Selasa, Jun 30

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?





Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram..

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki l ain , kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya .

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda yang ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke...





Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Ke.....dah semakin berumo ko ya Amirul Ummar
Khas untukmu..Amirul Ummar. 1 Julai 2009(Rabu)
Alhamdulilah,syukur kerana masih diizinkan dan diberi peluang oleh Allah untuk sekiankalinya menikmati keindahan alam, menyedut udara segar,diberikan tahap kesihatan pada tahap terbaik, diberi ruang untuk memperbaiki segala kelemahan diri, diberikan sepasang ibu bapa yang masih sihat, keluarga yang harmoni, masih berkesempatan untuk berbakti,kepada keluarga dan meneruskan kehidupan dimuka bumi ini. Sayu pulak rasanya bila ucap selamat pada diri sendiri .

Untuk insan tersayang...aku tidak mengharapkan apa2 hadiah dari kalian semua...cukuple sekadar menghargai kehadiran aku di sisi kalian...sepertimana aku menghargai setiap detik bersama kalian...aku bahagia kerana dikurniakan insan2 seperti kalian menjadi orang2 penting dalam mewarnai kehidupan aku di dunia ini..

Apa yang aku fikirkan sekarang ni cuma..adakah kalian bahagia berada di sisi aku selama ini..? sebagai manusia biasa..pada kebiasaannya cuma memikirkan apa yang kita rasa je..jarang sangat kita cuma memahami dan menyelami apa kehendak dan perasaan yang terbuku di hati insan2 rapat kita terhadap diri kita...Apakah sudah cukup sumbangan aku terhadap ibu bapa aku ..yang selama ini mendidik dan mengasuh aku hingga ke tahap ni..adakah aku sudah memenuhi semua kehendak dan impian mereka..terima kasih mak dan abah..kerana menjadi mak dan abah aku selama ini...kalian memang insan yang hebat...

Puan Aida binti Samat...terima kasih..di atas segala yang kita kongsikan selama 10tahun ni. Ida memang seorang rakan kongsi yang hebat..sanggup berkongsi segala2nya dengan aku..suka duka..pahit dan getir dalam mengharungi pancaroba hidup selama 10thn bukannya pendek jangkamasa tu....

Kepada Staf2 syarikat Amirul Ummar Company...Nurain Athirah, Nur Izzah Arifah, Nurhuda Mardhia dan Nur Umairatul Uzma...jadi le insan2 yang hebat..yg boleh mengharumkan nama Company kita...aku percaya kalian semua insan2 yang hebat dan aku yakin & percaya kalian boleh melakukan yang terbaik untuk family kita...Itu doa yang selalu aku zahirkan setiap kali selesai solat...amin..

Moga tahun ini, kehidupan aku dan insan2 yang tersayang semakin ceria, bahagia dan sentiasa dilindungi Allah dari perkara2 yang mendukacitakan...Ameen

Khamis, Jun 25

sejauhmana keikhlasan si dia?




PERNAHKAH anda digilai lelaki atau perempuan yang begitu teruja dengan diri anda? Si dia yang mencintai anda itu mungkin benar-benar ikhlas namun anda tidak pernah memberinya peluang kedua.Apabila segalanya sudah berakhir, menyesal pun sudah tidak berguna. Bukan seperti sebuah drama, segalanya berakhir dengan kebahagiaan namun dalam dunia nyata, tidak semuanya berakhir penuh kebaikan. Bagaimana menilai keikhlasan Si Dia?
• Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.
• Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.
• Orang yang mencintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah.
• Orang yang mencintai selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.
• Orang yang mencintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya.
• Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza bukan 'aku CINTA padamu' tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.
• Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang diadakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
• Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
• Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
• Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran, bahkan mungkin meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda.
• Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda.
• Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa.
• Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.
• Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
• Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yang membuat anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakannya mengganggu diri anda.
• Jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu maka dia akan melakukannya dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia!
• Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.
• Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain.

