Ahad, Mac 28

Hidup Untuk Memberi

Hari ini nak kongsi satu cerita yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s semuga menjadi peringatan untuk diri aku sendiri. Sampaikan walaupun sebaris cerita tentang kebaikan moga memalui cite ini kita sama2 dapat manfaat dan ada moral story kita boleh amalkan dalam kehidupan kita seharian...

Seorang umat Nabi Musa yang sangat miskin telah bertemu Baginda dan memohon agar Nabi Musa berdoakan kepada Allah supaya menjadikan dia kaya. Nabi Musa pun berdoa kepada Allah memohon umatNya itu dikurniakan kekayaan setelah selama ini hidup dalam kemiskinan yang amat sangat. Allah memberitahu Nabi Musa bahawa umur umatNya itu hanya tinggal 100 tahun dan Allah hanya akan kurniakan kekayaan untuk 50 tahun sahaja. Allah memerintah Nabi Musa bertemu umatNya dan bertanya samada dia mahu menjadi kaya 50 tahun pertama atau 50 tahun terakhir. Umat Nabi Musa tersebut memilih untuk menjadi kaya 50 tahun pertama kerana tak sanggup lagi untuk menjadi miskin.

Apabila Allah kurniakan kekayaan maka si miskin menjadi si kaya. Si kaya telah mendirikan sebuah gudang yang sangat luas dengan pintu yang sangat banyak. Gudang tersebut diisi dengan keperluan harian dan ditambah setiap hari. Si kaya telah memberi semua umat yang miskin untuk mengambil keperluan harian dengan syarat iaitu hanya boleh mengambil keperluan untuk hari tersebut dan masuk melalui pintu lain dan keluar daripada pintu lain.

Kekayaan si kaya terus bertambah dan dia terus memberi sehingga suatu hari barulah dia sedar bahawa tempoh 50 tahun yang dijanjikan Allah telah terlebih 5 tahun. Maka si kaya bertemu Nabi Musa dan bertanya mengapa Allah memberi kekayaan melebihi daripada janjinya. Maka Allah memberitahu kepada Nabi Musa bahawa DIA malu untuk menarik balik kekayaan si kaya kerana Allah hanya membuka 1 daripada 300 pintu rezeki kepada si kaya tetapi si kaya telah membuka beribu pintu rezeki kepada umat miskin yang lain.

Orang Alim ada berkata bahawa sedekah yang paling afdal adalah sewaktu kita merasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding ketika merasa tidak memerlukan wang ataupun ketika harta melimpah ruah.

Hari ini manusia hilang kebahagian kerana sikap suka memberi semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam hidup. Kita sering terlupa hikmah yang diungkap menerusi kata-kata : “KITA MEMBINA HIDUP DENGAN APA YANG KITA DAPAT TETAPI KITA MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN APA YANG KITA BERIKAN”.

TOLONG JANGAN KORBANKAN HARGA DIRI DEMI UNTUK BUKTIKAN APA2 PERASAAN PADA ORG LEN, JANG KORBANKAN APA YG XSEPATUTNYA....KENA TAU APA PENGORNANAN YANG BOLE DAN XBOLE KITA LAKUKAN..sama2 kita fikirkan

NIKMAT SABAR, SYUKUR & YAKIN

Sabar. aku berasa sangat yakin bahawa konsep sabar ini diajar dan dianjurkan oleh semua agama samawi dan juga apa jua bentuk kepercayaan. Kita diajak untuk bersabar dalam menempuh setiap keperitan dan dugaan hidup, juga bersabar dalam setiap musibah yang datang melanda. Namun yang sering berlaku adalah kita menjadi selalu tidak sabar apabila ujian tersebut benar-benar datang melanda hidup ini.

Apakah gunanya sabar? Sabar itu bukanlah sesuatu yang retorik, sabar itu sangat bermakna bila manusia betul-betul di uji. Bersabar bukan bermakna menyerah, tetapi mengambil satu langkah ke belakang untuk merancang langkah yang lebih panjang ke depan! Itulah gunanya sabar, kita akan mengetahui seperti apakah hati kita ketika ini. Malahan sabar itu bukan terhenti setakat itu sahaja, malah kita harus lebih banyak bersabar dalam menerima nikmat dan rahmat Tuhan Semesta Alam yang melimpah ruah itu. Kita malah hanya bersabar dalam menerima ujian dan keperitan hidup ini, tetapi kita jarang-jarang bersabar bila didatangi kesenangan dan kejayaan! Fikirkanlah….

