Jumaat, Oktober 30

ADAKAH KITA BERPERWATAKAN MENARIK..?




LUMRAH manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan. Oleh kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian. Namun, untuk meraih perhatian orang lain,kita perlulah memiliki daya tarikan.Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan

untuk menjadi individu menarik:

Pamerkan air muka bertenaga
Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa.

AIR MUKA MELIBATKAN MATA + BIBIR

Tenang dan kawal diri
Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja.
Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.Pakaian kemas dan bersih
ke mana-mana sahaja Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah.

Pilih yang positif, lupakan yang negatif
Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.

Berkawan dengan sesiapa sahaja

Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang.
Anggap semua orang penting. Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.

Berterus terang, telus dan jujur
Ini tip yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada.
Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan.

Sentiasa senyum
Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.
Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

Banyak memberi
Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

Berikan pujian
Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda.
Percayalah dengan membuat orang lain bahagia,
anda juga akan turut bahagia.

Mempunyai prinsip
Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.

Mempunyai keyakinan diri
Tip ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda.

MORAL CERITA
salah satu skill yang paling hebat dan sukar untuk dilaksanakan
adalah KEMAHIRAN MEMBINA PANDANGAN PERTAMA …4 saat pertama kita akan dihakimi sebanyak 70 %.

SALAH KE JIKA KITA BERANGAN MACAM MAT JENIN?




Artikel ini berkenaan Mat Jenin yang asyik berangan-angan ketika memanjat pokok kelapa. Dia berkira-kira hendak memetik seberapa banyak kelapa. Selepas itu dia menjualnya dan mendapat duit. Dengan duit itu dia membeli anak benih pokok kelapa dan menanamnya. Dia memiliki sebuah kebun kelapa. Dia mengupah orang memanjat, dan dia akan mendapat banyak duit. Dia membuka kilang memproses kelapa dan dia semakin kaya. Tiba-tiba, Mat Jenin terpaut pelepah daun kelapa yang kering dan jatuh ke tanah. Akhirnya dia mati kerana jatuh pokok kelapa.
Setiap kali kita cuba berfikir seperti juara, nanti ada orang yang menyampuk,"Alah, janganlah nak jadi Mat Jenin!"Akhirnya kita berpatah balik dan tidak pernah membayangkan diri sebagai seorang juara. Baiklah, Sekarang cuba kita buat analisis secara terperinci, apakah silap sebenar Mat Jenin?Adakah silapnya kerana dia berangan-angan? Tidak. Ada dua kesilapan Mat Jenin. Pertama, kerana dia berangan-angan di atas pokok kelapa, dan kedua kerana dia terpaut pada pelepah kering. Apa yang penting, tidak salah hendak mengelamun. Namun biarlah kena pada tempat dan masanya. Mengelamunlah. Berfikirlah seperti seorang juara."Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal"-Tun M. Berfikir adalah Langkah Pertama yang Baik dan jadikan lagu dibawah sebagai dorongan kita bagi mencapai sesuatu matlamat.

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Khamis, Oktober 8

6 PERKARA YANG KITA TAK SEDAR..

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Rabu, Oktober 7

SANTAI DAN BERSAHAJA JE...

Entry kali ini sebenarnya tiada motif.
cuma ingin nyatakan betapa tertekannya hidup.
once i think, life is so boring.

bila hebat dilanda masalah, kita akan merasa life is too cruel.
bila kita mendapat kebahagiaan, kita akan merasa life is too good.

Based on my observation, i realized one thing,
to get the happiness is too difficult. u have to find it. is it will, or is it not. it's up on your choice. but the problems, you don't have to find it, it will easily come approach you. and it's suck.but, yeah, i know, everyone have problem. You? me? him? her? THEM?? is anybody in the world have the happiness enough? is anyone right now have the happiness? the answers is, ask on yourself, and i have to ask myself.

Sukar sebenarnya hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah ni.
Redha. Dan mencari ketenangan yang dah lama menghilang.

