Khamis, April 30

Peringatan Untuk Kaum Adam Dan Hawa



Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..

Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..dd
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya

Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..

Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan
hilang ia...
tangisan mengiringi berzaman

USAHAKAN MEMOTIVASI DIRI SENDIRI CUMA 30SAAT SEHARI



Untuk memberi semangat pada diri sendiri, rahsianya, Anda perlu memberi semangat pada orang lain terlebih dahulu. Tak kira siapa jua dia, berikan kata-kata yang menyemarakkan inspirasi.
Untuk mula, berikan dia penghargaan, pujian dan perhatian khas untuk dirinya.
Dalam 30 saat pertama Anda bertemu dengannya, katakan apa saya yang membuat dia rasa di hargai, terharu dan bangga mendapat pujian Anda.
Kesannya, mereka akan jadi bersemangat dan tersenyum!. Dalam masa yang sama, Anda turut bersemangat sama seperti mereka.
Ikhlaskan hati dan pamerkan wajah yang ceria ketika Anda mempraktikkan teknik “30 saat sehari” ni. Niatkan supaya mereka jadi bersemangat dengan sapaan Anda.
Pada peringkat pertama, kebanyakan orang di sekeliling Anda akan naik heran dengan perubahan Anda. Tapi, percayalah, bila Anda konsisten memberi kata-kata yang membuat mereka semangat pada 30 saat pertama dalam sehari, Anda juga turut menjadi bersemangat, bukan dua tiga hari tetapi berpanjangan.
Bayangkan kalau Anda menyapa lebih daripada 30 orang sehari, dari pagi sampai ke petang? Tak ke naik semangat jadinya?
Lupakan dulu niat nak mencari cara cemana nak membuat Anda nampak bermotivasi lebih dari orang lain.
Tapi, fokus pada bagaimana nak membuat orang lain menjadi ceria, rasa dihargai oleh kata-kata Anda.

GUNAKAN MASA LAPANG DENGAN BIJAK



Menurut kata-kata motivasi dari C.K Brightbill..

“Masa hadapan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan, tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana”.
Usaha menentukan segalanya. Berpendidikan atau tidak, hanya orang yang rajin berusaha saja mampu menggapai kejayaan dalam kerjaya, kewangan dan perniagaan.
Orang-orang yang berjaya mampu mencapai kehebatan kerana berusaha dua kali ganda daripada orang yang biasa, sanggup melakukan apa yang tak sanggup di lakukan oleh orang biasa.
Orang biasa pula, menggunakan masa lapangnya hanya untuk bersantai, berehat dan bermalas-malas.
Sedangkan dalam masa yang sama, orang-orang yang berjaya (yang semestinya luar biasa!) bertungkus-lumus berusaha serta memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin, sekualiti yang mungkin.
Bagi mereka, biar susah dulu sekarang, senang kemudian. Biar sibuk sekarang, senang-lenang kemudian.
Cuba tanya diri Anda dengan soalan ini ..
• “Apa yang boleh aku lakukan di masa lapangku?”
• “Adakah yang aku buat ini baik untuk diriku?”
• “Masa depan cemana yang aku mahu sebenarnya?”
• “Apa lagi yang belum selesai aku lakukan?”
Soalan-soalan ini, bila ditanya pada diri sendiri membuat Anda fokus, supaya Anda boleh mengisi masa lapang Anda dengan bijak.
Corakkan kecemerlangan hari ini, untuk kejayaan di hari esok!

Kenali Bakat Anda?




Bakat, pada tafsiran adalah kebolehan Anda melakukan sesuatu dengan sangat baik, bagus sekali. Bakat juga dapat diertikan sebagai kemahiran yang paling banyak Anda kuasai lebih daripada orang lain di sekeliling Anda.
Jika Anda dah tahu apa bakat Anda, itu dah bagus. Tapi, bagaimana nak ketahui apa bakat Anda? Bagaimana jika bakat itu terpendam dan Anda masih tak nampak apa bakat Anda? Lakukan langkah-langkah di bawah…
1. Buat perkara yang tak pernah Anda buat sebelum ni. Kata orang, belum cuba belum tahu. Kata saya sebagai blogger Anda, selagi tak buat, selagi itu kita tak tahu! Jangan sekadar mencuba, buat saja!
Dengan itu, Anda akan cepat tahu di mana kelebihan Anda dan di mana kekurangan Anda. Kelebihan Anda, itulah bakat Anda yang sebenar.
2. Buat apa yang Anda paling minat. Sesetengah orang boleh buat 3 perkara dalam 1 masa. Ada orang minat komputer, dalam masa yang sama minat menulis, meminati sukan lasak dan minat memasak.
Untuk tahu di mana bakat Anda, kenal pasti mana satu kemahiran yang paling Anda minat lebih dari kemahiran-kemahiran lain. Bila dah ada minat, anda akan rasa seronok menambah pengetahuan mengenainya.
3. Tanya kawan atau ahli keluarga. Orang lain dapat lihat apa yang Anda tak nampak. Tanya ahli keluarga, ibu bapa atau kawan rapat apa yang mereka lihat menjadi bakat Anda.
Tanya mereka apa yang menjadi kelebihan Anda pada penilaian mereka. Sebaiknya, tanya ibu dan bapa sebab mereka memahami diri Anda dari kecil.
4. Doa pada Yang Maha Esa supaya tunjukkan pada Anda apa bakat Anda. Bagi pembaca iMotivasi beragama Islam, sebaik-baik pertanyaan adalah pertanyaan yang diajukan pada Yang Maha Esa.
Panjatkan doa, minta agar ditunjukkan apa bakat Anda, kebolehan Anda dan kelebihan Anda. Selagi Anda masih tak puas hati, selagi itu teruskan berdoa. Jangan berhenti selagi jawapan tak muncul!
5. Tanya diri sendiri apa bakat Anda. Mulakan dengan soalan “apa bakat aku?”. Tanya dan terus tanya sehingga Anda bertemu dengan situasi, perkara atau benda yang menjadi jawapan pada soalan Anda.
Teknik kedua, tanya diri dengan soalan “dengan cara apa aku boleh tahu apa bakat aku?” atau “apa yang mungkin boleh aku boleh gunakan untuk mengetahui apa bakat aku?”.
Bila Anda dah bertanya sebanyak mungkin, sekerap mungkin, minda Anda akan berusaha mencari jawapannya. Apa yang minda Anda fokuskan, itulah yang akan ditarik olehnya supaya datang pada Anda lalu muncul di depan mata Anda.
Untuk mengetahui apa bakat Anda, teruskan bertanya soalan sehingga Anda benar-benar pasti jawapan yang muncul di antara beberapa jawapan menjadi petanda itulah bakat Anda yang sebenarnya. Tanya dan terus tanya!

Kisah Mat Labu Solat Jumaat




Esok hari Jumaat...jangan lupa pulak..tengahari esok..solat Jumaat..bila cerita pasal solat Jumaat teringat aku kisah sahabat aku, dia sorang lelaki yang tak kawin-kawin lagi. Nama dia Mat Labu (nama sebenar). Mat Labu ni jenis yang 'slow' sket. Kisah ni bukan saja bese terjadi kat Mat Labu..ramai gak penah merasai kejadian pererti ni tapi takdelah seberani mat labu dalam mempertahankan haknya.So, ramai la yang pandang serong kat dia. Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya....

Mat Labu ni pegi masjid nak semayang Jumaat. Ha.... dalam slow-slow dia tu pun, semayang dia tak pernah tinggal. Lepas habih semayang Jumaat, Mat Labu ni pun nak balik la. Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia tu dah takder. Puas dia cari pun takder jugak. Ape lagi... mengamuk la Mat Labu kat masjid tu.