14 Tip Tawan Jiwa Sahabat




Kehadiran sehabat karib di sisi boleh di anggap sebagai satu anugerah yang tidak ternilai hebatnya. untuk memastikan hubungan persahabatan itu mampu bertahan lama, kamu perlu bijak mengendalikannya. Salah satu cara yang paling mudah adalah, membeli jiwa sahabat. Disini diberikan 14 tip berkesan untuk membeli jiwa sahabat.Adakah anda gembira dengan artikel, informasi dan segalanya disini? Kami ingin melihat perasaan anda mengenai laman blog ini.
1. Pujipenampilannya, khususnya di hari-hati istimewa sahabat seperti di hati jadinya atau ketika sahabat ingin melangkah ke sesuatu majlis istimewa.
2. Ketika sahabat tidak menyedari, dandanan rambutnya tidak rapi, dengan spontan kamu bantu sahabat untuk merapikannya.
3. Temankan sahabat sewaktu si sahabat sedang sibuk berdandan untuk memenuhi temu janji pertamanya bersama si dia,
4. Pujilah sahabat di depan kekasihnya, secara tidak langsung kekasih hati sehabat kamu itu tahu tentang kelebihan taman wanitanya itu. Jadi, kekasihnya akan bertambah sayang pada sahabat kamu itu. Sahabat pasti akan lebih menghargai kamu.
5. Ucapkan 'terima kasih' jika si sahabat menginap di rumah kamu. Tindakan kamu itu secara tidak lang sung menggambarkan bahawa kamu cukup senang dengan kehadirannya.
6. Bela dan pertahankanlah sahabat apabila anda rakan lain yang menyindur tentang kesalahannya di hadapan org ramai.
7. Berikan komen positif jika si sahabat membeli sesuatu barang baru, sahabat pasti gembira jika kamu menyedari setiap pertambahan barang miliknya.
8. Jangan kedekut dengan ketawa jika si sahabat menceritakan sesuatu kisah lucu dengan kamu. walaupun kamu pernah mendengar cerita lucunya itu sebelum, tetaplah ketawa.
9. Sesekali, kamu boleh mengajak sahabat memakai baju yang sama atau seakan-akan sama dengan kamu. tetapi, kamu berilah sahabat yang memilih sendiri tema baju yang diinginkanya
10. Berikan sahabat kejutan dengan menyelitkan coklat kegemarannya di mana-mana tempat yang disedari oleh sahabat
11. Jika sahabat berada dalam keadaan penat atau selepas mengalami emosi marah, tidak salah jika kamu memberikan urutan riungan kepadanya. dengan cara ini, kamu boleh membantu sahabat meredakan tekanannya.
12. cuba kamu kumpulkan gambar dan maklumat tentang artis atau apa jua perkara yang di gemari oleh sahabat. kamu berikan kepada sahabat, pasti sahabat menghargainya.
13. Jadikan pemaaf, tetap tersenyum sekiranya sahabat berpatahkan sepit rambut kecil milikmu. kamu boleh beli yang baru kan
14. Sewaktu sahabat menyatakan rasa kesalnya selepas melaukan sesuatu kesalahan, kamu suarakan padanya "jangan bimbang, kamu masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan".

Tips Untuk Menjadi Kaya



Tak kira sapa pon ..kat dunia..pasti..ada keinginan untuk jadi orang kaya..tu perasaan yang normal..semua orang ada keinginan ..tp yangmembezakan setiap orang..sejauhmana kita berusaha ke arah itu...ke arah mencapai matlamat..menurut persatuan orang2 kaya..yang sudi berkongsi rahsia kejayaan mereka...di bawah ni ler tip2 nak jadi kaya..aku pon tengah cuba juga nie...tapi..aku suka kongsikan rahsia ni ngan semua sahabat2 pembaca..agar kita dapat menyumbang sesuatu pada bangsa dan orang2 yang kita sayang..hehe sama2le kita merusaha dan terus berusaha..
1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.
2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.
3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul. Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.
4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaanUntuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.
5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya.

Rabu, Jun 24

Cenderahati yang tak mungkin mencederakan hati....






SELAMAT HARI LAHIR
PUAN AIDA BINTI SAMAT…24 Jun 2009(Rabu)moga awak sentiasa berbahagia di samping suamimu dan anak2mu…terima kasih atas segala perkongsian yang hebat selama 10 tahun ini..Bersamalah berdoa agar mahligai yang dibina sentiasa kukuh dan teguh dalam menghadapi cabaran yang mendatang….bersamalah berusaha agar terus saling fahami dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..
Salam semua........huwaaaa.....3x, memang pening bila mencari hadiah harijadi untuk isteri atau orang yang tersayang sempena hari-hari penting dalam hidupnya…tambahan lagi setelah hampir 10 tahun hidup bersama. Rasanya kita pasti dan kenal segala kehendak dan keperluan dia juga kita dah tahu apa yang dia ada juga apa yang dia inginkan.

Buah hati aku jenis yang simple .. tapi kadang-kadang tu cerewat juga nak bagi hadiah apa ekk. takpelah nanti balik keje..aku ajak Ain Athirah..penasihat aku tu beli hadiah untuk buah hati pengarang jantung ha ha ha

Malam ni ingat dak kuar sekeluarga keluar makan malam , mana ade nak masak special Noushy... dia hari² memasak yang special utnuk kami sefamily so..pada hari yang istimewa macam hari ini , bio aku bagi dia MC bercuti...

Aku nak bagi dia cenderamata yang rasanya sesuai sebagai tanda aku amat menghargai apa setiap kenangan bersamanya ...sharing is caring kan...kan..!


Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.

Cuba hayati coretan ini agar ianya jadi sumber kekuatan dalam mengukuhkan ikatan kekeluargaan kita

1) Kehadiran.
Kehadiranmu dalam hidupku ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, aku bangga dapat mengenalimu dan menjadi insan penting dalam hidupmu dan sentiasa berada disisimu.Aku gembira dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif. Oleh yang demikian, kehadiranmu dalam hidupku adalah sangat penting. terus terang aku katakan kau ibarat lilin cintaku pembawa sinar kebahagiaan.

2) Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini termasuk aku sendiri, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Maafkan aku andainya Sejak dari dahulu lagi aku kurang peka dlm mendengar dan memahamimumu...walaupun kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Aku berikan cenderahati ini aku berikan untukmu, dengan mendengar segala curahan hatimu terhadapku. Secara langsung sikap ini juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati.

3) Diam.
Seperti kata-kata. Di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta antara kita kerana memberi `ruang'. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebel!

4) Kebebasan.
Mencintai seseorang bukan bermakna memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.

5) Keindahan.
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.

6) Tanggapan Positif.
Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

7) Sedia Mengalah.
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. Apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.

8) Senyuman.
Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??

Coretan ini adalah Hadiah yang merupakan cenderahati ini untukmu sebagai tanda aku insan penting dlm hidupku.....

Semoga hidup kita akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.
Amirul ummar ~ banyak kan.....hadiah yang diberi..hekhek....

Isnin, Jun 22

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu..





BismiLLAHir Rahmanir Raheem. DALAM meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan. Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya. Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya. Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.” Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram. Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas. Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216) Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri! Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah. Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.

SELAMAT HARI BAPA UNTUK SEMUA BAPA-BAPA YANG MENGHARGAI SETIAP ZURIAT ANUGERAH ALLAH



Bulan lepas kita telah meraikan Hari Ibu dan pada hari ini pula tiba giliran kita meraikan golongan bapa pula. Walaupun begitu sambutan Hari Bapa ini agak kurang sedikit hangatnya berbanding dengan Hari Ibu dulu. Tidak mengapalah asalkan kita tidak lupa jasa dan pengorbanan ibubapa kita. Mungkin dengan sekadar ucapan ringkas pada hari ini dapat mengukir senyuman di bibir bapa kita.

Salah satu sebab mengapa anak-anak kurang rapat dengan bapa mungkin kerana cara didikan di peringkat awal. Biasanya bapa digambarkan sebagai satu simbol kuasa dan hakim dalam menjatuhkan hukuman. Misalnya kita biasa dengar ungkapan, "Nanti emak beritahu ayah", "Tunggula... bila bapak kau balik nanti", "Biar.... nanti ayah marah baru tahu" dan seumpamanya. Ini menyebabkan seorang ayah itu dilihat secara negatif. Pada keadaan tertentu seorang anak mungkin mendendami ayahnya.

Seorang bapa itu patut dihormati bukan ditakuti dan sebagai anak kita patut menerima bapa kita seadanya. Dia juga seorang manusia yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Sebagai bapa pula mestilah pandai menyesuaikan diri dengan keperluan dan keadaan semasa mendidik anak-anak. Adakala seorang bapa itu perlu bertegas dan menghukum tetapi ada ketikanya mesti bersedia untuk mendengar dan berbincang. Semua itu perlu diseimbangkan sebab itulah di aliran zaman yang semuanya pantas ini para ibubapa harus melengkapkan diri dengan berbagai ilmu dan kemahiran untuk mendidik anak.

Semoga para bapa semua dapat menjadi ketua keluarga yang memimpin keluarganya membentuk satu unit masyarakat yang positif dan bahagia. Ini hanya boleh dicapai dengan sokongan para ibu dan anak-anak juga.

Setiap Keputusan Melahirkan Harapan





Anda bergerak di atas keputusan yang anda buat, bukan perancangan yang anda susun. perancangan hanyalah perkara sebelum anda mengambil keputusan.
Bolehlah anda menyusun perancangan sebaik mungkin, namun takkan pernah ada perancangan yang sempurna 100% berjaya dilaksanakan.
Jangan tunda sampai semua statistik menguntungkan anda; atau semua keadaan mendukung anda. Oleh itu keputusan andalah yang akan mengubah semua angka dan keadaan agar dapat mendukung anda. Keputusanlah yang mewujudkan dan memperbaiki perancangan anda. Kerana itu, jangan buang waktu terlalu banyak. Ambillah keputusan pada waktunya.
Bagi seorang penyerang bola sepak yang baik, bukan soal apakah tendangan masuk atau gagal. Yang paling penting adalah melakukan sepakan sebaik mungkin pada saat itu. Kesempatan untuk membuat tendangan tidak selalu datang setiap saat. Namun, keputusan harus diambil saat itu. Dan tindakan harus diwujudkan sebaik-baiknya.
Setiap tendangan. melahirkan harapan baik iaitu jaringan gol. Keputusan selalu menumbuhkan optimisme untuk meraih lebih baik lagi.