TERINGIN TAPI TAK MUNGKIN TERJADI KOT

Pernah tak anda terfikir, sepanjang hidup ini, ada benda yang anda teringin sangat lakukan, tapi, tak pernah menjadi kenyataan meskipun anda teringin dan berangan-angan terhadap sesuatu? SEBENONYA ADA LAGI YANG AKU NAK BUAT TP MACAM SUSAH JE NAK JADI KENYATAAN...KADANGKALA KITA SERBA SALAH NAK NYATAKAN HASRAT KATI KITA ATAU APA YANG KITA IMPIKAN DALAM KEHIDUPAN KITA NI..SBB KITA TERLALU MEMIKIRKAN APA YANG ORANG LAIN AKAN KATAKAN ATAU TINDAKAN KITA TU AGAK JANGGAL DARI PANDANGAN ORG LAIN..HARUS KE KITA TERLALU MENGIKUT KEBIASAAN ORG LAIN...DAN MEMINGGIRKAN APA YANG MENJADI IMPIAN KITA ATAU APA YANG KITA SUKA BUAT DALAM KEHIDUPAN KITA YANG SINGKAT INI..SELAGI IANYA TIDAK BERCANGGAH NGAN KEHENDAK AGAMA KITA...

Kadang-kadang, ada benda yang kita nak lakukan, tapi tak semua daripada benda yang kita nak lakukan tu, kita boleh lakukan. Mungkin, menghadapi kekangan masa, wang ringgit, mahupun tenaga yang membataskan peluang kita untuk lakukan sesuatu yang kita nak lakukan.

Berikut disenarai-pendekkan 10 perkara yang aku nak lakukan, tapi, tak berjaya lakukan sehingga hari ni. Berangan jelah…

Melakukan tarian Breakdance- Bila tengok filem step-up or step up 2, rasa macam melonjak-lonjak terasa nak menari, melakukan helicopter, melompat, dan imbang dengan sebelah tangan sambil berpusing-pusing. Perggghh.. Dan juga melihat Justin Timberlake menari. Tapi, itulah pasal, memang diri ini tak dilahirkan boleh menari. haha

Belajar bermain alat muzik seperti piano, dan biola- wah.. dasat angan-angan aku ni. Dulu time kecik2 dulu suka tengok orang main piano. Tapi, apakan daya, piano tu kan benda mahal, dan kebanyakkan orang yang main piano dan biola ni, anak orang kaya yang mak bapak hanta ke kelas muzik dari kecil-kecil lagi. Rasanya, aku sekarang tak terlalu terlewat untuk lakukan semua itu. Tengoklah, mungkin, satu hari nanti, sape tau??

Belajar bermain bola sepak secara professional- bila tengok pasukan bola sepak yang menjadikan bola sebagai kareer, rasa macam cemburu pulak. Terer wei diorg main. Dahla income pun banyak! Apatah lagi bila tengok ronaldo menjaringkan gol dengan mudahnya. Dulu time skolah, ada main bola, tapi tak pernah take it serius sebab lagi minat badan beruniform. So, tumpuan dah tak ke arah bermain bola. Bila tengok ada kawan yang mewakili negeri, terasa cemburu. mana tau, kalau minat dan belajar betul-betul, bleh jadi penyerang pasukan MU (menggantikan tempat crintino rolnado yg dah berhijrah ke Real Madrid)hehe

Mendalami ilmu mempertahankan diri cth: taekwando, silat, kung-fu etc – juga cemburu melihat orang yang hebat memberikan tumbukan yang padu, memecahkan batu-bata yang tebal, dan pusingan badan 360 darjah atau melompat dari tempat yang tinggi. Ini juga akibat terpengaruh dengan filem-filem aksi lasak di TV atau panggung mahupun video daripada youtube. Kalaulah diberi peluang untuk belajar sume ni, takkan aku lepaskan!!