Tanpa segan silu, dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata, " kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik korang pulangkan cepat !!!! "

Sumer orang yang mendengar tetiba jer jadik takut. Ye la... mana tau.. dalam slow-slow Mat Labu ni.. kang tak pasal-pasal jer jadik incredible hulk lak. Mat Labu tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. " Kepada sesapa yang curik selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalo tak.. aku akan buat macam mana yang bapak aku buat tau !!!"

Pelan-pelan, orang yang mencurik selipar Mat Labu tu pun.. pulangkan balik la selipar dia tu. " Rilek la bang. Gurau jek". Kata si pencuri itu.

Tapi Mat Labu tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus memblahkan dirinya cepat-cepat. Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. Tok imam yang ada kat situ menegur Mat Labu. " Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko nak buat apa? Apa yang bapak engko lakukan?"

Dengan suara dan wajah yang slumber ala-ala lagu kumpulan OAG tu... Mat Labu pun menjawab, " Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi." Dia pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu

Semangat Kaunselor Baru...



Cikgu Huril Ain baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.Dengan berkobar2, ingin mengaplikasikan setiap ilmu yg dipelajari selama 4thn di univerisiti..

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Cikgu Huril Ain cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu cikgu Huril Ain lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Cikgu Huril Ain memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Cikgu Huril Ain kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Huril Ain mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Huril Ain bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Saya adalah penjaga gol..cikgu... ZHuril Ain berlalu dengan..1001 perasaan yg sukar digambarkan ngan kata2

Rabu, April 29

APA YANG MENJADI MOTIVASI KEPADA KITA

Macam-macam pencetus setiap org utk sentiasa berada di tahap terbaik dan bersemangat dalam menjalankan tugas seharian. Bagaimana ngan anda? Ada yang disebabkan oleh imbuhan berbentuk wang, anugerah atau pengiktirafan dari majikan, ada yang disebabkan keikhlasan yang mendalam dan rasa penuh tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Jika anda sebagai seorang majikan bagaimana anda menghargai setiap staf anda yang selama ini menyokong anda tanpa berbelah bagi..sehingga anda berada di tahap sekarang ni..apakah bentuk penghargaan yang patut anda berikan sebagai tanda menghargai apa yang telah mereka berikan sama ada dalam bentuk tenaga, masa, idea dan apa saja utk anda...? Hargai setiap insan yang berjasa kepada anda dengan memberikan pengiktirafan yang sewajarnya...alangkan terharunya mereka jika tiap sumbangan mereka dihargai..walau dengan ucapan terima kasih...tapi tak kan cuma ucap terima kasih jer ekk...fikir2kanlah...






KARNIVAL BAHASA INGGERIS 2009 NEGERI JOHOR

Antara Peserta dari daerah lain yg masuk pertandingan Action Song peringkat N.Johor. Pertandingan ini diadakan di Pontian pada 28 April 2009...macam2 masalah kami hadapi sebelum melangkah ke Pontian..ngan bas lambat samapi..berjam2 tunggu...dengan peraturan pertandingan yang tidak jelas, lagu yang kami bawa tidak boleh digunakan. Nasib baik kami membawa peralatan P.A sistem sendiri..kalau tidak kedatangan kami hanya sekadar makan angin je jadinya...
Inilah peserta dari Daerah Mersing...ceria...semua prop tu cikgu2 mereka yg buat...semua cikgu SK Mersing Kanan begitu bertungkus lumpus nak memastikan kumpulan murid ini bersedia utk mewakili Daerah Mersing ke Peringkat Negeri Johor yang di adakan di Daerah Pontian. Walapun hanya dapat saguhati..tapi kami bangga dengan persembahan mereka

Bergambar kenangan di pentas pertandingan...dengan menyertai pertandingan ni wp tak berjaya ke tahap yang cemerlang..sekurang2nya mereka dah melakukan yang terbaik..


Bergambo sebelum memulakan persembahan...tengah menunggu giliran....



Tengok tu semua guru2 SK Mersing Kanan bekerjasama menyiapkan back drop utk pertandingan ni..terima kasih..cikgu..jasamu sentiasa dihargai..moga kesungguhan kalian semua menjadi pencetus semangat kepada murid2 SKMK dalam menyertai apa jua aktiviti selepas ni...Syabas dan Tahniah cikgu..anda semua merupakan Ikon kepada semua Pelajar..




Sabtu, April 25

PERNAHKAH KITA DERMAKAN SESUATU UNTUK DIRI KITA SENDIRI?

Jika kita pernah dengar derma untuk orang lain, derma untuk mangsa bencana alam, derma untuk mangsa perang, pernah tak Anda dengar derma untuk diri sendiri?Derma untuk diri sendiri adalah perkataan yang gunakan sebagai ganti kepada usaha menimba ilmu. Bila kita dah baca buku cuma 1 muka surat, 1 minit dalam 1 hari, itu maknanya kita dah dermakan sedikit ilmu untuk diri kita sendiri. Kita dah masukkan ilmu (walaupun sedikit) dalam minda kita. Ilmu itu berguna untuk minda kita membuat keputusan dengan tepat, membuat tindakan dengan pantas.
Kejayaan seseorang bermula dengan ilmu. Orang lain tak akan mendermakan Anda dengan ilmu jika Anda tak bermula mendermakan ilmu untuk diri sendiri dulu.Orang yang selalu menderma untuk diri sendiri, sentiasa memperbaiki lagi attitude untuk membina peribadi lebih cemerlang. Oleh kerana itu, mudah untuk dia berjaya dalam apa jua yang di usahakan tak kisahlah sama ada dia sedang bekerja keras nak skor dalam pelajaran atau nak berjaya dalam perniagaan. Orang yang jarang menderma ilmu untuk diri sendiri, agak payah untuk dia nak berjaya dalam apa yang diusahakan olehnya. Bahkan, walau dia kuat berusaha dan pernah berjaya, kejayaan sedia ada susah untuk berkembang ke level yang lebih tinggi lagi. Situ-situ saja. Jika Anda jarang membaca, lihat kehidupan Anda. Tanya diri Anda sendiri mengapa kurang ada kecemerlangan muncul dalam hidup Anda. Anda patut tanya diri sendiri sebab apa, mengapa Anda tidak mula memberi derma pada diri sendiri dari dulu, sejak dulu.
Mulai hari ini, jadikan amalan membaca sikap Anda. Mulakan dengan 1 muka surat, selama 1 minit, dalam 1 hari. Dengan itu, Anda dah berjaya membaca 365 muka surat dalam masa setahun!
Jika sekarang ini Anda dah rajin membaca, jangan takut andaikata orang sekeliling memperlekehkan kerajinan Anda membaca atau mengatakan sikap suka membaca tak ada guna. Orang-orang berjaya adalah orang yang kuat membaca! Pastikan Anda derma sedikit saat ini, untuk membentuk masa depan Anda ribuan saat yang akan datang!