Ahad, Jun 21

Fokus kejayaan untuk berjaya




Satu kunci yang menjadikan orang yang memang bermasalah semakin bermasalah ialah ‘fokus kepada masalah‘ . Sebagaimana seseorang yang inginkan kejayaan perlu fokus kepada kejayaan, begitu juga dengan individu yang merasakan bermasalah, akan terus bermasalah sekiranya masih lagi fokus kepada masalah tersebut. Jika di lihat, prinsip itu begitu mudah. Iaitu hanya fokus kepada perkara yang diinginkan.
Jadi sekiranya anda sedang bermasalah dan masih lagi ingin atau berhajat untuk menambah masalah anda, sila fokus kepada masalah anda. Tetapi sekiranya anda seorang yang bermasalah dan inginkan kejayaan, sila tukar fokus anda daripada bermasalah kepada fokus ke arah kejayaan.
Prinsip itu begitu mudah utuk difahami dan juga diaplikasi. Tetapi mengapa masih ramai lagi yang gagal. Mengapa? kerana kekurangan ilmu tentang bagaimana untuk mencipta kejayaan.
T.Harv Eker, menulis dalam ebook speed wealth beliau, Success is learnable skill. Sekiranya diterjemahkan ianya bermaksud, kejayaaan adalah satu skill yang boleh dipelajari. Ya saya bersetuju dengn pendapat beliau, kejayaan boleh dicipta dengan mudah, sekiranya kita tahu bagaimana untuk mencipta kejayaan. Apa yang perlu kita lakukan ialah cari ilmu tersebut, belajar dan terus belajar dari ilmu tersebut.
Sekiranya anda gagal atau berjaya dalam kehidupan anda, anda yang perlu bertanggungjawab. Anda yang perlu berubah demi kejayaan anda. Anda tidak boleh sekali-kali menyalahkan orang lain, mencipta pelbagai alasan atau menunding jari di atas asetiap kegagalan yang anda alami, kerana kejayaan sudah menjadi milik anda sejak anda dilahirkan. Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah berusaha untuk ‘polish’ dan menonjolkan kejayaan anda. Seperti yang saya tekankan selama ini. Kejayaaan milik orang yang berusaha.
Tiada guna , sekiranya anda mempunyai kualiti untuk berjaya, tetapi anda tidak dapat menggunakan kualiti itu untuk anda meraih kejayaan, kegembiraan dan kebahagiaan.
Sebagaimana Pinang yang diperam akan menjadi busuk. Begitu juga dengan kejayaan. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk berusaha mencipta kejayaan. Kegagalan akan terus menjadi milik anda.

Kaya Bukan Satu Dosa..





Kebetulan juga semalam adalah hari ulangtahun kelahiran sahabat karib saya, Jadi semalam, saya ke restoran terkemuka, untuk meraikan beliau. Bukan saya ingin bercerita tentang dinner semalam. Tetapi saya tertarik dengan perbualan 2 orang wanita yang makan di meja bersebelahan dengan saya dan sahabat saya itu. Bukan niat saya untuk mendengar atau mengintip perbualan beliau, tetapi disebabkan keheningan suasana di restoran tersebut. Membuatkan telinga saya dapat menangkap butir perbualan mereka dengan jelas. Malangnya isi perbualan mereka menarik perhatian saya untuk terus dengar dan dengar.
Butir perbualan mereka, salah seorang mereka mengatakan bahawa beliau telah pergi makan di salah satu kelab yang dikenali sebagai xxxxxx. Ketika ingin memesan makanan, apabila ditanya kepada seorang pelayan yang berada di situ, beliau bertanya apakah pilihan minuman yang ada di tempat itu, dan salah satu pilihan minuman yang disebut adalah ‘beer’. Jadi wanita tersebut amat marah, kerana beliau adalah muslim, tetapi ditawarkan minuman seperti itu.
Saya tertarik, bila mendengar alasan daripada wanita tersebut. “Biasalah kalau orang melayu dah kaya. Mesti minum punya”. Saya yang mendengar ketika itu hanya dapat mnggelengkan kepala. Cara wanita itu bercakap seolah ianya satu penjenamaan.Orang melayu bila dah kaya, pasti tak ingat agama.
Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya berbincang dengan sahabat saya, mengenai perkara ini. Satu persoalan saya, mengapa tanggapan orang kepada orang kaya seperti itu. Adakah kekayaan boleh membuatkan seseorang lupa diri dan agama. Mengapa tidak mengatakan biasalah orang melayu yang tipis ilmu agama, tidak mustahil minta beer untuk minum.
Kekayaan tidak pernah bersalah, sekiranya ada yang berubah sikap apabila dapat mengecapi kekayaan tersebut. yang bersalah adalah diri individu itu sendiri. Tidak mempunyai pegangan agama dan pendirian yang kuat. Saya percaya semua agama mengajak ke arah kebaikan. Kadangkala penganut agama itu sendiri yang merosakkan imej agama .
Tidak kira sama ada anda kaya atau miskin, jika pegangan anda tidak kental. Anda masih brpeluang untk terjerumus dalam sesuatu yang tidak dibenarkan. Bukan miskin atau kaya yang jadi faktor penentu. Tetapi ianya datang dari HATI anda sendiri. Sekali lagi saya ulang. Anda yang bertanggungjawab terhadap diri anda sendiri. Segala-galanya dari hati.
Sekiranya ada individu yang mmandang negatif kepada kekayaan. Bagaimana individu tersebut akan kaya? . Sebagai contoh, anda mempunyai teman, tetapi anda memandang negatif kepada teman anda. Kalau teman anda tahu, tentang tanggapan negatif anda. Sure dia dah bye-bye anda. Begitu juga, sekiranya anda memandang negatif kepada kekayaan. Situasinya tetap sama. Tiada bezanya. Kerana tanggapan negatif tersebut, telah tersemat dalam minda anda.
Jadi bertanggungjawablah terhadap diri anda sendiri. Kerana anda yang tentukan bagaimana kehidupan anda, dan arah tujuan anda.. Apa pun saya boleh katakan ,menjadi kaya bukan satu dosa

