati pastinya tiada dalam paksaan, termasuk paksaan dalam bercinta.

Cinta suci dan keluarga mesti diupayakan agar tidak terbuang mana-mana satu kerana kedua-duanya amat bernilai.

Cinta kepada pasangan dan kasih sayang keluarga mesti hidup dan subur beriringan. Sekiranya kedua-duanya dipisahkan, manusia tiada banyak pilihan untuk menikmati hidup yang bahagia!

KUNCI PINTU HATI


Orang kata pintu hati kita umpama pintu rumah. Pintu rumah ada kunci di sebelah dalam dan sebelah luar. Kunci kedua-dua belah hanya kita yang boleh buka kerana anak kuncinya di tangan kita. Kalau kita tak buka, orang luar tak boleh masuk.

Pintu hati pun sama, kalau kita tak buka orang luar tak boleh masuk. Oleh itu, orang luar jangan menyibuk kerana jikalau orang dalam tak buka, jangan harap dapat masuk. Kunci ada pada orang dalam. Orang luar hanya mampu menunggu sehingga pintu dibuka barulah dapat masuk.

Untuk masuk, orang luar mesti berkenalan dengan orang dalam dahulu. Main datang keruk pintu sahaja siapa berani buka. Ingat tidak bahayakah buka pintu kepada orang yang tidak dikenali. Sekali masuk, nanti tidak keluar macam mana?

Oleh itu, berkenalan dulu. Kalau bernasib baik akan dijemput datang ke rumah. Apabila sampai bagilah salam dan perkenalkan diri. Seandainya niat kedatangan baik, nescaya pintu akan dibuka. Selepas pintu dibuka, masuklah dengan sopan, duduk di tempat yang sesuai dan sentuh barang yang dibenarkan sahaja. jangan sentuh barang-barang yang dilarang. Tetamu mesti patuh kepada peraturan tuan rumah. Jangan jadi seperti pepatah yang menyebut beri betis mahu paha, beri paha mahu dada. Ini tidak boleh. Sentuh benda yang boleh disentuh. Benda berharga yang mudah pecah jangan cuba sentuh sama sekali walaupun dengan hujung jari. Tak boleh. tuan rumah tak suka. Kalau tak tertahan hendak sentuh juga, minta izin dengan baik. Kalau dia enggan, jangan paksa. Masuk rumah orang tidak boleh main paksa-paksa. Jaga biadab.

Namun, lazimnya tuan rumah tidak kejam. Semahal mana harga barang rumah dia, sekadar sentuh dia izinkan. Sentuh sahaja, tak usah minta bawa balik. Ada orang pergi rumah orang terliur tengok barang orang. Bukan terliur biasa, tetapi sampai meleleh air liur bagai orang mengidam. Manusia memang pelik, suka sangat dengan barang orang lain.

Buka kunci rumah kepada orang luar masuk tidak boleh sewenangnya. Orang yang baru kita kenal bukan boleh dipercayai sangat. Hati orang bukan boleh dibaca. Bagaimana kalau dia jenis manusia yang pandai berpura-pura? Dia sengaja berbaik dengan kita semata-mata hendak masuk curi barang berharga kita? Dia tahu ita tidak akan bukan pintu kepada orang asing, lantas dia sengaja berkawan dengan kita. Kita pula percaya bahawa dia orang baik. Pelawa datang ke rumah dan buka pintu bagi dia masuk penuh izin. Selepas dia curi barang berharga kita pergi, barulah menyesal. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna sesen pun.

Sekarang ini orang begitu mudah buka pintu hati kepada tetamu yang baru dikenali - membiarkan dia masuk seenaknya setiap penjuru rumah, meredah segenap sudut bilik yang ada, semua diterokainya sesuka hati - dengan kerelaan kita. Apabila dia pergi, barulah tersedar bahawa dia telah meninggalkan luka di hati kita. Barang-barang berharga yang kita sayangi dibawa pergi bersama.

Hati kita, kuncinya ada di dalam. Kunci ini tidak ada penduanya. Jikalau kita tidak membuka kuncinya, tiada siapa boleh masuk, tiada siapa mampu menceroboh. Kunci pintu hati tidak boleh dibuka dari luar. Sekiranya hati kita dimasuki dan dilukai, marahilah diri sendiri kerana kita yang membukakan kuncinya!

Sabtu, April 3

PUTUS ASA IBARAT RACUN JIWA


Aku melihat putus asa umpama racun yang membunuh jiwa. Ia mula menyerang hati kita hingga tercetusnya keraguan terhadap diri kita sendiri. Ia menimbulkan halusinasi yang menggambarkan segala kelemahan diri kita hingga kita mula meragui kehidupan dan perjalanannya yang sedang kita lalui. Kehidupan terasa begitu sukar dan menggerunkan jiwa. Kesan racun ini jika tidak disekat akan menyerang iman kita hingga kita mula meragui qadar Allah SWT dan akhirnya meragui kebesaran, keagungan, kebijaksanaan dan keadilan Allah SWT.