Menghafal 30 juzuk Al-Quran- ada orang kata, bila dah meningkat umur, maka, daya ingatan akan kurang. Sebab tu usaha ibu-bapa menghantar anak-anak seawal umur 9 tahun ke sekolah tahfiz adalah untuk melahirkan insan yang berilmu yang boleh menghafaz Al-Quran dalam masa yang sama. Kalaulah boleh diputarkan masa, nak aje aku mintak mak ayah aku hanta aku ke sekolah tahfiz. Jadi insan berilmu, dan beramal soleh. Hati sentiasa bersih sebab ayat-ayat suci terpahat di hati dan minda. Bile dah meningkat umur ni dah tahap 23 tahun, sukar untuk merealisasikan hasrat ni. Untuk menghafal surah yassin pun belum lagi, inikan pulak 30 juzuk. Sounds impossible, but, who knows, insya’Allah.

Belajar bertaranum- Terpegun melihat peserta ‘Akademi Al-Quran’ mahupun tilawah Al-Quran yang meruntun jiwa oleh ayat-ayat suci yang dialunkan secara bertaranum. Kalaulah diberi peluang, mesti nak punye!!

Belajar menjadi Equestrian- tak pernah aku naik kuda sebenarnya, tapi, bila tengok orang naik kuda, teringin pulak. Tambah-tambah bila ada kuda sendiri. Comel gile kot.. lepas tu, boleh pergi training, naik kuda, pusing satu padang sambil tersengeh melihat awek cun yang memandang diluar padang (bajet peminat.. ) Wahaha. Berlagak kononnya, tak semua orang ada kuda dan boleh menunggang kuda kat Malaysia ni. hehe

Jadi, anda pula bagaimana?? Yang pastinya, hidup ini perlu dinikmati sepenuhnya. Gunakan masa yang ada untuk capai apa yang anda dan aku idam-idamkan! Nothing is impossible.

CATUR KEHIDUPAN

Pernahkah kita bermain permainan catur. Sedar atau tidak seharusnya setiap langkah yang kita ambil dalam mebuat sebarang keputusan dalam kehidupan hampir sama ngan langkah penuh berhati-hati dalam permainan catur...setiap langkah yang diambil perlu dinilai baik dan buruknya..agar kehidupan kita lebih bermakna pada masa hadapan

Kita umpama pawn
dalam pemainan catur
pergerakan agak terbatas
namun atur langkah penuh waspada

Ulama dan Umarak
adalah mewakili para pegawai besar
menyusun strategi dan doktrinasi
mempertahankan agama dan bangsa
agar tidak mati tandus
gersang dan terus pupus

Queen bukan seperti tersurat pengertiannya
seorang wanita ayu nan ditahtakan
tapi adalah bangsa
yang ampuh dan kukuh
Bangsa yang kuatnya berakar hebat
menunjang kemajuan dan sanjungan
memayungi jua membajai
kedaulatan pegangan agama ketuhanan

Harus terus dirumpunkan
segenap inci peranan dan kekuatannya
tanpa sedikit terlelap alpa
biar dalam cerahnya panahan mentari
rintik renyainya hujan membasahi
jua pekat gelapnya malam yang kelam
agar mara kita terus ke depan
sambil kekuatan belakang tidak luntur
mencantas mencincang segenap musuh
bendera bangsa dan agama terus tertegak
mengibas kemas dan utuh di puncak

Jangan sesekali kita bertelagah
penuh maki, cerca, dan ludah nanah
sesama kita yang akhirnya parah
lalu bagaimana mahu memelihara
kesucian bangsa dan agama
yang akhirnya dicheckmatekan petualang
yang megah terkangkang bak jalang
membaham dan terus membaham
akhirnya kita ditanam tika belum ajal
dek mereka yang dajal

Renunglah kawan..... Insaflah teman

SEJAUHMANA SAHABAT MEMBERI KESAN DALAM SEGALA TINDAKAN YANG KITA BUAT...........

Apa ertinya sahabat dan persahabatan ?. Jika nak diulas, mahu sahaja lenguh jemari jua berbuih mulut mentafsirkannya. Namun kata orang - orang lama, sahabat lahirnya dari kejernihan atau keikhlasan perhubungan seorang insan bernama kawan. Dari kawan itulah bakal dipanjangkan perhubungan itu menjadi sahabat kerana sahabat mempunyai pengertian yang lebih erat dan rapat akan pertalian perhubungan sesama sendiri.