Jumaat, Jun 19

MESTIKAH MENCINTAI ITU BERERTI MEMILIKI...?




aku teringat satu story tntg sahabat aku ketika kami jadi budak remaja dulu cinta zaman skolah..seronok sungguh hapi je xpayah pikir masalah len....betul org tua2 kabo..kadang2 cinta boleh mengubah watak dan sikap seseorang..nama dia Mamat Skodeng...hebat nama tu..

ada la satu sekola ni terkenal gak skolah tu masa tu kawan aku tu duk Asrama ..sorang perempuan namanya Widya...dan seorang lelaki yang nakal yang digelar Mamat Skodeng.Widya memang tak menyenangi sikap Mamat yang nakal dan suka mengganggu ....Mamat suka menyakiti Widya.....namun apakah daya Widya,,,mereka di satu kelas yang sama..tambah2 lagi Mamat duduk bersebelahan dengannya...semua ini ditentukan oleh guru kelas...erm..Widya memang tensyen.....dia selalu bergaduh ngan Mamat...Mamat suka memalukan Widya...kadang2 tu Widya da nak nangis dibuatnya....Widya memang tak suka dengan sikap Mamat..memang hari2 Widya terpaksa bergaduh dengan Mamat...
satu ari ni Mamat senyap je..tak bercakap pun..selalunya dialah yang bising...ada2 je sikap dia tu.....selalunya dia akan memalukan WIdya atau mnyakiti Widya.......tp hari tu tak pn .rsa bimbang gak....walaupun Widya tidak menyukai Mamat,namun Widya tak membencinya....Widya membantu Mamat..walaupum Widya tak dapat memberi pertolongan..Widya tetap cuba memberi semangat untuk Mamat..nth la..selepas kejadian tu..wujud keserasian antara mereka...mereka menjadi sahabat.....pada awalnya semua orang pelik melihat diorang..yela..dulu kan main gado agy....ermm...semakin lama..dorang semakin rapat,,,,Widya dan Mamat selalu rehat bersama....Mamat akan buat Widya ketawa bila melihat Widya cad...dia nak tengok widya epi...Mamat suka wat lawak bodo...Mamat tak kn benarkan sesape sakitkan ati Widya ....dia takpe...hehehe...diorang juz fren ...n not more than that...

..................................................................

satu ari...Mamat yang suka skodeng tu terserempak dengan pelajar baru yang bernama Azura..Azura ni comel....comel tu tak penting ...tp yang penting adalah...Mamat Skodeng da jatuh hati kat Azura tu..Azura kelas sebelah....sejak ari tu...Mamat selalu skodeng Azura.....Mamat story kat Widya....dia kate dia minat tapi dia tak tahu nak ngorat...tergelak Widya....Mamat mintak Widya tolong dia....ermmm......Widya pun tolong ar....lame2 Mamat nan Azura pun jadi kawan......da berkawan tu....dapat la Mamat jadi pakwe Azura....huhu...tak rugi Mamat kapel nan Azura..coz Azura tu memang baik sjk Mamat Skodeng kapel nan Azura,Mamat da tak nakal...bukan tu je....dia dan Widya juga da renggang sedikit....Widya dapat rasakan....namun Widya tahu kedudukannya kalu nak dibandingkn dengan Azura....tapi Widya tak kisah...dia tahu Mamat tu anyer kwan ...bukan pape pon.

satu ari...Widya nak luahkan something kat Mamat...tapi Mamat sibuk memanjang...Widya cad cangat..dia tiba2 je rasa jelez kat Azura,,,tp dia tak faham perasaan di sebalik cemburu itu,,,

ermmm...loceng rehat da bunyi..dulu dia selalu rehat ngan Mamat..tp sekarang dia rehat dengan kawan2 nya yg len...Mamat???bunyi je loceng..terus ke kelas sebelah untuk jpe Azura...lya ???ermmm....mse kat kantin,,,Widya mencari kelibat Mamat..kelihatan Mamat bgitu mesra melayan Azura...Mamat yang membeli makanan untuk Azura..Azura anye mnunggu di bangku...cemburu datang membuak buak di hati Widya,,alangkah indahnya jika dia dtmpat Azura...Widya sangat merindukan waktu dahulu......ktika bergaduh,Mamat Skodeng yg nakal,suka buat lawak,Mamat yg amik berat,.....tber2 air mata dia mnitis...dan barula dia sedar...bahawa dia telah jatuh cinta pada Mamat..