Tuhan Yang Maha Kuasa menganugerahkan 3 ganjaran bagi orang-orang yang sabar :

* •Kesejahteraan di dunia & akhirat
* •Rahmat dan kasih sayang-Nya
* .Petunjuk dalam menghadapi berbagai kesulitan

Syukur. Seringkali sukar untuk mengungkapkan bicara syukur dalam hidup ini. Kita malah merasakan bahawa setiap rahmat dan kejayaan dan kesenangan yang datang itu sebagai sesuatu yang sememangnya layak untuk kita! I deserve it! Begitulah kata hati manusia. Tapi pernahkah kita bertanya kenapa Sang Pencipta memberikan rahmat dan kesenangan itu kepada kita ? Bukan kepada orang lain ? Nah! Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Hati menjadi tidak tenang dan bahagia kerana sering melihat apa yang tidak kita punyai. Kita sering mengimpikan sesuatu yang dimiliki orang lain, kebahagiaan yang dimiliki orang !

Bersyukurlah dengan melihat dan memahami penderitaan orang lain. Bersyukurlah dengan memperbanyak merenung jauh ke dalam diri dan bayangkanlah jikalau Tuhan Yang Maha Esa ini suatu hari nanti akan lari jauh tidak lagi memandang dan memperdulikan kita…………

Orang-orang yang selalu bersyukur akan sering merasakan kecukupan di dalam hidupnya. Mereka dijanjikan kecukupan rezekinya oleh Tuhan Yang Esa dan tidak lagi berkeluh kesah melihat kesenangan dan kejayaan orang lain.

Yakin. Ramai orang-orang yang telah berjaya di dunia ini memulai langkah pertama dengan penuh keyakinan. Walaupun kegagalan demi kegagalan yang mereka temui sepanjang perjalanan itu, tetapi akhirnya dengan keyakinan mereka yang jitu telah membuatkan mereka berjaya dan malah lebih berjaya dari orang lain. Begitulah hebatnya rasa sebuah keyakinan itu! Bagi manusia beragama, keyakinan bahawa akan adanya malaikat pencatit di kiri kanan kita, membuat kita betul-betul memanfaatkan apa jua yang ingin kita lakukan. Begitu juga dengan keyakinan akan adanya hari kita dibangkitkan semula untuk melihat neraca timbangan amal, akan membuatkan kita benar-benar takut akan siksaan akibat perbuatan jahat dan akhlak yang keji.

Orang-orang yang yakin memahami bahawa setiap amal perbuatan jikalau tidak dirringi dengan niat dan keihklasan yang baik, maka ia hanya akan menjadi amalan yang sia-sia dan menjadi sirna…….

Keyakinan bukan bermakna kitalah yang menentukan dan memastikan sesebuah kejayaan. Malah orang-orang yakin mempunyai pergantungan 100% kepada Yang Maha Kuasa setelah segala ikhtiar dan perancangan dilunaskan. Mereka inilah yang memami betapa segalanya yang berlaku di mukabumi ini tidak satu pun terlepas dari Genggaman dan Pengetahuan Yang Maha Esa.

Dengan mempertajam rasa SABAR, SYUKUR DAN YAKIN ini, hidup terasa lebih bermakna dan hati akan merasa lebih bahagia.

Kita sememangnya ditakdirkan untuk berbahagia dengan segala nikmat yang dianugerahkan Yang Maha kuasa!

Sanggupkah ANDA berKORBAN?

BerKORBAN ini suatu perkataan berat yang mudah dikatakan tapi susah nak praktik. Tapi itulah hakikat hidup nak berilmu perlu cari guru untuk belajar, nak jadi jutawan perlu berniaga, nak naik pangkat mesti pandai kerja dan bodek bos, nak jadi pemimpin negara mesti pandai berpolitik, nak berkeluarga mesti ada pasangan hidup, nak pahala mesti beribadah dan nak masuk syurga mesti patuh perintah Allah swt ikut cara Nabi saw.