Tentu sahaja sahabat mempunyai kuasa kepercayaan yang tinggi melebihi tahap yang diletakkan kepada seseorang kawan. Sahabat sepatutnya atau kebiasaannya mendokong rahsia tertentu sahabatnya supaya sentiasa terpelihara serta tidak memomokkan apa juga kerahsiaan itu terhadap pihak lainnya. Pun begitu tanggungjawab sebagai seorang sahabat adalah lebih berat kerana sahabat seperlunya menasihatkan sahabatnya ketika dia lupa dan alpa serta hanyut oleh sesuatu yang tidak mendatangkan kebaikan atau faedah.

Hari ini menjadi seorang kawan adalah MUDAH DAN SENANG DICARI tetapi untuk menjadi seorang sahabat haruslah teruji dengan sifat baik dan jujurnya dahulu. Masakan, untuk menyatakan sesuatu itu sedap hanya sekadar mencium baunya sahaja ? Tahap kawan juga boleh diklasifikasikan kepada beberapa tingkat seperti kawan internet, kawan kedai kopi, dan kawan yang boleh dibawa ke rumah. Sudah tentulah kawan-kawan yang mengelilingi kita hari ini mempunyai tahapnya yang tersendiri pada kita. Ini bukannya kenyataan bebaur tanggapan pesimis terhadap kawan tetapi melambangkan keakraban mereka dengan kita. Kawan yang rapat atau telah diiktiraf sahabat oleh kita sudah semestinya dialu-alukan bertandang ke rumah kita kerana espirit de corp yang kuat yang dapat kita rasakan bersama. Justeru, insan ini tidak mungkin akan tersenyum di hadapan kita tetapi sebenarnya menghentam kita dari belakangnya. Renung-renungkanlah bersama siapa sebenarnya sahabat kita dan siapa pula kawan kita ? Sekian.

HITAM, PUTIH dan KELABU

Dalam hidup kita dalam dunia yang serba canggih hari ini, kita terlalu menjadikan hitam dan putih sebagai pertimbangan dan pengadilan. Bagi kebanyakan orang, hitam mewakili keburukan, kejahatan, serta perbuatan yang tidak bermoral. manakala putih pula adalah sebaliknya. Pelanggaran sesuatu norma budaya seringkali diadili satu kesalahan yang tergolong dalam calitan dakwat hitam. Itu jugalah aras pertimbangan kita dalam melakukan sesuatu perkara atau hal. Pernahkah terfikir oleh kita antara keduanya masih ada satu lagi iaitu kelabu. Warna kelabu acapkali dilupakan sebegitu sahaja seolah-olah kewujudannya tidak diendahkan oleh kita.

Jika kita gagal mematuhi kehendak moral dan etika akan dianggap salah atau hitam dan jika sebaliknya pula kita akan diberikan warna putih. Bagaimana pula jika kita yang sedang berada di lampu isyarat pada jam 3 pagi dan pada ketika itu tiada satupun kenderaan berada di situ mahupun dalam lingkaran lampu isyarat itu. Pada masa itu kita sedang membawa seseorang pesakit dalam keadaan tenat. Persoalannya, adakah kita perlu mematuhi prinsip moral dengan berhenti pada lampu yang sedang merah atau atas nama moral juga kita boleh terus memandu he hospital walaupun pada saat lampu masih merah demi berusaha untuk cuba menyelamatkan satu nyawa ? Nah, justeru inilah perilaku yang boleh kita kategorikan sebagai kelabu, yang sering dilupakan orang dalam melakukan sesuatu proses penghakiman terhadap orang lain dalam kehidupan hari ini.

Sememangnya latar kelabu ini secara sedar mahupun tidak sudahpun dipraktikkan dalam kehidupan, cumanya kita sendiri tidak menyedari akan kewujudannya. Misalnya, setiap pertimbangan kita yang berdasarkan pertimbagan budi bicara dan toleransi. Maka ditegaskan lagi, dalam kehidupan ini kita bukan sahaja berhadapan dengan situasi hitam dan putih sahaja, malahan kita mempunyai alternatif antara hitam, putih, dan kelabu