ahhhh......loceng da berbunyii....Widya brjalan mnuju ke kelas...mse tu lya tgok Mamat jalan sama2 nan Azura...Widya pn tringt dulu..Mamat sentiasa jalan bersamanya..tapi sekarangg........................

di kelas.....Widya tgok Mamat cad....Widya plik...tadi dia nmpak Mamat kan men epi nan Azura,,,,tapi sekarang monyok..dia pun tanya Mamat"Mat..npe ni,cam ade prob je..tadi ok jer...meh citer kat Widya..ne tahu Widya ley tolong..""ni pasal Azura...dia tba2 mintak break..tak tahu nape...tu yang sad ni,,,""takpe..nanty Widya tnya dia,,n lya pujok Azura k..da..jgan monyok g..nty awek lari " Mamat pun senyum.......Widya epy dapat wat Mamat senyum....Widya pn tlg Mamat pujok Azura....n Azura n Mamat da ok sekarang....Widya pun bahagia.....

Widya buat kputusan untuk trus pendam rasa cintanya itu...coz dia tak mahu rosakkan nama persahabatan dengan perasaan shok sendiri dia tu..lagipun dia tahu antara dia dan Mamat Skodeng adalah sesuatu yang mustahil...dia akan bahagia kalau mlihat Mamat Skodeng bahagia...senyuman Mamat da mencukupi....kerana bagi Widya...mencintai seseorang tak bermakna memilikinya........

Apa pendapat korang semua...sapa yang rugi..Mamat Skodeng ke Widya ..betul ke tindakan yang dibuat oleh Widya tu..pendam je perasaannya pada Mamat...Kenapa buta sangat hati Mamat langsung x dpt menilai cinta Widya..ekk? Sejauhmana kita dapat membuat keputusan yang betul dalam menilai cinta..? la komen kay...huhu......mmh.....

Khamis, Jun 18

Syukurlah, Marilah Belajar Bersyukur

Apa khabar harini? Sihat? AlhamduliLLah jika masih diberi kesihatan oleh Allah. Di hospital yang jarang dijenguk ramai pesakit yang ingin keluar .

Masih lagi berada di dalam iman dan Islam? Syukurlah jika masih ada iman dan Islam (ingatlah di akhir zaman ini ada manusia yang ditarik imannya, beriman di waktu pagi, dan kafir dipetangnya). Ada imannya hanya di bibir sahaja, atau sekadar nama di surat beranak dan kad pengenalan sahaja.

Anggota badan masih cukup? Mata masih boleh lagi melihat dengan jelas? Tangan masih lagi boleh memegang,menulis? Kaki masih boleh berjalan?

Syukurlah jika masih sempurna.. Gunakanlah dengan sebaiknya. Hargai apa yang masih ada.. Jangan sudah hilang di depan mata barulah menyesal tiada kesudahan.. Jika mata sudah gelap, di kiri kanan bertemankan tanah, berselimutkan kafan, sudah terlambat untuk bertaubat. Manalah tahu, lidah kita ini pun terkadang hilang deria rasanya, kaki kita pun terkadang kesandung lalu mengaduh sakit, telinga pun acapkali juga terpaksa mendengar betul-betul apa yang orang lain perkatakan.

Akal masih mampu berfikir? Syukurlah jika masih ada akal, ada orang yang dalam keadaan tertekan, tidak mampu berfikir rasional. Ada yang mengamuk, ada yang di awang-awangan, bahkan ada juga yang tidak menggunakan akal, hinanya lebih teruk dari haiwan.

Ibu dan Ayah masih hidup? Kawan-kawan? Syukurlah.. tahulah untuk bersyukur bila ada tempat untuk mengadu dan menceritakan nasib. Ada di antara kita yang yatim piatu, tiada kawan untuk mengadu. Malahan yang menjadi rakan setianya adalah tumbuhan dan binatang di sekeliling. Itupun syukur juga..

Masih ada pakaian yang membaluti tubuh? Tempat tinggal yang selesa? Makanan yang enak dan masih boleh dimakan? Syukurlah tuan… ada orang yang tiada pakaian untuk dipakai, rumahnya dibuat dari najis binatang, beratapkan langit, berlantaikan bumi. Ada yang terpaksa memakan kulit kayu, terpaksa meminum air kencing sendiri bahkan binatang lain (kerana musibah alam, tiada bekalan makanan). Lihatlah kesusahan orang lain yang terpaksa mandi dengan najis binatang, dan kita.. walaupun sudah diberi nikmat air, masih juga membazir menggunakan air.

Ada tempat untuk bersekolah? Guru-guru untuk mengajar? Lihat dan fikir di tempat yang tiada guru, terpaksa menggunakan jari untuk menulis di tanah, ingin belajar tetapi tiada guru. Sanggup belajar di tempat yang tidak selesa malah dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya. Walaupun sedar di tengah-tengah pergolakan hidup, keluarga yang miskin, tetap membimbit buku yang sudah penuh contengan untuk belajar menjadi ‘manusia’ yang berguna!.