Apa juga yang kita inginkan baik untuk dunia dan akhirat mesti ada pengorbanan. Contohnya nak Solat Fardu bila dengar je azan kita perlu tinggalkan segala aktiviti terus bersiap bersihkan badan, ambil wudhu, mengenakan pakaian yang bersih dan sesuai lalu terus ke surau atau masjid. Solat awal waktu dan berjemaah akan mendapat pahala paling banyak. Tapi mudah ke nak buat? Selalunya kita solat dah lewat waktu, gigi pun tak gosok, pakaian ala kadar (ada yang berkemban dengan kain pelekat je) dan solat sendiri kat rumah. Lebih malang langsung tak solat. Bukan mudahkan kita perlu berKORBAN untuk dapat pahala solat fardu terbanyak.

Berjuta-juta warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam yang terpaksa berKORBAN meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki di Malaysia. Tak kurang juga ada yang terKORBAN seperti Mantik Hani demi mencari rezeki. Bukan mudah untuk kita mencapai apa yang kita ingini melainkan dengan berKORBAN seperti lagu P Ramlee “Berkorban Apa Saja“.

Sanggupkah kita bersusah-susah berKORBAN demi kebahagian masa tua dan lebih penting kehidupan di alam akhirat kelak?? Sanggupkah kita berKORBAN sebagaimana Nabi Muhammad saw yang berjuang untuk menyampaikan agama Allah sehingga kini kita dapat mengecapi nikmat ISLAM? Sanggupkah kita berKORBAN seperti Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail? Sanggupkah kita mengeluarkan sedikit duit untuk mengerjakan ibadah KORBAN setahun sekali?

Kepada yang mampu berKORBAN jangan sayangkan duit KITA keluarkanlah jika tidak untuk seekor lembu mungkin seekor kambing atau mungkin juga satu bahagian yang bernilai hanya RM250-350 sekali setahun. Ibadah KORBAN adalah sunat yang diwajibkan bagi yang mampu. Balasan kelak di alam Ghaib di akhirat kelak. Masih belum terlambat untuk KITA berKORBAN. Jangan tertinggal tahun ini kerana belum tentu ada tahun depan untuk kita……..

Apa erti NILAI dalam hidup manusia?

Tahu tak kenapa penyelok saku sanggup mencopet dompet dan pemecah rumah sanggup masuk walaupun penghuninya berada di rumah untuk mengambil handphone, laptop dan pelbagai gadget elektrik yang kecil. Tahu tak kenapa pencuri kenderaan sanggup mencuri motosikal, kereta dan kadang-kadang basikal walaupun di depan Pasar Raya yang sememangnya sentiasa ramai orang.

Sebabnya mudah sahaja kerana barang-barang yang mereka curi itu samada dompet, handphone, laptop, PSP, kereta, motor dan basikal tu ada NILAI. Kalau tak ada NILAI seperti daun kering, sampah, kertas pasti Sang Pencuri ni tak akan mengambil risiko untuk mencuri.

NILAI ini tak semua orang akan rasa dan menghargai-Nya walaupun benda-benda ini bersama kita setiap masa setiap saat. Yang kita cuma tahu NILAI 3 kat Negri Sembilan sebab banyak barang-barang murah. NILAI ini hanya kita rasa apabila kita kehilangan-Nya.

Kita tidak akan merasa NILAI kesihatan semasa kita sihat tetapi apabila Doktor diagnos kita sakit barulah kita merasa kehilangan dan menyesal kerana tak jaga kesihatan semasa sihat. Kita tak pernah NILAI kasih sayang dan pengorbanan IBUBAPA semasa hidup kerana kita sudah bersama mereka mungkin puluhan tahun bah pepatah “alah teggal jadi biasa”. Tetapi rasa kesunyian dan kehilangan serta menyesal kerana tidak BERHIMAT dengan terbaik kepada IBUBAPA akan dirasai setelah mereka masuk ke lianglahat meninggalkan kita selama-lamanya.