MAMPUKAH ANDA PROTECT IMPIAN ANDA DARI SEBARANG HALANGAN YANG MENDATANG

Seringkali kita dengar setapak kita melangkah ke hadapan, seribu tangan menarik kita ke belakang. Ini lah situasinya. Semakin kita kata boleh kepada diri kita, semakin ramai orang akan muncul di dalam kehidupan kita dan menafikannya. Semakin besar anda mengimpikan sesuatu, semakin ramai akan kata anda tidak mungkin menggapainya. Semakin anda cuba fokus kepada kejayaan anda, semakin ramai mengajak anda berseronok di luar sana. Menempuhi kehidupan seperti biasa, kehidupan di dalam comfort zone selamanya.
Sekiranya anda mempunyai impian, anda perlu PROTECT impian anda. Jangan biarkan orang menganggu anda dan impian anda. Anda dan impian anda, dan hasrat hati anda adalah ibarat pasangan kekasih. Saling memahami, memenuhi dan bekerjasama serta menjaga satu sama lain. Sekali anda membiarkan orang menganggu impian anda, fantasi anda, sekali itu juga anda akan secara tidak sedar, menurunkan motivasi anda dan menarik banyak benda yang tak membantu ke arah anda. Semakin kerap ia berlaku, maka anda semakin menghampiri perasaan putus asa.
Impian anda, adalah hak anda. Anda boleh berkongsikannya kepada sesiapa yang anda mahu, tetapi anda tidak boleh biarkan orang CURI impian anda. Ia hak anda! Anda perlu faham juga, ramai orang tidak mampu melakukan sesuatu yang anda mungkin mampu lakukan, jadi mereka akan menafikan kemampuan anda berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Saya ambil contoh bungee-jump. Orang yang pernah naik ke tempat tinggi dan bersedia untuk melakkan terjunan dan kemudian membatalkannya pada saat akhir, pasti saja akan cub meyakinkan anda bahawa, anda tidak akan berjaya, tempat itu terlalu tinggi dan menakutkan dan anda mungkin terjatuh terus mati! Padahal sebenarnya? Ia cuma ketakutan mereka, yang mereka suarakan kepada anda. Dan anda pula tidak melindungi hasrat hati anda, maka anda terpedaya dan tidak mahu cuba bunge jump. Semuanya adalah permainan emosi, dan kawalan minda anda. Saya lebih suka menganggap bisik-bisik ini seperti cabaran kepada saya. Pantang di cabar! Saya boleh buat, apa yang saya kata saya boleh dan saya nak buat. Sekali saya kata, saya mahu lakukannya, tiada siapa dapat pengaruhi saya lagi...Itu sepatutnya ada dalam minda kita..

sekadar renungan dan ingatan bersama..
GURU MEMBINA NEGARA BANGSA

NAMAMU DIPUJA DI SINGGAHSANA
DIJAJA PENUH SOPAN MULIA
KEMANA PERGI
ADA INSAN MENGIRING MENANTI

KINI KAU MASIH JUA RAJA
NAMUN PUNYA RAKYAT YANG TAK SETIA
JUA RAMAI PENDERHAKANYA
ISTANA
HULUBALANG
DAN DAYANG-DAYANG KHAYALAN CUMA
TITAH PERINTAH TIADA PENYAMBUTNYA
DI HADAPANMU SEKADAR PATUNG
PUNYA NALURI KOSONG
MINDA SEAKAN RENTUNG
TERMAMAH API TANPA PUNTUNG


RAKAN GURU
SELAMAT HARI GURU
UCAPAN ITU LEMBUT DAN SAYU
NAMUN KEDENGARANNYA
BUKAN DARI ANAK DIDIKMU
TAPI DARI SEBAK RASA
RAKAN SEKELANA
SEKADAR PELERAI KEKUSUTAN CUMA
ESOK KITA KAN KEMBALI SEMULA
PADA LADANG
PADA PADANG YANG KIAN SEPI
MENGUMPUL MENYUSUN
SERPIHAN JERAMI
UNTUK KITA TENUN
MENJADI PERMAIDANI
LALU KITA HAMPARKAN
BUAT SIMPULAN
ANAK DIDIK YANG MEMERLUKAN
YANG MASIH PUNYA PERADABAN
DAN MENGERTI HARI HADAPAN
PENUH CABARAN


NAMUN RAKAN GURU SEMUA
INI BUKAN MASA MERATAP
GENERASI KITA SEMAKIN RANAP
USAH LAGI DITANGISI HIBA
SEGALANYA KEHENDAK ERA
KITA BUKAN WARISAN KOSMOPOLITAN
MUDAH LONGLAI DENGAN KEPERITAN
KITA ADALAH PEJUANG
TINGGALAN DAN MANGSA
PENJAJAH PETUALANG
PUNYA VISI DAN KEGAGAHAN
BIAR TERSALUT DI DADA KITA
KEPAHITAN DAN PENDERITAAN
AKAN TERUS KITA TELAN


GURU
KITA TETAP PUNYA TEKAD WAJA
MEMBANGUN NUSA
AYUH TERUS MARA
MESKI RONA-RONA SEKITAR KITA
KABUR WARNANYA
KITA MASIH PUNYA TINTA
BUAT PENJANA IDEA

Jumaat, April 24

SKMK NAIB JOHAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12THN DAERAH MERSING 2009

Tahniah kepada Jurulatih, En Yahya, Cikgu Halim, Pengurus pasukan Cikgu Amir, pemain-pemain bola yang terlibat..mengekalkan kedudukan tahun lepas selama 3 thn mara ke final. Secara keseluruhannya..secara peribadi..pada pandangan saya SKMK mempunyai peluang yang cerah dalam untuk menjuarai pertandingan itu..kedua2 pasukan sama hebat..tinggal lagi..kelebihan kepada pasukan yang dapat mengurangkan melakukan kesilapan2 kecil yang membuka peluang kepada pasukan lawan mencipta gol. Pada peringkat awal SKMK mendahului 1-0, selepas itu SKSM menyamakan kedudukan 2-2. Pada minit2 terakhir..SKSM dapat menjaringkan gol kemenangan akibat kelekaan pemain pertahanan SKMK.
Berkumpul selepas tamat perlawanan..menunggu upacara penyampaian hadiah.

JurulatihEn. Yahya tengah mententeramkan pemain SKMK yang agak kecewa akibat kelekaan pada minit2 terakhir..En Yahya cakap "Walaupun kita kalah kita kalah bermaruah, anda semua hebat, diaorang cuba bernasib baik je...bukannya apa" sedih juga aku tengok anak2 buah aku menangis tersedu2, kecewa tak dapat jadi juara...


Bergambar kenangan dengan pasukan musuh tradisi SK Sri Mersing..tewas tipis 3-2..Ada juga dengor..cakap2 rasa tak puas hati dengan keputusan pengadil..tentang pemilihan pemain terbaik, penjaga gol terbaik... apa2 pun keputusan pengadil adalah muktamad. kene redha je lah..yang penting..cuba lagi yang terbaik utk tahun depan 2010. Pastikan 2010 kita kejuaraan milik SKMK



Khamis, April 23

PROGRAM HARI BUKU SEDUNIA PERINGKAT SK MERSING KANAN

Sejak 1996, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayann PBB telah menetapkan 23 April setiap tahun sebagai Hari BUku Sedunia. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut seperti promosi galakkan membaca, kegiatan penerbitan dan pembukuan. Antara aktiviti yang dijalankan di Peringkat SK Mersing Kanan ialah murid menjalankan aktiviti membaca dan membuat ringkasan dalam buku NILAM
Tema utk Program ini ialah "Membaca Memperkayakan Minda" Objektif program ini ialah mengingkatkan minat membaca di kalangan masyarakat sekolah. Selain itu juga memberi pendedahan kepada masyarakat sekolah mengenai adanya hari untuk buku yang diiktiraf oleh badan antarabangsa. Di samping memberi peluang kepada masyarakat terutamanya pelajar untuk menjalankan aktiviti2 berkaitan dengan pembukuan. Akhir sekali program ini juga dibuat supaya murid-murid lebih mengenali penulis2 buku tersohor dan menjadikan penulis tersebut sebagai model dalam kehidupan mereka.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah membacakan sejarah hidup sasteraan negara allahyarham Dato Usman Awang. Moga murid2 sekolah lebih mengenali golongan cerdik pandai seperti ini daripada artis...


BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDIDIK ANAK?



Anak Belajar dari Kehidupannya Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia belajar berkelahi.Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia belajar rendah diri.Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, dia belajar menyesali diri.Jika anak dibesarkan dengan toleransi, dia belajar menahan diri.Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia belajar percaya diri.Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai.Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang amat baik, dia belajar keadilan.Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, dia belajar menaruh kepercayaan.Jika anak dibesarkan dengan dokongan, dia belajar menyayangi dirinya.Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan (Terjamahan karya: Dorothy Law Notle)

SEJAUHMANA MAKANAN YANG KITA AMBIL TU BAGUS UTK KESIHATAN KITA...

Masyarakat kita...hingga ke saat ni..bab pemilihan makanan yang sihat ni..masih di tahap rendah..kurang kesedaran tentang makan utk kesihatan...aspek pilih makanan yang sedap, lazat, mudah, ikut selera masing2 sering menjadi pilihan..tanpa mengira apakah bahan yang digunakan..banyak kuantiti itu diperlukan dalam badan kita sehari...jika sesuatu bahan terlalu banyak diambil..apakah kesannya kepada badan kita..Halal ke makanan yang kita ambil tu..Kita perlu ubah cara kita berfikir tentang makanan...cara budaya makan...pemilihan bahan dalam makanan kita...sebelum terlambat...masalah berat badan berlebihan di Malaysia amat membimbangkan..bukan sahaja orang dewasa..malahan kanak2 juga...jika setiap orang berperanan membetulkan diri masing2...family masing2 dalam aspek pemakanan yang sihat insya Allah masyarakat kita akan lebih cergas dan cerdas...

ADAKAH KITA SEORANG GURU YANG HEBAT DI MATA PELAJAR KITA?


betul ke tidak tanggapan tu...tak dapat dipastikan....kalau dinilai dan diperhatikan ..ada gak benarnya...kalau cikgu tu ke hulu ke hilir bawak wisel je..tentu tu cikgu PJK, kalau kat meja dia ada bunga..hiasan cantik2..tu cikgu BM..ataupun seni...org sastera...kalau asyik berkepit ngan kamus jer tu cikgu PPSMI, Cikgu math plak asyik bawak mesin kira je..macam pegawai bank nak gira duit..juta2, cikgu disiplin plak tak lekang dengan rotan di tangan...so kalau anda seorang guru..guru bagaimana ingin cikgu gambarkan perwatakan cikgu supaya setiap murid akan mengingati dan merasai kehadiran cikgu di sekolah...kalau kita seorang guru yang banyak memberi kesan kepada murid..setiap kehadiran kita di sekolah amat ditunggu2..ketiadaan kita di sekolah kerana menghadiri kursus akan dirindui oleh murid yang kita ajar..tapi kalau kita mengajar secara sambil lewa..murid tidak pernah bertanya ke mana kita pergi..setelah sekian lama berkursus...kita sendiri tau jawapannya..adakah kita seorang guru yang bagus di mata murid kita...

Rabu, April 22

ULANGTAHUN PERKAHWINAN MURAT DAN AIDA

3 April 2009 yang lepas telah genap 10 thn perkahwninan Murat dan Aida. Syabas dan tahniah kerana berjaya mengharungi suka duka dan cabaran alam rumahtangga dengan cemerlang. Moga ikatan perkahwinan ini akan kekal selama-lamanya. Dikurniakan anak-anak yang sihat, soleh dan solehah yang boleh membahagiakan kehidupan di dunia dan akhirat.
Setakat hari ini dikurniakan 4 orang cahaya mata...Nurain Athirah (9thn), Nurizzah Arifah(4thn), Nurhuda Mardhia(2thn) dan Nur Umairatul Uzma(baru nak masuk 2 bulan).

Alangkah bahagianya dikurniakan seorg pasangan hidup yang sangat memahami diri kita, menerima segala kelebihan dan kekurangan kita seadanya, meyayangi bukan sahaja diri kita tetapi seluruh ahli keluarga kita(ayah,ibu dan adik2). Bertuah sungguh ko murat...moga ko menghargai setiap keistimewaan yang diberikan kepadamu...segala susah payah ketika mengharungi segala masalah rumah tangga perlu sentiasa dikenang supaya bila kita berada di puncak kejayaan nanti kita sentiasa ingat siapa bersama kita di waktu kita susah dulu...moga ko sentiasa menjadi murat yang aku kenali dulu...amin


BERILAH SEDIKIT PENGIKTIRAFAN SEWAJARNYA


Tahukah kita sebenarnya kanak2 mengharapkan diberikan pengiktirafan


Apabila saya menjalankan program bimbingan dan temubual secara langsung atau tidak langsung melibatkan murid-murid atau kanak2, guru-guru akan meluahkan perasaan mereka tentang bagaimana sukarnya menangani pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Tekanan yang dihadapi oleh guru-guru ini amat difahami dan saya bersimpati dengan mereka. Tetapi kerapkali apabila kita bergelumang dengan masalah kita buntu mencari penyelesaiannya. Umpama orang yang sedang kelemasan, dia perlukan orang lain untuk selamatkan dirinya.
Masalahnya ialah kita sering lihat kepada yang buruk dan kita lupa bahawa setiap manusia itu ada kelebihan dan kebaikannya. Tidak ada seorang insan normal yang apabila menadah tangan mendoakan kegagalan dalam hidupnya. Begitu juga pelajar-pelajar ini. Mereka sebenarnya punya kelebihan dan kebaikan yang selama ini tidak dieksploitasikan sepenuhnya oleh guru-guru. Mereka juga mahukan pengiktirafan seperti diberikan tanggungjawab, dipercayai dan dipuji. Apabila guru tidak peka tentang keperluan ini maka mereka mencari pengiktirafan dengan melakukan perkara yang buruk. Mereka rasa seronok apabila kawan puji kata mereka berani, ’sporting’ dan sebagainya. Bagi mereka itu satu bentuk pengiktirafan lebih-lebih lagi apabila mula diterima sebagai orang yang kononnya satu kepala.Sebab itulah, untuk membendung masalah sosial dan disiplin dikalangan pelajar maka guru-guru jangan sekadar melihat kepada bentuk hukuman yang perlu dilakukan. Sebab apabila kita memikirkan hukuman maka kita fokus kepada kesalahan. Sebaliknya fikirkan apa bentuk pengiktirafan yang mahu diberikan maka akal mula terdorong mencari kelebihan, kekuatan dan keunikan yang ada dalam diri setiap pelajar yang asalnya dilabel sebagai bermasalah itu.

BERAPA PERATUS MATLAMAT 2009 TELAH KITA CAPAI SETAKAT NI?