Ingatlah wahai saudaraku.. ALlah telah pun memberikan peringatan bagi orang-orang yang kufur :

وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ قَرۡيَةً۬ ڪَانَتۡ ءَامِنَةً۬ مُّطۡمَٮِٕنَّةً۬ يَأۡتِيهَا رِزۡقُهَا رَغَدً۬ا مِّن كُلِّ مَكَانٍ۬ فَڪَفَرَتۡ بِأَنۡعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَٲقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلۡجُوعِ وَٱلۡخَوۡفِ بِمَا ڪَانُواْ يَصۡنَعُونَ (١١٢)

Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan. (Surah An Nahl : 112

Kita hidup di hari ini untuk apa? Apa tujuannya?




Dah lama juga kita hidup kat dunia ni ekk...sejauhmana perestasi kite kalu dinilai ekk...adakah di tahap cemerlang?...puas hati ke kite dengan apa yang dah kite buat selama ini?
Ada manusia yang tertanya-tanya mengapa ia hidup, apa peranannya di muka bumi ini. Ada manusia yang menghabiskan masanya dengan bersukaria sebab dirasanya hidup ini hanya untuk di dunia sahaja. Ia menumpukkan harta benda, wang, isteri dan anak-anak dibiarkan tidak terbela jiwanya.\
Ada juga manusia yang tidak tahu mengapa ia dijadikan, lalu menyesal dengan dirinya. Walaupun hidup dengan serba kemudahan. Jiwa terasa kosong, lalu ia mencari dirinya - dikaji segala kemungkinan mengapa manusia hidup di dunia. Mungkin sahaja ia mendapati sains dapat menyelesaikan persoalan yang sudah bertalu-talu datang di dalam pemikiran. Malangnya - anaknya yang mati - ia tidak dapat menerima walaupun dirinya hebat untuk mengubat. Akhirnya ia membunuh diri kerana kecelaruan fikiran dan sudah sampai batasan akalnya memikirkan kehidupan tanpa panduan..

Ada juga yang mahu menjadi baik di sepanjang kehidupannya. Menderma, menolong orang susah, menjaga nama baik diri, keluarga dan jiran-jiran. Ia disenangi orang, sehinggalah ke matinya. Tetapi sayang.. di dalamnya tetap ada kekosongan, iaitu tidak percaya kepada Tuhan.

Ada juga manusia yang hidup sekadar meneruskan penghidupan, ia tidak kisah ke mana ia akan pergi selepas itu. Tidak kisah samada kebaikan atau kejahatan, tetaplah dikerjakan.

Di sana ada manusia yang hidup terlantar di katil hospital, di temani dengan segala jenis pil, balang oksigen. Setiap waktu jururawat dan doktor akan datang untuk memeriksa urat nadinya. Lalu ditulis perkembangan kesihatan, samada bertambah baik atau bertambah buruk.

Di luar pula - ada pula manusia yang mati tanpa menunjukkan tanda ada penyakit. Ramailah yang meninggal dunia di atas jalanraya, dalam peperangan, ketika sedang bersukan, semasa dalam keadaan berehat, duduk, tidur, menari-nari dan sebagainya berbanding mereka yang dalam kesakitan.

ALlah mengajar mengapa kita semua dijadikan :
Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. (Surah Ad-Dzariyyat ; 56).

Rabu, Jun 17

...biLa si SuAmi HAntAr Puisi HALus Kpd ISteri utk KAhwin LAgi!!!...





Petikan ni aku amik dari blog member aku..saja nak kongsi ngan sahabat2 sekelian..bukannya apa..buat renungan bersama... org pempuan marah sangat kalu suami dia sebut nak kawin lagi...hehehehe mau kiamat dunia dibuatnya...

***puisi Sang Suami ***

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
kan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


*** Balasan: Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang suria yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!!
jangan la nak berangan!!

moral of the storie : lu pk la sendighi..hikhikhik...

APA YANG KITA FAHAM TENTANG C..I..N..T..A





..LoVe is CinTA...
...Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi, kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
...Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
...Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
...Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
...Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
...Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
...Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.
...Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan. ...Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
...Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah jika cinta dibawa tersalah arah.

Khamis, Jun 11

JANGAN JANGAN & JANGAN...





Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan..

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)

Selasa, Jun 9

Sayangi Dirimu Untuk Menyayangi Orang Lain


1. Harga yang paling mahal bagi sebuah pengorbanan adalah meminta dihargai.
2. Kita akan sakit jiwa jika mengharapkan terima kasih daripada orang yang kita bantu, kerana hakikatnya ramai manusia tidak pandai berterima kasih.
3. Pengorbanan memerlukan kebijaksanaan kerana dalam berkorban, tidak semestinya diri sendiri terkorban.
4. Kalau orang lain tidak menyayangi kita, mungkin itu petanda selama ini kita juga selalu tidak menyayangi diri kita sendiri.