Kita hanya dapat merasa NILAI kekayaan apabila kita jatuh miskin setelah membelanjakan duit kita secara tidak terurus. Kita juga merasa NILAI kuasa apabila kuasa kita diambil orang atau tewas dalam pilihanraya seperti tewasnya BN KEDAH, SELANGOR dan PENANG kepada PAKATAN.

Dan lebih besar lagi NILAI iman. Syaitan telah berjanji kepada ALLAH yang mereka tidak akan tidur dan berusaha mencuri IMAN dari manusia dari mula manusia dicipta sehinggalah hari kiamat. Pencuri IMAN ini lagi hebat dari pencuri dompet, handphone, laptop dan segala harta di dunia. NILAI iman hanya kita boleh rasai di akhirat dan seandainya kita biarkan IMAN kita dicuri oleh Pencuri Iman tiada jalan kembali untuk mendapatkan IMAN yang telah hilang

Khamis, Mac 25

AKIBAT GOPOH DALAM BERTINDAK.....

seorang peladang menfitnah jirannya telah berjumpa seorang ahli sufi
untuk menyatakan kekesalan dan kesilapannya.
Ahli Sufi tersebut memintanya mengambil
satu beg bulu dan jatuhkan di tengah2 bandar.

Peladang itu melakukan seperti yang disuruh
Kemudian ahli sufi tersebut menyuruhnya pergi ke sana dan
mengutip kembali bulu2 tersebut dan masukkan kembali ke dalam beg.
Peladang tadi mencuba tetapi tidak berjaya kerana bulu2
tersebut berterbangan ke merata tempat.

Apabila dia kembali dengan beg yang kosong.
AHLI SUFI ITU BERKATA. samalah dengan kata2 awak itu
Awak senang mengeluarkannya tetapi awak tidak dapat menariknya kembali ,
jadi berhati2 dalam memilih kata2.

MORAL CITE...
asas dalam hubungan sosial.elakkan, berdebat, bertengkar, memberi kritikan
yang akhirnya membawa kepada penyesalan yang tiada berpenghujungnya...

APAKAH KESEDIHAN YANG PALING DASYAT YANG PENAH KORANG RASA....

Luka yang paling menyakitkan dalam
hidup bukanlah kematian,
namun menjadi orang yang diabaikan.
Kehilangan orang yang sangat kita cintai n sayangi,
yang b kerubah menjadi seseorang
yang tidak peduli dengan sama sekali.
Ketika orang yang sangat kau sayangi ada di sebelah atau xjauh dari kau tapi anggap ko xada di situ....sedihkan
dan tidak memperdulikan ko langsung dlm apa je aktiviti yang sedang dia buat....
Ketika orang yang paling kau sayangi di dunia .
dengan sengaja tidak perlukan ko lagi dlm idupnya, tidak meminta pendapat ko dalam mengambil tindakan mcm sebelumnya,
sehingga membuat orang berfikir
kamu tidak peduli.
Luka yang paling menyakitkan dalam
hidup bukanlah kematian,
namun menjadi orang yang dilupakan.
Menjadi orang yang dilupakan setelah
kita memberikan yang terbaik.
Menjadi orang yang tidak mempunyai kawan,
walau hanya sekadar untuk saling menyapa.
Ketika kau memerlukan seseorang untuk
memacu semangatmu,
tapi kau menyedari bahawa
hanya seseorang
yang masih peduli denganmu iaitu .
kamu sendiri.
Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan
di panggung yang besar yang kita sebut kehidupan.
Setiap orang punya kewajipan terhadap lingkungan sekitarnya
untuk mengatakan bahawa
kita menyayangi mereka.
Kau tidak akan mendapat hukuman jika kau tidak
mempedulikan kawan-kawanmu.
Kau hanya akan diabaikan. dilupakan.
seperti yang telah kau perbuat terhadap mereka!
Puisi ini ditulis oleh seorang lelaki yang telah membunuh dirinya,
mungkin jika orang- orang sekitarnya ingin menunjukkan
sedikit rasa sayang/cinta/kasih dan memberikan lebih banyak perhatian kepadanya, kematiannya tidak akan pernah terjadi.
Ingatlah, begitu kita memasuki kehidupan (seseorang),
kita tidak dapat menilai kesedihan, kesepian atau keputus-asaan orang
hanya dari ekspresi muka/fisikal.
Kau perlu mengenalnya lebih dalam lagi,
menghargai mereka

tentu sahaja
menjadi orang yang tidak dipedulikan
bermula dari KITA YANG TIDAK MEMPERDULIKAN proses kehidupan semasa kadang2 kita abaikan