Kerosakan pada hati menyebabkan kesannya mula merebak keseluruh anggota badan. Kita mula terasa lemah untuk bangun meneruskan kehidupan. Mata kita mulai silau memandang segala ujian dan tekanan yang bakal kita tempuhi. Kepala kita terasa berat untuk mendongak dan memandang kehadapan. Kaki terasa kaku dan hilang keseimbangan untuk berdiri dan meneruskan perjalanan. Kita akhirnya tidak mampu keluar dari 'bilik' kita. Kita terkurung dalam dunia kita sendiri dan tidak suka menerima 'tetamu'. Kita lebih suka bersendiri sambil mengenang kisah-kisah silam namun pandangan jiwa kita sering terhenti pada kenangan yang memedihkan jiwa hingga penderitaan kita bertambah. Kita tidak lagi selesa untuk mengukirkan senyuman apatah lagi untuk bergurau senda. Mata kita mula rabun warna hingga kita melihat dunia baru kita yang suram tanpa warna, tiada lagi keindahan yang mempesonakan. Telinga kita mula terasa begitu sensitif dengan bunyi-bunyian. Kalau dulu kita terhibur dengan bunyi tangisan anak atau sapaan pasangan hidup...kita semuanya itu menyakitkan dan menimbulkan ketidak selesaan. Setiap bunyi atau teguran yang menerjah gegendang telinga kita menimbulkan kesakitan. Lidah kita terasa keras dan hilang kepekaan rasa, tiada lagi kemanisan zikir bahkan kalimah-kalimah yang keluar daripadanya agak kasar serta kehilangan makna dan keindahan bahkan disertai bau busuk yang mengalir keluar dari perut kita yang penuh keserabutan.

DUNIA KANAK2...SERONOK KE?


menarik dunia budak2 ni....tp seronok ke kalu Allah jadikan sepanjang idup kitasebagai knak2 je...tak de remaja, xde muda belia n xde tua2
dunia yang persoalan dlm dunia kanak2 tak sama dengan persoalan di usia dewasa seperti kita

CUKUP BULAN
kalian tak payah bayar bil itu ini
kalian tak payah risau tunggakan itu ini

YANG MEREKA PERSOALANKAN
suka ke dia dengan aku.
bila aku nak beli barang macam tu
bila itu dan ini.
Nape ayah kau xsekaya ayah dia
Nape duit saku yg dibekalkan oleh ayah sikit sgt

TAPI ADA SATU LAGI YANG KALIAN PERLU BERSEDIA MENGHADAPINYA
persoalan yang tidak wajib ditunaikan di kala usia kalian akan menjadi
persoalan di usia kami...persoalan belajar kalian , persoalan menuntut ilmu kalian akan menentukan siapa kalian di usia kami nanti..persediaan untuk menjadi KAMI.
mulakan hari ini.

Khamis, April 1

KERANAMU...ANAK2KU






kadang2 ada banyak benda yang semua ayah2 tidak kongsikan BAGAIMANA SUSAHNYA
nak membesarkan anak2 yang anak2 tahu. sebahagian kemahuan dan kehendak mereka mesti ditunaikan @diadakan.

MANA ADA AYAH2 yang sanggup membiarkan anak2 BERSEDIH DAN TERMENUNG kerana ada keinginan yang tidak dipenuhi oleh ayahnya.SEDAYA UPAYA SEMUA AKAN DIUSAHAKAN SEHINGGA DITUNAIKAN.

walaupun kadang2 permintaan diluar kemampuan ayah...SESEKALI MAHU AJA DIKONGSIKAN
BEGINI SAHAJA.anak2 ku. sabarlah kehidupan ini tidak selalunya apa yang kita inginkan tercapai. mungkin kadang2 nasib kita tak sama dengan nasib orang lain.
anak2 ku ayah dan ayah2 lain kadang sering menutamakan kalian dalam semua hal.

tetapi pernah kah kalian tahu ATAU CUBA MENGERTI kadang2 ayah dan ayah2 lain di dnia ini juga adalah manusia2 lain yang ada keperluan2 lain yang kami tentunya tidak sama.

NIAT DAN KEINGINAN KAMI SAMA
anak2 adalah amanah anak2 adalah tanggujawab tapi percayalah SESEKALI FIKIRKAN kami bukan tempat untuk menyempurnakan segalanya

UNTUK ITU sesekali FAHAMI KEPERLUAN KAMI
BOLEH KE KALIAN SEMUA menjadi anak2 yang boleh menjadikan hidup kami lebih baik dari hari ini dan seterusnya.