Pejam celik..pejam celik dah hampir 4bulan lebih kita meninggalkan tahun 2008..dah hampir 5 bulan kita melalui 2009..setakat ini bagaimana pencapaian kita dalam mencapai azam 2009..berapa peratus matlamat kita dah tercapai... Persoalannya, sejauh mana anda dah bergerak mencapai matlamat anda? Or, anda dah lupa matlamat anda.
Ketika saya merumuskan dan mencabar anda untuk tulis 50 impian anda semalam, berapa ramai daripada anda yang benar-benar melakukannya? Saya sendiri secara personal tidak pernah menulis 50 impian. Kadang-kadang kepayahan nak mendapatkan listing tersebut, saya baru dapat tulis 27 impian so far.
Tapi saya benar-benar nak pecahkan self-limiting-belief dalam diri saya tahun ini. Nak pecahkan jadi cracked pieces. Nak build up something new yang lebih berguna untuk diri sendiri. Jadi saya beranikan untuk pecahkan ice dalam diri saya, dengan menyenaraikan 50 impian saya so far.
Anda yakin atau tak anda boleh capai impian anda? ORang yang tak yakin, akan kata tak yakin. Orang separa yakin akan kata, boleh kot. Orang yakin akan kata, mesti boleh!Tapi saya yang sedar bahawa kejayaan adalah milik saya, saya akan kata, saya sedang berusaha, berdoa dan bertawakal. Tidak ada satu pun yang saya tak buat. InsyaALLAH, saya yakin akan mencapai kesemuanya!

bolehkan kita happy di kala sedang berduka



Setiap kali sebut tentang masa gembira dan masa duka, saya suka memanggilnya dengan “hepi time” dan “wori time”.
Jika Anda sedang dilanda duka, kecewa, geram, marah atau pendek kata sedang tertekan, cuba letak tepi dulu perasaan tu untuk setengah jam. Lupakan habis segala duka, kecewa, geram, marah, sakit hati, stress atau tertekan tu hanya untuk 30 minit saja.
Dalam 30 minit tu, ingat semula perkara-perkara yang pernah menggembirakan Anda. Tak payah bayangkan semua sekaligus, cuba ingat satu kenangan gembira yang Anda suka, yang membuat Anda sangat gembira. Mungkin, ia kenangan gembira bila melihat anak Anda yang masih berumur 3 bulan tersenyum riang, ketawa sebab kawan Anda jauh terjelupuk tersangkut akar kayu, pecah hilai tawa melihat adik lelaki Anda terkial-kial dek semut yang tetiba masuk dalam seluarnya atau memori indah ketika Anda bertemu buat pertama kali dengan kekasih Anda (yang kini dah menjadi isteri atau suami Anda!). Er, contoh saja tadi tu, contoh! Ada sesetengah orang, mengingingat semula video-video lucu yang pernah ditonton untuk menjadikan dirinya gembira.
Ingat semula memori-memori tu selama 30 minit, bayangkan berkali-kali. Bagaimana dengan perubahan emosi Anda ketika itu? Hepi sedikit tak?. Sudah tentu Anda hepi. Jangan biarkan fikiran Anda lari ke tempat lain selama 30 minit ni sebab inilah “hepi time” Anda, rugilah bila Anda kacau dengan memikir perkara lain. Selepas berakhir 30 minit, Anda boleh memilih sama ada:
1. Nak menambah lagi “hepi time” Anda untuk 10 minit seterusnya.
2. Masuk semula ke “wori time”.
Mesti tak syok kan tiap kali masuk ke “wori time” Anda? Setiap kali “wori time”, Anda akan berasa tertekan semula. Dah tentu Anda tak suka rasa tertekan.
Teknik yang saya sarankan ini baik untuk mengubah emosi tertekan menjadi sedikit gembira, kepala jadi sedikit ringan selepas banyak berfikir. Gunakan ia selalu, moga ia dapat membantu Anda berubah kepada emosi gembira, dalam masa duka!

Selasa, April 21

ADAKAH MEMBACA TERMASUK DALAM 10 CARTA HOBI TEBAIK DI MALAYSIA


Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan bagi amalan membaca di kalangan masyarakat kita..terutamanya bangsa melayu, amalan membaca bukanlah satu hobi pilihan dalam carta 10 hobi pilihan utama kebanyakan orang melayu..itu realiti ..mungkin ramai yang marah dengan kenyataan ini..tapi itulah sikap orang melayu sejak dari dulu lagi..kebanyakannya leibh memilih akitiviti lain sebagai hobi untuk mengisi masa lapang..kalaupun ada orang melayu yang gemar membaca..mereka kebanyakannya lebih cenderung memilih majalah berbentuk hiburan, gosip, majalah yang lebih santai seperti gelihati, gila-gila sementara majalah berbentuk ilmiah yang memerlukan fokus dan tumpuan dan lebih berat kurang mendapat sambutan..sedangakan majalah seperti itu lebih banyak membina budaya ilmu dan idea dalam aspek2 penting dan berguna dalam kehidupan...kenapa ekk semua ini terjadi...adakah sebab cover kurang menarik?..gaya penulisan yang membosankan?..promosi yang tidak menyeluruh?kurang sokongan dari agensi yang terlibat..? Sebenarnya pada pendapat saya..cara didikan budaya membaca yang betul perlu dipupuk sejak dari zaman kanak2...biasanya masa hari jadi anak2 kita lebih biasa membelikan hadiah berbentuk mainan, pakaian, barangan mengikut kesukaan anak2..apa salahnya kita hadiahkan buku cerita yang ada unsur pengajaran yang baik...satu lagi kita sendiri tidak menjadikan budaya membaca sebagai amalan ibu bapa di rumah sekurang2nya surat khabar ketika di rumah, mini perpustakaan di rumah penting..kita boleh membaca bersama2 anak2 ketika di rumah ..patutnya kita menjadi contoh terbaik kepada anak2 barule anak2 akan boleh menjiwai budaya membaca dalam kehidupan mereka ...saya mengalu2kan pandangan rakan2 dalam hal ni...walaupun kita tidak boleh mengubah dunia..sekurang2nya kita boleh bermula dengan diri kita dan keluarga kita...

Isnin, April 20

Mutd Tewas lagi


Malam tadi aku tengok bola...MUtd menentang Everton...kecewa betul aku tengok..MU tewas di tangan Everton..kalah penalti..pulak tu...Berbatov ngan Ferdinand buat hal plak..aku nak sangat tengok final MU lawan Chelsea..hampa..kecewa..

WELCOME TO MY LIFE...EVERDAY SMILE

Alang indahnya hidup kita..jika ianya semudah menyebut A, B, C sampai Z. Memangnya bukan mudah kita nak pastikan kita sentiasa dapat senyum sepanjang hari kerana dari pagi sampai petang..macam2 suasana dan permasalahan yang terpaksa hadapi...ada yang mengembirakan, beban kerja yang bertimbun2, masalah dengan rakan2 sekerja, dengan sikap bos kita yang kadang2 kurang memahami keadaan kita yang terlalu terbeban dengan kerja yang..tidak pernah selesai..sentiasa ada tugas baru yang perlu dilaksanakan..boleh ker kita terus tersenyum setelah berhadapan dengan semua masalah di atas...tension, tertekan, rasa tak puas hati, geram..pada siapa perlu kita lepaskan semua masalah tu..kalau kita tidak dapat suarakan perasaan kita secara terbuka..kepada seseorang ..kita boleh mengalami rasa stress yang melampau..satu perkara yang perlu kita fahami dalam hidup ini..jika kita buat sesuatu kerja secara ikhlas..tanpa mengharapkan apa2 kita akan merasa lebih seronok dan happy..kita boleh nilaikan sejauhmana keikhasan sebuah senyuman sama ada...sekadar terpaksa atau benar2 ikhlas...so belajarlah senyum dengan penuh keikhlasan...senyum tu awet muda...

MUHASABAH DIRI..