Ahad, Mac 7

BAGAIMANA PERSEPSI KITA..TENTANG SESUATU PERKARA

Ada seorang ayah yang menjelang ajalnya,

di hadapan si isteri beliau berpesan 2 hal kepada
dua orang anaknya,
Pesanan pertama
Jangan menagih hutang kepada orang yang
berhutang kepadamu.

Pesanan kedua
Jika pergi ke kedai berniaga jangan sampai mukamu terkena sinar matahari.

Maka tiba waktunya…ayah yang dikasihi meninggal dunia...Beberapa tahun kemudiannya,
Anak yang sulung berjaya menguruskan perniagaan dan menjadi jutawan Manakala anak yang bongsu tidak berjaya dalam perniagaan dan hidup tanpa kemewahan

Pada suatu hari si ibu bertanyakan hal kehidupan anak-anaknya tentang pencapaian hidup mereka

Jawab anak yang bongsu :
“Ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadaku, akibatnya modalku susut kerana orang yang berhutang kepadaku tidak membayar sementara aku tidak boleh menagih”.
“Ayah juga berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari rumah ke kedai dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari. Akibatnya saya harus naik teksi, padahal sebetulnya saya boleh berjalan kaki saja, tetapi karena pesan ayah itu, akibatnya penggunaan wangku bertambah banyak”.

Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya,si ibu pun bertanya hal yang sama.
jawab anak sulung :“Ini semua adalah kerana saya mentaati pesan ayah.”“Kerana Ayah berpesan supaya saya tidak menagih kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah memberi hutang sehingga dengan demikian modal tidak susut”.
“Ayah juga berpesan agar supaya jika saya berangkat ke kedai atau pulang dari kedai tidak boleh terkena sinar matahari, maka saya pergi ke kedai sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam.Oleh kerana kedai saya buka dibuka lebih awal dan ditutup lebih lewat berbanding kedai yang lain. Menyebabkan kedaiku menjadi laris kerana beroperasi lebih lama.

Kisah tadi menunjukkan bagaimana sebuah pesanan difahami dengan persepsi yang berbeza.Jika kita fikir dengan fikiran yang positif

MORAL CERITA
maka segala kesulitan menjadi batu lonjatan untuk kita berjaya tetapi jika kita berfikir dengan fikiran yang negatif (sempit) maka kesulitan itu menjadi halangan…
pilihan ada di tangan anda.

Selasa, Mac 2

TERUSKAN MENCARI JAWAPAN...KENAPA, KENAPA DAN KENAPA....

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.,...

Isnin, Mac 1

BACA SAMPAI HABIS...BARULAH BERI ULASAN....

cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membals dendam..dimana ada cinta disitu ada kehidupan,manakala kebencian membawa kepada kemusnahan...
~jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan...hidup utk memberi insyaallah kita menerima baik dan buruk dgn hati terbuka dan memberi utk menampalkan kekurangannya..

jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti.cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya..
~cinta itu bukan perkara main2..dan jangan sesekali bermain dgn cinta....

jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita..~pasangan yang hebat adalah sentiasa mngutuskan rantaian doa buat org yg dicintai..itu lbh berharga daripada hadiah yg mahal...jimat taw...haa..pakailah petua ni...huhu

cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan..cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat..~kawan2...hati2 dlm mencari cinta...carilah pasangan yang mebina bukan melemahkan kita..carilah yg mnyokong kita bukan mematahkan hasrat kita...carilah yg sudi utk "memberi"...dan kita juga sudi untuk "memberi"..i'llah..menjadi gandingan yang mantap....

cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat,,,~seperti yang aku pernah katakan..cinta itu suatu yg positif sifatnya jika kita mempositifkannya dgn cara yg positif...

cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Allah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya..
~jangan cepat melatah kawan2..igt..perjalanan masih jauh....

kesimpulanya....untuk mendapatkan yg terbaik..CINTAILAH ALLAH DENGAN SEPENUHNYA,INSYAALLAH DIA KAN HADIRKAN INSAN YANG MAMPU MENCINTAI KITA DENGAN SEWAJARNYA...JAGALAH HUBUNGAN KITA DGN ALLAH,ALLAHKAN WUJUDKAN SUATU HUBUNGAN SOSIAL YANG MANTAP BUAT KITA...semuanya adalah kerana ALLAH....yakinlah DIA maha mengatur,,aturanNYA sangat hebat...sangat cantik susunanNYA....

so,jom sama-sama kita mencari dgn mata hati CINTA ILLAHI....semoga kita semua menjadi insan yang dikasihiNYa....INGATLAH....TUJUAN HIDUP KITA INI ADALAH UNTUK BERIBADAH KEPADANYA DAN MENJADI KHALIFAH DIMUKA BUMI INI....

SAHABAT...TERUSKAN LANGKAH..JANGAN MUDAH MENGALAH DENGAN MASALAHMU..

entry ini aku tujukan pada sahabat aku yang mungkin sekarang sedang diuji...mungkin diuji dengan kesakitan,kesihatan,diuji dengan kemiskinan atau kekayaan,diuji dengan perasaan,diuji dengan kesibukan atau kelapangan.....dan pelbagai ujian lagi.....

sahabat....
dengarlah bicaraku ini...
hari ini kau diuji dan diuji dengan seribu satu msalah...
mungkin tika ini kau diasak dan diasak dengan kebimbingan dan kebuntuan....

sahabat....
ingatlah DIA tak pernah sesekali meninggalkan kau bersendirian....
yakinlah DIA ada disisi mu....
bila kau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya,
bila tangis dukamu berpanjangan, ALLAH telah mengira titis air matamu...
bila kau rase ditinggalkan, ALLAH setia disisimu..
bila kau telah mencuba segalanya tapi tak ketahuan tujuanmu,ALLAH punya penyelesaiannya...
bila kau keliru dan kecewa hingga semuanya xbeerti buatmu,ingatlah ALLAH xberhenti menyayangimu....

ayuh sahabat...
bangkitlah dan terus bangkit....
tidak ada yang mustahil dalam hidup ini.....
yakin setiap kesakitan yang hadir pasti ada penawarnya....
jangan biarkan kesakitan itu menyelubungi benak fikiranmu....

sahabat...
aku yakin kau seorang yang tabah...
aku yakin kau mampu harungi dan tempuhi ujian ini dengan tenang....

maaf mungkin aku xberdaya untuk berdepan menanyakan khabar berita mu...ak dapat merasakan apa yg berlaku....
maaf aku xmampu untuk berada disisimu tika kau perlukan bisikan semangat...(faktor keadaan)
mungkin dengan hanya coretan ini yang aku mampu lakukan sebagai wasilah untuk menenangkan mu......
jika kamu sudah bersedia untuk kongsikan cerita dengan saya,sebagai sahabat saya sedia untuk mendengar.......

anggaplah sakit adalah pemanis pada kehidupan......
kerana ia mengajar erti kesabaran,
kerana ia melakar sebuah warna pelangi yang indah...ada gelap dan cerah....
kerana ia mampu mematangkan perjalanan hidup kita....
kerana ia membuktikan bahawa ALLAH sedang membelai mu dengan kasih sayang...
maka DIA hadirkan mu ujian kesakitan...agar darjat mu ditingkatkan disisinya.....

semoga segala pulih seperti sedia kala......=)

SEMUANYA KERANA MULUT...

assalamualaikum.....
hai. kawan-kawan......

kali ini aku mahu bercakap ttg "jgn kerana mulut orang kita ketepikan sahabat"....
pernah tak kawan-kawan terdedah dgn situasi - kerana mulut orang kita menjadi kurang selesa dengan sahabat kita....betullah kan, percakapan itu lebih tajam drp mata pedang....
kerana mulut hubungan suami dan isteri bertekak....
kerana mulut adik dan abang bertumbuk.....
kerana mulut majikan dan pekerja bermasam muka....
dan kerana mulut juga SAHABAT DAN SAHABAT MENJADI RENGGANG......