KERANAMU...ANAK2KU

kadang2 ada banyak benda yang semua ayah2 tidak kongsikan BAGAIMANA SUSAHNYA
nak membesarkan anak2 yang anak2 tahu. sebahagian kemahuan dan kehendak mereka mesti ditunaikan @diadakan.A ADA AYAH2
yang sanggup membiarkan anak2
mencukakan diri.
SEDAYA SEMUA AKAN DILUNASI.
walaupun kadang2
permintaan diluar kemampuan.
SESEKALI MAHU AJA DIKONGSIKAN
BEGINI SAHAJA.
anak2 ku.
sabarlah kehidupan ini tidak
selalunya apa yang kita inginkan tercapai.
mungkin kadang2 nasib kita tak sama
dengan nasib orang lain.
anak2 ku
abi dan ayah2 lain
kadang sering memenangkan kalian
dalam semua hal.
tapi pernah kah kalian tahu
kadang2 abi dan ayah2 juga adalah
manusia2 lain yang ada keperluan2 lain
yang kami tentunya tidak sama.
NIAT DAN KEINGINAN KAMI SAMA
anak2 adalah amanah
anak2 adalah tanggujawab
tapi percayalah
SESEKALI FIKIRKAN
kami bukan tempat untuk
menyempurnakan segalanya
UNTUK ITU
sekali ada kami.
LUNASKAN KEPERLUAN KAMI
menjadi anak2 yang boleh
menjadikan hidup kami
lebih baik dari hari ini dan seterusnya.

ADAKAH AKU MUTIARA@BATU KUSAM YANG TIDAK BERNILAI..?



Suatu ketika seorang pencari batu berjalan di gunung yang sangat gersang dan melihat selonggok batu dengan warna coklat kusam yang telah diselimuti oleh lumut dan nampak luarnya relatif lapuk. Kemudian dengan sekuat tenaga pencari batu itu mengayunkan godamnya mengenai batu hingga mendapatkan bongkah batu sebesar kepala,
dan mula terlihat warna asli dari batu tersebut adalah putih.

Dibawanya batu itu ke rumahnya, dipotongnya dengan menggunakan alat pemotong batu, hingga percikan api hasil gesekan dengan batu itu sesekali terlihat. Dihaluskan permukaannya yang kasar dari batu tersebut dan digosok.

Siang dan malam, ia berusaha membuat sebentuk batu penghias cincin, dari warna batu yang putih dan kasar, berangsur-angsur menjadi putih, mengkilap dan licin. Pencari batu tersebut tahu betul kesempurnaan bentuk sebuah batu penghias cincin, akhirnya terciptalah sebuah batu yang bernilai.

PENGAJARAN CERITA
Sebenarnya alam memberikan berbagai pelajaran buat kita.Kita adalah sebongkah batu, kondisi lapuk, berlumut dan rapuh adalah keadaan kita yang tidak mampu melawan cubaan.

Pukulan penukul, gesekan alat pengilat, percikan api adalah gambaran dari cabaran yang datang untuk menimpa kita.Kadang kita menolak cabaran yang datang,tetapi sebenarnya cubaan tersebut adalah dari tuhan untuk membentuk kepribadian kita sehingga kita boleh dilihat bersinar.

Sekarang mari kita fikirkan, dimanakah posisi kita?
Apakah kita seketul batu yang tidak berharga?
Ataukah kita seketul batu yang sedang mengalami proses menjadi sebuah batu penghias cincin yang memiliki nilai yang mahal?

TERIMA KASIH KERANA BERIKU MASALAH UNTUK AKU CUBA SELESAIKAN


Optimisme adalah memandang hidup ini sebagai persembahan terbaik.
Tidak ada sesuatu yang terjadi begitu saja dan mengalir sia-sia.
Pasti ada tujuan.Pasti ada maksud. Masalah Adalah Hadiah.

Bila anda menganggap masalah sebagai beban,anda mungkin akan menghindarinya atau menjauhinya. Bila anda menganggap masalah sebagai halangan, anda mungkin akan menghadapinya.

Namun, masalah adalah hadiah yang dapat anda terima dengan suka cita.
Dengan pandangan tajam, anda melihat kejayaan di balik setiap masalah.
Masalah adalah anak tangga menuju kekuatan yang lebih tinggi.

Maka, hadapi dan ubahlah menjadi kekuatan untuk kejayaan anda.
Tanpa masalah, anda tak layak memasuki jalur kejayaan. Bahkan hidup ini pun masalah,
kerana itu terimalah sebagai hadiah. Hadiah terbesar yang dapat diberikan oleh ibu helang pada anak-anaknya bukanlah serpihan-serpihan makanan pagi.

Bukan pula, dakapan hangat di malam-malam yang dingin. Namun, ketika mereka melempar anak-anak itu dari tempat yang tinggi.Detik pertama anak-anak helang itu menganggap induk mereka sungguh keterlaluan, menjerit ketakutan, matilah aku.

Beberapa ketika kemudian, bukan kematian yang mereka terima, namun kesejatian diri sebagai helang, iaitu terbang. Bila anda tak berani mengatasi masalah, anda tak kan menjadi seseorang yang sejati.