Orang kata...seberat2 mata mamandang berat lagi bahu yang memikul...ayat dalam amksudnya...hanya insan terpilih yang pernah mengalaminya sesuatu kehilangan dapat memahami dan menjelaskan bagaimana perasaan sedihnya bila kihilangan nda yang kita sayang..kematian orang tersayang...barang yang pernah menjadi milik kita..tiba2 ditarik balik...
Sepatutnya kita perlu sentiasa bersedia menerima apa juga kebarangkalian segala yang pernah menjadi milik kita...akan ditarik balik oleh Allah..perlu ker kita beterus merapati setiap kehilangan...sedangkan semua itu ujian dari Allah kepada kita..segala milik kita hanya pinjaman dariNya...Oleh itu seharusnya kita sentiasa menghargai segala yang kita ada pada hari ini dan mengunakan segala milik kita dengan cara yang diredhainya..tiada salahnya kita bersedih dengan kehilangan yang berlaku tapi jangan sampai keterlaluan...Apa yang lebih penting macam mana kita perlu kumpul segala sisa kekuatan yang kita ada untuk terus melangkah mara ke hadapan ...kerana kihuidupan perlu diteruskan...segala kesedihan semalam perlu dijadikan pengajaran supaya kita terus menghargai setiap kelebihan yang dikurniakan pada kita pada hari ini...

Ahad, April 19

PELANCARAN PERASMIAN PASUKAN JROBIK SK MERSING KANAN

Ahli kelab Jrobik "DINAMIK" SKMK bergambar kenangan dengan Tn Hj Markom b. Giran(Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Johor) En Md Buang b. Saibani(Pegawai Pelajaran Mersing) dan Pegawai2 dari JPN Johor pada 19 April 2009 di Dataran Usman Awang SK Mersing Kanan.
Ahli Kelab Jrobik Dinamik SK Mersing Kanan menunjukkan kemahiran masing-masing di hadapan tetamu kehormat dan guru2 dan ibu bapa yang hadir pada hari perasmian penubuhannya

Upacara Perasmian Membuka Banner penubuhan Kelab Jrabik SKMK(Kelab dinamik). Ucapan penghargaan kepada jurulatih yang bertungkus lumus secara sukarela...teruskan usaha anda..jasamu sentiasa dikenang


ANDA RASA KESEORANGAN...?

Rasa sunyi tu memang memang boleh mendatangkan kesengsaraan tahap maksimum..kalau sentiasa difikir dari sudut yang negatif sahaja...kalau kita seorang yang kreatif dalam menyusun rutin harian dan pandai merencanakan dairi kehidupan kita..tiada istilah sunyi dan keseorangan dalam hudup kita..pada satu ketika pulak rasa sunyi dan keseorangan tu kekadang memang kita perlukan untuk bersendirian..waktu ini akan boleh mengurus soal2 personal dan untuk merehatkan fizikal dan mental setelah seharian bekerja...

Sabtu, April 18

APA YANG AKU TELAH PELAJARI HARI INI..TENTANG KEHIDUPAN



Salah satu teknik untuk membuat Anda kekal berfikiran positif adalah dengan menanya soalan “apa yang aku pelajari hari ini“. Ok, saya beritahu cara bagaimana untuk Anda gunakannya dengan efektif.
Setiap hari dari pagi sampai ke petang, kita menempuh banyak perkara. Ada yang baik, ada yang buruk. Ada yang membuat kita sakit hati. Ada yang membuat kiat hepi, gembira, ceria.
Orang berjaya percaya hidup ni hanya ada pembelajaran dan kejayaan. Untuk mengubah diri supaya boleh berjaya, kita perlu terus menerus belajar. Cara asas untuk Anda mula berubah supaya sentiasa belajar adalah dengan bertanya soalan “apa yang aku pelajari hari ini“.
Perkara-perkara yang Anda lalui sepanjang hari, itu boleh Anda jadikan sumber untuk Anda belajar sesuatu. Sebagai contoh, jika Anda dimarah oleh bos tiba-tiba, itu maknanya Anda kena tingkatkan kualiti kerja atau mungkin komunikasi Anda lemah di tempat kerja, atau simply Anda buat kerja betul-betul. Cari aspek-aspek positif dalam setiap perkara yang Anda lalui, sama ada baik atau buruk.
Jika Anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, itu maknanya Anda kena merancang lebih awal jalan mana yang perlu dilalui, kemudian keluar awal untuk mengelak kesesakan. Dengan itu, ia membiasakan diri Anda untuk tidak bertangguh. Kesan jangka masa panjang, ia membentuk Anda menjadi orang berdisiplin, menepati waktu.
Bila petang, ambil masa seminit dua untuk menanya diri Anda, “apa yang aku pelajari hari ini” kemudian fikiran seketika apa yang Anda telah pelajari sepanjang hari itu. Ingat semula peristiwa-peristiwa yang berlaku 12 jam yang lalu. Teknik ini sesuai digunakan oleh semua orang, sama ada Anda pelajar universiti, pekerja, usahawan atau peniaga.
Apa saja yang Anda lihat, dengar dan rasa, ambil iktibar, ambil pengajaran daripadanya. Lebih hebat lagi, jadikan ia sumber motivasi Anda.
Mungkin, Anda teringat ketika Anda sedang berjoging di waktu pagi, Anda terlihat seorang wanita tua membongkar tong sampah dengan penuh tekun untuk mencari sisa-sisa yang boleh digunakan. Lihat dan pelajari apa yang tersirat dari situasi yang sedang berlaku di depan mata Anda.
Tanya diri Anda, “apa yang aku pelajari dari hal ini?”
Mungkin, ia jadi iktibar buat Anda. Andai wanita tua itu gigih meneruskan hidupnya dengan membongkar tong sampah, maka Anda kena teruskan hidup Anda dengan cara yang lebih baik lagi, sebab Anda tak perlu membongkar tong sampah seperti dia kerana Anda ada keluarga, sanak saudara, kawan-kawan sebagai pendorong untuk Anda berusaha lebih rajin dari yang sebelumnya.
Anda ada kerja dan Anda ada duit untuk beli makanan sendiri. Maka, Anda harus bersyukur! Akhirnya, itulah apa yang Anda pelajari untuk hari itu. Amalkan bertanya soalan “apa yang aku pelajar hari ini?” setiap petang, Anda akan mula terasa kesannya.

NILAI SEBUAH KEMATIAN

Bila cite pasal mati, kematian, kubur, tanah perkuburan dan segala benda yang sewaktu dengannya, kadang2 ada org yang marah..dia cakap tak baik..buat hilang mood, lambat lagi, baik cite pasal kejayaan duniawi, pasal camne nak kumpul segala kekayaan dunia untuk bekalan anak dan cucu pada masa akan datang..kadang2 kita lupa dengan mengingatkan mati kita akan secara automatik insaf wp seketika..tertanya2 bilakah agaknya giliran diri kita?...dah cukup ke bekalan kita utk ke sana...bila selalu melawat org yang meninggal kita akan sedar..setiap tindakan kita akan dinilai, setiap punca rezeki kita akan diaudit, baru le kita sedar dan berpada2 ketika hidup di dunia..sebenarnya bukan wang saja yang penting ketika hidup di dunia nie...ada gak benda lain yang tidak berapa penting di dunia ini tetapi sangat penting dan amat kita perlukan ketika kita berada di dunia yang berbeza suatu hari nanti...saja je nak ingatkan diri sendiri...dan rakan2 ..beringat2 itu penting moga bila terleka ada sahabat2 yg lain tolong ingatkan bile terpesong dari landasan kehidupan...insyaAllah