mungkin kawan2 pernah terlibat dengan situasi seperti ini....terutama bila ada orang ketiga yang cuba memberi perencah yg tidak enak....

mungkin sekali dua kali kita boleh buat cool je...rilek je...seolah-olah xamik kisah ttg apa yang diperkatakan........tp kita semua tahu akan satu hakikat..."KITA ADALAH MANUSIA BIASA YANG MEMPUNYAI KESABARAN YANG AGAK TERHAD"...betul ke??...mungkin ya dan mungkin tidak.....

aku juga ada byk pengalaman dalam hal ni baik di bangku sekolah mahupon di institusi tnggi.....kadang-kadang rse mahu aja tidak bertegur sapa dgn sahabat kerana ingin melarikan diri drp MULUT org......kadang-kadang mahu aja kita declare perang dgn sahabat kita agar MULUT2 itu berpuas hati.....

tp igt satu perkara kawan-kawan......setelah difikir dan fikir, itu adalah tindakan yang tidak bijak....tidak rasional....tidak profesional....itu adalah "cara kampung"...."pekak kan telinga.....pandang ke depan dan pandu mengikut arah kita..."

sebenarnya....hmmm
cuba saudara-saudari berfikir sejenak....apakah hikmah disebalik ujian drp situasi ini??? sebenarnya ia menguji sejauh mana kita mengaplikasi skill dalam pengurusan emosi....menguji sejauh mana rasionalnye fikiran kita untuk menilai kebenaran dan taufan drp MULUT2 orang...

mungkin bila kita cerita pada orang lain akan hal ini....mereka mengatakan.."alaa,small matter je pon"....bak kata pepatah..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.....panas telinga dalam pon panas jugak.....

kadang-kadang di sebelah pihak kita,...bg kita benda tu juz a small matter...itz nothing..tp orang ketiga yang membesar2kannya...and mereka take serioys akan hal hal yg kecik2 ini..dan boleh mempengaruhi kita....kerana mulut itu tajam....pernah tak kdg2 rse menyampah bila benda kecik di ulang2 oleh org ketiga..sedangkan byk benda lg kita nk fikirkan dan kita nk dengarkan......saya faham mmg kita xpedulikan benda remeh spt ini..tp analoginye mudah...percikan aku paham yg sedikit lama sebuah rumah boleh terbakar..benda kecik bila diulang2..ia boleh mmberi kesan....fikir2kn...hati yang rilek pon boleh jd kecamuk.....mereka hnya mahu lihat yang selesa jd xselesa..yg rapat jd renggang...

so nasihatnya.....pada kita semua termasuk aku sendiri...jauhkan diri drp org MULUT2 ini...be positive....pandang kedepan.....jgn kerana si MULUT kita semua jadi kurang selesa....be profesional n rational......mencari sahabat bukan mudah....so,sama2 kita berhati2 dlm menjga tali persahabatan..tali ukhwah......

SELAGI KITA HIDUP...

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi
yang tidak stabil seperti terlaluinginkan kemenangan,
bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak,
risau keterlaluan,tidak mahu menerima teguran,
berprasangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini,
kita perlu menanganinya dengan bijak.
Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu
kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya
banyak bergantung kepada ketahanan diri.
Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah
selagi kita bergelar manusia.

Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya
ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.
Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik,
tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain,
kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui
perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih,
kecewa, hampa, mudah mengamuk,prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

KITA KONGSIKAN BEGINI
Senyum...Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka.
Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian?

Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu.
Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda. Cubalah, pasti merasai kelainan.
Bersendirian Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. .Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf.

Peluk sesuatu
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

Kasih sayang
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.

Allah
Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang.
Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat.
Dekatkan diari terhadap-Nya.

Ceria
Janganlah bebankan fikiran dengan semua
perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi,
nikmatilah hari ini dengan seadanya.

RENUNGAN BERSAMA
proses kehidupan mana yang sempurna ada kala ketika kita tersenggol KENAPA PERLU DIFIKIRKAN benda yang tidak pasti.