Isnin, Jun 8

AKU BANGGA DILAHIRKAN SEBAGAI ANAKMU..




CINTAKU BAK AIR TEH TERANG BULAN ♥

CATATAN KHAS SEMPENA HARI BAPA saya dedikasikan
Khas untuk BAPA saya Encik Abd.Rani bin Salak.
(harus baca sampai noktah akhir)

********
~What would I give To live where you are?
What would I pay To stay here beside you?
What would I do to see you Smiling at me?~
********


Baik kejam seorang bapa.
Biar cuai seorang ibu.
Mahu pun busuk seorang bapa.
Bukan anak yang bertindak menghukum mereka.
Segala dosa ibu bapa,
kecuaian mereka, dan serba serbi kesalahan dan kekurangan mereka,
ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab
dengan Allah tentang tanggungjawab
dan peranan mereka terhadap kita.
Namun bagi seorang anak,
tugas kita adalah untuk tetap menghormati,
menjaga kebajikan,
memelihara dan memenuhi keperluan mereka
tatkala mereka dalam hajat yang diwajarkan Syariat.

Jika dunia ini hanya ada anak dan ibu bapa,
mungkin kitaran ini tidak dapat berhenti.
Ibu bapa jahat menzalimi anak.
Si anak juga jahat dengan membalas dendam kepada anak-anak.
Kerana itu titik memahami isu ini ialah dengan kembali merujuk kepada DIA.
Kepada Allah yang menjadikan mati dan hidup ini sebagai ujian.

Kita memohon keampunan dari Allah
dengan mendoakan keampunan untuk ibu bapa.
Tujuannya adalah berbalik kepada CINTA TANPA SYARAT.
Sebagaimana ibu bapa mengasihi kita tanpa syarat,
begitulah kita memohon agar dikasihani Allah ke atas diri ini TANPA SYARAT.
Namun bagi ibu bapa yang gagal mengasihi si anak,
kita harus berbalik merujuk kepada Allah.
Kitalah pula yang mesti memberi MAAF TANPA SYARAT
sebagaimana Allah boleh mengampunkan kita tanpa syarat.
Jika sikap kita yang sempit jiwa untuk menguzurkan kekurangan ibu bapa,
yakinilah bahawa Allah jua sulit untuk menguzurkan kekurangan kita
(yang tidak terbilang itu).

Menghormati mereka,
cukup dengan tidak membalas ‘kejahatan’ mereka dengan ‘kejahatan’ kita.
Sedang kita pun banyak berbuat jahat kepada Allah,
namun Allah sentiasa Maha Tahu cara untuk ‘berbuat baik’ dengan kita.
Bagaimana kita boleh mendamba keampunan Allah tanpa syarat,
sedangkan kita ghairah meletakkan pelbagai syarat,
terhadap ibu bapa sendiri????

PAMERKAN SENYUM DAN TAWAMU SEIKHLAS HATI...




Senyum dan ketawa perlu ikhlas. Jika tidak, ia akan jadi perbuatan yang memenatkan

Orang kata, berkawan biar seribu berkasih biar satu. Heh.

Siapa yang ada kawan sampai seribu orang? Sila angkat tangan... Add entah siapa-siapa di myspace, friendster, facebook dan perkara-perkara yang seumpama dengannya 'tak aci', ya. Itu bukan kawan. Itu strangers. Mungkin kenalan. Bukan kawan. Kawan itu, manusia yang kamu betul-betul kenal... kadang-kadang, orang yang mengaku sebagai kawan pun, belum tentu yang benar-benar kamu kenal. Itu juga 'tak aci'.

Aku, bukan jenis yang suka beramai-ramai. Aku lebih suka ada dua tiga kawan yang betul-betul baik dan serasi daripada ada ramai manusia yang aku kenal nama, tapi tak tahu kesukaan dan kebenciannya. Kontra kepada bidang kerjaya aku yang memerlukan aku menjadi ramah dan kenal dengan ramai manusia dari pelbagai jenis setiap hari, mungkin. Penat lah. Penat menjadi seorang manusia yang ramah ni. Diam lebih mudah. Sudah sampai masa untuk tukar bidang kerjaya agaknya...

Mungkin itu sebabnya, aku dah delete kesemua akaun-akaun myspace, friendster dan facebook, dan yang sewaktu dengannya rasanya sejak awal tahun lagi... bosan. Lagipun, aku private kan kesemua akaun itu dan hanya add kawan-kawan aku sahaja. Aku tak nampak apa perlunya kerana mereka ada nombor handphone aku, dan aku pun bukannya kaki chatting sangat pun. Ada masa-masanya sahaja... Sekarang, tinggal blog ini sahaja yang belum pasti jangka hayatnya sampai berapa lama. Betul, aku cepat bosan.

Pukul satu pagi... perlu tidur sekarang. Mahu kumpul tenaga untuk senyum dan ketawa untuk entah siapa-siapa esok..hehehe mana tau..esok membawa 1001 rahmat buat aku dan semua org yang akan aku jumpa esok..ameeen