BERSATULAH MEMBENTUK NO 1

Tika dan saat ni..kekadang pening memikirkan apa yang tejadi kat negara kita..sejak akhir2 ni..dah sama macam yang biasa kita tengok dulu2 kat luar negara..rasa tidak selamat..baik dari segi keselamatan diri, kestabilan politik, terlampau banyak orang ingin jadi pemimpin dan terlampau banyak organisasi atau pertubuhan ditubuhkan mcm cendawan tumbuh lepas ari ujan sedangkan ahlinya lebih sikit dari bilangan pemimpin. masing2 nak jadi ketua..jadi masing2 ada idea dan pendekatan masing-masing..ingin menegakkan pendirian masing2 tanpa memikirkan hak dan pendirian orang lain..Sepatutnya kita..sebagai rakyat Malaysia..tak kira apa ideologi kita, bangsa dan agama kita, ada masanya kita perlu bersatu membentuk persefahaman yang mantap dalam menangani masalah negara..sebab kita hanya ada 1 Malaysia. Kepada golongan pemimpin tak kira apa pun organisasi yang anda wakili pulak tu dengarlah rintihan masalah orang bawahan..anda tidak akan jadi pemimpin kalau tidak ada insan seperti kami..so jalankan tanggungjawab anda sebagai wakil kami..jangan plak syok sendiri, lupa daratan, gila kuasa dan sebagainya...bersama membentuk nombor 1 agar Malaysia sentiasa ke hadapan bukan sahaja dari segi aspek pembangunan ekonomi tapi juga cemerlang dari segi pembangunan sahsiah..bilakah semua tu jadi realiti..atau terus menjadi fantasi semua rakyat Malaysia...

KECEMASAN...?

Bila terpandang papan tanda camni..apa yang tergambar di benak korang semua...? aku tak tau sama ada apa yang aku fikirkan tu sama tak ngan apa yg korang semua fikirkan...kalau akulah EMERGENCy tu membuatkan aku ...teringat kat hospital..teringatkan suasana yang kelam kabut, keadaan yang tak selesa, semua orang nak cepat, bimbang..semua perkara yang tergambo berkaitan dengan "EMERGENCY" semuanya tak best...lampu kecemasan, laluan kecemasan, panggilan kecemasan, loceng kecemasan...kadang-kadang menakutkan..
Boloeh dikatakan "EMERGENCY" ni mcm pilihan terakhir kalau berlaku sesuatu perkara yang tak baik...ada tak ekk berkaitan dengan perkataan "EMERGENCY" yang menyeronokkan kita...sampaikan kita rasa tertunggu2 kehadiran saat itu berlaku...rasanya macam takde ekk..sampaikan kalau ada panggilan telefon di saat2 tengah larut malam aku fobia nak angkat takut2 panggilan kecemasan...dari siapa...kenapa telefon tengah2 mlm..ada hal kecemasan ker..ada ahli family yang sakit ker..ada kematian ker..risau je ati kalu nak jawab...apa pendapat korang semua..saja nak bagi idea pada korang supaya sama2 fikirkan pada pagi2 buta nie

Jumaat, April 17

CINTA OH CINTA...


Macam-macam pendapat..bila kita tanya org lain tentang "CINTA" ianya bergantung kepada siapa org tu..kalu kita tanya pada org yang gagal dalam percintaan..dia kata cinta ut penuh dengan penipuan dan penuh dengan kepuraan, kalu kita tanya org tua2 dia kata, mereka dulu lepas kahwin baru bercinta...jodoh ditentukan oleh keluarga..org kata cinta bebudak sekolah tu cuma "cinta monyet" Kalau kita tanya orang yang sedang hangat bercinta..ke hulu ke hilir bersama tokleh berjauhan..macam belangkas...mereka kata mereka sampai sanggup buat apa sahaja demi kekasih hati..hingga sanggup ke lautan api..org lain bagi nasihat camne pun tokleh terima kerana mereka seolah2 berada di dunia yang berbeza...mereka katakan kita tidak dapat memahami perasaan mereka....kalau kita perhatikan orang yang sedang hanagat bercinta..kelakuan mereka pun berbeza..di luar kebiasaan yang mereka selalu buat. Salah ke bercinta...terutamanya ketika masih lagi di alam persekolahan?Salah ke naluri ingin dicinta ataupun mencintai?..setiap orang pernah melaluinya..secara peribadinya bagi aku cinta itu memang menyeronokkan dan ianya boleh jadi satu perkara yang positif atau negetif...bergantung kepada diri kita sendiri...bagi aku..tak salah kalu bercinta masa sekolah..dengan cinta kita akan lebih bersemangat untuk berjaya...utk bersaing dalam pencapaian akademik dan sukan ... tunjukkan pada si dia bahawa kita memang pilihan yang tepat..cinta boleh memotivasikan diri kita ke arah kebaikan tetapi kalau kita tak kuat semangat untuk mengawal cinta ke arah yang positif...susahlah..asyik nak melayan perasaan je...lupakan pelajaran...akhirnya cinta boleh memusnahkan bukan saja harapan kita tetapi juga harapan ibu bapa dan semua orang yang meletakkan harapan yang tinggi kepada kita...apa pendapat korang semua? bagi le komen...

KITA DI PIHAK MANA? BERSEDIA MENERIMA KEGAGALAN @BERCITA-CITA UNTUK BERJAYA

Mungkin kita bukanlah insan yang amat cemerlang dari segi sikap, akhlak, keperibadian, akademik, hubungan dengan rakan-rakan dan sesama insan di sisi Allah...tapi sekurang-kurangnya terdetik di hati kita untuk memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa. Kalau adalah terlintas niat di hati kita mengakui kelemahan diri, serta cuba menggunakan tiap kelebihan yang diberikan oleh Allah seperti panca indera yang sempurna, sihat tubuh badan, sokongan family yang berterusan & mantop kepada kita untuk meminimumkan kelemahan yang kita ada.." orang hebat ialah orang melihat setiap permasalahan dialami itu sebagai peluang kepada dirinya untuk memperbaiki kelemahan diri, masalah atau musibah .Sentiasa beranggapan bahawa setiap kejadian itu berlaku untuk menguji keutuhan jati diri masing-masing untuk bangkit kembali dari setiap kali jatuh tersungkur tanpa rasa rendah diri, kekecewaan yang terlampau.., menyalahkan orang lain apabila berlaku setiap musibah...sebaliknya mengkaji tiap punca, kesan dan akibat serta menyusun strategi baru untuk maju ke hadapan...moga aku juga tergolong dalam golongan yang bercita-cita untuk terus mara ke hadapan...anda semua bagaimana?..." kita akan menjadi sebagaimana yang kita fikirkan di dalam hati...so positifkanlah pemikiran kita dan terus berusaha "

DEMAM EXAM....BELAJO2 JUGA KESIHATAN KENA JAGA...


Minggu depan ni ramai..di kalangan murid sekolah akan menduduki exam..tak kiralah ujian bulanan ker peperiksaan penggal ker...ramai juga sahabat2 yang di Puncak Menara gading akan menduduki Exam..selamat berjuang kepada semua sahabat2...buat yang terbaik untuk mencipta rekod bukan utk org lain tetapi untuk diri anda sendiri. Bila kita buat yang terbaik untuk diri sendiri ..secara tak langsung kita telah buat family kita happy, bangga bukan sahaja utk family tetapi juga seluruh rakyat Malaysia bangga jika pencapaian kita sangat cemerlang..
Tetapi sahabat2 sekelian...kesihatan kita juga kena jaga agar sentiasa di tahap terbaik..barulah kita dapat jawab semua soalan yang diajukan dengan rasional dan betul serta tepat...
Sahabat sekelian...sebenarnya kalau kita belajar ikut jadual yang betul..dah dekat2 nak exam ni seelok2nya kita rehatkan minda kita...sebab kita akan gunakannya samapai ke tahap OPTIMUM pada hari peperiksaan nanti...
Apa2 pun selamat berjuang kepada semua yang bergelar STUDENT terutamanya kepada sahabatku CITAHZZ yang akan menduduki exam pada minggu depan ni...kalau kita sememangnya sudah cukup bekalan ...seharusnya kita rasa happy di hari-hari terakhir menjelang hari Exam ni...Selamat Berjuang..semoga berjaya dengan cemerlang

HAIWAN JUGA PELU DISAYANGI DAN PERLUKAN BELAIAN

Antara lembu yang paling aku sayang..hehehe yang berbelang merah+putih tu namanya "comel" masih anak dara sunti..yang hitam pekat tu...nama dia "boboy" masih bujang trang-tang-tang..yang depan boboy tu Mila..baru jer beranak bulan 2 baru2 ni...anak dia yang kecik warna kuning tu..namanya " Si Kacak"..Lembu yang warna Putih bintik2 hitam tu namanya Minah..dah ada anak gak...tu yang ujung skali belah kiri ..warna itam tu...namanya " Pak itam"...lembu2 ni baru balik dari padang ragut..mlm2 aku masukkan dalam kandang...bagi plak makan dedak...

Inilah Minah ngan anaknya Pak Itam..tengah nenen...kadang2 aku leka layan lembu2 kesayangan aku ni...jinak betul..kalu aku dekat je semuanya datang rapat suka dibelai mcm kucing...hehehe

Kursus Autocad

Puyoo hari ini dan semalam..aku menghadiri kursus Autocad..Program ini first time aku gi....memang kelam kabut pada sesi awalnya...program ini memang menyeronokkan tapi betul2 kene fokus..jangkamasa kursus plak singkat sangat...tak banyak yang dapat dibuat..Apa2 pun tahniah dan berbanyak terima kasih pada En Mohd Ali b. Jemali, Pensyarah IPTI yang tetap sabar melayan kerenah pelajar2 dewasa..Kami belajo cara2 nak gunakan perisian asas autocad mcm nak guna.. limits, grid,snap, zoom, lukis 2D, plan rumah, bungkah, reka bentuk sesuatu alat...oklah juga...bolehle juga...aku kire nasib baik gak dapat member seebelah yang boleh kata cekap gak pasal komputer ni..so aku banyak blajo ngan dia..faruzi ngan mulyady ...patutnya program ni lama sikit jangkamasanya..kalu nak mantap lagi..seminggu ke buat kat hotel lagi kondusif..baru ler ilmu dapat meresap lebih mudah...apa2pun aku puas hati gak dengan pencapaian aku pada 2 ari ni.. Rasa mcm masa terlalu cepat berlalu...





KISAH PISANG DAN HATI

Cikgu Umairah, guru kelas Tahun 1AL Farabi menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Umairah.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Umairah sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Umairah.Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Umairah. Umairah mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…! Oleh itu jika ada perasaan benci yang membuah2 pada seseorang...lupakanlah..ianya hanya menyakitkan hati kita..tiada gunanya..lebih baik kita maafkan dia...tindakan ini bukan utk kepentingan orang itu..sebenarnya ianya lebih kepada untuk kebaikan kita..agar dapat melalui hari2 yang mendatang dengan lebih gembira...

Khamis, April 16

SENYUMLAH...BUKANNYA KENA BAYAR PUN

Mahalnya harga sebuah senyuman...walau di mana pun kita...walau apapun urusan yang kita buat. tanpa mengira waktu dan ketika..perasaan kita ..samaada sedang marah, geram, sakit hati, merajuk, menyampah, penat seharian bekerja...alangkah sejuknya hati kita...segala perasaan tak sedap di hati akan hilang kalu..orang yang sedang berurusan dengan kita..setelah melemparkan senyuman yang penuh keihlasan kepada kita..sambil bercakap dengan sopan..setiap manusia yang normal dan waras akan kalah dan tewas dengan tutur kata yang sopan dan senyuman yang indah dalam setiap urusan yang kita terlibat sama ada secara langsung atau tidak...senyumlah..bukannya kena bayar pun..dengan senyuman kita dapat melembutkan hati yang keras..dengan senyum..kita dapat mengurangkan proses penuaan di wajah kita...dengan senyuman kita dapat ramai rakan dalam pergaulan..wujud rasa hormat oleh orang lain terhadap kita secara automatik tanpa dipaksa...Cubalah mulakan hari kita pada 16 April ini dengan senyuman...dengan tutur kata yang sopan...insyaAllah..orang yang berurusan dengan kita akan lembut hati dan segala urusan akan jadi mudah...Senyum itu sunnah..sunnah yang paling mudah tanpa perlu modal walau 1 sen pun..

SEKEPING MEMO SOLAT..


Bila cerita pasal solat ni...aku teringat masa zaman kecil2 ...memang liat sikit nak solat..macam2 alasan..kalu disuruh solat..kenapa jadi camtu ekk..kalu perkara baik tu memang liat nak buat..rasa macam2 tapi alhamdulilah..sekarang ni dah ok. Kadang-kadang tu masa duk asrama..ada member tolong ingatkan waktu solat..tinggalkan memo cam kat atas tu kat loker aku..baik member aku tu..selalu nasihatkan aku dalam senyap jer ..takdelah marah2, tengking2, cuma tinggalkan memo jer..begitu menyentuh perasaan..maknanya sungguh mendalam bagi orang tau menghargainya walaupun hanya pun hanya dengan sekeping memo ringkas mcm kat atas..adakah kita ada ingatkan kawan2 kita bila tiba waktu sembahyang...mampukah kita tegur rakan2 kita yang suka tinggalkan solat...teknik membuat teguran tu kene betul dan cara berhemah macam sahabat aku nie...dia buat aku jadi malu pada diri sendiri..hampir setiap hari dia buat memo ingatkan aku solat tanpa rasa jemu..sekarang ni berkat memo yang sering diberikan pada aku...aku dapat menjaga waktu solat aku dengan agak baik..kalu dia tau tentu dia bangga dengan aku sekarang in..tapi..sejak berpisah selepas habis alam persekolahan..kami tidak lagi berhubung antara satu sama lain..di mana dia sekarang ni ekk ..walau apapun yang kau buat sekarang ini sahabatku..doaku sentiasa mengiringi langkahmu...moga Allah melindungimu dari segala perkara buruk...amin..terima kasih atas memo yang sering ko berikan itu..

Selasa, April 14

HARGA SEBUAH KEJAYAAN


Mengecapi sebuah kejayaan bukannya semudahnya mneyebutnya dengan mulut kita..banyak yang perlu dikorbankan untuk mencapainya..masa, tenaga, wang ringgit, masa, masa untuk hiburan, tiada istilah rehat...puas hati...hanya manusia yang cekal hati, tidak mengenal erti putus asa..tabah menghadapi dugaan dan cabaran..Sanggupkah kita mengadapi segala dugaan yang mendatang...dalam apa jua situasi atau apa jua keadaan dalam memburu kejayaannya tetap sama..ada dugaan, cabaran, rintangan dan macam2 yang datang untuk menghalang kita dari mencapai fokus atau matlamat kita..siapa yang leka dan tidak bersungguh2 akan terlepas peluang untuk berada di puncak kejayaan...di mana kedudukan kita sekarang? sejauh mana usaha kita untuk mencapai kejayaan yang menjadi idaman kita?